Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

CONTOH KECEMERLANGANWUJUD DALAM

SISTEMPENDIDIKAN NEGARA
Walaupun keputusan terkini TIMSS dan PISA telah mencetuskebimbangan, namun
terdapat banyak bukti kecemerlanganmurid dan sekolah di seluruh negara yang telah
mencapaistandard antarabangsa berdasarkan ukuran dalam bidangakademik dan bukan
akademik. Ekshibit 4 menunjukkan sepintaslalu sebahagian daripada pencapaian murid dan
sekolah Malaysiadi peringkat antarabangsa. Di samping itu, Kementerian telahmengiktiraf 66
sekolah di bawah program Sekolah BerprestasiTinggi (SBT). Sekolah berkenaan merupakan
yang terbaik keranamemiliki ciri-ciri yang unik, menghasilkan kecemerlanganakademik dan
bukan akademik murid secara tekal, dan berkeupayaan bersaing di peringkat
antarabangsa.Sistem pendidikan negara juga berjaya mewujudkan
sekolah,daerah dan negeri yang menunjukkan peningkatan di luar jangkaan yang
membanggakan, misalnya, sejak lima tahun yang lalu, Johor merupakan salah
sebuah negeri yang beradapada kedudukan lima terbawah berdasarkan prestasi
muriddalam UPSR. Johor telah melaksanakan program peningkatankemajuan
sekolah yang menyeluruh dan berjaya meningkatkanpencapaiannya hanya
dalam tempoh lima tahun. Johor, kini, berada dalam kelompok tiga teratas
(diukur berdasarkanpencapaian murid). Begitu juga, terdapat sekolah di
kawasanpedalaman seperti SK Ulu Lubai dan SK Bakalalan, diSarawak, keduadua sekolah ini berada dalam komuniti yang berpendapatan rendah, namun
berjaya merangkul anugerahamalan terbaik peringkat Komanwel pada tahun
2009 kerana berjaya melaksanakan perubahan yang mengagumkan.Kejayaan ini
menunjukkan wujudnya peluang yang bolehdipelajari dan meningkatkan lagi
amalan terbaik untuk diamalkan dalam sistem pendidikan secara keseluruhan.

CABARAN KEKAL WUJUDDALAM


MENCAPAIKEBERHASILAN MURIDSECARA SAKSAMA
Objektif yang sama penting dalam sistem pendidikan adalahmemastikan
kesaksamaan dalam keberhasilan murid.Malangnya, sehingga kini keberhasilan
murid masih tidak saksama. Negeri yang mempunyai populasi sekolah luar bandar
yang banyak, seperti Sabah dan Sarawak, secarapurata, menunjukkan prestasi yang
rendah berbandingnegeri yang mempunyai bilangan sekolah luar bandar
yangsedikit. Dalam UPSR, peratus jurang pencapaian antarasekolah bandar dan
luar bandar ialah 4% mata dan bagi SijilPelajaran Malaysia (SPM), jurang
pencapaian meningkatkepada 8% mata. Walau bagaimanapun, kedua-dua
jurangpencapaian ini telah menurun, masing-masing sebanyak 5%mata dan 2%
mata sejak enam tahun kebelakangan ini. Jurang pencapaian antara sekolah kebangsaan
dan sekolah jenis kebangsaan juga semakin mengecil. Tidak wujudperbezaan yang ketara
antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dari segi pencapaian dalam
UPSR.Sejak lima tahun yang lalu, jurang pencapaian dalam kalangansekolah jenis
kebangsaan Tamil telah berjaya dikurangkansebanyak 50%, dan jurang pencapaian antara
sekolah jeniskebangsaan Tamil dengan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan
Cina telah kurang kepada 4% mata.Sebaliknya, jurang pencapaian antara jantina
adalah
signi kan dan terus meningkat, malah semakin melebar
dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Muridperempuan sentiasa mengatasi
pencapaian murid lelakipada semua peringkat. Jurang pencapaian antara
gendermula kelihatan di peringkat UPSR dan berterusan sehinggake peringkat

universiti, iaitu 70% daripada kohortperingkat universiti terdiri daripada pelajar


perempuan. Walaupun fenomena ini bukan unik bagi Malaysia, namunia memerlukan
perhatian bagi memastikan negara tidak

You might also like