Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LONJAKAN BESAR DALAMMENINGKATKAN

AKSESKEPADA PENDIDIKAN
Sistem pendidikan negara menyaksikan lonjakan besarsejak tahun 1957. Ketika negara mencapai
kemerdekaan,lebih separuh daripada populasi tidak menerima pendidikanformal, hanya 6% kanak-kanak
menerima pendidikanperingkat menengah, dan 1% sahaja mendapat pendidikanlepas menengah. Namun,
lima setengah dekad kemudian,akses kepada pendidikan telah mengalami perubahan yangmelangkaui
jangkaan.Pada tahun 2011, enrolmen di peringkat pendidikan rendah telahhampir sejagat, iaitu 94% dan
peratusan murid yang tercicir
daripada pendidikan rendah telah menurun secara signikan
(daripada 3% pada tahun 1989 kepada 0.2% pada tahun 2011).Kadar enrolmen di peringkat menengah
rendah (Tingkatan 1hingga 3) telah meningkat kepada 87%. Peningkatan terbesar berlaku di peringkat
menengah atas (Tingkatan 4 hingga 5),dengan kadar enrolmen meningkat hampir dua kali
gandadaripada 45% pada tahun 1980-an kepada 78% pada tahun 2011.Kadar enrolmen ini adalah lebih tinggi
sekiranya enrolmen d
I ekolah swasta juga diambil kira, iaitu 96% peringkat rendah,91% menengah rendah, dan 82% menengah
atas. Kadar iniadalah yang lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan negaramembangun yang lain, namun
masih rendah berbandingsistem pendidikan berprestasi tinggi seperti Singapura danKorea Selatan. Pada masa
yang sama, peluasan yang cepat berlaku dalam pendidikan prasekolah. Sekitar 77% muridtelah
memasuki pendidikan prasekolah (sama ada kerajaanatau swasta), dan sasaran negara adalah untuk
memperolehpenyertaan sejagat menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA), yang terkandung
dalam GTP.
Peningkatan yang signikan dalam akses disusuli dengan
peningkatan dalam pencapaian murid. Kadar literasi remajatelah meningkat daripada 88% pada tahun 1990
kepada kadarhampir sejagat sebanyak 99% masa kini, manakala kadar literasidewasa telah meningkat secara
mendadak, iaitu daripadakurang 70% kepada lebih 90% dalam jangka masa yang sama.Seterusnya, kadar
populasi dewasa (berusia 15+ tahun) yangtidak mengikuti persekolahan telah menurun, daripada 60%pada
tahun 1950 kepada kurang 10% pada tahun 2010.Manakala kadar populasi (berusia15+) yang
menamatkanpendidikan menengah telah meningkat daripada sekitar 7%pada tahun 1950 kepada hampir 75%
dalam tempoh yang sama(Ekshibit 2). Pencapaian ini adalah sesuatu yangmembanggakan negara.

You might also like