Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KOTA PALOH


MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 4/ 2014
Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi

: 11 November 2014 (Selasa)


: 2.00 petang 4.30 petang
: Bilik Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Paloh
: Puan Noraishah Binti Mat Saad
(GKMP Sains&Matematik SMK Seri Kota Paloh)
Kehadiran(Bilangan) : 5 orang
Nama yang hadir
:
1. Pn. Mazlina binti Morad
2. Pn. Jayanti a/p Nallamuthu
3. Pn. Chiam Yean Jwee
4. En. Chia Fu Yen
5. Pn. Nur Fazila binti Salleh

1.0

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1

Puan Noraishah bt Mat Saad mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru
Matematik SMK Seri Kota Paloh ke mesyuarat Panitia Matematik kali keempat.

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MATEMATIK BIL 2/2014


2.1

Minit mesyuarat telah disahkan oleh Pn. Mazlina Morad dan disokong oleh En.
Chia Fu Yen.

3.0

PERKARA BERBANGKIT
Rujuk borang maklum balas.

4.0

ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2014


4.1

Analisis Keputusan Matematik Percubaan SPM 2014


4.1.1 Rujuk Lampiran 1.

Post Mortem Peperiksaan Percubaan Matematik SPM 2014


4.2.1 Rujuk Lampiran 2.

4.2

Post mortem telah dibentangkan semasa audit akademik dan telah diberi penekanan
supaya guru-guru peka dengan ETR yang perlu dicapai dan memberi perhatian
kepada pelajar-pelajar yang perlu diluluskan.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

5.0

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014


5.1

Peperiksaan akhir tahun sedang berlangsung bagi semua tingkatan 1, 2, 3 dan 4


manakala pelajar tingkatan 5 telah pun mula menduduki Peperiksaan SPM 2014
mulai 3 November 2014.

5.2

Semua guru dikehendaki memastikan penandaan mengikuti skema pemarkahan


yang betul dan memulangkan semua kertas skrip jawapan kepada pelajar semula
setelah siap menanda. Guru-guru juga dikehendaki memasukkan markah dalam
SAPS sebelum 18 November 2014 bagi tingkatan 1, 2 dan 4. Manakala bagi
tingkatan 3 pula, markah perlu di masukkan dalam format excel dan diemelkan
kepada SU Peperiksaan, En. Abdul Rahman atau Pn. Jayanti Nallamuthu, SU PT3.

Tindakan: Ketua Panitia/Guru MP Matematik

6.0

PENYERAHAN TUGAS AKHIR TAHUN 2014


6.1

Semua fail panitia perlu dilengkapkan dan dikemaskini. Penulisan indeks paling
penting untuk kesemua 7 fail. Sebarang masalah boleh dirujuk dengan GKMP atau
rakan-rakan mengenai pengurusan fail untuk mendapatkan bantuan. Rujuk lampiran
yang diberikan sebagai senarai semakbagi mengetahui kandungan fail.

6.2

Format terbaru perancangan strategik akan diberikan pada tahun hadapan. Perlu
disediakan perancangan program atau perancangan panitia untuk jangka masa 5
tahun serta tahun semasa.

6.3

Semua laporan program-program panitia perlu disediakan dan dimasukkan ke


dalam fail.

6.4

Anggaran Belanjawan Mengurus 2015 perlu disediakan bagi perancangan awal.


Perlu dapatkan jumlah peruntukan panitia setelah ditolak dengan 25% daripada
peruntukan panitia untuk bayaran photostat sekolah. Segala perbelanjaan haruslah
dibincang dengan GKMP.

Tindakan: Ketua Panitia Matematik

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

7.0

PENTAKSIRAN SEKOLAH DAN PT3


7.1

Pencapaian pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 perlu direkodkan ke dalam Modul


Perekodan Perkembangan Pelajar (offline) dan dihantar secara email kepada Pn.
Norhanan Ab Razak dan Pn. Jayanti Nallamuthu.

7.2

Modul tersebut akan diburn di dalam CD untuk simpanan sekolah bagi tingkatan 1
dan 2 manakala akan dicetak bagi tingkatan 3.

7.3

Pelaporan PT3 akan dikeluarkan pada bulan Disember. Pelaporan PAJSK,


Psikometrik serta PS boleh dicetak dan diberikan kepada pelajar.

Tindakan: Ketua Panitia/Guru MP Matematik

8.0

PLC
8.1

Ucapan terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dan seharusnya
dilaksanakan dalam bidang Sains dan Matematik. Perkongsian ilmu serta
kemahiran amat penting dan boleh menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.
Penggunaan Whats Up boleh diteruskan kerana ia merupakan satu bentuk
komunikasi yang baik dan berkesan.

Tindakan: Ketua Panitia/Guru MP Matematik

9.0

HAL-HAL LAIN
8.1

Pelajar perlu didedahkan dengan soalan-soalan KBAT mulai tahun hadapan bagi
semua tingkatan. Guru seharusnya mempertingkatkan penggunaan contoh soalan
yang lebih berbentuk KBAT dan mengaplikasikan dalam PdP.

8.2

Penggunaan Fun Learning perlu dipraktikkan mulai tahun hadapan. Kaedah ini akan
menarik minat pelajar untuk belajar serta menjawab soalan.

8.3

Segala perihal Bidang Sains dan Matematik akan dimasukkan ke dalam Frog VLE.
Semua guru mesti peka dan selalu menggunakan Frog VLE.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PENUTUP
Puan Noraishah Mat Saad mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan
sepanjang mesyuarat ini. Mesyuarat seterusnya dicadangkan pada 30 Disember 2014 pada jam 2.00
petang. Mesyuarat hari ini ditangguhkan pada 4.30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........................................
JAYANTI A/P NALLAMUTHU
KETUA PANITIA MATEMATIK
SMK SERI KOTA PALOH

................................

Tarikh : 18 November 2014

Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like