Minit Mesyuarat PJPK Bil 3

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PK07-Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN FELDA KAHANG TIMUR
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN BIL 3/
(2014)
Tarikh
: 03/10/2014
Masa
: 2.30 3.30 pm
Tempat
: Bilik Guru Kanan
Pengerusi
: En. Noor Azam Bin Rahim
Kehadiran
: 10/10
Turut Hadir(jika ada)
: En. Jamaluddin Bin Hassan
1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah dan
mengalu-alukan kehadiran guru-guru PJPK ke mesyuarat Panitia PJPK Bil.
3/2014. Pengerusi berharap agar semua guru PJPK pada tahun 2014
sentiasa menyumbang idea dan tenaga serta bekerjasama demi
pencapaian cemerlang anak didik SEMAKMUR.
1.2 Pengerusi mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru PJPK
kerana telah dapat melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran
subjek PJPK dengan baik pada tahun ini. Semoga usaha ini akan
berterusan pada tahun-tahun mendatang.
2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS
2.1 Dicadang untuk disahkan oleh En. Zainuddin Bin Saad
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Nurhidayati Binti Sayad
3. PERKARA PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pengumuman berkenaan perlantikan Ketua Panitia PJPK yang baru iaitu
En. Noor Azam Bin Rahim
3.2 Program panitia diteruskan sehingga akhir tahun 2014. Pelaksanaan
PBS diteruskan sehingga penghujung musim persekolahan.
3.3 Pengerusi menyatakan bahawa data perekodan PBS pencapaian
pelajar mestilah direkodkan didalam system offline. Sistem tersebut
hendaklah dimuat turun melalui laman sesawang KPM atau LPM
4. HAL-HAL LAIN
4.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru PJPK agar pelaksanaan
Ujian SEGAK haruslah dijalankan pada waktu yang ditetapkan
4.2 Pengerusi menyatakan bahawa Ujian SEGAK untuk semua tingkatan
telah siap dilaksanakan pada 01/09/2014 dan 02/09/2014. Data SEGAK
semua kelas telah dihantar ke PPD Kluang untuk semakan dan
pengesahan
4.3 Pengerusi menyatakan bahawa pada masa-masa akan datang, ujian
SEGAK mestilah dilaksanakan oleh guru PJPK itu sendiri mengikut waktu
yang ditetapkan.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


I 19 Mac 2012 Keluaran 03 I Pindaan 00

PK07-Pengurusan Mesyuarat
PK 07/3
4.4 Pengerusi menyatakan bahawa Peruntukan Panitia PJPK perlu
dihabiskan selewat-lewatnya penghujung bulan Oktober . Pengerusi
meminta pendapat dan idea daripada semua guru PJPK tentang peralatan
sukan yang perlu dibeli.
4.5 Pengerusi menyatakan bahawa Panitia PJPK ingin memohon tambahan
peruntukan daripada Unit Kesihatan untuk perbelanjaan peralatan sukan
sebanyak RM 150 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus dan Lima Puluh
sahaja)
4.6 Ahli Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan permohonan di
atas dan berharap agar kesemua peralatan sukan yang diperlukan dapat
dilengkapkan dengan segera untuk kemudahan dan keselesaan pelajar.
5. PENUTUP
5.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi dan tarikh mesyuarat seterusnya
adalah mengikut jadual pengurusan yang telah ditetapkan
5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang
Disediakan oleh :

..
(En. Muhd. Mustafa Bin Mohd. Taha)
Rahim)
Setiausaha Panitia
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
dan Kesihatan

Disemak oleh :

(En. Noor Azam Bin


Ketua Panitia
Pendidikan

Jasmani

Tarikh : 05/10/2014

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


I 19 Mac 2012 Keluaran 03 I Pindaan 00

You might also like