Ulasan Buku

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MELAYU CAPE DI AFRIKA SELATAN

TENTANG BUKU
Nama Pengarang

: Wan Hashim Wan Teh dan Hanapi Dollah

Penerbit

: Dewan Bahasa dan Pustaka

Tempat penerbitan

: Selangor Darul Ehsan

Tahun penerbitan

: 2010

Versi

: Cetakan pertama

Jumlah halaman

: 257

Bentuk Fizikal

: kulit keras (berkualiti)

Perwajahan

: kulit warna coklat keemasan dan kertas warna putih dengan


pencetakan warna

Ukuran

: Tinggi 21 cm
Tebal 2.5 cm
Lebar 14 cm

Harga

: RM 57.00

FORMAT BUKU

1) Prakata
Ditulis oleh Wan Hashim Wan Teh dan Hanapi Dollah
2) Penghargaan
Ditulis oleh Wan Hashim Wan Teh dan Hanapi Dollah
3) Kandungan
Kandungan buku lengkap dengan prakata, penghargaan, senarai gambar, bibliografi
indeks dan sebagainya.
4) Bibliografi

sebanyak 131 bahan rujukan terdiri daripada:


6 jenis surat khabar
94 buah buku dan artikel
7 jenis kajian-kajian yang belum diterbitkan (kajian ilmiah)
13 rekod-rekod rasmi yang tidak diterbitkan dan
11 rekod-rekod rasmi yang telah diterbitkan

i) catatan kaki
ditulis lengkap dengan nama rujukan, penerbit, tempat terbit, tahun terbit dan pengarang. Jilid
buku rujukan juga lengkap dan disertai huraian ringkas

j) peta
disertakan di bahagian lampiran di halaman 184 188;
Singapura dan Johor Selatan
Kawasan Sungai Muar dan Padang, Johor
Negeri Melaka
Negeri Selangor
Negeri Perak dan Pulau Pinang

k) rajah
berkaitan salasilah raja-raja Selangor di bahagian prakata halaman xxx
l) gambar
Dato Bentara Dalam Muhammad Ibrahim Munsyi disertakan di muka surat hadapan

m) lampiran

lampiran I dan II
diisi dengan surat perjanjian asal bertulisan jawi. Perjanjian ini menyentuh tentang fasal-fasal
yang tersebut dalam Perjanjian Timah 1871 (Padang, Johor)

lampiran III
mengenai Laporan Birch bersama Ibrahim Munsyi dalam pelayaran ke Selangor yang
dimuatkan dalam pelayaran kedua di halaman 198 204

lampiran IV dan V
berhubung pelayaran ke-5, iaitu ke Selangor dan Perak di halaman 205 226

lampiran VI
merupakan laporan Irving mengenai Perak bersama Ibrahim Munsyi bertarikh 24 Julai 1872
di halaman 227 243

Lampiran VII
merupakan terjemahan ke dalam Bahasa Inggeris mengenai sepucuk surat dari Raja Muda
Perak Sultan Abdullah kepada gabenor-gabenor Negeri Selat tentang kekacauan yang berlaku
di Perak di halaman 244 248

Sebab buku ini dipilih

Faktor buku ini dipilih ialah kerana mempunyai unsur akademik iaitu mempunyai teknik
penulisan sejarah moden seperti pembahagian skop iaitu pemilihan temanya adalah
berasaskan kehidupan masyarakat dan mengikut metodologi sejarah. Selain itu, buku ini juga
mempunyai pengenalan, daftar peta, prakata, isi kandungan berserta lampiran-lampiran yang
boleh menguatkan lagi fakta. Buku ini ditulis pada tahun 1871, Ibrahim juga mengunakan
skop masa dalam pelayaran dan laporan. Tempat kajian yang dipilih penulis sebagai skop
kajian ialah negeri Perak, Selangor, Pulau pinang, Melaka dan Johor kerana beliau ditugaskan
melawat tempat-tempat tersebut, oleh itu secara tidak langsung beliau membuat kajian dan
menghasilkan laporan kepada Maharaja Johor.

Biografi Pengarang :

Nama penuh beliau adalah Muhammad Ibrahim bin Abdullah Munsyi. Dilahirkan pada
tanggal 2 Mei 1840 di Melaka. Beliau mempunyai 3 orang adik-beradik lain, iaitu Hussin,
Muhammad Said dan Muhammad Khalid. Beliau merupakan anak yang bongsu, dan ibunya
meninggal setelah melahirkan beliau. Beliau sekeluarga telah menetap di Kampung Melaka,
Singapura.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Pendidikan Agama di Teluk Belanga.
Kemudian disambung di Sekolah Tuan Keasberry di Bukit Zion, Teluk Belanga. Di sekolah
tersebut beliau diajar pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Ilmu Kira-kira dan sedikit
Ilmu Percetakan. Semasa di sekolah tersebut, beliau telah ditempatkan bersama anak-anak
golongan bangsawan yang kebanyakannya putera-putera kerabat Johor, antaranya Ungku
Abu Bakar dan Ungku Abdul Rahman yang sedikit sebanyak banyak mempengaruhi
hidupnya.

Pada tahun 1860-an hingga 1870-an beliau pernah berkhidmat sebagai guru, kerani,
jurubahasa, pencatat dan pembantu khas kepada maharaja dan wakil mutlak maharaja Johor.
Beliau telah berkahwin dengan Fatimah binti Muhammad dan tinggal bersama anak
angkatnya bernama Aminah di Jalan Air Molek, Johor Bahru. Beliau telah muncul sebagai
Pegawai Kanan Johor secara rasmi dan diberi gelaran Dato Bentara Dalam yang ditugaskan
sebagai Ketua Jabatan Kerajaan. Beliau pernah menulis beberapa buah buku nahu dan
pengetahuan Bahasa Melayu. Antaranya, kitab Pemimpin Jauhar yang dikarang pada 1877.
Beliau jatuh sakit dan meninggal dunia pada 5 April 1904.

You might also like