Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BAB 3 : LIMPAHAN KEMAKMURAN MERENTASI ETNIK

PENGENALAN
Dalam sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai etnik , budaya dan agama
seperti di Malaysia , persoalan perpaduan dalam masyarakat merupakan persoalan yang
penting. Perpaduan dalam masyarakat dianggap penting kerana keharmonian hidup antara
pelbagai etnik akan menyumbang kepada kestabilan sosiopolitik dalam negara.
Di Malaysia , falsafah yang menjadi panduan kerajaan dalam mencapai perpaduan
masyarakat ialah pertumbuhan dengan agihan. Falsafah ini dijadikan panduan dalam Dasar
Ekonomi Baru (1997-1990) dan matlamat teras serampan dua mata , iaitu membasmi
kemiskinan dan menstruktur masyarakat diteruskan dan dikekalkan dalam dasar-dasar
pembangunan negara yang terkemudian iaitu Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan
Dasar Wawasan Nasional (2001-2010).
ISU SOSIOEKONOMI PADA AWAL KEMERDEKAAN
Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 , kerajaan Perikatan pada ketika itu
meneruskan dasar ekonomi bebas penjajah Inggeris. Penerusan pendekatan ekonomi penjajah
ini telah menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang agak tinggi. Kadar pertumbuhan KDNK
benar ialah 4.1 peratus bagi tempoh 1956-1960, 5.0 peratus bagi tempoh 1961-1965 dan
seterusnya 5.4 peratus bagi tempoh 1966-1970 (Bank Negara Malaysia 1994).
Isu kemiskinan menjadi semakin rencam apabila terdapat hubung kait antara kemiskinan
dengan kumpulan etnik tertentu. Sebahagian besar daripada isi rumah miskin adalah dalam
kalangan etnik Melayu. Pada tahun 1970 , sebanyak 65.9 peratus daripada etnik Melayu
adalah miskin , berbanding dengan hanya 27.5 peratus dalam kalangan etnik Cina dan 40.2
peratus nagi etnik India.
EKONOMI MENJADI ISU ETNIK
Isu kemiskinan menjadi persoalan utama pada tahun 1970-an terutamanyaq dalam
kalangn etnik Melayu dan wujud ketakseimbangan ekonomi antara kumpulan etnik ,
khususnya antara orang Melayu dengan etrnik Cina. Namun perspektif etnik kepada masalah
tersebut merupakan perspektif yang simplistic dan sempit. Persoalan kemiskinan dan
ketaksamarataan merupakan masalah yang rencam yang tidak dapat dijelaskan sepenuhnya
daripada perspektif etnik semata-mata.

Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila persoalan ketaksamarataan pendapatan
diteliti. Antara 1957 dengan tahun 1970 , purata pendapatan benar isi rumah didapati telkah
meningkat daripada RM207 kepada RM261. Namun ketaksamarataan pendapatan dalam
masyarakat didapati semakin melebar. Perkara ini ditunjukkan oleh peningkatan koefisyen
Gini daripada 0.412 kepada 0.513. Maknanya , jurang pendapatan antara yang kaya dengan
yang miskin bertambah luas. Oleh itu , ketaksamarataan pendapatan di Malaysia pada awal
kemerdekaan negara adalah rencam dan tidak mampu dijelaskan sepenuhnya daripada
perspektif etnik semata-mata.
DASAR EKONOMI BARU
Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan bagi memajukan
ekonomi serta berusaha menghapuskan pengenalan ekonomi berasakan etnikyang menjadi
asas kepada penyusunan semula sosioekonomi negara. Tindakan kerajaan dalam memperbaiki
kedudukan ekonomi selepas tragedy 13 Mei 1969 adalah berdasarkan strategi kea rah
pembentukan perpaduan nasional.
Relevannya , DEB yang mempunyai agenda serampung dua mata bukan setakat
bertujuan untuk menyatupadukan pelbagai etnik di negara ini tetapi yan penting menandakan
satu titik permulaan baru kepada entik Melayu untuk mula bergiat dalam bidang perdangan ,
perindustrian mahupun perniagaan. Pelaksanaan DEB secara tidak langsung memberi
konotasi yang terbatas kepada pola pasaran bebas dalam mewujudkan kelas menengah dan
golongan kapitalis Melayu (Gomez 2004).
Matlamat dalam DEB dirangka oleh kerajaan memandangkan ketakseimbangan
ekonomi antara etnik amat ketara , terutamanya jika perbandingan dilakukan terhadap
bumiputera dengan bukan bumiputera. Ketakseimbangan ekonomi yang wujud termasuk
aspek corak dan struktur guna tenaga , agihan pendapatan serta pemilikan modal produktif.
Terdapat dua objektif khusus DEB. Pertama , untuk mengurangkan kemiskinan
melalui peningkatan pendapatan dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa
mengira etnik. Kedua , untuk menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kumpulan
etnik dengan fungsi ekonomi dapat dihapuskan (Malaysia 1991).
Falsafah pertumbuhan dengan agihan dalam DEB sebenarnya membawa kepada
limpahan kemakmuran merentasi etnik. Dalam meneliti falsafah di sebalik DEB , sebenarnya
ia merupakan situasi menang-menang yang memperlihatkan masyarakat bukan bumiputera

khususnya etnikCina juga menerima limpahan kemakmuran masa itu diketuai oleh
kontraktor-kontraktor etnik cina , umpamanya pembersihan hutan , pembinaan jalan , tali air
dan bahan-bahan binaan untuk kawasan petempatan. Keadaan ini sebenarnya bukan sekadar
memberi peluang kepada etnik Cina menikmati pendapatan yang memuaskan tetapi turut
melonjakkan penguasaan dan pemilikan saham selepas pelaksanaan DEB.
KEJAYAAN EKONOMI MALAYSIA
Ekonomi Malaysia telah menempa kejayaan yang boleh dibanggakan. Malah , terdapat
beberapa pengkaji dan pemerhati pembangunan ekonomi Malaysia mengungkapkan
pandangan yang begitu positif atas kejayaan ekonomi Malaysia sebagai salah satu negara
yang tergolong dalam keajaiban ekonomi Asia Timur (World Bank 1993). Snodgrass
(1995) mengatakan ekonomi Malaysia merupakan kejayaan pembangunan ekonomi dalam
masyarakat multientik.
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempamerkan kisah kejayaan pembangunan.
Persepsi sedemikian umumnya membuatkan Malaysia dipertimbangkan sebagai model untuk
diikuti negara sedang membangun yang lain.
PERTUMBUHAN DAN PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI YANG PESAT
Semenjak merdeka pada tahun 1957, pertumbuhan ekonomi Malaysia boleh dibanggakan.
Dalam jangka masa 47 tahun daripada 1960-an sehingga 2007, Malaysia mencatatkan kadar
pertumbuhan antara lima peratus hingga 8.5 peratus yang menggambarkan Malaysia mampu
mengekalkan pertumbuhan yang agak tinggi. Malah , walaupun berhadapan dengan pelbagai
kitaran perniagaan dan turun naik ekonomi , khususnya kemelesetan ekonomi pada tahun
1980-an dan hujung tahun 1990-an , Malaysia telah memperlihatkan kemampuan untuk
mengekalkan pertumbuhan ekonominya dengan baik.
PEMBANGUNAN MANUSIA PENGURANGAN KADAR KEMISKINAN
Pencapaian yang lebih membanggakan ialah pertumbuhan pesat ekonomi Malaysia dalam
tempoh empat dekad yang lalu telah berjaya diterjemahkan kepada pengurangan kadar
kemiskinan dan kemajuan dari segi pembangunan manusia. Kadar kemiskinan di Malaysia
berjaya dikurangkan dengan ketara iaitu daripada 52.4 peratus pada tahun 1970 kepada 17.1
peratus pada tahun 1990 dan seterusnya kepada 5.7 peratus pada tahun 2004.

KUALITI HIDUP YANG MENINGKAT


Pertumbuhsn dan peningkatan pendfapatan yang agak tinggi semenjak empat dekad yang
lalu menyebabkan kualiti hidup rakyat Malaysia telah meningkat. Hal ini dapt dilihat dari
aspek kesihatan seprti jangka hayat yang semakin meningkat , kadar kematian bayi dan kadar
kematian yang semakin yang semakin rendah. Begitu juga jika dilihat dari aspek pendidikan ,
pemilikan barang-barang keperluan asas dan penyediaan infrastruktur seperti jalan raya.
Peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia ini ditunjukkan oleh peningkatan dalam Indeks
KUaliti Hidup Malahysia (IKHM) yang merupakan ukuran kebajikan dan kesejahteraan
kehidupan dalam perspektif yang lebih luas.
ISU DAN CABARAN
Ekonomi Malaysia telah mempamerkan prestasi yang membanggakan dari segi kepesatan
pertumbuhan ekonomi , pengurangan kadar kemiskinan dan peningkatan kualiti hidup rakyat.
Di samping itu , DEB yang dilaksanakan telah berjaya melahirkan golongan profesional ,
meningkatkan kelas menegah bumiputera serta melahirkan golongan usahawan bumiputera.
KETAKSAMARATAAN PENDAPATAN YANG SEMAKIN MELEBAR
Dalam tempoh pelaksanaan DEB , ketaksamarataan pendapatan dalam masyarakat seperti
yang ditunjukkan oleh nilai koefisyen Gini , pada awalnya semakin melebar sehingg tahun
1976. Namun , ketaksamarataan pendapatan kemudiannya semakin baik sehingga tahun 1990.
Walau bagaimanapun , semenjak tahun 1990 agihan pendapatan memperlihatkan keadaan
yang semakin buruk dengan jurang pendapatan antara yang kaya dengan yang miskin semakin
melebar semula.
PERTUMBUHAN ATAU AGIHAN
Melalui falsafah pertumbuhan dengan agihan Malaysia telah berjaya mencapai
pertumbuhan ekonomi yang cukup pesat. Lebih membanggakan , pertumbuhan ekonomi
tersebut telah berjaya diterjemahkan dalam bentuk penurunan kadar kemiskinan yang
signifikan dan juga peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia. Namun , rekod kecemerlangan
ekonomi Malaysia dari segi pertumbuhan tersebut tidak diiringi oleh agihan pendapatan yang
lebih sama rata dalam masyarakat. Malah , ketaksamarataan pendapatan kekal tinggi ,
kalaupun tidak semakin lebar.

KESIMPULAN
Ekonomi Malaysia perlu diuruskan dengan baik dan berkesan . Hal ini memerlukan bukan sahaja
kepada agenda memacu ekonomi negara agar bertumbuh pesat, tetapi ia memerlukan agenda agihan
kekayaan agar hasil daripada pertumbuhan ekonomi tersebut dapat dinikmati secara adil oleh
masyarakat. Kerajaan berperanan penting didalam mencari titik keseimbangan antara agenda
pertumbuhan dengan agenda agihan yang adil.

BAB 3 : LIMPAHAN KEMAKMURAN MERENTASI ETNIK


LECTURE : DR NASRUDDIN BIN BAIDI
SECTION : 2M
KUMPULAN 3 :THANASEGARAN A/L RONNUHURAI
MUHAMMAD SYAHMI BIN MOHD RAHIM
AMIRUL SHAFIQ BIN WERAR SULEIMAN
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ZAKARIA
IZZAH EL-ISTIYSHAD BINTI AZMI
AZIEERA DARLINA BINTI DAHLAN
NAPISAH BINTI ZULKEFLI
WAN NOOR FATIHAH BINTI WAN HASSAN
PRIYA A/P ANBARASAN
SUGANTHI A/P PALANI
NUR SYAHIRA BINTI ZULKIFLI

You might also like