Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 21

Bahasa dan makna dalam puisi sangat penting.

Pilih dua penyair lelaki dan dua penyair


wanita terkemuka tanah air selepas merdeka, buatlah analisis bahasa dan makna dalam
puisi-puisi mereka.
PENGENALAN
Bahasa dan makna dalam puisi sangat penting.Genre puisi tradisional memuatkan empat
jenis puisi iaitu pantun,syair,gurindam dan seloka.Keempat-empat puisi ini mempunyai tema
masing-masing mengikut penghasilan daripada penciptanya sendiri.Tema ialah pokok persoalan
yang menjadi isi utama yang dikemukakan oleh pencipta puisi itu.Tema sebuah puisi selalunya
berkaitan dengan gambaran masyarakat ,perjalanan diri pencipta puisi sendiri ,pernyataan cinta
terhadap alam atau sesama manusia ,semangat perjuangan dan soal-soal agama dan
budaya.Unsur bahasa sangat penting dalam sesebuah puisi.Bahasa yang digunakan dalam sebuah
puisi bukan sahaja bahasa harian ,malah juga melibatkan penggunaan pelbagai unsur bahasa
seperti personafikasi,metafora,simile,perulangan,hiperbola,inversi,perlambangan dan lain-lain
lagi.
Bagi unsur bunyi terbahagi kepada dua iaitu aliterasi dan asonansi.Aliterasi merujuk
kepada perulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris yang sama seperti contoh
berikut ; Masih Memadu kereta Lama (perulangan konsonan M).Manakala Asonansi merujuk
kepada perulangan bunyi vokal yang sama pada perkataan yang berturutan dalam baris-baris
sajak seperti contoh berikut ;Memasuki ruang dan bersatu di dalamnya (perulangan vokal A).
Bagi penggunaan nada dalam setiap puisi boleh dikaitkan dengan sikap pencipta puisi
apabila mereka berhadapan dengan subjek yang dijadikan fokus karyanya.Terdapat beberapa
jenis nada dalam puisi iaitu protes, sinis, melankolik dan romantis.

AKU MENJADI LEBIH BERANI


Kali ini
kau berbaju biru
dan bajuku ungu.
Sayang, hanya aku tahu
hatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu.

Bila begini,
sebilah pisaumu aku tidak gentar
sepatah kata
bisa,
aku merasa.

Hati dan rasa mengajarku


aku menjadi lebih berani.

Latifah Haji Shebli


Puisi-puisi Kenyalang 1, 1984.

Sajak aku menjadi lebih berani telah ditulis oleh Latifah Haji Shebli. Latifah Shebli,
dilahirkan pada 13 Februari 1943.Dalam dunia sastera di Sarawak, Latifah seorang penulis puisi,
cerpen, drama pentas dan esei.Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rakyat Kampung
Bintangor (1954-1957) dan Madrasah Melayu (1958-1960).Beliau memperolehi Sarawak Junior
School Certificate (SJC London)..Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Gita,
Kuching (1960). Kemudian berkhidmat di Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak (19601965), Beliau
pemah juga berkhidmat di Jabatan Penerangan Sarawak (1982) dan Jabatan Penyiaran Sarawak
(1982-1998). Di Jabatan Penyiaran, beliau bertugas sebagai pembantu penerbitan/penulis skrip
(1982-1998).Beliau bergiat aktif di dalam persatuan-persatuan dan pernah memegang jawatan
setiausaha

Persatuan

Bahasa

dan

Sastera

Malaysia

(PEBAS)

(1984-1987).

Beliau juga banyak menerima anugerah di dalam bidang penulisan seperti Hadiah Pertama
Peraduan Menulis Sajak anjuran ANNSAR (1961).
Sajak ini mempunyai tiga rangkap.Rangkap pertama bemaksud penyajak berbaju ungu
manakala kawannya berbaju biru.Penyajak membandingkan sifat kawannya itu melalui warna
tersebut.Walaupun biru melambangkan peribadi yang lembut dan tulus dalam setiap
tindakan,penyajak berpendapat sebaliknyaterhadap kawannya.Penyajak menyedari kawannya itu
mempunyai hati yang tidak jujur dan tidak ikhlas berbanding dirinya yang berbaju ungu.Ungu
hampir dekat dengan hitam iaitu lambang kesedihan.
Manakala rangkap kedua pula mengisahkan dalam keadaan penyajak dihimpit secebis
kedukaan dalam hidupnya.Kawannya bukan memujuk atau meringankan beban ynag dideritainya
sebaliknya melontarkan kata-kata yang sungguh berbisa.Kata-kata yang berbisa itu menyinggung
dan mengecewakan hati penyajak.Penyajak berpendapat tikaman daripada sebilah pisau tidak

begitu terasa pedihnya berbanding dengan kata-kata berbisa.Namun,penyajak tidak takut dengan
tikaman tersebut.
Bagi rangkap ketiga penyajak mendapat satu pengajaran agar tidak berpaut harap kepada
kawan yang tidak ikhlas dan bersikap berpura-pura.Penyajak menjadi lebih berani walaupun
keseorangan dan lebih baik begitu daripada mempunyai kawan yang tidak ikhlas malahan
menikamnya dari belakang.
Sajak ini mengangkat tema keberanian wanita dalam membuat sesuatu keputusan atau
menghadapi kesukaran hidup.Penyajak dapat mengesan ketidakjujuran kawannya.Kawannya
hanya ada waktu pada waktu senang sahaja manakala waktu dirinya dilanda kesusahan
kawannya tidak menunjukkan rasa simpati,malahan memancungnya dengan kata-kata ynag
menyakitkan hati.Pengalaman ynag diterimanya menjadikan penyajak lebih berhati-hati dalam
menghadapi kenyataan hidup dan menjadikan dia lebih berani dalam bertindak atau membuat
keputusan.
Sajak ini menggunakan nada protes terhadap sikap seorang kawan.Seorang kawan
seharusnya meringankan kesulitan dan penderitaan yang dihadapi oleh kawan,bukan bertindak
mengucapkan kata-kata yang merdeka.Dalam sajak Aku menjadi lebih berani penyajak
memperlihatkan unsur bunyi asonansi dan aliterasi yang digabungkan secara serentak.Hal ini
terjadi kerana rangkai kata dalam sajak ini ringkas atau pendek-pendek pada setiap baris.Contoh
asonansi ialah perulangan vokal u, iaitu; dan bajuku ungu.Manakala contoh aliterasi ialah
perulangan konsonan t iaitu; tidak setulus hatiku.
Sajak ini mempunyai gaya bahasa berunsurkan personifikasi iaitu merujuk kepada benda
atau bukan manusia yang bersifat dan melakukan seperti apa yang dilakukan oleh

manusia.Contohnya ; hati dan rasa mengajarku.Bagi perlambangan penyajak menggunakan


lambang yang tradisional sifatnya iaitu warna.Contohnya ;kau berbaju biru dan bajuku
ungu.Warna biru melambangkan hati yang lembut yang dimiliki oleh kawan penyajak,namun
kelembutan itu sebenarnya kepura-puraan.Warna ungu melambnagkan kekecewaan atau
kesedihan yang menimpa penyajak.
Sajak ini juga menggunakan imejan iaitu unsur perbandingan benda dengan
kata.Contohnya ;sebilah pisaumu aku tidak gentar,sepatah kata bisa. Penyajak membandingkan
kata yang berbisa lebih menyakitkan daripada luka di tangan akibat pisau yang tajam.
Penyajak juga menyelitkan unsur nilai dan pengajaran dalam sajaknya.Antaranya nilai
dan pengajaran yang terdapat dalam sajak ini adalah nilai kemanusiaan.Wanita dengan sifatnya
yang lemah dan mudah terasa tidak seharusnya tunduk atau tersungkur dalam kehidupan ini
akibat kata-kata yang berbisa.kata-kata yang berbisa itu diterima dalam sudut yang positif iaitu
sebagai pembakar semangat untuk berdikari dan berani menempuh kehidupan.Nilai seterusnya
ialah menilai peribadi kawan.Memilih kawan bukan mengikut ukuran kulit semata-mata,nilai
persahabatan teruji apabila diri ditimpa kesukaran.Penyajak juga meletakan nilai kemasyarakatan
dalam sajaknya.Penyajak cuba mengangkat citra wanita agar berani menghadapi kesulitan dalam
hidup ini.Penyajak memilih jalan dengan manjadikan katakata berbisa itu untuk
membangunkan peribadinya dan menjadikan penyajak lebih berani mengharungi hidup ini.

Manusia Dan Kesejahteraan


Kelelahan kita semakin parah tenatnya
berserta kekejaman mengatasi kedamaian
titik pertemuan menjadi tentangan
tak siapa mahu beralah.
Saat ini siapa lagi sanggup bersemboyan
janjikan harapan semanis janji orang bercinta
setiap pembicaraan tanpa persatuan
kejujuran mati di hati.
Hari ini tak payah parau bertanya
ketuaan dunia akan tenggelam juga
dalam kebodohan manusia yang kian bermuka dua.
Demi kelak dewasanya anakku
kau bikinlah perhitungan sendiri
untuk menjengah neraka kecintaan manusia
mencucuri bahan api neraka.
Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD!
tambah mengimbau sorotan kitab ESA!
hanya kesejahteraan membunga api.
SALMI MANJA
1 Januari 1961

Puisi seterusnya ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Salmi Manja yang diberi tajuk
Manusia dan Kesejahteraan.Pada rangkap pertama ,penyajak dengan pandangan yang tajam
menggambarkan kehidupan manusia hari ini berada pada tahap yang membimbangkan.Manusia
lebih cenderung melakukan kekejaman daripada mencintai keamanan dan kedamaian dan tidak
mahu mengalah serta mempamerkan sikap mementingkan diri.Pada rangkap kedua ,penyajak
menjelaskan sikap manusia moden yang pandai berjanji dengan mulut yang manis tetapi gagal
menepatinya.Hal ini berlaku kerana kejujuran sudah tidak ada lagi dalam hati tetapi yang ada
hanya kecurangan dan kezaliman semata-mata.
Penyajak menjelaskan pada rangkap ketiga bahawa dunia yang sudah tua ini akan
menunjukkan kemusnahan.Hal ini berlaku kerana kebijaksanaan manusia atau kewarasan akal
fikir manusia sudah tiada lagi.Manusia mengaku bijak tetapi sebenarnya mereka bodoh dan
pandai berpura-pura.
Pada rangkap seterusnya pengajak berharap agar generasi baru dan generasi yang hidup
pada hari ini mentafsir semuka hakikat kehidupan sebenar.Generasi baru harus melihat akibat
corak daripada kehidupan yang merosakkan iaitu yang menjadi kecintaan mereka kini.Akhir
sekali,penyajak menyarankan agar manusia memperbaiki kerosakan hidup dengan segala sifat
yang disebutkan dengan kembali berpegang kepada agama.Dalam konteks ini agama yang
dimaksudkan ialah agama islam.
Sajak Manusia dan Kesejahteraan ini mengutarakan tema kemanusiaan yang
berlandaskan prinsip keagamaan.Penyajak mengangkat kehidupan manuisa yang kian kalut dan
berpura-pura ,tidak mahu beralah dan kekejaman lebih ketara berlaku berbanding dengan
kedamaian.Sajak ini membawa nada protes terhadap kepincangan nilai dalam kehidupan

manusia sejagat.Dalam cetusan nada protes itu, muncul sindiran terhadap perlakuan manusia.Hai
ini

ditandai dengan kata penyajak iaitu ;

Hari ini tak payah parau bertanya.Penyajak

mengakhiri sajak ini dengan nada memujuk agar menusia kembali kepada agama iaitu kembali
berpegang kepada ajaran islam.
Penyajak meletakkan unsur bunyi Asonansi dimana terdapat pengulangan vokal
a.Contohnya ; beserta kekejaman mengatasi kedamaian.Juga terdapat pengulangan vokal
i.Contohnya ; janjikan harapan semanis janji orang bercinta.Unsur bunyi aliterasi juga
digunakan dimana terdapatnya pengulangan konsonan t.Contohnya ; titik pertemuan menjadi
tentangan.Juga terdapat perulangan konsonan j.Contohnya ; janjikan harapan semanis janji
orang bercinta.
Sesuai dengan tema yang dipertengahkan,penyajak mempamerkan gaya bahasa yang
tegas dan keras.Sikap terus terang terpancar dalam contoh berikut ; tak siapa mau beralah,
kebodohan manusia , bikinlah perhitungan sendiri.Terdapat juga gaya bahasa berbentuk
metafora iaitu bahasa figuratife yang memberi sifat-sifat sesuatu objek ,secara langsung atau
secara perbandingan terus.Contohnya ; menjengah neraka kecintaan manusia.Gaya bahasa
personifikasi juga terdapat dalam sajak ini.Contohnya ; kejujuran mati di hati ,ketuaan dunia
akan tenggelam juga.Gaya bahasa hiperbola juga terdapat di dalam ayat kelelahan kita semakin
parah tenatnya iaitu kata-kata yang melampau atau telalu.Begitu juga dengan simpulan bahasa
yang terdapat dalam ayat titik pertemuan dan bermuka duka.
Salmi manja meletakkan beberapa nilai dan pengajaran dalam sajaknya ini.Antaranya
ialah generasi muda harus membuat pertimbangan sendiri baik atau buruknya perlakuan manusia
yang diutarakan sebelum ini.Seseorang yang waras akal fikirannya dan matang pastinya akan

menolak nilai kepura-puraan,membenci kekejaman dan mencaintai kedamaian,mengamalkan


sikap tolak ansur dan berpegang kepada janji yang telah diucapkan.Kita seharusnya kembali
kepada pegangan agama,khasnya islam dan agama lain yang mendukung sarwajagat.Sikap
negatif jelas akan membawa kehancuran kepada diri dan masyarakat seluruhnya.
Penjelasan dan penghuraian makna kedua-dua puisi diatas telah dicipta oleh penyair dan
penyajak wanita iaitu Latifah Hj Shebli dan Salmi Manja. Bagi puisi seterusnya dua orang tokoh
puisi lelaki telah dipilih dan makna puisi-puisi mereka akan saya jelaskan.

Jalan-Jalan Raya Kotaku

Saban waktu sepanjang perjalanan


jalan-jalan raya kotaku
lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran
lelah meresahkan
dengan luka parah di hati.

Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa.

Demikian etika di perjalanan


budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat

melanda pinggir perjalanan


fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.

Jalan-jalan raya kotaku


adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadaban
para pesakit
kemanusiaan semakin mandul
pada penghujung musim.
Zam Ismail
Kasut Hitler, 1996
Mingguan Malaysia, 4 Jun 1995
Sajak Jalan-jalan Raya Kotaku telah ditulis oleh Zam Ismail. Zam Ismail dilahirkan
pada 19 Mei 1943 di Kampung Parit Rasipan, Batu Pahat, Johor. Nama sebenarnya ialab Mobd.
Ismail bin Jamjam. Dalam bidang penulisan kreatif, Zam Ismail lebih terkenal sebagai penyair,
suatu bidang yang telah diceburinya sejak awal tahun 1960-an lagi. Puisi-puisinya tersiar dalam
akhbar dan majalah tanah air di samping termuat dalam antologi bersama penyair-penyair lain.
Selain puisi, dia iuga mencuba bakatnya dalam bidang penulisan cerpen, drama dan penulisan
novel. Dia telah menerbitkan tiga buah novel remaja iaitu Mencari Pembunuh (1973), Setelah
Dinihari (1983) dan Yang Liar dan Terbiar (1989). Untuk mengabadikan jasa dan khidmat guru
kepada masyarakat, Zam Ismail telah mengusahakan dan menyelenggarakan sebuah antologi
puisi berjudul Guru Oh Guru.

Bagi rangkap pertama ,penyajak mengambarkan keadaan yang terpaksa ditempuh setiap
petang apabila jalan raya mula sesak dengan kenderaan mula bergerak untuk pulang atau
sebagainya.Kesesakan berlaku terutamanya apabila hujan kerana banjir atau kerosakan lampu
isyarat berlaku.Dalam situasi begiini, pengguna jalan raya hilang rasa sabar ,penat , dan sakit
hati.
Untuk rangkap seterusnya menjelaskan pemandu kenderaan yang tersangkut dalam
kesesakan di jalan raya telah hilang kesabaran dan telah timbul rasa sombong akibat kebosanan
yang melampau.
Penjelasan ini

diteruskan

dengan rangkap

ketiga

dimana

kesombongan

dan

ketidaksabaran pemandu telah menjadi etika atau tabiat ketika warga kota berada di jalan
raya.Warga kota sudah tidak mengamalkan sikap yang mulia seperti berbudi bahasa, suka
menolong ,peramah dan bertimbang rasa.Yang muncul ialah pengaruh hawa nafsu seperti ingin
menunjuk-nunjuk, sombong dan berbagai-bagai sikap negatif.Semua ini telah meghilangkan
fitrah warga kota yang inginkan kedamaian ,ketenangan dan kesejahteraan.
Penyajak menyimpulkan dalam rangkap keempat bahawa beginilah keadaan di jalan raya
dikotaku, kota tempat tinggal penyajak.Jalan raya menjadi medan untuk mempamerkan kebuasan
nafsu ,biadap dan rasa sombong.Penyajak menganggap mereka seperti sakit jiwa dan dengan ini
rasa kemanusiaan semakin berkurangan dari semasa ke semasa.
Sajak ini membawa tema sikap manusia apabila berdepan dengan kesesakan di jalan
raya.Kesesakan jalan raya telah mewujudkan manusia yang hilang kesabaran,mementingkan
diri ,mengabaikan peraturan atau undang-undang jalan raya kerana mahu cepat sampai ke
destinasi masing-masing.

Sajak ini membawa nada protes atau kritikan segelintir warga kota terutama pemandu di
jalan raya pada waktu kesesakan.Unsur bunyi Asonansi iaitu pengulangan vokal dalam sajak ini
turut ditemui.Contohnya; tika gerimis menabur benih iaitu perulangan vokal i.Manakala
perulangan vokal u dalam baris; budi luhur warga kotaku.Begitu juga dengan unsur bunyi
aliterasi iaitu perulangan konsonan m.Contohnya; kemanusiaan semakin mandul.Perulangan
kosonan k.Contohnya; ketidaksabaran membengkak.
Penyajak telah menggunakan kata-kata yang keras untuk melahirkan rasa kecewa dan
terkilannya terhadap sikap segelintir warga kota ,terutamanya pengguna jalan raya.Contohnya
Ketidaksabaran membangkak , Kesombongan merajai setiap ruang dan Yang hadir adalah
keserakahan.Pada rangkap pertama ,pembaca dapat mengesan penyajak menggunakan gaya
bahasa yang bersifat melankolik atau mendayu-dayau.Contohnya ; Saban waktu sepanjang
perjalanan dan Lewat senja begini.
Terdapat penggunaan personifikasi dalam sajak ini.Antara personifikasi yang dikesan
dalam sajak ini ialah tika gerimis menabur benih dan kebosanan mengigit pangkal
rasa.Penggunaan simile juga turut digunakan oleh penyajak seperti bak,umpama ,seperti dan
bagai.Contohnya menghakis sopan santun seperti banjir kilat.Perlambangan dalam sajak ini
dirujukan kepada para pesakit.Para pesakit dalam sajak ini bukan orang sakit yang biasa dilihat
atau didengar.Penyajak merujuk para pesakit yang membawa makna atau menjadi lambang
kepada pemandu kenderaan yang sakit jiwa akibat tertekan mengalami kesesakan lalu lintas
setiap hari.
Setiap puisi mempunyai nilai dan pengajaran sendiri.Begitu juga dengan sajak ini yang
mempunyai isu nilai dan pengajaran.Antaranya ialah setiap orang seharusnya bersabar,mematuhi

undang-undang dan menunjukkan kesantunan budi walaupun dalam keadaan tertekan.Dalam


menempuh kesesakan di jalan raya sewajarnya pengguna lebih berhati-hati dan bertimbang
rasa.Jati diri seseorang terbentuk daripada sifat sabar dan mengawal emosi di jalan raya.Soal
keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain harus dipelihara.

PEMBELI MASA SUDAH


Penyair ialah pengunjung pasar kisah
peraih pengalaman
dan pembeli masa sudah.
Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
dengan kembara dan deria
yang kian memberat di pundakku.
Kulalui lorong-lorong hari sepiku
dari gelisah ke payah
dari sedih ke perih.

Di pasar yang dihingari kisah ini


aku dipanggil peraih cerewet
pemilih yang sukar membuat pilihan
pembeli yang keliru dengan tawaran.
Kerana aku pemilih ruwet
akur harus hati-hati;
pilihan menonjolkan mutu
dan mutu memantulkan peribadi.

Aku pembeli masalah orang


menyusunnya menjadi kata-kata
dan menjualnya kepada pemikir.

Aku juga kadang-kadang pembeli


masalah dan masa sudah sendiri.
Tidak seperti ikan dan sayuran,
masa sudahku lebih mahal
sesudah senja dan murah
di sebelah pagi.
T. Alias Taib

Bagai sajak seterusnya ini bertajuk Pembeli masa sudah yang diilhamkan oleh T.Alias
Taib. Tengku Alias Taib (lebih dikenali sebagai penyair T. Alias Taib), anak Terengganu tulen,
didewasakan oleh angin Laut China Selatan, nasi dagang, dan keropok. Semenjak mengangkat
pena pada 1960, dia tidak menoleh ke belakang lagi dan terus menulis sehingga akhir hayatnya.
Beliau menulis puisi, cerpen, esei, pantun, renungan (quotation), dan terjemahan. Buku
kumpulan puisinya yang telah terbit ialah Laut Tak Biru Di Seberang Takir (1972), Pemburu
Kota (1978), Seberkas Kunci (1985), Opera (1988), Piramid (1990), Petang Condong (1996),
dan Pasar Pengalaman (2004).
Tanggapan dan pemikiran T. Alias Taib tentang kehidupan sering dikaitkan dengan puisi.
Keakraban dan kesebatian penyair prolifik ini dengan puisi sudah lama diketahui umum. Tidak
ramai yang tahu beliau juga menghasilkan tulisan berbentuk kreatif dan bukan kreatif yang lain:
esei, cerpen, puisi, dan madah. Bentuk tulisan yang rencam ini jelas memperlihatkan keupayaan
penyair ini mempertahankan disiplin, komitmen, serta kesungguhannya memperluaskan
pengucapan.

Dalam sajaknya ini, iaitu pada rangkap pertama, penyajak melakarkan peranan penyair
yang peka dengan kisah dan pengalaman yang ditempuhinya dan juga yang melalui
pemerhatiannya.Penyair merakam kehidupan manusia dalam bentuk puisi.
Pada rangkap kedua pula ,dalam menghantar

puisinya

ke depan khalayak

pembaca,T.Alias Taib dapat mengesan satu sifatnya iaitu cerewet dalam memilih persoalan dan
pemikiran yang hendak diketengahkan.Penyajak menyatakan beliau mengambil sikap berhatihati agar hasil karya yang dipersembahkan bernilai tinggi kerana mutu sesebuah puisi akan
menentukan peribadi penyair.Seterusnya, penyajak menyatakan bahawa sesuatu pengalaman
akan menjadi lebih bermakna sekiranya pengalaman itu telah lama berlalu.Penghasilan puisi
yang berdasarkan pengalaman yang baruberllau tidak membentuk puisi yang baik dan bermutu.
Sajak Pembeli masa sudah mengutarakan tema ketelitian berdasarkan pengalaman atau
peristiwa lalu dalam menukangi sesebuah sajak.Penyajak sebagai perakam kehidupan manusia
berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya.Dalam proses penciptaan itu,penyair menerima
sindiran,digelar cerewet,keliru dan sebagainya.Sajak ini berunsurkan nada romantik.Penyajak
mengungkapkan kisahnya dalam menulis puisi dengan begitu baik sekali.
Terdapatnya unsur bunyi asonansi dan aliterasi.bagi asonansi terdapatnya pengulangan
vokal a dan i.Contohnya; Di pasar yangdihingari kisah ini.Manakala contoh bagi aliterasi ialah
pengulangan konsonan p dan k.Contohnya ; Penyair ialah pengunjung pasar kisah(p) dan
Kerana aku penyair kupenuhi hidupku (k).Unsur-unsur metafora boleh dilihat dalam beberapa
ungkapan penyajak yang dianggap sangat menarik.Contohnya ; peraih pengalaman dan
pembeli

masalah.Unsur

personifikasi

terdapat

dalam

ayat

lorong-lorong

hari

sepiku.Manakala perulangan jenis anafora atau di awal kata ditunjukkan dalam baris dibawah

ini.Contohnya ; dari gelisah ke payah,dari sedih ke perih.Perulangan kata ditengah baris atau
response terdapat dalam rangkap kedua.Contohnya ; pemilih yang sukar membuat
pilihan,pembeli yang keliru dengan tawaran.Terdapat juga unsur bahasa diksi iaitu unsur-unsur
bahasa yang lain ialah penggunaan kosa kata melayu-indonesia iaitu ruwet yang bermaksud
kesulitan atau kusut.Contohnya ; kerana aku pemilih ruwet.
Antara nilai dan pengajaran yang diselitkan oleh pengajak dalam sajaknya ialah penyajak
ingin mengutarakan tentang perlunya seseorang itu melakukan sesuatu dengan teliti dan tidak
terburu-buru.Sikap teliti akan membuahkan hasil kerja yang bermutu dan murni.Sekali gus ini
menampakkan keperibadian penciptanya.Setiap pengalaman hidup dan pemikiran perlu dikongsi
dan dimanfaatkan kedalam masyarakat untuk dijadikan panduan dalam menempuh
kehidupan.Satu lagi nilai yang boleh dikutip ialah harus mempunyai prinsip atau pegangan yang
kukuh dalam hidup ini.

PENUTUP
Penulisan puisi diatas menerangkan apa yang ingin disampaikan oleh penulis dalam puisi
mereka dan untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat tentang puisi
ini.Terdapat pelbagai bentuk puisi yang dihasilkan dan berunsurkan pelbagai tema.Contohnya,
keagamaan,protes,kesedaran dan kehidupan.Bagi penulis ,puisi yang mereka hasilkan mestilah
berkait rapat dengan masyarakat dan masyarakat dapat menerima puisi mereka tersebut.
Selain itu, Teks-teks puisi tradisional walaupun mengandungi unsur-unsur imaginatif atau
fantasi, namun ia tetap empiris dan rasional kerana disokong oleh pengetahuan yang luas para
pengarangnya.Dapat disimpulkan secara umum, para pengarang Melayu berjaya menemukan
satu kaedah dalam puisi-puisi mereka untuk menyebarkar nilai akar dan budi tanpa
mengetepikan aspek estetika.Sesuai dengan nilai-nilai dalam Islam, keindahan sentiasa berada
pada tahap tertinggi. Pandangan-pandangan itulah yang terus dipegang kukuh dalam puisi-puisi
tradisional Melayu.
Keberadaan puisi-puisi Melayu lama sesunggunya sesuatu yang unik. Ia sama sekali
berbeza dengan mana-mana karya klasik di seluruh dunia.Faktor Islam, epistemologi,
pengalaman dan warisan budaya menjadikan puisi-puisi Melayu lama sama sekali berbeza
dengan karya-karya dalam tradisi kepenyairan Barat.
Misalnya, jika puisi Divine Comedy oleh Dante Alighieri atau Goethe dalam naskhah drama
Faust dikaji, banyak memperlihatkan penyimpangan tentang realiti dunia dengan alam sesudah
mati.Namun, puisi-puisi Melayu lama sebaliknya melontarkan suatu imej pendidikan dan
pembinaan manusia dan kemanusiaan yang berasaskan Islam melalui epistemologi melalui pintupintu puitik.

Di taman puisi itu, tumbuh berbatang dan bertangkai gaya. Semuanya berpadu secara harmoni.
Tidak ada kontradiksi yang atau bahkan dieksploitasi secara hagemoni antara pengarang dan
masyarakatnya.
Memang diakui, fobia dan ketakutan kontradiksi telah berabad-abad menghantui dalam
pemikiran rasional bangsa-bangsa Barat mulai daripada Aristoteles sampai Anthony Giddens.Ini
kerana kebudayaan mereka dibangun dalam proses rasional tersebut yang akhirnya membuahkan
puisi-puisi kolonialisme yang menyokong penjajahan terhadap bangsa Timur.Puisi-puisi Melayu
lama dan pandangannya sama sekali berbeza. Setiap baris mengutarakan keharmonian dan
kedamaian sejagat tanpa membezakan keturunan atau bangsa.Pemahaman yang mendalam
terhadap Islam di kalangan pengarang-pengarang Melayu meletakkan puisi-puisi mereka tidak
ada nilai hagemoni dan ancaman terhadap kebudayaan mana pun.

BIBLIOGRAFI

www.wikipedia.com

Mana Sikana,Sastera Melayu Klasik;Warisan Keemasan,2003

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia; Puisi Melayu


tradisional6Cet. 1 edition (1989)

You might also like