Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

PELABURAN YANGSIGNIFIKAN DAN


MAPANDALAM PENDIDIKAN
Penyediaan sokongan dan sumber yang disediakan sesuatusistem kepada
sekolah memberi kesan penting kepadaprestasi sekolah. Hal ini bertujuan
membolehkan gurudan pengetua/guru besar memberikan tumpuan kepadatugas
utama mereka dalam melaksanakan pengajaran danpembelajaran yang
berkesan. Oleh itu pelaburan dalamsistem pendidikan merupakan ukuran
penting kepadakesungguhan dan komitmen kerajaan terhadap
pendidikan.Kerajaan Malaysia telah mengekalkan tahap pelaburan yang tinggi
dalam pendidikan sejak negara mencapaikemerdekaan lebih 55 tahun yang lalu.
Pada awal tahun1980-an, perbelanjaan Persekutuan untuk pendidikan rendahdan
menengah sebagai peratus Keluaran Dalam NegaraKasar (KDNK) adalah yang
tertinggi di Asia Timur. Padatahun 2011, jumlah perbelanjaan pendidikan
sebanyak 3.8%daripada KDNK, atau 16% daripada jumlah perbelanjaanKerajaan
bukan sahaja lebih tinggi daripada purata OECDsebanyak 3.4% daripada KDNK
dan 8.7% daripada jumlahperbelanjaan awam, malah adalah setara atau lebih
tinggidaripada sistem berprestasi tinggi seperti Singapura, KoreaSelatan dan
Jepun (Ekshibit 1). Pada tahun 2012, daripada jumlah bajet pendidikan sebanyak
RM37 bilion, Kerajaanterus menyediakan peruntukan yang terbesar, iaitu
16%daripada jumlah bajet kepada Kementerian Pelajaran.Peruntukan ini
menunjukkan komitmen Kerajaan terhadappendidikan sebagai satu daripada
keutamaan negara.

You might also like