Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SENI VISUAL

Seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan
yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Kebanyakan disiplin
kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni
visual dan lain-lain seni, jadi definisi seni tidak terhad.
Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak
melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan
kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan
kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan
sebagainya.
Pengertian
Seni merupakan istilah yang sukar ditakrifkan memandangkan perkataan ini boleh
digunakan mengikut bidang masing-masing dengan makna yang lain. Dalam istilah
bahasa, seni bermaksud halus, cantik, teknik dan sesuatu yang bukan sains. Akan
tetapi, ada yang menterjemahkan seni sebagai sesuatu yang cantik, indah, baik, dan
cerdik yang boleh ditanggap melalui pancaindera seperti mata dan telinga. Dalam
era moden ini, seni juga melibatkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Ia merupakan
bidang yang berupaya untuk penghasilan dan pencipataan sesuatu karya dan
ciptaan untuk manusia semata-mata untuk keindahan ataupun sesuatu fungsi
kegunaan yang tertentu. Jadi, seni adalah ilmu terhasil daripada budaya dan agama
dalam menghasilkan sesuatu untuk tujuan pemujaan Tuhan, menyebarkan nilai-nilai
budaya seperti pakaian, dan sebagainya. Seni juga terhasil daripada industri yang
bertujuan untuk menghasil sesuatu yang berorientasikan keuntungan dan bercirikan
komersil melalui penciptaan barang yang berguna dalam kehidupan harian.
Seni juga boleh dipandang dari segi nilainya. Sesuatu yang indah tidak boleh dinilai
dalam sebutan harga, walaupun masih ada yang menjualkannya pada harga yang
melambung tinggi. Nilai kesenian itu terus diturunkan kepada generasi yang lain di
mana ia menjadi satu sejarah atau pantulan yang mengisahkan tentang masa silang.
Seni visual dan pendidikannya
Seni visual adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat kerana ciriciri sesuatu karya seni dipercayai boleh mempengaruhi tanggapan seseorang dari
segi sosiologi dan psikologi. Dalam hidup harian, kami sentiasa bertembung dengan
barang-barang hasil daripada bidang seni seperti kereta, pen, majalah, makanan
dsb. Jadi, bidang ini telah dijadikan sebahgian daripada kurikulum di sekolah dan
institut pengajian tinggi. Di Malaysia, subjek "seni visual" boleh diambil oleh pelajar
yang menduduki Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi
Malaysia (STPM). Namun, buku rujukan untuk STPM adalah terhad dan cuma
sebuah buku yang diterbit oleh Oxford Fajar dijual di pasaran. Kerajaan juga
menggalakkan pelajar-pelajar agar mereka menimba ilmu ini melalui internet supaya
mereka diperlengkapkan pengetahuan yang mencukupi bagi menduduki STPM. Oleh
itu, seorang pengajar tempatan, Chan Kar Weng telah meletakkan maklumat-

maklumat seni visual di wikipedia melayu bagi dimanfaatkan oleh semua pelajar.
Beliau percaya bahawa cuma dengan adanya sumber ini, pelajar-pelajar baharulah
terus mengikuti program seni visual di peringkat sekolah. Subjek ini adalah mustahak
kerana ia adalah ilmu asas bagi mereka yang akan mngikuti senireka dalaman,
senireka grafik, senireka automobil, fesyen, tekstil dsb.
Keindahan
Setiap orang mempunyai persepsi terhadap keindahan yang lain. Sesuatu objek
yang kelihatan indah mungkin tidaklah 'cantik' kepada orang lain. Jadi, mesej yang
disampaikan serta maksud yang diterjemahkan ke dalam bentuk karya/hasil seni ini
adalah amat penting. Contohnya, seseorang anggap poster yang mempunyai sebaris
perkataan "A Star is Born" dan ilustrasi seperti satu bintang di latar belakang yang
gelap tidaklah begitulah cantik dan indah. Namun, ia adalah 100% indah jika ia dapat
memenuhi kehendak untuk poster itu serta mesej yang disampaikan adalah ringkas
dan jelas.
Oleh itu, keindahan dalam sesuatu hasil seni perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:
* Objek
figura
* Komposisi
sesuatu

* Tema
adalah
* Makna
* Fungsi

: Subjek yang menjadi fokus utama dalam suatu karya (contoh:


manusia dalam poster konsert)
: Unsur seni dan prinsip seni yang digunakan untuk menghasilkan
karya (contoh: garisan pada suatu lukisan dengan warna harmoni
digunakan)
: Tajuk dan fokus penting untuk sesuatu karya (contoh, derma darah
sasaran penting dalam suatu poster)
: mesej di sebalik suatu karya adalah jelas
: Fungsinya adalah fungsi estetik ataupun fungsi penggunaan atau
kedua - duanya

Sejarah Awal Seni Visual (I)


Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah
meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu
untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini
disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan
catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur
yang ditempatkan di Malaya.
Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran
Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan
sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi
kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran
Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.
Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura
berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah
bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung
ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam
lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.
Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara
hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh
dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan
kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula
yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah
Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung
Hong Kong dan Zhen Wei Sin. Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat
pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di
singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan
pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.
Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan Pulau
Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur.
Pelukis-pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan
laut dan keindahan alam semulajadi pulau itu. Kemungkinan terdapat pelukis
tempatan yang membekalkan lukisan-lukisan kepada para penaung Syarikat
Peniagaan Eropah.
Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan sehingga tanuh 1920an semasa
kumpulan penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat
Eropah yang kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris. Disebabkan

sikap-sikap kolonialistik pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak
dibenarkan menyertai Penang Impressionist. Dua orang pelukis tempatan yang
diterima menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung dan Abullah Ariff. Abdullah
Arif diterima dalam kumpulan itu kerana perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni
diperlukan, manakala Puan Lim pula isteri seorang jutawan yang dapat memberi
sokongan kewangan.
Tahun 1920an merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau
Pinang. Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan
mendirikan studio seninya. Pelukis pertama yang mengadakan pameran seni lukis di
Malaysia adalah Ooi Hwa yang telah mempamerkan karya-karyanya di Pulau Pinang
pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng Yong mungkin merupakan pelukis
pertama yang pergi ke luar negeri untuk mempelajari seni di Akademi Seni Halus
Shanghai. SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata
pelajaran Pendidikan Seni diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek
Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat
bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu.
Sukatan Pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang
untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corakcorak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama
disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih
meluas lagi pada tahun ke tiga. Buku teks yang digunakan ialah Kitab Rajah-rajah
Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.
Penuntut-penuntut diberi pilihan untuk pertukangan kayu bagi melatih membuat
perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Dalam
tempoh tiga tahun terdapat enam kelas pertukangan kayu. Pilihan seterusnya adalah
menjilid buku di mana hanya sebahagian kecil penuntut tahun tiga sahaja yang
mengikutinya. Menganyam jaring bagi permainan bola sepak, hoki dan bola tampar.
Pertukangan tanah liat di mana hanya sebilangan penuntut sahaja dipilih untuk
belajar membuat tempat bunga, periuk dan lain-lain daripada tanah liat.
Pada tahun 1935, sekumpulan pelukis di Singapura merupakan penuntut Sekolah
Seni Halus Shanghai, Sekolah Seni Shanghai dan Universiti. Mereka telah
menubuhkan Salon Art Studies Society yang kemudiannya ditukar kepada
Persatuan Pelukis-pelukis Cina.
Persatuan ini menumpukan perhatian kepada perlaksaan pameran karya-karya
pelukis asing, terutamanya karya pelukis-pelukis HongKong dan Cina. Pelukis
tempatan turut diberi peluang untuk meluaskan pengalaman. Pameran tahunan
mereka telah menjadi tradisi berterusan tanpa sebarang sekatan melainkan pada

tahun-tahun peperangan 1942 hingga 1945. Ramai ahlinya merupakan staf Akademi
Seni Halus Nanyang.
Akademi Seni Halus Nanyang diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim
Hak Tai. Lim Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan
memperkembangkan kesenian dengan menubuhkan institusi yang pertama dan
paling lama di Singapura. Di antara pelukis-pelukis terkenal yang menjadi tenaga
pengajar ialah Cheong Soo pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen
Chong Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura selepas Perang Dunia ke
Dua. Mereka dilatih di akademi-akademi Seni di Shanghai, kanton dan Amoy.
Mereka juga didedahkan kepada pengaruh modenis aliran-aliran di Paris.
Pelukis-pelukis Nanyang memainkan peranan yang besar dalam perkembangan
tradisi seni moden di Malaysia dan Singapura melalui aktiviti-aktiviti mereka. Mereka
terkenal kerana menggabungkan konsep Barat dan Timur dalam hasil karya mereka,
yang kemudiannya dikenali sebagai Nanyang. Apabila Cheng Yong kembali pada
tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di Philomatic Union, Acheen Street.
Pameran ini telah memberi kesedaran kepada pelukis-pelukis tempatan yang telah
melukis bersendirian dan tidak sedar akan kewujudan pelukis-pelukis lain.
Pada tahun 1936, pelukis-pelukis Cina telah berkumpul di bawah pengaruh Yong
Mun Sen, dan menubuhkan Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang. Di antara
pengasas kelab ini termasuklah Lee Cheng Yong sebagai Presiden, Yong Mun Seng
sebagai Timbalan Presiden, Quan Kuan Sin sebagai setiausaha, Tay Hooi keat
sebagai bendahari dan Kuo Ju Ping, Tan Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee
sebagai ahli jawatan kuasa. Mereka telah mengadakan Pameran seni dan Fotografi
yang pertama. Kebanyakan karya yang dipamerkan adalah mengikut aliran
Realisme Barat dan Post Impressionism di samping beberapa lukisan berus Cina
tradisional. Pelukis-pelukis di seluruh Malaysia dan singapura telah diundang untuk
menjayakan pameran ini. Pada tahun 1937, kumpulan Penang Impressionist yang
mengadakan pameran tahunan secara tetap, telah menjemput ahli-ahli Kelab Seni
Lukis Cina pulau Pinang. Jemputan ini amat menggalakkan pelukis-pelukis tempatan
memberi sumbangan yang positif. Pameran ini merupakan pameran terakhir Penang
Impressionist sebelum dibubarkan sebelum bermulanya Perang dunia Kedua.
Kebanyakan ahlinya yang aktif telah pulang ke Eropah atau pun telah dipindahkan.
Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang telah mengadakan dua atau tiga lagi pameran
di bawah pimpinan Lim Cheng Ean (ayah P.G. Lim dan Lim Kean Siew, pengumpul
karya seni) dan seterusnya dipimpin oleh Ong Keng Seng. Ketika peperangan,
aktiviti-aktiviti pertubuhan terpaksa diberhentikan untuk sementara waktu kerana
kawalan keselamatan yang dikenakan di kawasan desa dan pantai. Akhirnya,
pertubuhan ini dibubarkan sebelum kemaraan jepun pada tahun 1941. Pada tahun

1949, persatuan seni Singapura telah ditubuhkan oleh beberapa ekspatriat seperti
Dr. Gibson-Hill yang mengetuai Raffles Museum and Library, Richard Walker yang
merupakan pengetua Seni Sekolah-sekolah Singapura, Francis Thomas iaitu guru
Sekolah St Andrews, Suri Mohgani iaitu pelukis tempatan dan Liu Kang yang juga
Presiden persatuan tersebut. Walau pun Liu Kang bukan seorang guru seni beliau
disanjung tinggi sebagai pelukis yang cekap dan penglibatan aktifnya dalam
Persatuan Pelukis Cina dan Persatuan Seni Singapura.

Sejarah Awal Seni Visual (II)


Persatuan Seni Singapura mengadakan pameran-pameran dan aktiviti-aktiviti seni di dalam
dan di luar negeri yang dibuka kepada semua pelukis tanpa mengira bangsa dan darjat.
Walker, pelukis mahir aliran Impressionisme telah melatih beberapa pelukis terkemuka seperti
Lim Cheng Hoe. Lim diiktiraf sebagai pelukis cat air yang terunggul di mana beliau juga
memberi ilham serta menjadi mentor kepada golongan pelukis generasi ini. Lee Man Fong,
pelukis penting dalam seni lukis Singapura berhijrah ke Singapura dari Indonesia pada tahun
1967. Dilahirkan di Kanton, China pada 1913, beliau berpindah ke Jakarta pada 1932 dan
bekerja sebagai pelukis komersil. Pada tahun 1947, beliau mendapat biasiswa kerajaan
Belanda untuk menuntut kesenian di negeri Belanda. Beliau seterusnya dilantik sebagai pelukis
Istana Presiden oleh Presiden Sukarno.
Pada Disember, 1941 pendudukan jepun telah mengekang semua aktiviti kebudayaan.
Kempeitai iaitu polis tentera Jepun telah mengawasi kumpulan-kumpulan kebudayaan China.
Rekod-rekod dan bukti-bukti fotografik lawatan Kelab Seni Lukis China Pulau Pinang telah
dibakar sebagai langkah berjaga-jaga. Pada tahun 1945 keseniang di Pulau Pinang telah
dihidupkan semula dengan penubuhan Kumpulan Pendidik Seni Pulau Pinang di bawah
Jabatan Pendidik Seni, Pulau Pinang. Pada tahun 1948, Tay hooi Keat menjadi warganegara
Malaysia pertama yang pergi ke Britain untuk mempelajari seni lukis di Camberwell School of
Art. Setelah perang tamat, pusat seni telah beralih dari Paris ke New York. Para pelukis
Amerika Syarikat memulakan pergerakan seni seperti Action painting, Ekspressionisme
abstrak, Seni Pop, Seni Op, Performance Art, Minimalisme, Seni Konseptual dan sebagainya.
Pelukis-pelukis tempatan yang pergi ke luar negeri turut terdedah kepada pelbagai pengaruh
aliran seni.
Selepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis. Frank Sullivan,
penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau Pinang pada tahun
1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur . Hoession seterusnya
menubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan menjadi tokoh seni kebangsaan yang
terkenal. Tahun 1950an
Pada tahun 1952, Majlis Pendidik Seni Pulau Pinang telah ditubuhkan dan diterajui oleh Tay
Hooi Keat sebagai pengerusi. Di antara ahli-ahlinya adalah Lee Joo For, Tan Tin Kok, Kim Tong
Juan, Tan Lye Hoe dan Chee Wee Sun. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri guru-guru sekolah
aliran Bahasa Inggeris. Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari United Kingdom

memperkenalkan konsep-konsep baru yang memeranjatkan masyarakat seni lukis tempatan.


Pada tahun 1952 juga Cheong Soo Pieng, Chen Chong Swee, Chen Wen His dan Liu Kang
berkunjung ke Bali. Sekembalinya dari Bali mereka mengelolakan pameran bertajuk Empat
Pelukis Kembali yang menyebabkan penciptaan susuk tubuh badan yang dikaitkan dengan
seniman Nanyang. Pameran ini telah mendorong ramai pelukis tempatan seperti Khaw Sia
membuat lawatan melukis ke Bali. Seterusnya pada tahun 1952 juga, Majlis Kesenian
ditubuhkan untuk memberi sokongan, menjaga dan menggiatkan aktiviti-aktiviti dalam pelbagai
bidang seni dengan bantuan kerajaan.
Pada tahun 1953, Persatuan Seni Pulau Pinang ditubuhkan di bawah pimpinan Loh Cheng
Chuan. Majlis Kesenian Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun yang sama dengan souter
sebagai Presiden, Tay Hooi Keat sebagai setiausaha dan A Sabapathy sebagai bendahari dan
juruaudit. Kedua-dua pertubuhan ini telah mengadakan pameran-pameran seni secara tetap
untuk ahli-ahli mereka. Mereka menganjurkan pameran solo untuk para pelukis tempatan serta
pelukis luar negara yang membuat lawatan. Wednesday Art Group telah ditubuhkan pada
tahun 1952 di Kuala Lumpur oleh Peter Harris. Pada awalnya terdapat kekurangan kegiatan
seni yang serius di Kuala Lumpur. Peter Harris merupakan Penguasa Seni di Kementerian
Pendidikan dan beliau adalah lepasan sekolah seni di United Kingdom. Beliau
memperkenalkan estetik dan teknik seni lukis moden kepada guru-guru dan pelukis muda
tempatan yang berminat. Di antara pelukis-pelukis yang mendapat tunjuk ajar dan galakan
beliau ialah Patrick Ng, Cheong Lai Tong, Zakariah Noor, Ismail Mustan, Dzulkifli Buyong, Ho
Kai Peng, Liu Siat Mooi, Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hoon, Jolly Koh dan Syed Ahmad
Jamal.
Pada tahun 1954, Persatuan Seni Selangor telah diasaskan oleh ekspatriat dan ahli-ahli seperti
Fung Yow Chork, Zakariah Noor, Yong Peng Seng, Chong Hooi Fah, Syed Zainal dan Chong
Sing Kwai. Kumpulan ini bertemu seminggu sekali pada hari Khamis di Sekolah Lelaki
Methodist untuk membuat catan potret, figuratif, lukisan dan lakaran. Angkatan Pelukis
Semenanjung iaitu APS yang kemudiannya dikenali sebagai Angkatan Pelukis Se Malaysia
ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1956 oleh Mohd Hossein Enas. APS bertujuan untuk
mengumpul serta menyatupadukan pelukis-pelukis Melayu. Ahli-ahlinya telah mencontohi
penasihat mereka, Mohd Hoessein Enas yang terkenal kerana potret realistik dalam cat minyak
dan pastel. Antara yang terkenal dalam persatuan ini ialah Idris Salam, Mohd Sallehuddin,
Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad Hassan, Yusof Abdullah dan Zakariah Noor.
Pada tahun 1957, Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat yang
sama dengan Wednesday Art Group. Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff, Tay hooi Keat, Kuo
Ju Ping, Lee Joo For, Lim Tong Juan dan William K.K. Lau. Mereka memperkenalkan konsepkonsep baru, mengadakan kelas-kelas melukis, sesi perbincangan dan pameran. Menjelang
kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia.
Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf rendah
(kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.
Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama. Ini membawa kesan yang
mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha Sullivan yang
bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka.

Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku
Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya
Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin,
Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.
Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara yang telah
membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard, Tan Sri Ghazali
Shafie, Tan Sri Dato Azman Hashim, Tan Sri Kamarul Ariffin, Tan Sri Zain Azraii, Professor
Ungku Aziz, Puan P.G. Lim dan ramai lagi. Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi
tetapnya secara beransur-ansur. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato
Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah
Yeow bernilai 2 juta ringgit.

SEJARAH SENI VISUAL (III)

Malaysia Life Batik 92cm x 183cm

Self Portrait 1970 Batik 61x45cm


Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah
Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. dan
dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Catan batik eksotik yang
dihasilkan sejak beliau membuka Yahong Gallery pada tahun 1955 telah
meninggikan taraf batik daripada hasil pertukangan tangan kepada bentuk seni
halus. Kejaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa.
Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim, Tay Mo Leong dan
Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa.

Tahun 1960an
Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah
menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan.
Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang
tersendiri. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti
dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah,
syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis menjadi acara
gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli politik dan diplomat.
Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang
kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang
berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus
sepenuh masa selama satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar
untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik
seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan
akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal,
Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan
peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini. Institusi Senilukis
yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966. Institusi
persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang
Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan.
Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan
tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni
tertentu. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine
Arts (Painting and Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and
Ceramics, Textiles, Fashion dan Industrial Design.
Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan
menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture,
Ceramics, Chinese Brush Painting, Photography dan Commercial Art. Tahun 1970an

Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah mengambil


alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan New Scene seperti Redza
Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan
lain-lain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan
ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang
berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan
masyarakat umum.
Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain
aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika
dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan. Catan hard-

edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong
Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di
awal 1970an.

You might also like