Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

All Malayan Council of Joint Action ( AMCJA) PUTERA

Pan-Malayan Council of Joint Action (PMCJA) yang kemudiannya ditukar kepada All
Malayan Council of Joint Action atau lebih dikenali sebagai AMCJA telah ditubuhkan
pada tahun 1946 yang diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock. AMCJA ditubuhkan selepas
tertubuhnya Malayan Demokratik Union (MDU) yang ditubuhkan pada tahun Desember
1945. MDU ini bermatlamat mengadakan tentangan yang diharapkan dapat
mengimbangkan sedikit nasionalisme Melayu supaya mereka tidak terhimpit dan
tertekan. Kemunculan AMCJA ini adalah bersifat kiri dan terdiri daripada lebih kurang
400 00 orang yang majoritinya ialah orang Cina.
Antara matlamat AMCJA ialah pertama menyatukan Tanah Melayu dengan Singapura.
Rakyat Cina membantah tindakan British memisahkan Singapura daripada Tanah
Melayu. Dalam Perlembagaan Malayan Union, terdapat cadangan bahawa semua
negeri-negeri Melayu, termasuk Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu
kerajaan pusat. Singapura tidak termasuk dalam Malayan Union dan kekal sebagai
tanah jajahan dengan mempunyai Gabenor dan Majlis Mesyuarat Undangan yang
berasingan. Inilah yang cuba ditegakkan oleh AMCJA.
Kedua, sebuah Dewan Undangan Pusat yang anggotanya dipilih oleh rakyat. Ketiga
pula hak-hak politik yang sama rata bagi semua yang menganggap Tanah Melayu
sebagai Negara mereka yang sebenar dan tempat tumpuan taat setia mereka. Keempat,
kedaulatan Raja-Raja Melayu dikekalkan sebagai Raja Berperlembagaan yang
menerima nasihat melalui badan-badan yang berunsur demokrasi. Kelima ialah perkara
berkaitan dengan agama Islam dan adat resam Melayu diletakkan di bawah
tanggungjawab orang Melayu sahaja. Terakhir ialah perhatian khas diberi untuk
memperbaiki soal kemunduran orang Melayu.
Matlamat yang diutarakan oleh AMCJA ini secara tidak disedari cuba menarik orang
Melayu untuk bergabung dengan AMCJA. Akhirnya, Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) menyertai AMCJA dan menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat atau PUTERA yang
terdiri daripada sayap-sayap PKMM iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan
Wanita Sedar (AWAS), Hizbul Muslimin dan lain-lain termasuk PKMM sendiri.

Namun, gabungan parti-parti ini tidak mempersetujui usul-usul perlembagaan


persekutuan sebaliknya mengusulkan kemsukan Singapura ke dalam Persekutuan
Tanah

Melayu

dan

juga

mengurangkan

kuasa

kerajaan British.

Contohnya,

membangkang terhadap kuasa yang luas di tangan Pesuruhjaya Tinggi sebagai Ketua
Kerajaan Persekutuan. Dr. Burhanuddin helmi dan Ishak Hj. Muhammad yang
memimpin PUTERA berpendapat bahawa usul berkenaan terlalu banyak memberi
faedah kepada British dan kurang berdemokratik
Pada tahun September 1947, tekanan PUTERA-AMCJA menjadi lebih kuat apabila
mereka bergabung. Mereka telah mengadakan satu mogok ekonomi iaitu hartal yang
dilancarkan pada 19 Oktober 1947 di seluruh Tanah Melayu. Namun hartal hanya
Berjaya dilakukan di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang sahaja kerana AMCJA
sangat berpengaruh di sana. PUTERA-AMCJA juga gagal untuk mendesak penerimaan
Perlembagaan Rakyat sebagai cadangan balas kepada cadangan Working Committee.
Pada umumnya, Dato Onn Jaafar hanya mengambil sikap pandang dan lihat dengan
tindakan PUTERA-AMCJA itu. Dalam ucapannya, beliau sentiasa menekankan
kepentingan orang Melayu bersatu dan berdiri di belakang draf perlembagaan Working
Committee itu. Tindakan PUTERA bekerjasama dengan AMCJA ditempelak oleh Dato
Onn Jaafar. Menurut beliau, PUTERA adalah pertubuhan yang berselindung di sebalik
nama Melayu bagi mencapai cita-cita politik beberapa orang pemimpin PKMM sahaja.
Dato Onn juga melihat Perlembagaan Rakyat sebagai tidak sesuai dan munasabah
dengan kedudukan politik Tanah Melayu. Kedudukan politik orang Melayu mestilah
dikekalkan sebelum satu kerajaan sendiri yang merdeka boleh dicapai. Bersama-sama
AMCJA, PUTERA muncul sebagai penentang UMNO selepas usul mereka semasa di
PKMM telah ditolak oleh UMNO. Pengaruh gabungan AMCJA PUTERA mula merosot
sekitar tahun 1949 hingga 1950.

PKM
Tahun 1945 sehingga 1949 adalah tahap yang paling menarik dan signifikan
bagi penyertaan orang Melayu dalam gerakan komunis. Tahun-tahun tersebut adalah
klimaks bagi sejarah penyertaan orang-orang Melayu dalam pergerakan komunis di
Tanah Melayu. Hal ini disebabkan pendekatan yang digunakan oleh PKM lebih
tersusun dan terancang. Kader-kader komunis Melayu yang dipilih disusupkan ke
dalam parti politik, seterusnya mendalangi badan-badan barisan hadapan. Kemudian
mereka mengadakan kelas-kelas politik kiri dan akhirnya mengheret orang-orang
Melayu memasuki gerakan bawah tanah serta berjuang secara gerila.
PKM telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1930 dengan matlamat
utamanya adalah mendirikan sebuah Republik Komunis di Tanah Melayu. PKM
merupakan satu gerakan komunis
antarabangsa
Rusia.

(comitern)

yang

yang dipengaruhi oleh gerakan komunis

diselenggarkan

oleh

pucuk

pimpinan

Soviet

Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu itu sedang

memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan


People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka. Sehingga
perang dunia kedua hampir keseluruhan ahli PKM ialah orang cina dan hal ini sekaligus
telah menimbulkan masalah dalam perjuangan mereka kerana rakyat Tanah Melayu
bukan sahaja terdiri daripada orang Cina tetapi juga India dan orang Melayu.[10]Bagi
mengatasi masalah ini, PKM telah melancarkan propaganda untuk menarik golongan
petani supaya menyertai PKM dalam usaha menjadikan perjuangan mereka lebih
bercorak Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, dasar ketanahmelayuan dilancarkan
atau dijalankan tersebut tidak berjaya kerana pemimpin-pemimpin PKM adalah orang
Cina dan hal ini menyebabkan mereka agak sukar diterima oleh penduduk Tanah
Melayu.[11] Namun begitu, kemunculan Jepun pada tahun 1941 sehingga 1945 telah
memberikan peluang yang berharga kepada PKM. Hal ini kerana semasa pendudukan
Jepun, British telah menggunakan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang
Jepun. PKM telah mengambil kesempatan ini untuk membantu dan berbaik-baik
dengan British dan dengan ini PKM dapat memperluaskan pengaruhnya dalam
kalangan rakyat Tanah Melayu tetapi kerjasama ini hanyalah helah PKM kerana

mereka juga mempunyai matlamat yang tersendiri iaitu untuk menggulingkan kuasa
penjajah British di Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan Republik Komunis di
Tanah Melayu.[12] Hal ini jelas menunjukkan bahawa KPM sebenarnya boleh kita
anggap sebagaimusuh dalam selimut terhadap British.
Persoalannya di sini adakah PKM sahaja yang menjadi ancaman kepada British
sehingga memaksa mereka memerdekakan Tanah Melayu lebih awal seperti yang
dikemukakan dalam pernyataan soalan?. Jawapan tentu tidak, ini kerana semasa
pendudukan Jepun, tedapat sebuah gerakan politik iaitu Malayan People Anti-Japanese
Army atau MPAJA yang merupakan sayap kanan PKM. MPAJA juga dikenali sebagai
bintang tiga dan juga turut bekerjasama dengan Force 136. Mereka menggunakan
taktik serangan gerila sebagai strategi utama untuk menentang Jepun.[13] PKM sangat
beruntung berkerjasama dengan British kerana mereka mendapat bantuan senjata,
latihan, kewangan, bekalan logistik dan perubatan daripada British. Namun, setelah
Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, PKM dan MPAJA telah berpaling tadah untuk
mencapai matlamat asal mereka iaitu menentang dan menggulingkan kerajaan British
di Tanah Melayu. Mereka bertindak keluar dari hutan dan melancarkan serangan
gerila terhadap pihak British. Selama 14 hari sebelum tertubuhnya Pentadbiran Tentera
British (BMA), mereka telah menawan beberapa balai polis dan membunuh serta
menyeksa orang-orang Melayu yang dianggap bersaubahat dengan Jepun. [14]
Persoalan yang timbul di sini adalah, adakah British beranggapan bahawa
mereka cuba meredakan keadaan ini dengan membubarkan MPAJA apabila British
kembali

semula

ke

Tanah

Melayu

pada

bulan

September

1945?.

British

telah mengarahkan anggota-anggota MPAJA supaya menyerahkan kembali senjata


yang digunakan semasa menentang Jepun sebelum ini. Namun begitu, ramai ahli
MPAJA yang enggan berbuat demikian dan beribu-ribu senjata disembunyikan oleh
PKM.[15] Hal ini dilakukan untuk menentang dan seterusnya menggulingkan kerajaan
British di Tanah Melayu. Bagi mencapai matlamatnya, PKM telah mengubah strateginya
iaitu dengan meresap masuk ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja di bandar-bandar
besar dan daripada tindakan ini, PKM telah berjaya menguasai beberapa buah
pertubuhan atau kesatuan seperti General Labour Union (GLU), New Democratic

Youth League (NDYL), MPAJA Old Comrade Association dan Malayan Democratic
Union (MDU).[16] MDU memainkan peranan yang penting bagi PKM kerana ia sebagai
satu Barisan Bersatu yang telah bergabung dengan organisasi politik yang lain dan
persatuan sekerja untuk menuntut kemerdekaan daripada British.
Sememangnya British berjaya mengagalkan beberapa usaha Komunis di
Tanah Melayu, namun adakah kita pernah terfikir bahawa usaha Komunis terhenti
setakat itu sahaja?. Dengan tertubuhnya persekutuan Tanah Melayu, maka hasrat
PKM untuk menubuhkan sebuah Republik Komunis di Tanah Melayu telah
gagal. Namun begitu, PKM tidak berputus asa lantas bertindak menukar taktik mereka
kepada kekerasan dan keganasan untuk mencapai matlamat tersebut. Ekoran daripada
itu, pada bulan Mac 1948 Chin Peng telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja
Pusat PKM di Singapura dan hasil daripada mesyuarat tersebut, PKM telah membuat
keputusan iaitu menubuhkan Republik Komunis dengan cara kekerasan dan keganasan
bersenjata.[17] PKM telah melancarkan pemberontakan dan keganasan dengan
menjadikan perusahaan asas sebagai sasaran mereka iaitu dengan mengugut buruhburuh estet dan pelombong biji timah, membakar ladang getah serta membunuh
kontraktor, pengurus dan buruh yang enggan menyertai mereka.

Hal ini telah

menimbulkan keadaan tegang dan huru-hara di Tanah Melayu dan menyebabkan


British mengisytiharkan Darurat pada 18 Jun 1948 dan seterusnya mengharamkan
PKM pada 23 Julai 1948.

Di sini dapat dilihat cara Pihak Komunis menubuhkan sesuatu pertubuhan lebih
bersifat intelektual dan matang jika dibandingkan dengan pertubuhan yang ditubuhkan
di kalangan orang

Melayu. Pertubuhan ini ditubuhkan untuk menetang penjajahan

Inggeris ke atas Tanah Melayu ketika itu, walaupun persatuan ini dianggap pengganas
sedikit sebanyak golongan ini memberi

faktor untuk mempercepatkan panamatan

penjajah.
Rashid Maidin, seorang pemimpin kanan PKM, mendakwa apa yang dilakukan oleh
PKM selepas 1945 melalui kerjasama dengan PKMM ialah untuk menyedarkan

penduduk Tanah Melayu ke arah kemerdekaan politik: namun PKMM dan PKM
dianggap sebagai pelampau.

You might also like