Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

HUKUM D-M

1
2
3

Hukum D-M bermaksud hukum tentang cara kata-kata disusun supaya dapat
membentuk frasa nama yang lengkap dan sempurna.
D bermaksud unsur yang diterangkan manakala M pula bermaksud unsur
yang menerangkan.
Mengikut Hukum D-M:
(a) unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadar di
kedudukan pertama;
(b) unsur yang menerangkan merupakan unsur penerang yang hadar di
kedudukan yang kedua.
Lihat penjelasan tentang Hukum D-M dalam jadual yang berikut.
Diterangkan (D)
budak
lori
kaki
kertas
guru
sos

Menerangkan
(m)
perempuan
tangki
lima
kerja
Sains
tomato

Oleh itu, penggunaan frasa nama yang susunannya bertentang dengan


Hukum D-M hdala salah. Perhatikan penerangan di bawah ini.
Frasa Nama (salah)
jeruk betik
mini
panggung
wayang
Wawasan Wisma
belacan sambal
goreng ikan bilis
kambing susu
Kim
Rumah
Tumpangan
Malaya Universiti
Negara Zoo
Kuala Lumpur Menara
tarik teh
campur air batu
Wong Bengkel Kereta
api kereta ekspres

Frasa Nama (betul)


betik jeruk
panggung wayang mini
Wisma Wawasan
sambal belacan
ikan bilis goreng
susu kambing
Rumah Tumpangan Kim
Universiti Malaya
Zoo Negara
Menara Kuala Lumpur
teh tarik
air batu campur
Bengkel Kereta Wong
kereta api ekspres

Kekecualian Hukum D-M


1

Terdapat frasa nama yang terkecuali daripada mengikut Hukum D-M oleh
sebab kebiasaan dalam penggunaannya.

Kebanyakan frasa nama itu berkaitan dengan nama-nama jawatan seperti


yang berikut:
Diterangkan (D)
Perdana
Timbalan
Ketua
Naib
pembantu
ibu

Menerangkan
(m)
Menteri
Menteri
Menteri
Presiden
makmal
pejabat

Frasa Nama yang Bebas Susunannya


1 Sesetengah frasa nama seolah-olah salah susunannya kerana tidak mengikut
Hukum D-M. Contohnya:
* lembu susu atau susu lembu
* telur ayam atau ayam telur
* daging lembu atau lembu daging
2 Sebenarnya, semua bentuk frasa nama di atas adalah betul kerana frasafrasa nama itu adalah bebas dari segi susunannya.
3 Hal ini demikian kerana setiap frasa nama itu mempunyai makna yang
khusus seperti yang berikut:
lembu susu ialah lembu yang diternak untuk menghasilkan susu
susu lembu ialah susu yang dihasilkan oleh lembu
telur ayam ialah telur yang dihasilkan oleh ayam
ayam telur ialah ayam yang diternak untuk menghasilkan telur
daging lembu ialah isi pada badan lembu
lembu daging ialah lembu yang diternak untuk mendapatkan dagingnya

You might also like