Professional Documents
Culture Documents
Bincangkan 5 Persamaan Antara Perlembagaan Persekutuan Dengan Perlembagaan Madinah
Bincangkan 5 Persamaan Antara Perlembagaan Persekutuan Dengan Perlembagaan Madinah
Madinah
a) Kebebasan beragama - Merujuk Fasal 25 dalam perlembagaan Madinah dinyatakan
bahawa kaum Yahudi dan Bani Auf adalah satu kaum bersama orang mukmin. Mereka
bebas untuk mengamalkan agama mereka sendiri dan orang Islam dengan agama mereka
iaitu agama Islam. Bagi Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 3 Fasal (1), Islam adalah
agama bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai
dimana-mana bahagian persekutuan.
b) Jaminan Hak Asasi Kemanusian - Dalam perlembagaan Madinah, orang Yahudi yang
menyertai Islam hendaklah membolehkannya untuk mendapatkan pertolongan dan pimpinan
yang tidak baik terhadap mereka. Bagi perlembagaan Persekutuan pula, merejuk Perkara
8(1) semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapatkan
perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
Jelaskan 4 sebab kenapa pembangunan politik perlu diterapkan kepada warga Malaysia.
a)Menaikkan semangat Nasionalisme
Politik seringkali dikaitkan dengan perjuangan dalam menjayakan misi dan wawasan sesuatu pertubuhan politik. Melalui
fokus dan sasarannya maka menaikkan semangat nasionalisme iaitu semangat cintakan negara, menjadikan negara
sebuah negara yang berjaya dan mencapai halatuju. Melalui politik inilah rakyat dapat membuat penilaian terhadap
setiap perkara yang telah dijanjikan oleh para pemimpin politik.
b) Meneguhkankan perpaduan di antara kaum
Setiap parti politik mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Ada parti yang bertunjangkan bangsa seperti UMNO, MCA
dan MIC dan ada yang mempunyai keanggotaan berbilang kaum seperti Parti Keadilan Rakyat dan Gerakan. Maka
dengan itu dengan politik perpaduan di antara kaum berlaku apabila parti-parti berasaskan kaum ini mula menubuhkan
perikatan seperti Barisan Nasional yang menghimpunkan parti-parti yang mempunyai ahli dari segenap kaum.
c) Pembangunan Ekonomi Negara
Melalui parti-parti politik juga akan memajukan sesebuah negara apabila mereka ingin menunjukkan kejayaan dan
kehebatan pemimpin utama mereka. Contohnya di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir banyak usaha telah dilakukan
untuk memajukan negara
d) Membentuk kesepakatan sesebuah Negara
Dalam menghadapi cabaran dan ancaman, maka parti-parti politik perlu mendapatkan kepercayaan dari rakyat untuk
menunjukkan kebersamaan rakyat dengan pemerintah. Contohnya ketika Tragedi MH17, rakyat Malaysia bersatu
menunjukkan rasa marah terhadap pihak yang telah menembak jatuh pesawat malang tersebut