HBML 4203 Sastera

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPT 2014

HBML 4203
KESUSASTERAAN MELAYU

NO. MATRIKULASI

660619055448001

NO. KAD PENGNEALAN

660619-05-5448

NO. TELEFON

0133995091

E-MEL

sabri.moideen@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM MELAKA

1.0 Pengenalan
Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat
dalam kalangan masyarakat Melayu. Ianya adalah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan
melalaui bahasa. Sastera juga dapat dikatakan sebagai seni bahasa. Ini kerana sastera ialah
ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam malah sastera juga merupakan ekspresi
fikiran melalui medium bahasa.

Menurut pandangan Sarjana Ismail Hussein (1998:23) kesusasteraan merangkumi


semua aspek yang menggunakan kata-kata atau bahasa yang bersifat kreatif. Manakala M.K
Danziger & W.S Jahnson (1983:2) berpendapat seni yang menggunakan kata-kata sama ada
lisan atau tulisan dan Abu Bakar Hamid (1997:13) pula menyatakan bahawa kesusasteraan
merupakan seni yang bercorak intlektual. Gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik.

Kesusasteraan ialah manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam
pernyataan bahasa. Pada hakikatnya kesusasteraan atau seni sastera ialah bingkisan kata yang
dipersembahkan oleh sasterawan sebagai hadiah kepada masyarakat. (Sabaruddin Ahmad,
Punca Sastera Indonesia, 1963, hal.11) Kesusasteraan adalah cerminan jiwa pengarang.
Kesusasteraan harus subur dalam kalangan rakyat oleh rakyat untuk rakyat yang
menggambarkan suka duka, harap cipta dan kerja cipta rakyat. (B. Simorangkir-Simanjuntak,
Kesusasteraan Indonesia, 1971, hal. 8) Kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan
melalui bahasa. Kesusasteraan terbentuk dari akar kata susastera (bahasa Sanskrit) + ke an
(kesusasteraan). Su (indah, baik, lebih bermakna.) Sastera (huruf atau buku) Susastera + ke
an (kesusasteraan): Kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. (Prof. Dr.
Hasyim Awang, Artikel Akademik, hal. 2)

Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal yang tertulis dalam
bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen,
drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.

Sastera ialah karya seni kreatif hasil ciptaan manusia menggunakan bahasa yang indah,
halus dan menarik serta memberi kesan kepada pembaca dan penonton. Ia merupakan hasil
pemikiran seni yang berkualiti yang diterjemahkan sama ada dalam bentuk lisan, penulisan,
1

prosa, puisi, naratif dan bukan naratif. Karya sastera berbeza dengan hasil-hasil penulisan
akademik atau bukan akademik lain kerana tidak mempunyai variasi bahasa serta kesan
langsung dan tidak langsung kepada pembaca dan penonton.

Kesusasteraan Melayu klasik merupakan suatu bidang yang luas dan kaya dengan
pelbagai khazanah. Minat terhadap bidang ini amat ketara sejak zaman kolonial oleh para
pengkaji terutamanya para sarjana Eropah dan para sarjana tempatan sendiri sehingga kini.
Kesusasteraan Melayu klasik merangkumi semua fenomena penggunaan bahasa sama ada
secara kreatif atau pun tidak . Dalam kata lain sastera Melayu klasik merangkumi sastera lisan
dan juga sastera tulisan sama ada yang berbentuk cereka mahupun bukan cereka.
Kesusasteraan adalah suatu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.

2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam Bahasa Melayu 1 Kesusasteraan Melayu
merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat
Melayu. Dalam masyarakat Melayu tradisional, sastera bersatu dan berintegrasi dalam
kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, seorang ibu yang menidurkan bayinya secara
sengaja atau tidak, akan menyanyikan balada-balada (lagu-lagu) yang berirama dan merdu.
Manakala seorang dukun yang membacakan mantera untuk menyembuhkan penyakit orang
sakit secara sedar atau tidak, akan melagukan puisi yang indah dan berirama. Dalam upacara
perkahwinan pula, ketika wakil keluarga pengantin perempuan berbicara dengan wakil
keluarga pengantin lelaki, hadirin sebenarnya menyaksikan satu adegan dramatik dengan
bahasa yang menarik dan indah. Ketika seorang pengambil dan pembuat gula enau hendak
melakukan pekerjaannya di atas pokok enau, dia membaca mantera-mantera dan secara tidak
langsung dia sebenarnya sedang berdeklamasi.

Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.
Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang
bermaksud huruf atau buku indah. Sastera dari segi makna umum bermaksud bahasa (bukan
bahasa basahan) yang digunakan dalam kitab-kitab. Kesusasteraan pula, menurut makna
kamus ialah hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciriciri keistemewaan tertentu. Seni kesusasteraan pula ialah seni karang-mengarang bahanbahan sastera yang berbentuk puisi dan prosa.
2

Kesusasteraan dalam bahasa Melayu sama pengertiannya dengan literature dalam


Bahasa Inggeris. Perkataan literature berasal daripada perkataan litera yang bermaksud huruf
atau abjad. Dalam bentuk asalnya, perkataan literature digunakan untuk tatabahasa dan puisi.
Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa sanskrit,
iaitu sastra. Kata dasar sas-bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberikan petunjuk,
manakala tra merujuk kepada alat. Sastra bererti alat untuk mengajar. Awalan su- pula
bererti baik atau indah. Imbuhan ke- dan an membawa maksud yang menyeluruh, iaitu
segala yang tetulis, yang bernilai seni dan estetik serta dengan maksud memberikan panduan,
petunjuk dan pengajaran.

Pelbagai pandangan diutarakan mengenai sastera, ada yang mengatakan bahawa


sastera ialah seni bahasa, sastera ialah ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam
dan sastera ialah ekspresi fikiran melalui medium bahasa. Maksud fikiran itu pula ialah ideaidea, pandangan, perasaan, pemikiran dan semua kegiatan mental manusia. Sastera ialah
inspirasi kehidupan manusia yang diserlahkan dalam sebuah karya tulisan yang indah. Sastera
juga merupakankarya yang memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam dan
kebenaran moral dengan sentuhan keikhlasan, keterbukaan dan keluasan pandangan yang
dinukilkan dalam bentuk yang mempersonakan.

Daripada pengertian di atas, dapatlah difahami bahawa dalam sastera terkandung


beberapa unsur yang saling berhubungan. Unsur-unsur tersebut dihuraikan seperti berikut:
a) Isi Kandungan sastera yang berupa fikiran, perasaan, pengalaman, idea,
semangat, keyakinan, kepercayaan dan lain-lain.

b) Eksperesi dan ungkapan ekspresi ialah keupayaan mengeluarkan sesuatu dari


dalam diri manusia. Jika seseorang itu memiliki pengalaman yang hebat,
fikiran yang cemerlang, perasaan yang mendalam dan keyakinan yang kuat,
tetapi selagi dia tidak mampu mengekspresikannya keluar dari dalam dirinya,
maka tentu tidak akan diterima dan di ketahui oleh orang lain.

c) Bentuk unsur isi dan diri manusia tadi dapat dizahirkan dalam berbagai-bagai
bentuk. Jika tiada bentuk dan pola yang tertentu, tidak mungkin kedua-dua
perkara tadi dapat disampaikan kepada orang lain. Bentuk pengungkapan
3

sastera ada bermacam-macam ragam, misalnya ada ungkapan dalam bentuk


suara yang disertai bunyi-bunyian. Dalam bentuk kesenian tadi menjelma pula
bentuk seni sastera, seni tari, seni rupa, seni bina, seni muzik dan sebagainya.
Bentuk dalam seni itu pula menggunakan istilah sebagai bentuk yang indah,
mempersonakan, mengasyikkan, menyenangkan dan menarik.

d) Bahasa medium pengungkapan bentuk sastera itu tadi ialah bahasa. Bahasa
ialah bahan utama untuk mewujudkan ungkapan peribadi dalam suatu bentuk
sastera yang indah.

Secara umumnya, sastera dapat dianggap sebagai ungkapan peribadi manusia yang
berupa pengalaman, pemikiran, perasaan, idea,semangat dan keyakinan dalam suatu bentuk
gambaran konkrit yang membangkitkan keperibadian melalui pengantar bahasa. Deskripsi ini
mencakupi semua bentuk sastera, sama ada yang bermutu atau tidak bermutu. Ciptaan
kesusasteraan berbeza dengan ciptaan-ciptaan seni yang lain. Ia menggunakan bahasa sebagai
alat penyampaian. Melalui bahasa, keindahan kesusteraan dapat dirasakan oleh setiap
pembacanya. Dengan bahasa juga mereka dapat menggarap isi dan tujuan sambil menghayati
segala pengalaman dan perasaan yang tercurah. Sesebuah hasil kesusasteraan yang bermutu
tidak mempamerkan bahan atau menggunakan bahasa dan olahan yang indah sahaja tetapi
seharusnya memiliki unsur-unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh dengan
ekspresi dan imaginasi serta kaya dengan sifat-sifat kreatif. Dengan cara inilah kesusteraan
dapat memikat hati pembaca.

3.0 Perkembangan Kesusasteraan Melayu Tradisional

Sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu Tradisional pada prinsipnya melihat


karya sastera dari sudut daya kreatif manusia. Membincangkan sejarah dan perkembangan
kesusasteraan Melayu

Tradisional, mengikut

Ismail dalam kata pengantar buku

Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama, perkembangannya mengikut kronologi zaman


bermula dari zaman sebelum mengenal huruf dan diikuti zaman Hindu dan Islam. Manakala
mengikut Safian Hussain dan rakan-rakan (1981: 3), kesusasteraan Melayu Moden pula
bermula dengan kedatangan penjajah barat ke Alam Melayu.

Ini bererti, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu Tradisional bermula


dalam bentuk sastera lisan diikuti dengan sastera yang bercorak tulisan pada zaman Islam.
Meskipun terlihat empat peringkat perkembangan kesusasteraan, pada realitinya mengikut
sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu, ia hanya melibatkan tiga peringkat
perkembangan kerana sastera dari pengaruh Hindu hanya ditulis pada zaman selepas
kedatangan Islam ke Alam Melayu.
Sebelum masyarakat Melayu mengenali huruf, sastera berbentuk lisan telah
berkembang dengan meluas dalam masyarakat Melayu purba. Oleh itu dalam memperkatakan
tahap-tahap perkembangan sastera Melayu, maka sastera rakyat yang berbentuk lisan
merupakan sastera Melayu yang tertua dalam masyarakat Melayu.
Sastera rakyat terbahagi kepada dua bentuk iaitu berbentuk cerita dan yang bukan
berbentuk cerita. Tujuan utama penghasilan sastera lisan pada masa ini bertujuan bukan
sahaja sebagai media hiburan pada zaman tersebut, malah ia juga berperanan sebagai institusi
pendidikan secara informal. Ini bermaksud, bahawa dalam masyarakat Melayu lama, sastera
lisan menjadi media penting untuk memberi nasihat dan pengajaran baik kepada anggota
masyarakatnya. Disamping itu ia juga digunakan sebagai media kritikan dan sindiran kepada
golongan tertentu dalam masyarakat.

Bentuk dan Genre Kesusasteraan Melayu

Rajah 1:Genre

Genre sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan
sesuatu gaya bentu atau kandungan tertentu. Kesusasteraan Melayu dibahagikan kepada dua
bentuk iaitu bentuk prosa dan bentuk puisi. Kedua-dua bentuk ini pula dikategorikan
mengikut era atau zaman kemunculannya iaitu kategori klasik atau tradisional dan jenis
moden atau kotemporari. Rujuk Rajah 1. Seperti yang dinyatakan sebelumnya, bentuk prosa
dapat dikategorikan mengikut era atau zaman iaitu:
i.

Prosa klasik dan prosa moden

ii.

Puisi klasik dan puisi moden

Prosa Melayu Tradisional terbahagi kepada dua cabang utama iaitu :


i.

Naratif

ii.

Bukan Naratif

Prosa Tradisional berbentuk naratid terbahagi pula kepa dua jenis iaitu :
i.

Naratif Lisan

ii.

Naratif Tulisan
6

Naratif Lisan di dalam Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada tiga genre iaitu :
Mitos
i.

Legenda

ii.

Cerita Rakyat

Cerita Rakyat pula terbahagi kepada sub genre iaitu :


i.

Cerita Jenaka

ii.

Cerita Binatang

iii.

Cerita dongeng

Cerita dongeng ialah :


i.

Lupur lara

ii.

Cerita Teladan

Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak
terbatas kepada cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita
(bukan naratif/non-naratif). Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama
ada lisan atau tulisan dikelompokkan sebagai prosa. Prosa Melayu tradisional berbentuk lisan
dikenali juga sebagai sastera rakyat. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh
dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

Naratif
Prosa Melayu Tradisional
Bukan Naratif

Rajah 2: Prosa Melayu Tradisional

Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula kepada dua pecahan lagi iaitu
naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga genre
yang utama iaitu:

Naratif Lisan

Mitos

Legenda

Cerita Rakyat

Cerita Binatang, Cerita


Jenaka, Cerita Lipur Lara,
Cerita Teladan

Rajah 3: Naratif Lisan


Sementara itu naratif tulisan terbahagi kepada lima genre iaitu:

Sastera sejarah

Sastera hikayat

Sastera sastera panji

Sastera kepahlawanan / epik

Sastera agama

Rajah 4: Naratif Tulisan

Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu :

Sastera undang-undang

Sastera kitab

Sastera ketatanegaraan

Kepustakaan ilmu tradisional

Rajah 5: Prosa Tradisional Bukan Naratif


Daripada khazanah kesusasteraan Melayu tradisional , beberapa teks
telah dipilih. Teks-teks ini dipilih mengikut beberapa kriteria tertentu. Pertama ia
adalah sebuah teks naratif dan pembacaan awal ke alas teks-teks tersebut
menunjukkan adanya persamaan dan juga terdapat pengaruh cerita Jawa-Panji di
dalamnya. Seterusnya teks-teks tersebut di pilih bagi mewakili genre dan zaman
yang tertentu. Teks-teks tersebut ialah;-

Hikayat Hang Tuah -

Syair Agung

Syaiar Cendawan Putih


Syair Dandan Setia

} Syair
} Naratif

Cerita Sutung Jawa

}Sastera

Hikayat Malim Deman

} Rakyat

Hikayat Lang-lang Buana

} Sastera

Hikayat Inderaputera

} Hikayat

Syair Siti Zubaidah

} Sastera Melayu

Perang Cina

} dengan Resapan

Sastera Epik

Kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu bidang kajian yang sangat luas dan
sentiasa berkembang dan melahirkan penemuan-penemuan baru yang pelbagai sifatnya.
Menurut Profesor Ismail Hussein Kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala
kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak.
Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir dalam kalangan masyarakat Melayu yang
lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Pada waktu tersebut sistem tulisan belum
lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Walaupun belum menguasai sistem tulisan,
daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan tidak pupus begitu sahaja. Sebaliknya
dikembangkan melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan. Hasil-hasil keusasteraan yang
dicipta oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita
secara lisan. Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.
Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula menerima
pengaruh luar. Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam kebudayaan Melayu adalah
pengaruh India. Melalui kemasukan pengaruh India, orang Melayu diperkenalkan dengan
sistem tulisan. Walau bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas dan akhirnya pupus.
Puisi Melayu Tradisional
Puisi merupakan kata pinjaman dari bahasa Indonesia yang digunakan secara meluas
di Malaysia. Puisi adalah satu bentuk karangan berangkap yang terikat dengan peraturan
sesuatu jenis puisi itu. Bahasa puisi adalah terhad dan padat tetapi makna yang cuba
disampaikan adalah mendalam. Puisi mengungkapkan sesuatu yang abstrak kepada yang
nyata.
Puisi Melayu tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua pecahan iaitu:
a) Naratif
Puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada genre Syair sahaja.
b) Bukan naratif
Manakala yang bukan naratif ialah Pantun, Gurindam, Endoi, Rejang, Dikir/Zikir,
Rubai, Nazam, Masnawi, Ghazal, Berzanji, Qit'ah, Seloka, Teromba, Talibun,
Peribahasa berangkap dan Mantera.

10

Ciri - Ciri Kesusasteraan Melayu


Kesusasteraan Melayu Tradisional mempunyai ciri-ciri tersendiri yang terdiri daripada lima
aspek yang diperturunkan di bawah ini:
i. Lisan
Ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional adalah Lisan. Lisan dalam bahasa Arab
maknanya lidah atau kata-kata. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa kesusasteraan
Melayu tradisional itu disampaikan secara lisan ataupun mediumnya adalah kata-kata
ataupun pertuturan. Pada zaman tradisional pastilah wujud manusia-manusia yang
berbakat besar dalam bidang kesusasteraan, yang mampu menghasilkan karya-karya
prosa ataupun puisi.

ii. Tulisan
Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka telah menerima
juga bersama-sama sistem tulisan. Maka berlakulah satu perubahan besar dalam
penghasilan karya kesusasteraan iaitu peralihan daripada lisan kepada tulisan. Satu
perkara yang harus difahami dengan mendalam ialah kebolehan menulis lebih
berpihak kepada golongan bangsawan yang berdekatan dengan pihak istana.
Sedangkan golongan rakyat biasa masih kekal dengan kaedah lisan. Dengan itu
lahirlah

karya-karya

kesusasteraan

yang

berpusatkan

istana.

Karya-karya

kesusasteraan ini ditulis menggunakan tulisan jawi dan penciptaannya lebih kepada
untuk memenuhi kehendak golongan istana.

iii. Kreatif
Pada dasarnya karya kesusasteraan kreatif itu bermaksud karya-karya prosa dan puisi
naratif dan non naratif. Oleh itu novel, cerpen, sajak, drama, prosa tradisional dan
puisi tradisional merupakan kesusasteraan kreatif.

iv. Bukan kreatif


Karya kesusasteraan bukan kreatif adalah karya-karya seperti esei, rencana dan
sebagainya

11

v. Estetik
Estetik merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta oleh
seseorang penulis.

4.0 Fungsi Sastera Dalam Masyarakat


Fungsi kesusasteraan Melayu Tradisional
Alat Pendidikan

Usaha Pengayaan Khazanah Ilmu Dan Persuratan Bahasa Melayu

Nilai Pendidikan

Instrumen Perpaduan

Kepuasan Estetik

Memberi Pengajaran

Alat Kawalan Sosial Dalam Kehidupan Seharian

Mengisi Masa Lapang


Rajah 6 : Fungsi Kesusasteraan Melayu
i. Alat Pendidikan
Antara fungsi kesusasteraan Melayu menurut Siti Hajar Abdul Aziz ialah sebagai alat
pendidikan. Pengalaman-pengalaman para pengarang ini diterjemahkan melalui kisahkisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti
ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi
dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran,moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi
12

nilainya yang mana akan dapat dikutip oleh para pembaca maka berlakulah pendidikan
secara tidak langsung. Jadi dapat dilihat dengan jelas bahawa kesusasteraan mampu
menjadi bahan untuk pendidikan buat masyarakat.

Di Negara kita Malaysia Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan sejak
tahun 1957. Matlamatnya untuk membolehkan pelajar atau rakyat Malaysia khususnya
menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan,
kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan cinta akan tanah air
dalam satu wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan tercapai. Dengan adanya
pendidikan Kesusasteraan Melayu dapat mencerminkan masyarakat kesenian yang
kreatif, mampu mengkaji keindahan karya sastera dan menguasai kemahiran berbahasa
bahasa Melayu.

Peranan sastera terutamanya sastera Melayu dapat membina insaniah dalam kehidupan
manusia. Hal ini amat bertepatan dengan konsep membina modal insan yang diharapharapkan oleh pemimpin negara. Kita tidak mahu melahirkan satu bangsa seperti robot
yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan ketika bertindak atau mengambil
keputusan. Justeru mengembalikan nilai sejagat yang bersifat kemanusiaan sebenarnya
terkandung dalam sastera.

Di peringkat sekolah Kesusasteran Melayu Moden memainkan peranan sebagi satu


cabang ilmu dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam pelbagai disiplin
ilmu sejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum. Sementara itu di peringkat
pengajian tinggi pelajar didedahkan dengan teknik penulisan ilmiah, rencana dan
penulisan kreatif dan pelajar juga diberikan pengetahuan tentang dunia penerbitan dan
penyiaran selaras dengan matlamat pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem
pendidikan.

ii. Usaha Pengayaan Khazanh Ilmu Dan Persuratan Bahasa Melayu


Selain itu, sastera juga berperanan dalam usaha pengayaan khazanh ilmu dan persuratan
bahasa Melayu wajar dipertingkatkan kepada semua peringkat usia pembelajaran dan
pengajaran. Dengan cara ini, proses pembentukan jati diri dan cinta akan khazanah
negara dapat diatur, dilentur, dibentuk dengan sebaik-baik mungkin. Proses pengayaan

13

ini merupakan proses yang berterusan dan menjadi agenda utama dasar pentadbiran
negara.

Shahnon Ahmad (1997:25) menyatakan bahawa kesusasteraan berperanan sebagai satu


cabang kesenian yang berteraskan cinta. Cinta di sini maksudnya cinta kepada keindahan
dan cinta kepada kebenaran. Karya kesusasteraan dicipta oleh para sasterawan untuk
membangunkan peribadi manusia supaya cinta akan keindahan dan cinta akan
kebenaran. A. Samad Said (1997: 35) pula menyatakan bahawa peranan sastera sebagai
rakaman dan renungan interaksi insan seni dengan masyarakat dan masalah mereka.
Setiap karya yang tercipta, sedikit sebanyak mendekatkan insan seni itu kepada
sebahagian kecil cakerawala Tuhan yang luas, di samping menggarapkannya dengan
sesama makhluk yang sama-sama mencari dan sama-sama menikmati dan sama-sama
terhukum oleh getir-getar kehidupan. Oleh latar dan pengaruh itu, sastera mestilah
berkhasiat untuk batiniah dan minda manusia. Manakala Usman Awang (1997:41)
menjelaskan bahawa peranan sastera meliputi semua aspek kehidupan manusia secara
luas. Tiada sesiapapun yang boleh mendakwa bahawa dia mempunyai monopoli terhadap
budaya Malaysia. Budaya bersama ini hanya akan lahir daripada penghidupan bersama
semua rakyat bukan contoh angkuh daripada sebilangan kecil golongan kaya dan
istimewa.

iii. Nilai Pendidikan


Aripin Said dalam Prosa Warisan (1996:25) menyatakan fungsi Kesusasteraan Melayu
Moden yang penting dari aspek nilai pendidikan. Suasana kehidupan masyarakat dengan
kepetahan serta kebijaksanaan seorang penglipur lara telah lama berakhir. Suasana itu
bagaikan satu nostalgia. Apalagi apabila didapati sudah jarang atau sedikit benar
daripada kalangan anggota masyarakat masa kini yang sempat menyaksikan suasana
tersebut.
Jika kita menyorot ke belakang dalam aliran kehidupan masyarakat Melayu terutamanya
di kampung-kampung, cerita-cerita rakyat dipertuturkan masih boleh didapati sekitar
tahun 1950-an serta pada awal tahun 1960-an. Pada waktu itu, masih kedapatan seorang
nenek atau seorang ibu yang sering bercerita atau menyanyikan lagu-lagu rakyat sewaktu
hendak menidurkan cucu atau anaknya. Orang tua-tua masih mahu bercerita kepada anak
cucunya tentang Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Putin Bawang Merah, Puteri
Walinong Sari dan sebagainya.
14

Terdapat dua hal yang amat nyata dalam memperkatakan keistimewaan pencerita ini.
Pertama, terdapat tokoh-tokoh intelektual bangsa sebagai orang yang mahir dalam
bidang mereka. Tidak semua anggota masyarakat yang mendapat gelaran seorang
penglipur lara. Tidak semua anggota masyarakat yang mampu menghafal puluhan malah
ratusan puisi rakyat, dan kemudian dapat pula menyampaikan dengan cara yang menarik.
Mungkin dengan iringan sebuah rebab, sebuah rebana atau sebiji batil, dia mampu
memukau khalayaknya yang setia menunggu dari awal hingga akhir persembahan yang
diadakan. Mereka ialah cendekiawan bangsa yang lahir asuhan alam semesta.

Cerita-cerita yang dipersembahkan pula bukan sahaja dapat mengasyikkan khalayak


yang mendengar tetapi kepelbagaian cerita tersebut dengan watak-watak tertentu
menggambarkan perwatakan manusia dalam masyarakat setempat. Lagu-lagu yang
dinyanyikan merupakan puisi-puisi yang indah. Dalam puisi tergambar keindahan alam
dan kehalusan budi yang diungkap dengan gaya yang menakjubkan.

Bertitik tolak daripada perkara-perkara itulah, nilai pendidikan yang murni dapat digarap
daripada cerita-cerita yang disebutkan itu. Dalam cerita Mat Jenin, misalnya, khalayak
diasuh supaya tidak menjadi seperti Mat Jenin yang hanya hidup berangan angan.
Falsafah yang tersembunyi di sebaliknya adalah untuk menjadi kaya-raya perlu berusaha,
bukan sekadar berangan angan. Jika terus berangan-angan, bencana pula akan menimpa.

Daripada cerita rakyat, banyak lagi unsur pendidikan lain yang dapat ditimba.
Contohnya, selitan lagu-lagu seperti:

Burung kenek-kenek,
Terbang ke dalam awan;
Pesan datuk nenek,
Pandai-pandai cari kawan.

Burung kenek-kenek,
Hinggap pelepah kelapa;
Pesan datuk nenek,
Patuh ibu dan bapa.
15

Pantun di atas jelas memberikan nasihat yang berguna kepada anak-anak.Pantun tersebut
disampaikan melalui kata-kata yang tersusun indah, ditambah dengan iramanya yang
merdu.

Daripada kajian yang telah dijalankan oleh Aripin Said dalam Prosa Warisan (1996:26)
beberapa jenis sastera rakyat telah dikenal pasti iaitu:
a. Cerita Penglipur Lara
b. Cerita Asal Usui
c. Cerita Legenda
d. Cerita Mitos
e. Cerita Jenaka
f. Cerita Binatang.

Cerita-cerita tersebut mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Cerita-cerita tersebut


telah banyak ditulis dan diterbitkan. Kemajuan zaman dengan segala media yang canggih
memudahkan pembuatan dokumentasi cerita-cerita tersebut.

iv. Instrumen Perpaduan


Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, sastera
dijadikan instrumen penting bagi mewujudkan semangat kekitaan atau `esprit de corp di
kalangan rakyat dalam usaha untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu.
Sastera negara menitikberatkan nilai perpaduan dan penghargaan kepada satu bentuk
budaya kebangsaan untuk dikongsi bersama sebagai pemangkin bagi menyatupadukan
rakyat. Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan Sastera kebangsaan yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dapat memartabat dan memperkasakan lagi
fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan

v. Kepuasan Estetik
Seterusnya, kesusasteraan juga berfungsi untuk memberi kepuasan estetik. Penulis cerita
akan merasa tenteram dan damai apabila mampu menghasilkan sesuatu cerita yang dapat
menyentuh

perasaannya. Bagi

pembaca

pula,

dengan

membaca

karya

yang

mempamerkan keindahan akan merasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan
dalam dirinya.
16

vi. Memberi Pengajaran


Selain itu, kesusasteraan Melayu Tradisional turut berfungsi untuk memberi pengajaran.
Para sasterawan melalui karya mereka akan memberi pengajaran melalui hasil karya
kesusasteraan mereka yang mana banyak menyingkap tentang nilai-nilai murni dalam
kehidupan. Sebagai contoh Seloka Pak Pandir dan Pantun Nasihat. Karya-karya ini
banyak menjadi rujukan buat masyarakat dalam menjalani kehidupan harian.

vii. Alat Kawalan Sosial Dalam Kehidupan Seharian


Menurut Aripin Said dalam Prosa Warisan, Sastera secara umumnya dapat dikatakan
menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian. Melalui cerita rakyat
umpamanya, anggota masyarakat diberitahu tentang perkara yang boleh dan tidak boleh
dilakukan. Misalnya, jika derhaka kepada ibu bapa, seseorang itu akan mendapat
malapetaka sebagaimana yang diterima oleh Si Tenggang. Jika berangan-angan tinggi
tanpa berusaha akan menjadi seperti Mat Jenin. Malah, anak-anak harus bijak
sebagaimana Sang Kancil dalam cerita-cerita binatang. Cerita rakyat juga dirujuk untuk
menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Perlakuan yang baik seperti yang terdapat
dalam cerita rakyat dijadikan ikutan dan teladan.

Dalam cerita-cerita legenda pula, terdapat tokoh yang menjadi sanjungan satu-satu
masyarakat. Tokoh-tokoh tersebut mungkin sahaja tokoh agama, pahlawan, peneroka
satu-satu tempat atau seumpamanya. Melalui gambaran keistimewaan, tokoh dipaparkan
mempunyai semangat perjuangan yang gigih, mempunyai kekuatan yang luar biasa,
berjasa dan sebagainya. Kesemua ini dapat menanam semangat tidak putus asa
dikalangan pendengar selain menanamkan semangat cinta akan tanah air yang tidak
berbelah bahagi. Segala sikap, cara berfikir, pengorbanan watak dalam cerita legenda itu
cepat meresap di hati para pendengarnya.

Cerita legenda dapat memberi sumbangan yang amat besar dalam kehidupan masyarakat
dalam membentuk anggota masyarakat menjadi manusia yang mempunyai wawasan
dalam hidupnya. Dalam hal ini juga, kita melihat setiap bangsa memang ada tokohtokoh tertentu yang mereka agungkan serta kagumi. Baik cerita mitos, cerita binatang,
cerita lipur lara, cerita legenda dan sebagainya itu kadangkala terlalu kental berbaur
dengan dongeng-dongeng tertentu. Namun yang harus diperhatikan, ada segala nasihat
17

dan teladan yang terdapat dalam cerita cerita tersebut. Tukang-tukang cerita, selain
bertindak untuk menyeronokkan hati khalayak yang mendengar, juga menekankan
nasihat. Ungkapan yang sering diulang atau dinyatakan oleh tukang-tukang cerita, seperti
"Jangan jadi seperti Si Tenggang" atau "Sang Kancil itu cerdik dan bijak" atau "Kalaurajin bekerja mesti hidup senang" dan sebagainya. Demikian cerita rakyat dapat
menentukan arah tindak tanduk masyarakat pada masa itu. Kesan yang terlekat di hati
mereka dengan mendengar cerita-cerita rakyat kekal dari mereka masih kanak-kanak
hingga kehidupan mereka pada hari tua. Kemudian cerita-cerita tersebut bersambungan
lagi kepada khalayak yang seterusnya.
Walaupun perkembangan masyarakat dipengaruhi oleh segala macam perubahan namun
nilai moral yang terdapat dalam cerita-cerita rakyat tetap sesuai dengan anggota
masyarakat itu baik dalam era mana sekalipun. Pengalaman individu dalam masyarakat
tersebut cepat sahaja diasosiasikan dengan gambaran yang terdapat dalam cerita-cerita
yang mereka dengar.

viii.

Mengisi Masa Lapang

Malah, kesusasteraan Melayu Tradisional juga berfungsi bagi memberi hiburan.


Kesusasteraan digunakan bagi mengisi masa lapang dan dijadikan hobi. Karya-karya
sastera seperti Seloka Pak Pandir bukan saja memberi pengajaran tetapi juga
menyeronokkan untuk dibaca. Malah jika pada zaman dahulu, cerita-cerita rakyat akan
diceritakan pada waktu-waktu lapang bagi menghilangkan kebosanan dan anggota
masyarakat dapat berkumpul pada malam hari setelah sibuk mencari nafkah pada
siangnya. Pada waktu malam itulah, mereka berkumpul untuk berhibur sambil belajar
melalui cerita rakyat.

5.0 Kesimpulan

Kesusasteraan Melayu Tradisional dalam masyarakat Melayu lama wujud bersama-sama


bangsa Melayu itu sendiri. Kewujudan sastera Melayu tradisional itu juga memperlihatkan
segala-galanya itu digambarkan dengan cukup menarik. Keindahan itu juga terlihat pada gaya
bahasa. Melalui cerita-cerita sedemikian, kita melihat kesinambungan budaya masa lalu
dengan masa kini. Perkembangan budaya tahap demi tahap dapat membentuk peradaban atau
tamadun manusia dari satu zaman ke satu zaman yang lainnya. Perkembangan budaya masa
kini sebenarnya diasaskan oleh budaya silam. Manusia sentiasa mencari kemajuan. Fungsi
18

sastera Melayu tradisional mewujudkan pemikiran yang bijaksana sentiasa memimpin


manusia untuk mencapai kemajuan yang sesuai untuk kesempurnaan hidup. Sehubungan ini,
pemikiran dahulunya dapat membentuk sosialisasi masyarakat dengan jelas. Pemikiran yang
dimaksudkan itu masih utuh dan murni walaupun diletakkan dalam mana- mana zaman yang
sentiasa berubah.

Rujukan :
Harun Jaafar (Dr) (2010). HMBL4203 Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur, Open
University Malaysia.
Hashim Awang (1988). Kritikan Kesusasteraan : Teori dan Penulisan. Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hamid (1988). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur,
Longman.
Samsina Abd Rahman (1998). Falsafah dan Pengajian Kesusasteraan Melayu.
Bangi, Universiti Putra Malaysia.
http://lazacode.com/index.php?option=com_content&view=article&id=432&Itemid=129

http://kencanamerana.blogspot.com/search/label/SASTERA%20TRADISIONAL%20STPM

http://www.ashtech.com.my/DIL/sastera/book003.htm

http://jalantelawi.com/2010/05/perkembangan-bahasa-melayu-moden/

http://johoreanstudentsociety.blogspot.com/2009/11/fakta-menarik-tentang-negeri-johor.html

http://melayuonline.com/eng/personage/dig/342/nuruddin-al-raniri

http://www.2lisan.com/biografi/tokoh-islam/syeikh-nuruddin-ar-raniri/

http://ahmadsamantho.wordpress.com/2010/06/26/%E2%80%9Cbustan-alsalatin%E2%80%9D-al-raniri/
19

http://sejarah2u.blogspot.com/2008_11_01_archive.html

http://www.pnm.my/yangpertama/Sastera_Kajai.htm

http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=849&IID

http://www.kapasitor.net/community/post/789

http://latifmaulan.blogspot.com/
http://teorisastera.blogspot.com/2009/12/kritikan-pragmatik.html
http://members.tripod.com/~nita_73/penghantar_kritikansastera.html

20

You might also like