Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

PEMARKAHAN

KRB 3033 PENGANTAR BAHASA MELAYU

TUGASAN A DAN TUGASAN B

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA

NO.MATRIKS

KUMPULAN

Kasthuri Bai A/P Thangarajah

D20111049818

PHG(A112 PJJ)

PUSAT PEMBELAJARAN : UPSI


NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. ANIDA BT SARUDIN
TARIKH SERAH : 5HB MEI 2012

Menurut apa yang saya baca di Utusan Online yang bertarikh 30hb Oktober tahun
2011,kerajaan telah digesa untuk menubuhkan satu program audit bahasa bagi memantau
penggunaan Bahasa Melayu di peringkat perkhidmatan awam. Profesor Dr. Awang
Sariyan,Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyatakan ,objektif utama
program itu seharusnya berfokus kepada dua aspek iaitu sejauh mana kadar penggunaan
Bahasa Melayu diamalkan di Peringkat Perkhidmatan Awam dan juga pada standard dan
kualiti Bahasa Melayu yang digunakan dalam urusan-urusan rasmi awam.
Saya percaya dalam tempoh dua hingga tiga tahun program ini dilaksanakan,
penggunaan dan mutu bahasa Melayu yang digunakan akan melonjak apatah lagi jika ia
dikaitkan dengan indeks petunjuk prestasi (KPI) mereka," kata beliau.
Beliau telah berkata demikian ketika mengulas kertas kerja yang bertajuk Bahasa
Melayu dalam Perkhidmatan Awam pada kongres Bahasa dan Persuratan Bahasa
Melayu.

Dalam Berita online yang bertarikh 16hb Februari 2012 pula beliau telah
memaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka sedang dalam proses menyediakan
garis panduan untuk digunakan apabila pengauditan bahasa dijalankan.Ujar beliau lagi
jika tiada gangguan,dijangka garis panduan ini akan dapat disediakan dan dikemukakan
kepada kerajaan dalam bulan Jun ini.

Kepentingan pengauditan Bahasa Melayu kian menyerlah kerana ramai yang


sedar bahawa Bahasa Melayu masih berada di tempat kedua walaupun Bahasa Melayu itu
merupakan bahasa rasmi negara Malaysia. Dalam Perlembagaan Perkara 152,Akta
Pendidikan,Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Dewan Bahasa Pustaka ,Bahasa Melayu
ditarafkan sebagai bahasa Kebangsaan dan Bahasa rasmi Malangnya,kini Bahasa
Melayu pula mengalami kemelesetan dari segi mutu dan kualiti bahasa itu sendiri.
Walaupun ada beberapa kementerian kerajaan,jabatan dan agensi kerajaan yang
menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan-urusan rasmi dan dalam dokumentasi namun

mereka masih menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam beberapa
dokumen seperti dalam pengedaran surat pekeliling,minit-minit mesyuarat dan laporanlaporan tahunan. Oleh itu jika dikaji dengan betul maka jelaslah di sini, penggunaan
Bahasa Melayu bukanlah seratus peratus dalam segala urusan. Sedangkan

Menurut Profesor Dr. Awang Sariyan lagi jika pentadbiran sebuah kerajaan dapat
mencapai dan meningkatkan pengurusannya dengan pelbagai pengauditan termasuk
pengauditan kewangan ,maka mengapa tidak Bahasa Melayu melalui pengauditan demi
menjaga mutu dan kualitinya. Ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan
galakkan kepada bukan sahaja penjawat-penjawat kerajaan malah kepada penjawat awam
dan swasta agar menggunakan Bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi mereka. Pada
masa yang sama juga kita tidak boleh menyampingkan standard dan kualiti Bahasa
Melayu yang digunakan kerana ini akan mengakibatkan dalam penyalahgunaan bahasa
dan besar kemungkinan bahasa yang digunakan jika tidak dipantau akan hilang
ketulenannya dan akan dicemari dengan unsur-unsur yang tidak boleh diterima sebagai
Bahasa Melayu standard.

Lantaran itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menubuhkan satu jawatankuasa
khas untuk mengaudit penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan dokumen rasmi
kerajaan bagi mengenalpasti tahap penggunaan Bahasa Kebangsaan setakat ini.Hal ini
sebenarnya merupakan satu langkah proaktif bagi menyelamatkan bahasa Kebangsaan
kita dari diabaikan atau pun dicemari dengan elemen-elemen yang tidak sesuai dari segi
kebudayaan bangsa kita. Bukankah Bahasa itu jiwa Bangsa? Bahasa itu sebenarnya
melambangkan identiti masyarakat kita oleh itu kita terpaksa memantau penggunaan
Bahasa Melayu agar tidak tergugat.

Oleh itu beberapa langkah harus diambil bagi menjamin Bahasa Melayu tidak
didominasi oleh bahasa lain. Sebenarnya semua pihak harus mengambil bahagian dalam
membantu menyelamatkan bahasa kebangsaan kita. Walaupun bahasa Melayu tidak
mungkin pupus tetapi ia masih menghadapi risiko kemerosotan dari segi mutu dan
kepentingannya di Malaysia terutamanya di sektor perkhidmatan awam.

"Cara terbaik meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor awam


adalah mengadakan audit bahasa dari semasa ke semasa," ini merupakan kata-kata Ketua
Pengarah DBP Professor Awang Sariyan selepas menyampaikan Ucaptama Dasar Bahasa
Kebangsaan: Tuntutan Iltizam Kepada Seluruh Warga Negara, di DBP Cawangan
Sarawak.

Sepertimana yang dikatakan oleh beliau pengauditan bahasa bukan saja mesti
diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tetapi ianya harus diadakan di peringkat
sekolah lagi kerana bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya Hal ini
benar kerana cara penggunaan Bahasa Melayu yang betul harus dipupuk dari bangku
sekolah lagi agar penggunaannya akan menjadi satu kebiasaan dan ianya dapat digunakan
dengan meluas oleh semua perkhidmatan termasuk perkhidmatan awam. Di sekolah ia
seharusnya dipantau oleh pihak pengurusan dan panitia Bahasa Melayu dari semasa ke
semasa. Malah setiap zon atau daerah harus mendirikan panel pengauditan Bahasa
Melayu bagi menjaga mutu dan kualiti penggunaan bahasa dalam segala
perkara,misalnya dalam penyediaan soalan peperiksaan,penggunaan bahasa ketika
mengajar dalam kelas dan dalam aktiviti-aktiviti kokuria. Sesungguhnya,guru-guru yang
menjadi ahli dalam panel ini mestilah terdiri dari guru guru yang berpengalaman dan
guru guru yang telah membuktikan diri mereka sebagai seorang guru cemerlang atau
inovatif danyang telah menghasilkan keputusan yang cemerlang. Pemilihan guru-guru ini
mestilah berasaskan perkara perkara ini dan bukannya semata-mata kerana mereka
berbaik-baik dengan pihak tertentu. Ini adalah kerana guru yang tidak cukup pengalaman
dan yang belum menghasilkan keputusan yang baik atau cemerlang sudah pasti kurang
layak memegang peranan ini.
Guru guru ini boleh berjumpa setiap bulan untuk mengorak garis panduan dan
program yang akan membantu guru guru lain mengajar penggunaan Bahasa Melayu
dengan cara yang betul.Menurut Juriah (2000), penguasaan unsur tatabahasa dan sistem
bahasa sahaja tidak dapat menjamin pelajar menggunakan bahasa yang tepat dan
berkesan dalam pelbagai konteks penggunaan bahasa di dalam dan di luar bilik darjah.
Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Kebangsaan yang sedia ada ini, tenaga pengajar

perlu lebih kreatif dan inovatif melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu. Tenaga pengajar juga perlu memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek
pengetahuan dan penggunaan bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu .

Maka tugas panel ini adalah untuk memastikan guru-guru didedahkan dengan
kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif agar murid murid dapat menguasai
bahasa Melayu dengan baik. Pada masa yang sama pertuturan dan gaya bahasa guru itu
sendiri ketika dalam proses pembelajaran dan pengajaran tidak boleh dipinggirkan kerana
ianya akan ditirui oleh murid-murid yang mendengar pertuturan kita saban hari. Oleh itu
sebagai pendidik kita seharusnya menjadi contoh yang baik kepada murid-murid kita.

Untuk menjadi contoh yang baik maka seorang guru itu tidak bolehlah berhenti
belajar. Ini adalah seperti yang kita sedia maklum proses pembelajaran itu merupakan
satu proses yang dapat kita lakukan sepanjang hayat kita. Jika seorang guru berhenti
belajar maka bukan sahaja ia akan ketinggalan zaman tetapi ia akan turut mengheret
anak muridnya bersama.

Oleh itu sebagai pendidik kita juga harus membuat refleksi diri dan memantau
diri kita dari semasa ke semasa . Ini boleh kita lakukan dengan meminta rakan sekerja
kita memantau pengajaran Bahasa Melayu kita dan memberi komen tentang penggunaan
bahasa dan teknik pengajaran kita samada ia memenuhi kehendak pelajar ataupun
perlukah ia diperbaikI dari segi bahasa dan kaedah yang digunakan oleh kita. Sebagai
pendidik kita harus mempunyai fikiran yang terbuka dan sanggup menerima komenkomen bagi penambahbaikan strategi kita. Untuk tujuan ini juga, pihak pengurusan
bolehlah menjemput guru-guru berpengalaman lama dan terbukti kebolehan mereka
untuk memantau guru-guru bahasa dan memberi tunjuk ajar atau taklimat tentang
penggunaan bahasa Melayu yang betul sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran di
bilik darjah. Ini merupakah satu langkah bagi memastikan tidak berlakunya kemelesetan
penggunaan bahasa Melayu. Perkara inilah yang akan membantu apabila Bahasa Melayu
digunakan di perkhidmatan Awam kelak. Ini adalah proses ini merupakan satu proses

jangka panjang yang harus dilakukan dengan perancangan yang teliti agar hasrat bagi
memartabatkan Bahasa Melayu dapat dilaksanakan di peringkat perkhidmatan Awam.

Sukatan pelajaran juga harus dinilai semula dan ianya harus disusun dengan teliti
agar kemahiran berkomunikasi dan penulisan diberikan penekanan secara bersungguhsungguh, bukti ia tidak diberi penekanan ialah masih kurang penerbitkan buku-buku
berunsur ilmiah yang diterbitkan di kalangan guru. Hakikat bahawa dalam penggunaan
bahasa harian rakyat Malaysia, sama ada di sektor swasta ataupun di beberapa jabatan
kerajaan, terdapat sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan. Ini adalah kerana
orangramai menganggap bahawa tiada gunanya kita mengagung-agungkan Bahasa
Melayu sedangkan apabila perlu melanjutkan pendidikan dalam sesuatu bidang mereka
terpaksa mencari dan merujuk buku-buku ilmiah,jurnal dan laman-laman yang
kebanyakannya terdiri dalam bahasa Inggeris. Kenapakah harus kita menghadapi
ketandusan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Melayu?

Perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam


bidang teknologi maklumat, memang menjadikan bahasa sebahagian dalam keperluan itu.
Usaha penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu, khususnya dalam bidang sains dan
teknologi maklumat tidak bergerak sejajar dengan perkembangan ilmu dan pembangunan
Negara. Mengapakah ini berlaku? Ya ,sebab itu kita harus melihat kembali samada
Sukatan Pelajaran kita sesuai bagi era globalisasi ini.

Surat-menyurat yang ditulis dalam bahasa lain contohnya perjanjian jual beli
kebanyakanya tidak dibuat dalam bahasa Kebangsaan dan seringkali terdapat kekeliruan
dan maklumat yang berbeza dan ia mencetuskan banyak masalah sejak kebelakangan ini.
ini adalah kerana ketiadaan badan yang khusus yang benar-benar berkuasa, dengan kuasa
undang-undang untuk memantau dan membimbing penggunaan bahasa Melayu supaya
baik, betul, dan indah. Dewasa ini, Dewan Bahasa dan Pustaka hanya boleh memberi
nasihat sahaja tetapi tidak diberikan kuasa undang-undang,maka usaha ke arah ini kurang
berkesan.Surat-surat rasmi,memo dan sebagainya perlu dipantau terlebih dahulu sebelum
diedarkan oleh badan-badan penilai yang ditubuhkan. Hal ini untuk memastikan mutu

penggunaan Bahasa Melayu menepati piawaian yang standard dan berkualiti.


Memberikan kuasa mengambil tindakan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar dapat
bertindak kepada pesalah-pesalah bahasa yang selama ini sering mempersoalkan kuasa
DBP dari segi undang-undang. Langkah memberikan kuasa kepada DBP hendaklah
disertai penjelasan yang tepat agar semua pihak bersetuju dan menerimanya. Pemantauan
berterusan terhadap bidang penyiaran dan media massa - usaha ini perlu dilaksanakan
untuk memastikan bahawa media massa melaksanakan tanggungjawab sebagai ejen
pemantapan bahasa yang baik dan santun dalam penyiaran dan penerbitan program agar
tidak dicemari elemen asing. Tindakan perlu diambil dalam bentuk tindakan pentadbiran
dan juga tindakan undang-undang.

Di samping itu Program pemasyarakatan bahasa kebangsaan bertaraf kebangsaan


- kerajaan, melalui semua kementerian, jabatan dan agensi serta perbadanan dan badan
swasta hendaklah secara aktif dan terancang menyertai program pemasyarakatan Bahasa
Kebangsaan di seluruh negara yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka, khususnya pada Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang dilaksanakan setiap
tahun selama sebulan. Selain itu, setiap jabatan kerajaan dan swasta hendaklah diminta
merancang dan menganjurkan kegiatan yang dapat membarakan semangat pembudayaan
bahasa Melayu dari waktu ke waktu dalam perancangan tahunan supaya bahasa dan
persuratan Melayu tidak terpinggir dalam sektor di luar lingkungan orang atau institusi
Awam khusus dalam bidang bahasa dan sastera.

Adalah diharap dengan implikasi program dan projek ini maka penggunaan
Bahasa Melayu menjadi mantap dari sejak bangku sekolah lagi bagi generasi muda kita
dan apabila besar kelak soal mengagungkan bahasa asing akan tidak timbul lagi. Dengan
memberi penekanan kepada kemahiran penulisan dan sastera akan ujudlah banyak
sumber rujukan yang berupa buku-buku ilmiah ,jurnal-jurnal serta laman-laman dalam
bahasa kebangsaan kita, tidak perlulah kita mengharapkan rujukan bahasa lain. Dengan
ini kita dapat buktikan pada dunia bahawa kita mampu mempertahankan kewibawaan
bahasa kita sendiri dan menjadikan bahasakita sebagai sains dan teknologi, bahasa
kepustakaan ilmu serta gedung pengetahuan.

(1735pp)

BIBLIOGRAFI
Ab. Rahman Ab. Rashid, & Yap Kim Fat. (1999). Bahasa
Kebangsaan. Petaling Jaya: Addison Wesley
Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Arniza Mokthar, (2001). Pelaksanaan strategi pengajaran


bahasa Melayu sekolah bestari di Negeri Sembilan.
Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1996). Undang undang Malaysia: Akta


Institusi Pendidikan Swasta

Marsis Muhamad Nasir. (1998). Permasalahan


pemelajaran bahasa Melayu di institusi pendidikan.
Dewan Bahasa 42(3): 223-232.

http://www.utusan.com.my/utusan/info

http://www.bharian.com.my/articles/DBP

Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa
tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh
Parlimen:Artikel/Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa
kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perlembagaan menjamin
kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuantujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada
negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk
penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen serta
mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.Tulisan rasmi bagi bahasa
Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau
bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang .
Namun di Malaysia sidang media ,syarikat, perkhidmatan, laporan ekonomi
secara majoritinya dalam Bahasa Inggeris.. Perjuangan PPSMI;Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris diperkenalkan sekitar tahun
2003 dengan menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai perantara mata pelajaran
Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan.Alasan yang diberikan ketika
PPSMI diperkenalkan, buku rujukan berbahasa Melayu kurang dan lebih banyak di dalam
bahasa Inggeris. Bukankah masalah ini sepatutnya diatasi dengan mewujudkan lebih
banyak buku rujukan berbahasa Melayu. Malaysia (Tanah Melayu) telah pun melewati
zaman pendidikan yang dipraktik zaman jajahan British di mana sukatan pelajaran dalam
bahasa Inggeris. Kemudian bahasa Melayu ambil alih. Sepanjang tempoh itu sehingga
tahun 2003, ramai juga cendekiawan dalam sains. Alasan ketiadaan rujukan dalam bahasa
Melayu tidak cukup kuat. Yang menjadi mangsa, para pelajar yang menjadi bahan
eksperimen dengan perubahan dasar pendidikan yang tidak tetap. Pemansuhan PPSMI
mengundang pelbagai reaksi dari ibu bapa . Majoritinya tak bersetuju kerana
menganggap pembelajaran dalam bahasa Inggeris lebih efektif. Mendengar keluhan
sebegitu, adalah amat mengecewakan. Kecewa kerana dengan sendirinya mereka
meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang lemah.
Sukatan pembelajaran bahasa Melayu; Sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin ke
Copenhagen, Denmark beliau ada mengatakan Malaysia sedang mengkaji permintaan
rakyat supaya sesuatu dapat dilakukan agar penguasaan Bahasa Melayu di kalangan

rakyat Malaysia di perantauan tidak pupus ditelan bahasa lain. Menghadiri Persidangan
Menteri-Menteri Pelajaran Asia Eropah kali ke-3, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab
persoalan yang diajukan Pengerusi Persatuan Malaysia-Denmark, Poo Chu Chua. Nilai
kecintaan terhadap bahasa ibunda lebih tinggi. Ditambah pula melihat masyarakat luar
yang lebih menghargai bahasa ibunda masing-masing seperti Denmark dan
Perancis.Laporan Buletin Utama 9 Mei 2011; Pastikan Penguasaan Bahasa Melayu Di
Perantauan Tidak Pupus .Ironi senario ini yang berlaku di luar dan dalam Malaysia amat
jelas. Di Malaysia, penggunaan bahasa Melayu itu terus menjadi sandiwara.
Diperlekehkan dan dijadikan sebagai bahasa kampungan.
Beberapa gejala yang berlaku kini dengan seriusnya mencabar martabat dan
kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. yang paling serius
ialah penubuhan kolej swasta dan separuh swasta dan institusi pengajian tinggi kerajaan
yang kesemuanya berpenghantar bahasa Inggeris. faktor ini ditambah pula oleh gejala
globalisasi yang menekankan penggunaan bahasa Inggeris dengan pesatnya. Selain itu,
faktor-faktor itu disertai juga oleh penggunaan bahasa Inggeris yang memang berleluasa
dalam sektor swasta yang tidak pernah tergugat atau digugat. Di samping itu, wujud
golongan Inggerisofili yang muncul dengan nostalgia mereka yang amat tebal terhadap
bahasa Inggeris hingga menggugat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia
dan sebagai bahasa penghantar pendidikan.

Faktor lain yang tidak kurang pentingnya

ialah kini di kalangan golongan elit Malaysia timbul satu perasaan kecurigaan tentang
kemampuan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa penghantar ilmu sains dan teknologi
(Hashim Musa 1996). Dengan kata lain, wujud krisis keyakinan tentang kemampuan
bahasa Melayu dalam menghuraikan dan mengungkapkan ilmu yang tinggi. Oleh hal
yang demikian, faktor dan krisis ini perlu dilihat secara objektif dalam usaha kita
memartabatkan bahasa Melayu, lebih-lebih lagi apabila wujudnya Akta IPTS yang
kelihatan meminggirkan bahasa Melayu.
Negara negara luar seperti Jepun,Korea,Peranchis ,Jerman merupakan Negara
yang telah membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri
namun di Malaysia, walaupun bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai
bahasa rasmi akibat keperkasaannya semenjak zaman-berzaman, dari zaman
kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka hingga kemerdekaan Malaysia, tetapi adakah

bahasa Melayu atau bahasa Malaysia itu terjamin kedudukannya untuk terus bersaing
dalam era ledakan maklumat ini akan dilihat dari peruntukan perlembagaan dan dasar
pendidikan Negara.
Jika diperhatikan walaupun Bahasa Melayu itu Bahasa rasmi Negara Malaysia
tetapi masih lagi banyak urusan surat menyurat dan dokumentasi di peringkat
perkhidmatan awam dilakukan dalam bahasa Inggeris. Tambahan pula di saat-saat
Bahasa Melayu sedang diperkasakan ada pula segolongan manusia yang sedang
memperkosa bahasa Melayu itu dengan sistem pesanan ringkas (SMS) ,mel elektronik
chatingdan sebagainya yang jika dibiarkan merebak akan dibudayakan.
Untuk memberhentikannya, pada pandangan saya, kelemahan bahasa Melayu itu
adalah kerana bangsa Melayu itu sendiri. Pertama, umum mengetahui bahawa bahasa
Melayu banyak meminjam kata dari bahasa lain untuk memperkayakan
perbendaharaankatanya. Ini termasuklah bahasa Portugis, Cina, Sanskrit, Tamil, Arab,
Inggeris dan lain-lain lagi. Dengan yang sedemikian, apa yang boleh kita simpulkan ialah
bangsa Melayu tidak berupaya untuk mencipta dan perkayakan perbendaharaan katanya
sendiri?Kedua, bangsa Melayu masih tebal dengan semangat kenegerian, ini jelas apabila
kita melihat loghat mereka. Adalah tidak keterlaluan untuk saya katakan, bahawa adanya
rakyat Malaysia yang tidak dapat berbual dengan rakan Melayu yang lain apatah lagi jika
rakannya itu dari Kelantan. Rumpun Melayu perlu bersatu terlebih dahulu untuk
memartabatkan bahasa Melayu.
Di peringkat sekolah,guru-guru yang mengajar bahasa Melayu hendaklah
digalakkan memberi sumbangan ilmiah dan diberi pengiktirafan serta mendapat markah
bonus dalam penilaian kenaikan pangkat ini akan mendorong penghasilan bahan ilmiah
dikalangan guru. Jika ini dilakukan diberi penghargaan dan insentif maka besarlah
kemungkinannya kita akan mendapat banyak buku buku rujukan ilmiah dan bahasa
Melayu tidak akan dipandang rendah oleh segelintir orang. Pembudayaan bahasa Melayu
melalui sistem pendidikan ialah satu usaha yang perlu dimantapkan semula, dari
peringkat prasekolah hingga peringkat pengajian tinggi.
Program pengauditan Bahasa Melayudi peringkat sekolah juga harus
dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk memantau penggunaan Bahasa Melayu yang
betul dan menjamin mutu dan kualiti bahasa itu sendiri sewaktu proses pembelajaran dan

pengajaran. Untuk itu pihak pengurusan atau panitia Bahasa Melayu seharusnya
mengadakan perjumpaan sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk berbincang tentang
hal-hal yang berkenaan memartabatkan Bahasa Melayu di sekolah. Sukatan pelajaran
Bahasa Melayu perlu dikaji semula samada ianya memenuhi tahap pengetahuan muridmurid sekarang. Walaupun sekolah tidak berhak untuk mengubah suai sukatan pelajaran
namun jika sering diadakan pengauditan oleh pihak sekolah maka hasrat ini boleh
disuarakan sebulat suara kepada pihak berkenaan apabila kena pada masanya.
Pihak sekolah iaitu pihak pengurusan juga harus berganding bahu dengan Panitia
Bahasa Melayu untuk menggerakkan fungsi Bahasa Melayu bagi memartabatkan Bahasa
Melayu di sekolah dulu. Ini adalah kerana pelaksanaan sesuatu perkara adalah lebih
efektif jika dilakukan dari bangku sekolah lagi. Peranan pihak sekolah ialah menyokong
aktiviti yang dijalankan oleh panitia Bahasa dengan menyediakan sumber kewangan yang
mencukupi dan juga kemudahan infrastruktur yang baik agar pelaksanaan program dapat
dijalankan dengan licin. PIBG juga boleh memainkan peranan dalam membantu
memartabatkan Bahasa Melayu di sekolah. Penceramah penceramah Bahasa yang
pakar,ahli sasterawan yang terkemuka dan pengarang buku tempatan boleh dijemput ke
sekolah untuk memberi motivasi kepada guru dan murid-murid sekolah ,syarahan,
mendeklamasi sajak agar murid mencintai Bahasa Melayu. Aktiviti aktiviti seperti
pertandingan menulis karangan Bahasa Melayu ,menulis Cerpen dan Novel bagi sekolah
menengah,pertandingan Debat dan pertandingan Drama Bahasa dan Sastera boleh
dianjurkan oleh panitia Bahasa sekolah. Sebenarnya aktiviti ini boleh dianjurkan pada
peringkat sekolah dan daerah dan seterusnya. Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang
mendorong dan mencungkil bakat serta mengasah penguasaan Bahasa Melayu seseorang
murid maka harapan memartabatkan Bahasa Melayu pasti berjaya.
Penggunaan Korpus sebagai bahan rujukan amat berguna dan kesahihannya juga
tidak perlu disoal. Kalau kita cinta akan bahasa kita, maka kita perlulah memperkuat
ilmu kita supaya orang lain berminat untuk mempelajari bahasa kita. Profesor Madya
Dr. Imran Ho Abdullah
Profesor Madya Dr. Imran Ho Abdullah merupakan Pengarah Pejabat Hubungan
Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau banyak
melakukan kajian bahasa yang tertumpu khusus pada penggunaan korpus

elektronik
Data dalam sistem korpus ini terdiri daripada teks tulisan yang merangkumi teks
Melayu lama dan teks moden yang diambil terutamanya daripada sumber seperti
buku, akhbar, dan majalah. Tujuan utama pembinaan pangkalan data korpus ini adalah
untuk menyediakan suatuprasarana penelitian yang objektif dan autentik sifatnya kepada
para penyelidik bahasa Melayu supaya dapatan yang diperoleh daripada kajian
berdasarkan korpus ini dapat mencerminkan penggunaan perkataan dan frasa bahasa
Melayu dalam persekitaran yang sebenar dan dapat pula dijadikan asas untuk
penyusunan kamus, tatabahasa dan buku-buku bahasa yang lainnya. Pangkalan data ini
juga akan disediakan dengan kemudahan capaian melalui Internet dan World Wide Web
supaya lebih ramai penyelidik di dalam dan di luar negara dapat memanfaatkannya. Para
pendidik juga boleh mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat melalui korpus ini
sewaktu timbul kerumitan dalam penggunaan sesuatu perkataan .Kini kiraan pangkalan
data DBP sudah pun melebihi 100 juta kata. Seharusnya kita sebagai golongan pendidik
harus selalu berusaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan kita dalam bidang pengajaran
kita agar sentiasa berada dalam tahap yang baik dan boleh dijadikan rujukan sekiranya
perlu.
Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah
penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucarkacir dan musnahlah sebuah negara berdaulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama
iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia
dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan
warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum
majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini
menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum terutamanya di negara yang
mempunyai masyarakat majmuk.
Dengan memartabatkan bahasa Melayu juga adalah diharap dapat mengayakan
khazanah ilmu dan persuratan dalam bahasa Melayu - usaha ini perlu ditingkatkan supaya
nilai bahasa Melayu menjadi lebih tinggi sebagai bahasa budaya tinggi, melalui
penerbitan bahan ilmiah dan rujukan umum dalam pelbagai bidang untuk pelbagai
peringkat dan dalam pelbagai media (bercetak dan elektronik). Agenda pengayaan

khazanah ilmu dan persuratan Melayu mesti dimasukkan dalam agenda pembangunan
negara melalui Belanjawan Negara. Ini bererti penerbitan buku-buku rujukan dan ilmiah
akan bertambah dan ini menunjukkan keupayaan bahasa kita sendiri sebagai bahasa ilmu
yang ulung dan mantap.
Aminuddin Baki merupakan tokoh pendidikan yang terkemuka pada awal tahun
50 an yang cenderung kepada pendekatan asimilasi dalam mempertahankan satu sistem
persekolahan yang sama sebagai asas kepada pembinaan Negara Bangsa. Dalam
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah adalah dijangka
meningkatkan mobiliti pendidikan orang Melayu agar jurang perbezaan pendidikan
antara kaum-kaum lain dapat dikurangkan. Laporan Razak dan Rahman Talib merupakan
dua dasar yang bertujuan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa intergrasi
,secocok dengan statusnya sebagai Bahasa Kebangsaan dan juga untuk
mempertingkatkan mobiliti pendidikan orang Melayu . Bahasa Melayu diberi tempat
sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang
moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar juga melambangkan kelestarian jati diri
sesuatu bangsa kerana Bahasa Merupakan Jiwa BangsaBahasa yang berkuasa
menunjukkan bangsa yang berkuasa ,oleh itu dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar adalah menjadi titik permulaan bagi memartabatkan Bahasa Melayu.
Kesimpulannya bahasa Melayu merupakan agen komunikasi utama dalam urusan rasmi
dan tidak rasmi di negara ini. Malangnya ia sedang dicabar hebat ekoran arus globalisasi.
Perkembangan terkini dalam sektor-sektor penting, misalnya pentadbiran dan pendidikan
amat ketara sekali mencabar peranan bahasa Melayu, bukan sekadar merosakkan
ketulenan bahasa Melayu akibat campur aduk bahasa dalam komunikasi, tetapi penurunan
nilai ekonominya apabila penggunaannnya dalam bidang sains dan teknologi digantikan dengan
bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris. Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia dan warga pendidik
seharusnya memainkan peranan yang aktif dalam terus memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu
agar kita tidak hilang identiti bangsa dan jiwa kita daripada ditenggelami bahasa lain.
(1853pp)

Bibliografi
http://www.scribd.com/amalik_12/d/36124067-PERANAN-BAHASA-MELAYU

http://dinakan.tripod.com/karya/karya30.htm

Abdul Hamid Mahmood 1996. Kemampuan bahasa Melayu sebagai Bahasa Akademik
di Universiti dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 40:8 Ogos hlm. 715-726.

Awang Sariyan 1995. Pengantarabangsaan Bahasa Melayu melalui Institusi Pengajian


Tinggi: Pengalaman UIAM. Kertas kerja Kongres Bahasa Melayu Sedunia. Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 21-25 Ogos.

Ismail Hussein 1995. Bahasa Melayu di Dunia Melayu. Syarahan Raja Ali Haji
Kelima.

You might also like