Kata Kerja

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

KATA KERJA

1.Kata kerja ialah kata yang pada umumnya disertai awalan


ber-,men-,ter-,dan sebagainya.
2.Kata kerja terbahagi kepada:
(a) kata kerja tak transitif
(b) kata kerja transitif
(c) kata kerja pasif
3.Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat
berdiri sendiri dengan maknanya yang
lengkap.Misalnya:
(a) Ayah tidur.
(b) Penyanyi itu menari.
4.Beberapa contoh kata kerja tak transitif ialah:
ada,bocor,kandas.
5.Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai
objek untuk membentuk ayat yang lengkap.
6.Objek yang menyertai kata kerja transitif mesti frasa
nama.Misalnya:
Abang membaca buku.
(a) membaca-kata kerja transitif
(b) buku-objek
7.Beberapa contoh kata kerja transitif ialah:
makan,melukis,minum.
8.Kata kerja pasif terjadi daripada kata kerja transitif yang
awalan me- nya ditiadakan.
Contohnya:

Kata Kerja Transitif

Kata Kerja
Pasif

mengambil

ambil

9.Ada tiga jenis kata kerja pasif.


(a)kata kerja pasif diri pertama
(b)kata kerja pasif diri kedua
(c)kata kerja pasif diri ketiga
10.Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja yang
berimbuhan ku-. Contohnya:
kuambil, kuperoleh, kududuki
11.Kata kerja pasif diri kedua ialah kata kerja yang
berimbuhan kau- .Contohnya:
kauambil, kauberikan, kaududuki
12.Kata kerja pasif diri ketiga ialah kata kerja yang
berimbuhan di-.Contohnya:
diambil, diberikan, diduduki

Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan kata kerja yang
sesuai.
1. Azhari ____________ sebentuk cincin berlian kepada bakal
tunangnya.
2. Keluarga Encik Hasrul sedang _______di dalam bilik ketika
kebakaran itu berlaku.
3. Dia sedang ___________
berada di Brunei.

sepucuk surat kedapa sahabat penanya yang

4. Pak Cik Khir ___________ siang dan malam untuk menyekolahkan anakanaknya.
5. Si Manja telah _____________ lima ekor anak kucing yang sangat
comel.
6. Kakak sedang _____________ daun-daun kering yang berguguran di
halaman rumah.
7.Habshah ____________ teresak-esak apabila duitnya hilang.
8. Farouk sedang ____________ rumahnya untuk menyambut Hari Raya
Aidilfitri.
9. Murid-murid itu sedang ____________ di luar bilik darjah.
10. Pekerja-pekerja binaan itu telah ______________sebuah bangunan
lama di tepi jalan itu.

beratur
mengecat
menangis
bekerja

menulis

memberi

merobohkan
melahirkan
menyapu

tidur

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong


dalam ayat-ayat di bawah.

1) Puan Salina____________ kurma ayam dan rendang daging


untuk hidangan makan malam.
A menggoreng
C menjerang
B memasak
D memotong
2) Kapal terbang itu akan _________ dari Lapangan Terbang
Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul
10.45 malam.
A berlepas
C bertolak
B berangkat
D berjalan
3) Kami________terbahak-bahak apabila mendengar kisah Anganangan Mat Jenin.
A menangis
C ketawa

B menjerit

D melompat

4) Encik Teh__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni


untuk menyambut Tahun Baru
Cina.
A membakar
C menconteng
B membersihkan
D menghiasi
5) Mangsa-mangsa banjir itu telah_____ke tempat yang lebih
selamat sehingga air surut.
A berpindah
C berlari
B bermain
D berdiri
6) Encik Fadli_________ sanak saudadaranya datang ke majilis
perkahwinan anak bongsunya.
A meminta
C mengangkut
B menjemput
D menghantar
7) Kami sekeluarga ______di tepi kolam itu sambil melihat
anak-anak ikan berenang
A berpindah
C berehat
B beradu
D berlatih
8) Pemandu bas mini itu_______ dengan laju tanpa menghiraukan
keselamat para penumpang.
A membawa
C mengangkut
B memandu
Dmenunggang
9) Budak-budak itu__________ bertempiaran apabila ternampak
lelaki gila itu menuju ke arah
mereka.
A duduk
C tidur
B turun
D lari
10)Ular sawa yang _____ayam-ayam Pak Cik Harun berjaya
ditangkap oleh penduduk kampung.
A membunuh
C mengulung
B mematuk
D memakan

Pilih jawapan yang paling tepat.


1. Samy dan Ah Chin asyik______semasa perhimpunan diadakan.
A bergaduh
C berbahas
B berucap
D berbual
2. Beliau_____ Pesta Buku Kebangsaan di Changkat Pavilion.
A membuka
C mengunjung
B merasmikan
D mendatangi
3. Saya _______ akan belajar bersungguh-sungguh.
A bersumpah
C berikrar
B berjanji
D berucap

4. Banyak pelancong luar negara suka ______ ke negara ini.


A menziarahi
C melancong
B mendatangi
D mengunjungi
5. Lim Hock dan Shamsul_______ terbahak-bahak kerana geli
hati.
A ketawa
C riang
B gembira
D geli hati
6. Penduduk kampung bergotong-royong___ balai raya itu.
A membersihkan
C membasuhkan
B mencucikan
D mengesatkan
7. Ayah sedang_____ di atasi katil.
A berdiri
C baring
B melompat
D terlantar
8. Cikgu itu sedang____ buku latihan murid-muridnya
A menyalin
C menulis
B menconteng
D memeriksa
9. Kim Yong_____ kawan-kawannya ke majilis hari jadinya.
A memanggil
C meminta
B menjemput
D mempesilakan
10. Setiap petang, dia membantu ayahnya______ sayur-sayuran
di kebun.
A memandi
C menyiram
B membajak
D mengutip

Latihan 2
Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
Kemudian, nyatakan sama ada kata kerja itu kata kerja
transitif atau kata kerja tak transitif.
1) Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam.
2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya.

3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu


petang.
4) Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian.
5) Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab
itu dengan teliti.
6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.
7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan
sekolah.
8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggung motosikal.
9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya
petang semalam.
10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah
kelapa muda.

Garislah kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.


1. Susan teringat akan adiknya.
2. Dila bermain di tengah padang.

3. Kami membaca buku di bilik.


4. Kunci kereta itu sudah kau ambil?
5. Ibu memasak bubur di dapur.
6. Amin jatuh kerana amat letih.
7. Buku itu sudah kubaca.
8. Dia diberi wang oleh ayahnya.
9. Baju baru itu akan saya pakai besok.
10. Razali memperkenalkan kawannya kepada saya.

You might also like