Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bencana alam merupakan fitrah alam yang tidak dapat kita halang bak kata pepatah, geruh tak

berbunyi, malang
tidak berbau.Tamsilnya, tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011 telah menggemparkan seluruh dunia.
Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia sering terlepas daripada pelbagai bencana alam seperti gempa
bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut taufan dan sebagainya. Sebagai masyarakat yang mempunyai sifat
kemanusiaan , kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan
bantuan ibarat hulurkan tangan, ringankan beban. Persoalan yang terus melanda ruang legar fikiran kita,
apakah bantuan yang dapat kita hulurkan kepada negara yang terlibat dalam malapetaka?

Tidak dapat dipertikaikan lagi, sumbangan kewangan merupakan bantuan yang afdal untuk membantu mangsa
bencana. Khalayak ramai boleh menyalurkan bantuan dengan kutipan derma. Badan-badan NGO dan media perlu
menyeru orang ramai supaya memberikan sedekah dan derma kerana mangsa bencana yang amat memerlukan dan
mendambakan bantuan kewangan bagi meneruskan kehidupan di alam fana ini. Mangsa bencana alam memerlukan
wang kerana segala harta mereka telah dimusnahkan. Makanan, susu dan pakaian juga perlu diderma untuk
membantu mangsa bencana yang hidup sehelai sepinggang dan tengah kelaparan. Untuk mencapai hasrat murni ini,
pelbagai peringkat kutipan derma sering dijalankan oleh badan NGO, terutamanya Persatuan Bulan Sabit Merah dan
pihak berkenaan supaya dapat meringankan beban mangsa seperti peribahasa berat mata memandang, berat
lagi bahu memikul. Semua umat tidak harus lokek atau kedekut dalam menghulurkan sumbangan kerana cubit
paha kiri, paha kananya pun sakit juga agar mangsa bencana dapat pulih seperti sedia kala.

Tambahan pula, kita perlu menghulurkan sumbangan dalam bentuk tenga dan kepakaran kepada negara yang
menghadapi bencana untuk menyelamatkan mangsa. Negara kita boleh menghantar pasukan sukarela dan pasukan
penyelamat yang profesional untuk mencari mangsa-mangsa yang tertimbus dan hilang. Ketika tertimbus dalam
gempa bumi, setliap mangsa hanya mempunyai 72 jam untuk diselamatkan sebelum menemui maut. Proses
penyelamatan mangsa memerlukan perancangan yang sistematik, saintifik dan efektif. Pasukan Gerakan Cepat dan
Pasukan SMART di negara kita telah mempunyai segala kelengkapan yang canggih dan kemahiran yang cekap untuk
memberikan bantuan pada bla-bila dan di mana-mana sahaja. Sumbangan tenaga penyelamatan boleh menjadi
platform untuk menyalurkan bantuan dalam melaksanakan usaha murni dengan menyedari pepatah, hari tidak
selamanya panas.

Bukan itu sahaja, bantuan perubatan dan rawatan kesihatan harus disumbangkan kepada negara yang dilanda
musibah. Negara kita perlu memberikan bantuan ubat-ubatan, terutama ubat pelali, vaksin dan sebagai. Pasukan
perubatan yang terdiri daripada pegawai Jabatan Kesihatan, doktor dan jururawat harus dihantar ke negara yang
dilanda malapetaka untuk memberikan rawatan kecemasan . Tidak dapat dinafikan bahawa nasib mangsa bagai
sudah jatuh ditimpa tangga kerana pelbagai penyakit berjangkit akan merebak selepas bencana alam. Hal ini
demikian kerana mayat yang bergelimpangan tidak dikebumikan dengan baik. Bekalan air bersih turut tercemar.
Lazimnya mangsa bencana akan cirit-birit, demam dan muntah malah sistem imuniti mereka turut terjejas. Penyakit
taun, kepialu dan batuk kering akan menular di tapak bencana alam. Oleh itu, pasukan perubatan kita perlu
mendirikan pusat rawatan atau hospital sementara untuk menjalankan pembedahan dan memberikan rawatan
kepada mangsa yang sakit atau cedera memandangkan kebanyakan hospital dan klinik tempatan telah musnah atau
sarat dengan pesakit.

Selain keperluan fizikal, keperluan rohani tidak kurang pentingnya kepada mangsa bencana alam. Pakar psikologi
dan ahli kaunseling negara kita juga perlu dihantar ke negara yang dilanda bencana alam. Lazimnya mangsa
bencana alam akan menjadi trauma, iaitu sentisasa cemas, takut, kesiangan dan fikiran sentisa bercelaru. Mereka
hidup dalam penderitaan dan kesedihan akibat kehilangan ahli keluarga yang disayangi. Dalam konteks ini,
bimbingan dan kaunseling perlu disalurkan kepada mangsa bencana alam. Sokongan moral daripada negara kita
amat penting untuk merawati hati mereka yang telah remuk-redam. Pemimpin dan artis yang terkemuka boleh
menziarahi mangsa untuk memberikan semangat kepada mereka supaya mereka memperoleh nur harapan
selepas menempuhi dugaan Tuhan. Lantas, mangsa dapat menghadapi masa depan yang lebih berprestij dan penuh
keyakinan.

Setelah ditimpa malapetaka, segala infrastrutur di negara kita akan binasa, bagai padang jarak, padang
terkukur. Walhasilnya, sekolah, hospital , klinik, jalan raya, rumah dan sebagai telah musnah. Lebih-lebih lagi,
ekonomi negara berkenaan telah lumpuh. Sehubungan dengan itu, kerajaan negara kita patut menghantar pegawaipegawai perancang ekonomi bersama-sama dengan ahli korporat tempatan untuk menghidupkan aktiviti ekonomi
yang telah lumpuh di kawasan bencana itu. Saranan tentang pelan induk pembinaan dan pembangunan
sosioekonomi boleh dicadangkan agar ekonomi dan masyarakat terbabit dapat pulih dengan secepat mungkin.
Sebagai contoh, negara kita telah berjaya mendirikan lebih daripada 3 ribu buah rumah kos rendah yang dilengkapi
dengan pelbagai prasarana di Aceh , Sumatera Indonesia selepas dilanda tsunami pada tahun 2004. Oleh itu ,
bantuan membina prasranan dan infrastrutur yang rosak patut dihulurkan oleh negara kita terhadap mangsa
bencana alam.

Secara tuntasnya, sebagai makhluk ciptaan Tuhan , semua umat bagai saudara yang tidah harus dibezakan atas
batasan geografi untuk bantu-membantu. Kita tidak harus bersikap ego, bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing. Kata orang tua-tua, di sebalik malapetaka ada hikmatnhya, iaitu
seluruh dunia memperlihatkan perikemanusiaan dengan menghulurkan bantuan kepada negara yang ditimpa
musibah. Amat wajarnya kita membudayakan sikap tolong-menolong sesama manusia tanpa mengira bangsa,
agama dan negeri lantaran buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Seluruh dunia akan
bermuafakat sehingga melahirkan dunia utopia yang aman sentosa.

You might also like