Professional Documents
Culture Documents
Kepentingan Menjaga Maklumat Sulit Klien
Kepentingan Menjaga Maklumat Sulit Klien
Sebagai contohnya, pendedahan kes diskriminasi jantina dalam pembayaran gaji oleh
Wal Mart. Senario ini bermula apabila firma perundangan Akin Gump Straus Hauer & Feld
telah menganalisis tentang kesan pendedahan Wal Mart terhadap tuntutan mahkamah yang
menuduh Wal Mart dan Sam Club melakukan diskriminasi jantina dalam pembayaran gaji
pekerjanya. Dalam memo 1995, Akin Gump memutuskan bahawa Wal Mart akan
menghadapi
Pada 2011, satu lagi salinan memo telah tiba di meja peguam utama plaintif Dukes
daripada pihak yang sama. Peguam plaintif itu memastikan bahawa memo telah dirangka
oleh Akin Gump, kepada Wal Mart untuk mengelak daripada dakwaan makamah. Akhirnya,
memo ini telah digunakan oleh Dukes untuk mendakwa balik Wal Mart terhadap diskriminasi
jantina dalam pembayaran gaji.
Daripada senario ini, kita dapati bahawa kegagalan etika peguam dalaman Wal Mart
yang menjadi punca kes ini berlaku. Walaupun pendedahan tersebut dilakukan dengan niat
untuk menolong orang ramai, tetapi ia masih melanggar etika dan peraturan firma
perundangan. Dalam hal ini, peguam tersebut gagal menjaga maklumat-maklumat sulit
korporat yang menyebabkan untuk kajatuahan syarikat tersebut.
Kita dapat satu gambaran yang jelas bahawa
firma
perundangan menjadi satu cabaran lebih besar. Seorang peguam harus beretika dalam
melaksanakan tanggungjawab beliau. Walaupun, terdapat penyelewengan atau perbuatan
salah laku daripada pihak klien, perkara itu harus dikendalikan secara lebih profesional
daripada membocorkan maklumat pihak terbabit.
ataupun
kepadanya
diserahkan
sesuatu
hal
untuk
dilakukannya.
Wakalah bi al-khusumah ialah orang yang mewakili seseorang yang lain dalam urusan
pendakwaan dan tuntutan di hadapan hakim, baik dalam sesuatu prosiding Mahkamah
ataupun perkara-perkara berhubung dengan kes yang dipertikaikan.
Peguam syarie juga berperanan mengimbangi antara pihak-pihak yang bertelagah di
hadapan hakim, terutama apabila salah seorang pintar bercakap dan yang seorang lagi tidak.
Dalam situasi ini, hakim sendiri dalam keadaan serba salah untuk membuat keputusan,
dikhuatiri bias kepada satu pihak sahaja. Hakim boleh mengarahkan pihak yang lemah
melantik peguam untuk keseimbangan.
Kadang-kadang dokumen yang difailkan ke mahkamah tidak lengkap, tidak cukup
bahan-bahan bukti yang menyukarkan hakim untuk membuat keputusan. Seorang hakim
tidak boleh memberi panduan atau menasihatkan mana-mana pihak tentang apa-apa
kecacatan dokumen, prosedur, undang-undang dan sebagainya. Ini akan menimbulkan
perasaan tidak puas hati pihak lawan. Di sinilah peranan peguam syarie yang arif tentang
undang-undang, dokumen serta prosedur.
Peguam syarie juga berperanan mengatasi dan melindungi perasaan malu khususnya
di kalangan wanita. Jika seseorang itu tidak dapat bertutur dengan baik di hadapan hakim
kerana malu, takut atau `gabra', dia tidak akan dapat memberikan fakta yang sebenarnya
dengan tepat. Dengan itu ditakuti tidak mencapai maksud keadilan yang diharapkan dalam
perbicaraan. Juga mengatasi sifat malu untuk menceritakan sesuatu perkara yang sulit dan
peribadi mengenai dirinya atau suaminya, walaupun perkara itu adalah fakta yang mesti
diberitahu di hadapan mahkamah.
Peguam syarie juga membantu anak guamnya untuk membuktikan sesuatu kes di
mahkamah, iaitu dakwaan, keterangan, beban pembuktian, instrumen serta elemen
pembuktian, hujah dan saksi-saksi sehingga sampai ke tahap yakin. Peguam juga berperanan
mewakili anak guamnya tentang kesahihan ikrar (pengakuan) serta qarinah dalam
perbicaraan.
Hakikatnya, peguam syarie berperanan membantu mempercepatkan perjalanan
sesuatu kes di mahkamah. Kes-kes yang diwakili peguam lebih cepat diselesaikan berbanding
kes-kes yang tidak diwakili peguam. Cuma segelintir peguam bermasalah, yang mana kesnya
lambat diselesaikan, disebabkan tidak komited dengan profesionnya, ada `bisnes' lain, lebih
sibuk dengan politik atau persatuan, atau terlalu tamak kes.
Sebagai contohnya, kita boleh membicarakan kes Daruk Seri Anwar Ibrahim terhadap
peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar. Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan
menolak peguam Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan di Mahkamah Syariah Kuala dalam kes qazaf yang difailkannya.
Zainul Rijal mewakili Pendakwa Raya Syariah, Ketua Pengarah Jawi dan juga
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Jamil Khir Baharom dalam permohonan untuk
meneruskan kes Qazaf Anwar. Peguam yang mewakili Anwar, Kamar Ainiah Kamaruzaman
membuat permohonan menolak Zainul Rijal kerana dia dipercayai melakukan tindakan
berlawanan dengan etika seorang peguam syarie dalam kes Anwar terhadap Jawi.
Beberapa kenyataan dikeluarkan Zainul Rijal menjejaskan mahkamah syariah dan
berlawanan dengan etika peguam syariah dalam etika mahkamah syariah. Antaranya beliau
sebelum ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan menjejaskan kes ini dan juga menerima
wang zakat dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebagai yuran guamannya.
Hal ini menyebabkan
patut menjaga kebajikan pihak ketiga. Walaupun beliau tidak terlibat langsung dengan
sesuatu kes, penyalahgunaan kuasa untuk menuduh atau melengahkan sesuatu kes demi
kepentingan diri sendiri atau oarang lain patut dihindari.
Rujukan
1. Luban, D. (1983). The Good lawyer: Lawyers' roles and lawyers' ethics. Totowa,
N.J.: Rowman & Allanheld.
2. Sammons, J. (1988). Lawyer professionalism. Durham, N. Carolina: Carolina
Academic Press.
3. Lyons, T. (2010). The quotable lawyer. New York: Skyhorse Pub.
4. The Impact and Echoes of the Wal-Mart Discrimination Case. (2013, September 27).
Retrieved December 15, 2014, from http://www.propublica.org/article/the-impactand-echoes-of-the-wal-mart-discrimination-case
5. Liptak, A. (2011, June 20). Justices Rule for Wal-Mart in Class-Action Bias Case.
Retrieved
December
15,
2014,
from
http://www.nytimes.com/2011/06/21/business/21bizcourt.html?pagewanted=all
6. Tolak Zainul Rijal Kerana Langgar Etika Peguam Syarie. (2011, August 18).
Retrieved December 15, 2014, from http://ntvirus.wordpress.com/2011/08/18/tolakzainul-rijal-kerana-langgar-etika-peguam-syarie/
7. Anwar tolak Zainul Rijal kerana langgar etika peguam syarie. (n.d.). Retrieved
December 15, 2014, from http://www.keadilandaily.com/anwar-tolak-zainul-rijalsebagai-pendakwa-kes-qazaf/