Ahli Sejarah Asas

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1

Perhatian ahli Sejarah yang Asas


(the bacis concern of the historian)
Kepentingan Sejarah adalah umpama kepentingan ingatan kepada manusia.
Justeru Sejarah merupakan suatu keperluan yang asas kepada setiap individu,
dan masyarakat amnya. Tanpa Sejarah, secara totalnya manusia dan masyarakat
akan kehilangan arah (disorientated), malah tidak akan mempunyai identiti
sebenarnya (would have no real sense of identity). Dalam erti kata lain, Sejarah
adalah suatu keperluan sosial (history as a social necessity). Pada asasnya
Sejarah mempunyai dua pengertian yang berbeza. Pertamanya, Sejarah itu boleh
digunakan untuk bermaksud sebarang kejadian yang berlaku di masa yang
lampau, sama ada telah direkodkan oleh manusia atau belum. Pengertian Sejarah
yang keduanya ialah sejarah [peristiwa] yang telah direkodkan, yakni sejarah
yang sebenarnya kita ketahui. Sejenak kita berfikir, kita akan menyedari bahawa
sejarah [peristiwa] tersebut hanya boleh diketahui melalui aktiviti manusia
[individu] yang merekodnya, iaitu sejarawan. Berdasarkan kepada kedua-dua
pengertian yang disebut itu wujud perbezaan asas yang jelas, iaitu; di antara
Sejarah sebagai masa lampau dan Sejarah sebagai percubaan ahli sejarah untuk
menyusun semula masa lampau itu.
Pemerhatian yang teliti terhadap pengertian yang kedua, kita boleh memecah
maknanya dengan lebih lanjut. Dalam kurun-kurun yang lampau ramai penulis,
penyair, pujangga, mengadakan beberapa usaha untuk menyusun semula masa
lampau, tetapi sentiasa tanpa percubaan yang benar-benar positif untuk
membezakan di antara fakta dan metos. Hanyalah lebih kurang 200 tahun (kurun
masehi Kelapan belas) yang lalu, Sejarah berkembang sebagai satu disiplin ilmu
pengetahuan (akademik), iaitu permulaan era sejarah moden yang dipelopori
oleh Loepold Von Ranke. Lantaran itu, di samping pengertian Sejarah sebagai
(a) masa lampau, wujud dua pengertian lain, iaitu; Pertamanya, ialah (b)
percubaan yang dilakukan oleh manusia sepanjang zaman untuk menyatakan,
menbina semula, dan mentafsir masa lampau yang terus berkesinambungan
hingga ke hari ini. Keduanya, ialah (c) percubaan untuk melakunya (seperti
disebut atas) dalam bentuk gaya ilmuan, tertakluk kepada peraturan-peraturan
tertentu untuk pengabsahan fakta, pentafsiran bukti, berhadapan dengan bahan
sumber, dan sebagainya.
Dalam kursus ini, perhatian kita akan menumpukan kepada pengertian yang
terakhir [ketiga (c) di atas], iaitu Sejarah sebagai satu disiplin. Bersesuaian
dengan maksud yang diberi oleh bapa sejarah, Herodotus iaitu Sejarah sebagai
penyelidikan.

Tujuan pembelajaran disiplin Sejarah di sini supaya akan difahami Sejarah itu
berbeza dengan lain-lain bentuk penulisan yang pada amnya juga cuba
menghayati masa lampau, seperti Sosiologi, Sains Politik, Biologi, Astronomi,
dan sebagainya. Dalam konteks inilah Sejarah itu menjadi satu disiplin
akademik yang unggul. Dalam kata lain, pengertian yang rasional dan umum
untuk Sejarah di sini ialah tindakan atau percubaan oleh individu sepanjang
zaman untuk menerang, membina semula, mentaksir masa lalu yang telah
berlaku selama ini dan terus berlanjutan ke hari ini. Pendek kata, Sejarah
bermaksud satu tindakan atau percubaan penulisan berbentuk ilmiah (scholarly),
yang tertakluk kepada peraturan-peraturan terntentu dalam mengumpul dan
menempatkan fakta, mentaksir bukti dan sumber, dan sebagainya.
Satu perkara yang harus difahami di sini ialah bahawa Sejarah itu melibatkan
penerangan (explanation) dan ia adalah pembelajaran tentang saling hubungkaitan (interconnection) di antara peristiwa-peristiwa (events). Sejarah
[penulisan] yang dimaksudkan di sini harus dibezakan dengan babad atau
salasilah (choronicle), yang hanya sekadar suatu penceritaan peristiwa tanpa
penerangan atau pentaksiran.
Tiga perkara penting yang menjadi perhatian asas ahli sejarah dalam
penyelidikannya, iaitu; manusia [individu] dalam masyarakat (man in society),
perubahan melalui masa (change through time), dan yang [peristiwa-peristiwa]
khusus dan unik (particular unique events).
Manusia [individu] dalam Masyarakat
Kita sudah memahami pengertian Sejarah yang dibicarakan dalam kursus ini
sebagai percubaan atau tindakan oleh ahli sejarah untuk membina semula dan
mentaksir masa lalu. Tidak seperti ahli geologi, ahli sejarah tidak berminat
tentang asal-usul fizikal bumi ini, malah tidak berminatpun dengan pengkajian
terhadap makhluk-mahkluk perkasa (monsters) pra-sejarah (pre-history),
mahupun pengkajian terhadap pergerakan bintang-bintang atau perubahan pada
struktur di permukaan bumi ini. Sebaliknya ahli sejarah berminat kepada saatsaat pergerakan dan perubahan yang meninggalkan kesan ke atas semua aktiviti
individu. Pada umumnya, minat ahli sejarah hanya bila mana individu itu
muncul di tempat kejadian. Persoalan yang timbul tentang bila sebenarnya
kejadian itu berlaku bukanlah urusan sebenar ahli sejarah, tetapi merupakan
uurusan ahli biologi dan ahli antropologi. Lantaran itu, satu perbezaan yang
rigid telah dilakukan terhadap pra-sejarah dan sejarah. Perbezaan ini lahir

daripada idea sebenar Sejarah - iaitu yang kita pegang sekarang (dalam kursus
ini) - bahawa Sejarah itu adalah pentaksiran (interpretasi) tentang masa lampau.
Sejarah itu hanya akan wujud bila ahli sejarah mempunyai sumber-sumber yang
boleh diperolehi, di mana pentaksiran akan didasarkan. Idea ini menekan sumber
itu haruslah berbentuk rekod-rekod bertulis. Namun pada hari ini, pengertian
terhadap sumber telah meluas. Bukan sekadar rekod-rekod bertulis, malah
dirasakan tidak memadai untuk meneruskan pengasingan di antara pra-sejarah
dan sejarah itu.
Sebahagian besar pengetahuan kita tentang zaman individu terawal pada
hakikatnya datang daripada penyelidikan arkeologi dan antropologi. Kita tidak
menafikan sumbang besar para arkeologi dan antropologi dalam penyelidikan
zaman moden. Ahli arkeologi harus memiliki kemahiran professional yang di
luar kemampuan ahli sejarah. Oleh kerana pengertian sejarah yang luas melihat
disiplin arkeologi itu sebagai satu bentuk penyelidikan mengenai sejarah.
Di samping pengertian yang umum, sejarah sebagai penyelidikan masa lalu,
pengertian yang lebih mendalam ialah sebagai penyelidikan tentang manusia
[individu] dalam masyarakat. Memanglah manusia [individu] itu hidup dalam
masyarakat. Tetapi kekadang terdapat kecenderungan pihak tertentu untuk
menulis sejarah sebagai tindakan [ekploitasi] individu-individu tertentu [tokoh],
tanpa merujuk kepada konteks sosial mereka. Ini tidak bermaksud sejarah harus
menafikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh raja-raja, pahlawan-pahlawan,
peneroka-peneroka dan pelabur-pelabur. Sama ada secara langsung atau tidak,
orang besar (great men/tokoh) itu telah memberi kesan kepada pembangunan
orang bawahan dan keseluruhan masyarakat serta ketamadunan. Justeru itulah,
biasanya subjek orang besar tersebut menjadi perhatian yang utama kepada
ahli sejarah. Sungguhpun begitu ahli sejarah harus membuka sebelah matanya
terhadap implikasi yang luas, dan bukannya semata-mata mengkaji orang
besartersebut.
Perubahan melalui masa
Memang benar semua perubahan itu melalui masa. Namun pengertian di sini
bukanlah bermaksud lebih satu jangka masa, tetapi secara relatifnya satu
jangka masa yang panjang, iaitu berkurun dan bertahun, bukannya hari-hari dan
minit-minit. Konteks individu dalam masyarakat juga merupakan
kecenderungan pelbagai sains sosial (antropologi, sosiologi, economic, sains
politik dan kerajaan, dan sebagainya. Secara kasarnya, ahli sains sosial melihat
faktor-faktor lumrah, corak-corak yang biasa, aktiviti-aktiviti individu dalam

masyarakat yang dapat dilihat, manakala ahli sejarah pula melihat di segi apa
masyarakat itu berbeza antara satu dengan lain pada masa tertentu, bagaiamana,
melalui masa, masyarakat mengalami perubahan dan pembangunan.
Dalam pada itu, sejarah itu dalam pengertian yang lain membicarakan satu
cerita, yang seharusnya mengandungi penceritaan (narrative), iaitu satu
pengertian tentang pergerakan melalui masa. Namun kita tidak sepatut terlalu
rigid terhadap idea bahawa sejarah menghendaki penerangan (explanation) dan
analisis termasuk penceritaan. Satu senarai tarikh dan peristiwa semata-mata
adalah satu babad, bukannya sejarah. Lantaran itu, seseorang penulis sesuatu
senarai fakta hanyalah seorang pencatat, dan bukannya sejarawan dalam erti
kata yang sebenar dan tepat. Tugas sejarawan jauh lebih berat berbanding
dengan pencatat tersebut. Oleh kerana cenderung asas yang berkenaan
perubahan melalui masa itu, ahli sejarah sering berhadapan dengan kesulitan
untuk mengemukakan bilakah sebenarnya sebahagian daripada peristiwaperistiwa itu berlaku. Tambahan ahli sejarah tidak boleh menganalisis peristiwaperistiwa tersebut sehingga diketahui susur-galur sebenarnya peristiwa-peristiwa
tersebut berlaku.
Kadangkala karya tertentu oleh seseorang sejarawan akan bersangkutan secara
khususnya (eksklusif) dengan analisis dan penjelasan, dan tidak akan
mengandungi sebarang maksud perubahan melalui masa yang jelas (explicit).
Tetapi ahli sejarah akan menganggap karya tersebut sebagai penyumbang
kepada suatu pandangan sejarah yang lebih luas, yakni di mana wujud unsur
perubahan melalui masa. Sebagai contoh di sini, seorang ahli sejarah
mengusahakan penyelidikan yang mendalam terhadap kehidupan berkampung di
Melaka dalam kurun masehi Keempat belas: terdapat analisis yang mendalam,
tetapi sedikit atau tidak berunsur perubahan melalui masa. Seorang ahli sejarah
lain pula melakukan penyelidikan subjek yang sama untuk kurun masehi
Keenam belas. Tidak lama kemudian, seorang ahli sejarah, yang ketiga, akan
menggabungkan karya (e.g. dua karya) kedua-dua sejarawan tersebut untuk
menghasilkan satu pandangan yang lebih luas, dan dia akan dapat
memperlihatkan perubahan yang telah berlaku di antara kurun masehi Keempat
belas dan Keenam belas.
Yang [peristiwa] Khusus dan Unik
Perkara lain yang harus kita lakukan mengenai sejarah pada peringkat ini ialah
ianya harus bersangkutan dengan apa yang sebenarnya berlaku kepada manusia

dalam masyarakat pada masa lampau. Misalnya, penekanan ahli sejarah harus
bersangkutan dengan apa bentuk kehidupan berkampung yang sebenarnya pada
akhir kurun masehi Ketiga belas, daripada membuat kenyataan-kenyataan umum
tentang kehidupan berkampung. Jika seseorang ahli sejarah itu telah cukup
mengkaji berbagai contoh kehidupan berkampung dalam zaman-zaman yang
berbeza, ahli sejarah tersebut akan terdorong untuk mengemukakan kenyataankenyataan yang umum tentang kehidupan berkampung, tetapi dia harus bermula
dengan contoh-contoh yang khusus (particular examples). Jika pun ahli sejarah
tersebut mempunyai kecenderungan terhadap apa yang dipercayanya sebagai
sifat-sifat [e.g. corak] yang berulang-ulang dalam aktiviti-aktiviti manusia, dia
harus sentiasa peka pada keunikan peristiwa-peristiwa, dan kehidupan lampau.
Mungkin ada, atau tidak, sifat-sifat [corak], tetapi keadaan-keadaan yang khusus
tidak akan berulang (recur) dalam bentuk yang [benar-benar] sama. Adalah
menjadi satu peranan yang asas kepada ahli sejarah untuk menerangkan
pengelaman manusia dengan menonjolkan perbezaan-perbezaan. Penulisan
sejarah yang bermutu akan sentiasa bersangkutan dengan hubungkaitan dan
persamaan yang bermakna di antara peristiwa-peristiwa yang berbeza. Tidak
dinafikan wujud penulisan sejarah yang cuba melupakan keunikan pengalaman
dan masa lampau untuk menghasilkan sesuatu generalisasi dan persamaan yang
mudah. Perlu diingatkan di sini, walaupun mungkin kita cenderung dengan
usaha membina sesuatu model yang umum untuk menjelaskan perhubungan di
antara peperangan dan perubahan sosial misalnya, tetapi sebagai seorang ahli
sejarah, langkah permulaan kita harus sentiasa menumpu pada peperanganpeperangan yang khusus, pada contoh-contoh perubahan sosial yang unik.

You might also like