Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

0 PENGENALAN
Apabila mendengar perkataan kaunseling, ramai yang akan berprasangka buruk
dan mengaitkan ia dengan perkara yang negative ataupun perlakuan yang buruk.
Namun kaunseling bukanlah satu bentuk hukuman yang dijatuhkan pada mana-mana
pihak. Malahan ia adalah satu bentuk bantuan kepada mereka yang memerlukan. Ini
dapat dilihat melalui definisi kaunseling itu sendiri. Menurut English dan English ( Mohd.
Noor Saper, 2009) kaunseling adalah satu perhubungan menolong yang melibatkan
penolong dan individu yang ditolong. Penyataan ini dikuatkan lagi dengan penyataan
oleh Berk dan Steffire ( Mohd. Noor Saper, 2009) tentang maksud kaunseling. Menurut
Berk dan Steffire, kaunseling malambangkan satu perhubungan antara kaunselor yang
terlatih dengan orang yang menghadapi masalah.

Di sekolah perkataan kaunseling itu akan diawali dengan perkataan bimbingan.


Bimbingan ini boleh diertikan sebagai. Bimbingan merupakan satu proses yang
berbentuk bantuan, tunjuk ajar, nasihat, mebimbing dan sebagainyauntuk mencapai
matlamat tertentu yang telah ditetapkan. Ini bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh
Sabariah ( Mohd. Noor Saper, 2009) mengenai bimbingan. Menurut Sbariah, bimbingan
adalah proses menolong orang lain membuat pemilihan penting yang memberikan
kesan kepada gaya hidupnya. Menurut Abdul Malek ( Mohd. Noor Saper, 2009),
bimbingan adalah proses membantu individu memahami diri dan dunia sekelilingnya
supaya ia mampu menggunakan kebolehan dunia sekelilingnya supaya ia mampu
menggunakan

kebolehan,

keupayaan

dan

yang

ada

sepenuhnya.

Bagi

memperkukuhkan lagi penyataan bahawa bimbingan bersifat pertolongan, Shertzer dan


Stone ( Mohd. Noor Saper, 2009) menyatakan bahawa bimbingan ialah pertolongan
yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang biasanya sedang dalamperkembangan atau
pertumbuhan mental, social, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian.

Bimbingan dan kaunseling di sekolah menawarkan banyak perkhidmatan kepada


klien bukan sahaja membantu mereka yang bermasalah dari segi disiplin dan juga

peribadi. Seorang guru yang tidak mempunyai keahlian atau pung pengkhususan dalam
bidang kaunseling tidak boleh menjadi seorang kaunselor, namun hanya boleh menjadi
seorang pebimbing. Oleh itu, seorang guru biasa berkebolehan dalam memberikan
bimbingan kepada murid-murid. Ilmu bimbingan dan juga kaunseling perlu ada dalam
setiap guru kerana, setiap guru akan tempuhi pelbagai masalah yang bekaitan dengan
murid. Ia membantu guru mengatasi maslah serta membantu murid itu sendiri. Oleh
sedemikian, tugasan ini mengkehendaki kami untuk mendiagnosis salah satu kes yang
terdapat dalam buku Kajian Kes IPG Kampus Tuanku Bainun berdasarkan teori-teori
yang telah dipelajari, kami perlu mengaplikasikan teori yang bersesuaian yang boleh
diaplikasikan kedalam isu yang terdapat dalam kes kami. Kes yang kami yang kami kaji
bertajuk Aman dan Cikgu Ina. Secara kasarnya, ia mengenai seorang guru yang
bernama Cikgu Ina yang terpaksa berhadapan dengan Aman seorang anak murid yang
menggangu sesi pengajaran dan pembelajaran serta enggan menerima kerjasama dan
teguran dari Cikgu Ina.

Terdapat pelbagai jenis teori dalam pelaksanaan bimbingan dan kaunseling.


Antaranya ialah teori Terapi Pemusatan Klien yang diperkenalkan oleh Carl Rogers,
(1951). Teori Behaviorisme, Teori Terapi Gestalt oleh Fredrick Perls (1951), Teori
kaunseling Psiko-Analisis oleh Sigmind Freud, Teori Terapi Kewujudan oleh Van Kaam
dan Frankl (1953), Teori Terapi Rasional-emosi yang dibentuk oleh Albert Ellis (1962)
dan pelbagai teori lagi. Terdapat tiga fungsi sesuatu teori iaitu; pertama untuk
menjelaskan sesuatu kejadian yang berlaku setelah membuat beberapa pemerhatian,
kedua menggunakan sesuatu teori untuk menguasai keadaan tertentu dan ketiga
menggunakan sesuatu teori untuk membuat ramalan. Bagi menghuraikan isu Aman dan
Cikgu Ina ini, kami akan menggunakan salah satu teori dari kategori tersebut.

You might also like