20141021201004minggu 7

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 32

Peranan Lembaga Kemajuan Wilayah sebagai

strategi pembangunan desa


(FELCRA DAN KEJORA)

Lembaga Kemajuan Wilayah merupakan satu

badan yang telah ditubuhkan oleh kerajaan di


bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah di Malaysia dan bertanggungjawab
terhadap pembangunan di luar bandar.
- Projek pembangunan wilayah meliputi

kawasan yang berbeza seperti JENGKA dan


DARA di Pahang KEJORA di Johor, KETENGAH
di Terengganu KESEDAR di Kelantan dan KEDA
di Kedah.

Ditubuhkan pada tahun 1966 dibawah satu peruntukkan undang-

undang yang dikenali sebagai Akta Lembaga Penyatuan dan


Pemulihan Tanah Persekutuan 1966.
Matlamatnya adalah untuk membangunkan sektor luar bandar
dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktivitiaktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup
dan nilai kehidupan mereka.
bertujuan untuk mengurangkan masalah kemiskinan serta jurang
pendapatan antara masyarakat desa dan bandar dan
meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar iaitu masyarakat dan
staf.
memperbaiki tahap produktiviti melalui kecekapan dan teknologi
pengurusan yang terkini serta memberi nilai pulangan yang tinggi
ke atas ladang-ladang yang dibangunkan.

MEMBANGUNKAN LADANG-LADANG
Tanah-tanah ladang yang merangkumi tanah-tanah bermilik dan

tanah kerajaan akan disatukan bagi menjadikannya sebuah estet


yang mempunyai keluasan yang sesuai bagi memudahkkannya
diurus dengan baik melalui kaedah perladangan dan pengurusan
moden bagi meningkatkan taraf kecekapan

Lebih tertumpu kepada usaha bagi memajukan tanah-tanah terbiar

yang terdapat di sekitar kawasan-kawasan luar bandar terutama


sekali di kampung-kampung tradisional. Program penyatuan tanah
ini adalah lebih bertujuan bagi meningkatkan pendapatan dan daya
pengeluaran pemilik tanah yang berkenaan disamping untuk
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara ini.

Seterusnya, sistem saham yang mana ia adalah bertujuan untuk

memperladangkan kawasan-kawasan pertanian secara kolektif dan


meningkatkan taraf dan daya pengeluaran pekebun-pekebun kecil
bagi menjadikan mereka pemilik-pemilik atau pemegang-pemegang
saham ladang dengan berasaskan kadar pemilikan tanah masingmasing.

PERANAN FELCRA
1) MEMBANGUNKAN LADANGLADANG

2) MENINGKATKAN PRODUKTIVITI

3) MENINGKATKAN KUALITI HIDUP

MASYARAKAT

PEMBANGUNAN
KAMPUNG SECARA INSITU

PROJEK PENYUSUNAN
SEMULA KAMPUNGKAMPUNG

MENINGKATKAN KUALITI HIDUP


MASYARAKAT
Pembangunan kampung secara in-situ
untuk membangun semula kampung-kampung tradisional, tanah-

tanah pertanian di kampung berkenaan akan digunakan sepenuhnya


bagi menjana pendapatan yang lebih baik dan penyusunan semula
kawasan perumahan.
memperbaiki taraf dan corak hidup masyarakat kampung tradisional

melalui pengwujudan kegiatan ekonomi yang dirancang serta


mampu memberi pulangan yang optima kepada peserta.
meningkatkan daya produktiviti faktor-faktor pengeluaran yang

terdapat di kampung-kampung tradisional melalui pengaplikasian


teknologi pertanian moden, penggunaan benih yang baik dan sistem
pengurusan yang cekap dan mewujudkan struktur sosial penduduk
kampung tradisional yang progresif.

MENINGKATKAN PRODUKTIVITI
penyediaan kemudahan infrastruktur. Kemudahan-kemudahan ini

akan dibina yang mana ianya adalah sesuai dengan keperluan


pusat perkhidmatan atau pertumbuhan sebagai kawasan tumpuan
dan untuk memastikan kumpulan sasar dapat menerima
pembangunan fizikal yang lengkap.
pemulihan tanah-tanah terbiar. Tujuan projek pemulihan tanah

terbiar adalah untuk meningkatkan produktiviti tanah dan pemilikpemilik supaya mereka memperolehi pendapatan yang melebihi dari
garisan kemiskinan.
untuk mempertingkatkan produktiviti tanah per hektar dan akan

mewujudkan sebuah ladang dibuat secara komersil melalui


penanaman tanaman-tanaman komoditi.

PROJEK PENYUSUNAN SEMULA KAMPUNGKAMPUNG (PPSK)


Objektif

perlaksaan program ini adalah untuk


menyediakan penempatan secara tersusun dan teratur
kepada peserta-peserta yang terlibat. Dengan
perlaksanaan program ini, penyediaan perkhidmatan
dan infrastruktur dapat disalurkan ke kawasan luar
bandar.

penyusunan semula kampung-kampung. Hal ini

merangkumi penyusunan semula kampung-kampung


tradisional yang mundur supaya menjadi sebuah
perkampungan yang teratur dan lengkap serta
menjadi sebuah pusat perkhidmatan desa.

SAMB
Pengembangan ekonomi, merangkumi industri

desa, perusahaan kecil dan kegiatan-kegiatan


ekonomi yang lain yang sesuai dibangunkan
sebagai usaha untuk mengembangkan aktiviti.

Pembangunan sosial masyarakat yang


merangkumi aspek-aspek pendidikan dan
pembangunan masyarakat peserta yang diberi
secara berperingkat-peringkat. Bertujuan untuk
mengembangkan program ekonomi kepada
peserta-peserta program yang terlibat.

Sumbangan FELCRA
1) Dapat menyelesaikan masalah tanah terbiar
2) menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk
luar bandar,

3) Menyusun semula kampung-kampung


4) Menggalakkan masyarakat orang Asli tidak
berpindah-randah
5) Membentuk sebuah perbandaran moden yang
berteraskan ekonomi pertanian.

1) Dapat menyelesaikan masalah tanah terbiar


Tanah-tanah terbiar di kawasan luar bandar Malaysia

mempunyai nilai ekonomi yang baik dan tinggi


Namun begitu,pembangunan pertanian tidak dapat
diusahakan oleh pemilik disebabkan faktor berbilang
pemilik, tiada bantuan dan kurang latihan kemahiran.
Dengan adanya bantuan dari FELCRA, banyak sumber
dapat disalurkan kepada pemilik yang merangkumi
pemberian latihan, pengenalan kepada sistem
pertanian komersial yang berbentuk ladang serta
bantuan kewangan.

2) Menyediakan peluang pekerjaan kepada


penduduk luar bandar
masalah pengangguran masyarakat luar bandar dapat

dikurangkan melalui program-program pembangunan


pertanian yang diperkenalkan oleh FELCRA.
Contohnya, tanah-tanah terbiar yang dijadikan
sebagai tanah ladang pertanian komersial telah
memberi peluang kepada pemilik untuk menjadi
sebagai pekerja di ladang.

3)Menyusun semula kampung-kampung


Program pertanian oleh FELCRA bertujuan untuk membangun

dan menyusun semula kampung tradisi yang dahulunya hanya


menjadikan pertanian sara diri sebagai ekonomi tempatan.
Disebabkan kuasa ekonomi masyarakat desa adalah rendah dan
hanya bergantung pada pertanian sara diri, masalah kemiskinan
wujud dan akibatnya banyak berlaku penghijrahan golongan
belia ke kawasan bandar.
Selain itu, masalah kampung tinggal (Abandoned Village) juga
dapat diatasi.
Pembangunan dan penyusunan semula kampung-kampung
telah memberi peluang kepada masyarakat desa di dalam
melibatkan diri di dalam aktiviti pertanian komersial.
Dengan ini, dasar untuk membasmi kemiskinan dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan.

4) Menggalakkan masyarakat orang Asli tidak


berpindah-randah
Kehidupan masyarakat orang asli di Malaysia adalah bersifat

primitif .
Akibatnya, mereka tidak mempunyai satu petempatan dan
sektor pertanian yang kekal bagi membolehkan mereka
meningkatkan tahap pendapatan mereka.
Melalui program kerjasama antara FELCRA dan Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli, tahap sosio-ekonomi bagi masyarakat orang
asli dapat dimajukan dan dipertingkatkan melalui pengenalan
sektor pertanian komersil yang boleh menjamin pendapatan
yang lebih baik.
Dengan ini, pola kehidupan masyarakat orang asli akan teratur
disamping mempunyai sumber pendapatan yang tetap serta
kehidupan yang lebih moden dan teratur.

5)Membentuk sebuah perbandaran moden yang


berteraskan ekonomi pertanian.
FELCRA telah berjaya mewujudkan Bandar Baru Seberang Perak yang

bertindak sebagai nadi pembangunan di kawasan sekitarnya.


Pembukaan bandar ini telah menggalakkan penglibatan agensi
kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas dan komersil kepada
masyarakat peneroka setempat.
Di bandar ini, terdapat kemudahan sekolah, balai polis dan institusi
kemahiran bagi menggalakkan penglibatan golongan kedua peneroka
untuk melibatkan diri dalam aktiviti pertanian melalui teknik dan
peralatan moden yang mampu menjana pulangan ekonomi pada tahap
optimum.
Bandar ini juga tertumpu kepada masyarakat petani bukan Felcra bagi
mendapatkan keperluan, latihan asas dan urusniaga sumber pertanian
desa. Dengan ini, peningkatan di dalam sosio-ekonomi masyarakat
tempatan dapat ditingkatkan dan dimodenkan.

Latar belakang KEJORA


TUJUAN PENUBUHAN
KEJORA adalah salah sebuah agensi badan berkanun di bawah

Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) yang


berfungsi sebagai agen Pembangunan Wilayah bagi kawasan Tenggara
Negeri Johor.
Ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Johor
Tenggara 1972 (Akta 75) dan Enakmen (Penyerahan Tugas-tugas)
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 (Enakmen Bil. 7 1972).
Pembahagian wilayah meliputi 16% kawasan Negeri Johor dengan
jumlah keluasan 300,111 hektar
Ianya terbahagi kepada 2 wilayah kecil iaitu Johor Tengah (149,009
hektar) dan Pengerang (151,356 hektar)
Terletak di dua daerah iaitu Kota Tinggi (75%) dan Kluang (245%).

FUNGSI KEJORA
Fungsi utama KEJORA adalah seperti yang termaktub dalam Akta
sebagaimana berikut:
Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan
ekonomi dan sosial dalam kawasan Johor Tenggara;
Menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan tempat
tinggal, pertanian, perusahaan dan perdagangan dalam kawasan
Johor Tenggara;
Mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan kegiatan-kegiatan yg di
jalankan.
OBJEKTIF KEJORA
Objektif penubuhan KEJORA adalah berasaskan kepada tiga (3)
objektif Dasar Ekonomi Baru iaitu;
Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi;
Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan;
Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dalam wilayah KEJORA

Memaju dan mgalakkn


Pertumbuhan ekonomi dan
sosial
Mengawal dan menyelaras
perlekaksanaan aktvt
ekonomi dan sosial

Peranan
KEJORA

Pembangunan pentadbiran

Pembangunan pertanian dan


penternakan
Pembangunan perindustrian
dan industri pelancongan

Peranan KEJORA
1.

Memaju dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial.

Antara strategik pembangunan ekonomi


mewujudkan kemajuan yang lebih seimbang dalam pembangunan
wilayah yang meliputi aspek prasarana dan kemudahan-kemudahan.
mewujudkan bandar-bandar baru yang berindentiti serta pusat
pertumbuhan yang pesat dengan kemudahan yang berkualiti dan
persekitaran yang terpelihara.
pusat-pusat pertumbuhan desa dan kampung yang maju, menarik
dan menguntungkan dengan meningkatkan pertumbuhan ekonomi
merancang strategik berlandaskan Dasar Ekonomi Baru iaitu
menghapuskan gejala kemiskinan tegar selewat-lewatnya pada tahun
2010 dan meningkatkan pendapatan purata penduduk Wilayah
KEJORA ke paras RM 2,000.00 sebulan pada tahun 2020.
sudut sosial
Mbngnkn sebuah msyrkt yg progresif di mana semua rkyt
menikmati kesejahteraan hidup yg tinggi disamping mempunyai
nilai-nilai sosial dan kerohanian yg positif

Kemajuan yang telah dilakukan oleh KEJORA


Terlibat dalam pembinaan sebanyak 2,900 unit rumah, 109

unit ruang niaga serta kemudahan-kemudahan awam dan


sosial termasuk masjid, dewan serbaguna, balai raya,
stadium, perpustakaan dan lain2
Terlibat dalam pelaksanaan program pembangunan dan
institusi daripada bandar baru, kampung-kampung
tradisional untuk meningkatkan kesedaran dalam
kalangan penduduk di dalam wilayah.
KEJORA juga terlibat dalam Program Pembangunan
rakyat Termiskin, di mana sehingga akhir 1996, 357 buah
rumah telah dibina dan dibaik pulih dalam pelaksanaan
tiga projek pertanian kelompok bagi peserta PPRT

2. Mengawal dan menyelaras perlaksanaan aktiviti

ekonomi dan sosial


KEJORA telah meningkatkan pembangunan kampung
menerusi Program Pusat Pertumbuhan Desa dan
Gerakan Daya Wawasan
Menggiatkan aktiviti ekonomi berdasarkan sumber yang
ada, kemahiran penduduk, peluang pasaran dan
memberi nilai tambah kepada produk-produk
pelancongan, industri desa dan asas tani yang sediada.
Dalam pelaksanaan pertubuhan sosial, KEJORA telah
menyelaras aktiviti untuk meningkatkan modal insan
menerusi program latihan kemahiran serta pembelajaran
sepanjang hayat yang dianjurkan Kolej Komuniti supaya
setiap individu memiliki kemahiran yang dapat
memberikan pendapatan lebih tinggi.

3)Pembangunan pentadbiran
Meningkatkan

penglibatan pemimpin tempatan dan


golongan sasar secara aktif di dalam proses perancangan
dan perlaksanaan program pembangunan untuk
mempastikan program yang dilaksanakan sesuai dan
menepati kehendak mereka.
Melaksanakan pendekatan pakatan strategik dengan
jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dalam
merancang dan melaksana program-program yang
melibatkan golongan sasar yang sama supaya
menghasilkan outcome dan impak yang lebih besar dan
mengelakkan pembaziran sumber.
Seminar Pembangunan Wilayah Ekonomi (Wilayah
Pembangunan Iskandar) telah dianjurkan:

4)Pembangunan pertanian & penternakan

Antara program pertanian yang dilaksanakan oleh


KEJORA:
Pembukaan tanah pertanian seluas 15600 hektar bagi penanaman
kelapa sawit
Kemudian memperkenalkan tanaman koko.
Program penternakan:
Membangunkan kawasan ternakan udang harimau seluas 613 hektar.

Tujuan:
Meningkatkan taraf hidup pernduduk kawasan pembangunan wilayah
tersebut selaras dengan matlamat DEB.

5) Perindustrian dan pelancongan


Pembangunan perindustrian
Beberapa premis dan kilang ringan dibangunkan di wilayah
pembangunan ini contohnya Bengkel Bandar Tenggara, Bengkel
Bandar Mes dan Bengkel Bandar Penawar.
Hal ini bertujuan menggalakkan penduduk supaya menceburkan diri
dalam bidang Industri Kecil Sederhana(IKS).
Secara tidak langsung membuka peluang perkerjaan kepada penduduk
di wilayan pembangunan KEJORA terutamanya kaum wanita.
Seterusnya dapat meningkatkan pendapatan isi rumah.

Pembangunan pelancongan
Menerusi pelaburan yang dilakukan oleh pihak KEJORA contohnya
pembangunan pelancongan yang dibangunkan di Desaru terdapat
pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya ialah hotel, resort,
padang golf dan kawasan perkhemahan.

Tujuannya adalah untuk memperkenalkan Desaru iaitu projek


pelancongan yang dikelola oleh pihak KEJORA sebagai pusat
pelancongan pilihan kepada penduduk tempatan mahupun luar
negara.
Secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan negara.

MENAMBAHKA
N PERUNTUKAN
PEMBANGUNAN

MEMPERLUASKAN
OPERASI LEMBAGA
KEMAJUAN YANG
BERKAITAN

MEMBANGUNKAN
WILAYAH YANG
KURANG MAJU

MENINGKATKA
N KUALITI
HIDUP DESA

Pihak yang terlibat dalam pembangunan wilayah memainkan peranan yang penting iaitu

seharusnya menyarankan kepada pihak kerajaan supaya peruntukan dana perbelanjaan bagi kemajuan
pembangunan Luar Bandar dan Desa dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik. Hal ini demikian, dapat
meningkatkan tahap pembangunan kawasan tersebut serta pembangunan wilayah juga direalisasikan
dengan sempurna.
Selain itu, penambahan peruntukan dalam pembangunan Luar Bandar dan Desa juga melalui

menambah baik bekalan air dan elektrik di kawasan desa tersebut. Dengan cara ini sesebuah kawasan
dalam rancangan pembangunan ini dapat menikmati kemudahan asas yang disediakan dan seterusnya,
kawasan Luar Bandar ini tidak akan dipinggirkan oleh perkembangan pembangunan wilayah.

Pembangunan wilayah yang kurang maju akan diperbaiki semula dengan pelbagai rancanagan yang

dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi merealisasikan projek-projek pembangunan.


Sebagai contoh, rancangan yang sedang dilaksanakan sehingga hari ini adalah melalui projek

pembangunan koridor iaitu satu rancangan yang dirancang oleh pihak kerajaan bagi membangunkan
beberapa buah wilayah yang digabungkan dibawah satu rancangan demi menjaga kepentingan bersama.
Perancangan koridor ini meliputi projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER),

Pembangunan Wilayah Utara (NCER) dan Pembangunan Wilayah Sabah dan Sarawak. Projek mega
yang dirancang adalah berpusatkan kepada pembangunan wilayah secara serentak dan menyeluruh.

Tujuan bagi sesebuah Lembaga kemajuan yang berkaitan dengan Pembangunan Luar Bandar dan

Desa juga berusaha untuk memperluaskan operasi lembaga bagi tujuan murni ini.
Sebagai contoh, Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah melaksanakan
rancangan untuk membangunkan sektor pekebun kecil getah seterusnya meningkatkan sosioekonomi
masyarakat Luar Bandar.
RISDA telah menjalankan pelbagai projek dan menyediakan khidmat serta bantuan kepada para
pekebun kecil seperti kemudahan kewangan berbentuk pinjaman mudah secara individu, koperasi-koperasi
pekebun kecil dan syarikat-syarikat yang akan mendatangkan manfaat kepada para pekebun bagi
melaksanakan kegitan ekonomi sampingan terpilih untuk membantu mereka menambahkan pendapatan.

Pihak kemajuan RISDA juga menyediakan bantuan dalam aspek penyediaan dan bekalan benih

yang bermutu kepada peserta terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam program tanam semula.
Dari semasa ke semasa klon-klon baru atau anak benih baru dihasilkan oleh agensi penyelidikan
akan dibekalkan kepada pekebun kecil tersebut.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) juga berperanan dalam melaksanakan
rancangan pembangunan wilayah terhadap kawasan luar bandar bagi kepentingan peneroka serta
memajukan kawasan tersebut.
Peranan yang dilaksanakan oleh FELDA adalah menjalankan projek pembangunan tanah
secara besar-besaran dan melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor
pertanian iaitu, pihak lembaga diberi kuasa untuk mentadbir kegiatan yang berkaitan dengan
pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran. Disamping itu, membantu serta
membimbing peneroka dalam aspek pertanian secara komersil ini

Usaha bagi mewujudkan perrsekitaran yang lebih kondusif di Luar Bandar dan Desa bagi

menarik minat pelabur serta mengekalkan ketenagan kehidupan desa dengan segala
kelengkapan kemudahan asas serta inrfastruktur sosial yang berkualiti bagi meningkatkan
kualiti hidup desa.
Program yang diperkenalkan termasuklah pembangunan modal insan, pembasmian

kemiskinan, pendidikan dan kesihatan, jaringan komunikasi serta pembangunan tanah wilayah.
Hasil daripada usaha membangunkan kawasan luar bandar, pendapatan bulanan purata isi
rumah meningkat serta peratusan kadar kemiskinan dapat dikurangkan.

Kesimpulan
Pendekatan perancangan dan pengurusan
yang mampan jelas memerlukan satu sistem

maklumat yang dapat menyokong proses


perancangan dan pengurusan bagi mencapai
matlamat sebenar penubuhan Lembaga
Kemajuan Wilayah.
Oleh hal demikian, sekiranya projek
pembangunan wilayah ini dapat mencapai
matlamat utamanya iaitu membandarkan
kawasan luar bandar, hasrat kerajaan untuk
meningkatkan taraf hidup rakyat dapat
direalisasikan dengan jayanya.

You might also like