Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI (PAK)

Pemikiran baru dalam bidang pendidikan mendapati bahawa murid boleh bertanggungjawab
terhadap pembelajaran mereka sendiri.
Hal ini membawa kepada peranjakan mod pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru
kepada pembelajaran kendiri.
satu program yang memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, stail dan tempoh
masa belajar.
Murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran dan memilih aktiviti
pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau kemajuan mereka sendiri.
murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari ke atas pembelajaran
mereka.
satu pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid dan pembelajaran berlaku atas daya
usaha murid sendiri.
Murid mempunyai akses kepada sumber pembelajaran dan mereka mempunyai autonomi dan
bertanggungjawab ke atas pemerolehan pengetahuan dan kemahiran sendiri.

PELAKSANAAN PAK DI MALAYSIA:


1990: Projek rintis di 10 buah sekolah rendah. (Bahasa Inggeris)
1995: Projek rintis di 10 buah sekolah menengah. (Bahasa Inggeris)

TUJUAN PAK:
memotivasikan murid ke arah berautonomi
menghasilkan murid;
self-directed
self-paced
self-access
self assessed

KONSEP PAK:

PAK ialah satu program yang memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, stail dan
tempoh masa belajar.
Murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran dan memilih aktiviti
pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau kemajuan mereka sendiri.
Dengan ini murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari ke atas
pembelajaran mereka.

Sebuah bilik khas untuk:


Menyimpan bahan-bahan pembelajaran secara sistematik;
Murid belajar pelbagai mata pelajaran tanpa diselia; dan
Murid belajar secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

Pusat PAK sebagai sebuah tempat yang dapat:


Menyediakan persekitaran yang selesa danmenarik
Menyimpan bahan dan peralatan pembelajaran
Memberi peluang kepada murid untuk menjalankan
pembelajaran yang berkesan
Mempamerkan carta maklumat dan hasil kerja murid

Asas PAK:

1. Murid perlu pro-aktif dalam proses pembelajaran(Autonomy 2000 Paper Catering


for Individual Learning Styles by Fitzerald,Morral and Morrison)

2. Murid tidak seharusnya pasif (hanya memberi respon kepada rangsangan guru). (Boud,
1998; Kohonen, 1992; Knowles, 1975)

3. Murid berautonomi ialah murid yang berinisiatif untuk merancang dan melaksanakan program
pembelajaran sendiri. (Gardner dan Miller, 1996)

CIRI-CIRI PAK;
Persekitaran pembelajaran fleksibel, selesa, tanpa tekanan
Mudah akses kepada bahan pembelajaran dan bantuan fasilitator
Pilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas
Belajar secara bersendirian / kumpulan
Belajar mengikut kadar dan kemampuan individu
Kemudahan mentaksir pencapaian sendiri

BAHAN-BAHAN DLM PAK;

a.

Bahan Bercetak

i. Lembaran Kerja
Disusun mengikut sistem kod warna dan aras-aras iaitu dari yang mudah kepada yang susah
Disusun di dalam kotak (browser boxes)
kotak-kotak dilabel mengikut kemahiran
Dibalut dengan plastik (laminate) untuk ketahanan / keselamatan

ii. Buku / majalah / surat khabar

Disusun di sudut bacaan

Disusun di atas rak

b.

Bahan Bukan Bercetak

i. Pita Kaset / Video / Cakera Padat


Disusun di atas rak
Disusun secara menegak supaya mudah dikenal pasti tajuk

c.

Cara-cara menyimpan: pita kaset / video / cakera padat

Antara contoh menyimpan pita kaset / video / dan cakera padat ialah:
Pita kaset / video dan lembaran kerja disimpan di rak atau kotak berasingan
Pita kaset / video / cakera padat dan lembaran kerja disimpan di dalam sampul plastik di rak
murid mengenal pasti lembaran kerja yang dikehendaki dan berjumpa dengan guru mereka
untuk mendapatkan pita kaset / video yang berkaitan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada
kehilangan pita kaset / video / cakera padat.

TANGGUNGJAWAB GURU:

Menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri


Mewujudkan persekitaran yang memberi peluang murid menguji kemampuan sendiri
Membantu murid menyedari pelbagai strategi pembelajaran
Melatih murid belajar sendiri
Membimbing murid di mana perlu

TANGGUNGJAWAB MURID:

Mengenal pasti keperluan sendiri

Mengenal pasti kebolehan sendiri

Menetapkan matlamat sendiri

Mengenal pasti masa pembelajaran sendiri

Menyediakan pelan pembelajaran sendiri

You might also like