Minit Curai Template 2014 1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT CURAI 12 / 2014

Kepada

: Pengetua SMK Sungai Ara Pn. Hjh Shakinah Binti Mohd Nor

Melalui

: PK Pentadbiran Pn. Nooraliza Bt Nasrudin

Daripada

: Guru Cemerlang Kimia - Dr. Kong Sow Lai

Salinan kepada

: Fail Panitia Kimia

Perkara

: Mesyuarat Majlis Guru Cemerlang Daerah Barat Daya Bersama PPD Barat Daya Bil.2/2014 :
Program MHMK 2014: Pecutan Akhir UPSR Dan SPM
Tarikh/Hari : 26 Mei 2014 (Hari Isnin)
Masa : 2.00 petang 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Balik Pulau, P.P.

1. Latar Belakang
1.1 Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Paslan bin Abdul, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sains
& Matematik, Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang. Tujuannya adalah
membincangkan Program MHMK: Pecutan UPSR dan SPM Tahun 2014.
2. Isu/Maklumat penting
2.1 En. Paslan bin Abdul, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah telah memaklumkan tentang:
- merakamkan terima kasih kepada semua GC kerana telah memberi sumbangan dan menjalankan
program MHMK dan memberi kerjasama dalam program peningkatan akademik Daerah Barat Daya.
- Bengkel Penggunaan FX-Draw untuk guru-guru Matematik dan Matematik Tambahan pada 22 Feb di
Makmal Bahasa SMK Sungai Ara di bawah penyeliaan Dr. Kong dan Panitia Matematik SMK Sungai
Ara. Laporan telah disediakan oleh Dr. Kong.
- Bengkel Bina Modul Matematik UPSR SJK(C) dan Sejarah SPM telah dilaksanakan pada 12 Mac 2014
di bawah penyeliaan Dr. Kong, Pn. Shafini Abdul Kadir dan Nur Hafzan Bt Ramli. Laporan belum
disediakan, maka Dr. Kong akan membuat pelaporan.
- memaklumkan tentang penyedaran CD Modul Matematik UPSR ke 8 buah SJK(C) dan CD Modul
Sejarah SPM ke 10 buah sekolah menengah.
- Taklimat MHMK diberi oleh En. Paslan dan Dr. Kong kepada guru penyelaras dari 10 SK, 8 SJK(C), 2
SJK(T) dan 10 SM pada 22 Mac 2014, walau bagaimanapun, masih ada sekolah yang keliru tentang
pelaksanaannya.
- suatu borang pemantauan MHMK telah disediakan oleh Dr. Kong dan En. Paslan untuk tujuan
penyeliaan dan pemeriksaan apabila pegawai-pegawai turun ke sekolah-sekolah yang berlibat.
2.2

Mesyuarat MGC BD kali kedua diadakan (Agenda: Ucapan Pengerusi Mesuarat, Mengesahkan minit
mesyuarat yang lalu, Perkara Berbangkit, Perancangan Program Pecutan Akhir UPSR & SPM, Hal-hal
lain, Ucapan Penangguhan).
Dr. Kong selaku Pengerusi MGC BD juga memberi input / memaklumkan yang berikut:
- 2 lagi GC bertukar (Pn. Shafini - tukar ke PPD TL sebagai SISC+, En. Hayazi tukar ke
Kedah)
- Mengalu-alukan GC baharu, En. Hafizfuddin bin Saad (SK Seri Bayu)
- Educational Exchange antara SMKRTU, SMKSA dengan Sekolah dari Songkhla Dr. Kong
menjadi penyelaras dalam program tersebut dan Majlis MOC akan diadakan pada 18 Jun dan
Home-Stay pula pada 18-19 Jun dan 23-24 Jun 2014.

2.3

Rumusan Mesyuarat
- Program Menggapai Harapan Merintis Kemungkinan (MHMK) Tahun 2014 hanya akan menjalankan
Pecutan Akhir / Bengkel Teknik Jawab 2 Hari: (a) Pecutan Akhir untuk SJKT (2 sekolah) , SJKC (8
sekolah) , SK (10 sekolah) pada peringkat UPSR (4 mata pelajaran), dan (b) Pecutan Akhir untuk
peringkat SPM (5 mata pelajaran / 10 sekolah menengah)
- Ringkasan Program disertakan dalam Lampiran.

2.4

- Pihak PPD akan menyelaraskan Program Pecutan untuk surat menyurat, keperluan menyediakan bajet
untuk pecutan (bayaran makanan untuk guru-guru), makluman kepada Pengetua & Guru Besar yang
terlibat, pemilihan pelajar kumpulan GALUS / HALUS dan hal-hal berkaitan.
- En. Paslan dan Dr. kong akan menghubungi penceramah dan mendapatkan bahan pecutan.
- Pihak MGC BD akan mengendalikan sesi pecutan (urusetia, peralatan, susunan meja & kerusi,
pendaftaran & yuran penyertaan, peralatan, juru gambar & dokumentasi) dan menyumbangkan wang
untuk saguhati penceramah. Kadar yang standard adalah RM100.00 (sekitar pulau) dan RM 150.00 (dari
seberang).

3. Tindakan GC / GURU
3.1 Melaporkan kepada Pengetua tentang program bersama pada peringkat PPD BD yang dirancangkan
3.2 Menjalankan tugas Guru Cemerlang mengikut tanggungjawab yang diamanahkan.
4. Ulasan Pengetua

Disediakan oleh
____________________
(Dr. Kong Sow Lai)
GC SMK Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, P.P.

Tarikh Laporan: 26 Mei 2014

You might also like