Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN MAJLIS (BM236)

KERTAS KERJA
KARNIVAL UKHUWAH SRA SEKSYEN 3 2014

TARIKH:
24 MEI 2014

TEMPAT:
SEKOLAH RENDAH AGAMA SEKSYEN 3, SHAH ALAM

ANJURAN BERSAMA:
UrbanEve PRODUCTION
&
PIBG SEKOLAH RENDAH AGAMA SEKSYEN 3
DENGAN KERJASAMA:
SEKOLAH RENDAH AGAMA SEKSYEN 3, SHAH ALAM

PENDAHULUAN

Karnival Ukhuwah SRA Seksyen 3 2014

adalah satu program yang bercirikan

keislaman dan menerapkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam kalangan para guru,


ibubapa dan para pelajar yang dianjurkan bersama oleh UrbanEve Production dan PIBG
SRA Seksyen 3.

Program ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi meningkatkan

infrastruktur sekolah tersebut. Program ini akan diadakan di Sekolah Rendah Agama
Seksyen 3, Shah Alam.

Program ini juga diadakan dengan tujuan untuk

membudayakan amalan sunnah Rasul di dalam setiap murid, ibubapa dan guru melalui
penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerjasam dalam pasukan, berkeyakinan, jujur dan
sabar, seperti yang disampaikan oleh Rasullulah SAW. Setiap aktiviti yang dicadangkan
mempunyai kelebihan tersendiri dalam memberikan pengalaman dan juga kenangan
yang tidak boleh dilupakan oleh para pelajar yang menyertai program ini.

MAKLUMAT RINGKAS PROGRAM

Program

: Karnival Ukhuwah SRA Seksyen 3

Tagline

: Menjana Dana Pembinaan Dataran Berbumbung

Isi Kandungan

: 1) Majlis Perasmian
2) Aktiviti

Cadangan Masa

: 24 Mei 2014

Masa

: 8.00 pagi 11.00 malam

Dicadangkan oleh

: UrbanEve Production

Penasihat Program

: Cik Norhidayah Binti Mohd Rashid

Cadangan Tempat

: Sekolah Rendah Agama Seksyen 3, Shah Alam

Kumpulan Sasaran

: Murid, Guru dan Ibubapa

Anggaran Perbelanjaan

: RM 12,497.10

OBJEKTIF
1. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi menambahbaik prasarana
bangunan Sekolah Rendah Agama Seksyen 3, Shah Alam.

2. Menerapkan pembudayaan sunnah Rasullullah melalui aktiviti seperti ceramah


agama, mengeja dalam Jawi, permainan Intelektual, menulis tulisan khat, treasure
hunt kembara rasul dan lain-lain kepada generasi muda dan masyarakat setempat.

3. Menambah pengetahuan kepada penduduk sekitar SRA Seksyen 3 khususnya


generasi muda tentang sejarah kehidupan Rasullulah SAW.

4. Mewujudkan kerjasama dan saluran informasi yang baik di antara penganjur, pihak
sekolah dan masyarakat setempat melalui program-program kemasyarakatan.

VISI

Membentuk muslim yang bertanggungjawab dalam mengangkat martabat Islam di mata


dunia.

MISI
Memberi pendedahan kepada para murid melalui konsep islamik dan pengenalan
kepada rasul yang diterapkan di dalam program ini.

KEPENTINGAN PROGRAM

1) Penganjur (UrbanEve Production)

Untuk memenuhi keperluan subjek Special Event (OEM682)

Setiap ahli kumpulan UrbanEve mendapat pendedahan untuk berkomunikasi dan


bekerjasama dengan agensi-agensi di Shah Alam khususnya.

Meningkatkan pengetahuan untuk menarik minat masyarakat.

Bagi menguji dan menjana idea yang unikserta member pendedahan tentang
pengalaman dalam menjalankan program luar seperti ini.

Dapat memberi pendedahan kepada UrbanEve dalam menguruskan majlis


berunsurkan Islam.

Mempunyai peluang untuk menganjurkan majlis untuk masyarakat dengan


pengetahuan yang di peroleh.

2) Peserta Karnival Ukhuwah SRA Seksyen 3 (Murid)

Para pelajar mendapat lebih pendedahan dan ilmu mengenai sunnah Rasulullah
dan mendekatkan lagi mereka dengan program ilmu dan agama.

Meningkatkan lagi pengalaman dengan menyertai pelbagai jenis aktiviti yang di


anjurkan di dalam program ini.

Peserta akan di dedahkan dengan pengetahuan mengenai islam serta


permainan intelektual.

Meningkatkan semangat bekerjasama antara peserta.

Mewujudkan hubungan baik diantara guru dan pelajarsekolah.

Bagi mencungkil bakat yang tersedia ada pada diri para peserta.

3) Pihak Sekolah (Sekolah Rendah Agama Seksyen 3)

Dapat mengumpul dana bagi meningkatkan lagi prasarana sekolah untuk


keselesaan warga sekolah SRA Seksyen 3.

Menaikkan nama sekolah dengan cara yang positif.

Mengeratkan hubungan di antara pelajar, ibubapa dan guru Sekolah Rendah


Agama Seksyen 3.

4) Pengunjung

Untuk merapatkan silratulrahim antara penduduk sekitar Shah Alam dengan


penganjur dan pihak sekolah.

Untuk memberi pendedahan kepada pengunjung tentang sunnah Rasulullah dan


mendekatkan mereka dengan program berkaitan ilmu dan agama.

5) Fakulti Pengurusan Perniagaan

Untuk menghebahkan kewujudan pelajar dalam pengurusan majlis kepada


industri luar.

Sebagai platform untuk jalinan industri.

Untuk memberikan impresi yang baik kepada fakulti.

Fakulti dapat memberi sumbangan di dalam masyarakat dengan program


khidmat masyarakat yang diadakan seperti ini dan lebih mendekatkan lagi pihak
fakulti dengan komuniti luar.

PENERANGAN AKTIVITI

Bazar Islamik
Sebanyak 12 khemah akan dibuka dan akan menempatkan 24 peniaga yang
akan turut sama dalam memeriahkan carnival ini. Bazar Islamik ini akan di sewakan
kepada penjual barangan yang berteraskan sunnah untuk menjual pada hari karnival
seperti pakaian muslimin dan muslimah, produk makanan sunnah, bahan bacaan
islamik dan juga lain-lain produk yang mempunyai elemen sunnah Rasullulah.
Treasure hunt Kembara Rasul
Treasure hunt merupakan salah satu aktiviti yang akan diadakan di dalam
karnival tersebut. Ianya akan disertai oleh para ibu bapa dan juga para pelajar di
sekolah itu. Permainan ini akan di bahagikan kepada 40 kumpulan dan setiap kumpulan
terdiri daripada 5 orang peserta. Di dalam treasure hunt terdapat 5 checkpoint yang
akan disediakan kepada setiap peserta untuk memastikan mereka mengikut jalan yang
telah diberi. Selain itu, checkpoint yang disediakan dapat membantu menaikkan lagi
markah setiap kumpulan.

Checkpoint 1: ISI AIR DALAM BOTOL


-

Setiap peserta dalam kumpulan dikehendaki mengisi sebanyak


mungkin air ke dalam botol dengan menggunakan span dalam
tempoh masa yang diberi.

Checkpoint 2: PANCING BOTOL


-

Setiap peserta dikehendaki memancing 10 biji botol dengan


menggunakan sebatang kayu yang mempunyai tali dan paku.

Checkpoint 3: BOLA SEPAK


-

Setiap kumpulan hendak lah mewakilkan dua orang daripada lima


peserta tersebut untuk memainkan permainan ini.

Dua orang peserta tersebut, kakinya akan diikat dengan


menggunakan tali dan mereka hendaklah memasukkan sebiji bola
ke dalam gol yang telah disediakan untuk mendapatkan markah.

Checkpoint 4: BILIK RAHSIA


-

Bilik soalan maut

Seorang peserta dari pasukan harus duduk dalam sebuah bilik.


Ahli lain perlu menjawab soalan. Jika salah, peserta yang berada
di dalam bilik akan menjadi mangsa.

Pertandingan Jawi
Pertandingan mengeja jawi ini adalah salah satu aktiviti dalam program ini.
Peserta aktiviti terdiri daripada tahun 1 sehingga tahun 6. Konsep islamik diterapkan di
dalam aktiviti. Markah akan dinilai oleh guru di sekolah ini.

Pameran
Terdapat beberapa jenis pameran yang akan diadakan pada carnival ini yang
melibatkan beberapa agensi mahupun syarikat daripada luar. Antaranya ialah Yayasan
Restu, derma organ, derma darah, polis, PTPTN, Karangkraf, wakaf tafsir al-quran dan
pemeriksaan kesihatan.

Setiap agensi yang terlibat dalam pameran ini memainkan

peranan yang penting untuk memberikan maklumat mengenai agensi mereka selain
menjalankan beberapa aktiviti lain seperti polis yang mengadakan demonstrasi

mempertahankan diri dari peragut, aktiviti menderma darah, pemeriksaan kesihatan


secara percuma, dan memberikan wakaf tafsir al-quran untuk disumbangkan ke sekolah
ini.

Pameran yang diadakan adalah bertujuan untuk member pendedahan kepada

pengunjung mengenai kesihatan, keselamatan, agama, pelajaran dan sebagainya.

Permainan Intelektual
1. Teka silang kata

Pelajar diberi silangkata yang berkaitan dengan keluarga Rasulullah.


Mereka perlu menyelesaikan kesemua perkataan dalam masa yang telah
ditetapkan oleh fasilitator.

2. Susun suai gambar

Pelajar perlu menyusun suai gambar yang diberi mengikut masa yang
telah ditetapkan.

3. Mengeja jawi

Pelajar akan diberikan gambar dan mereka perlu mengeja dalam tulisan
jawi.

4. Cari jalan ke masjid

Permainan yang menguji minda murid-murid dan juga menjana pemikiran


yang kreatif iaitu pelajar akan diberi gambar berupa peta dan mereka
perlu berfikiran pantas untuk mencari jalan yang betul ke arah masjid.

5. Spider web

Permainan ini menguji pemikiran yang kreatif berkumpulan kerana pelajar


hendaklah menyusun strategi untuk melepaskan diri dan juga membantu
ahli kumpulan yang lain tanpa menyentuh spider web.

6. Bina Piramid

Pelajar hendaklah menyusun bahan yang disediakan untuk membina


piramid mengikut masa yang telah ditetapkan.

7. Sejarah Nabi

Pelajar akan diberikan gambar berkaitan dengan sejarah Nabi-Nabi


terdahulu dan mereka perlu memberikan nama Nabi yang berkaitan.

Aktiviti Memanah
Memanah melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan tumpuan pada sasaran.
Memanah sangat menitik beratkan keseimbangan badan. Maka, jika emosi pemanah
tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih
manusia bertenang dan menstabilkan emosi. Individu dapat melatih diri lebih tenang,
cermat, dan penyabar.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian

melepaskannya juga memerlukan satu kekuatan fizikal.

Sukan ini juga satu latihan

holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Tayangan Perdana
Tayangan perdana ini akan dijalankan sepanjang karnival ini dijalankan.
Tayangan perdana ini akan dijalankan serentak bersama aktiviti lain dan juga
berkongsepkan islamik dan juga rasulullah.

Terdapat empat cerita yang akan

ditayangkan

dan cerita tersebut banyak member pengajaran dan kisah sebenar

pejuang-pejuang islam kita yang banyak bekorban masa, nyawa, harta dan sebagainya
dalam menyampaikan dakwah islam seperti yang diperintahkan oleh Allah.
Ceramah Kembara Rasul oleh Ustaz Hafiz
Ceramah sesi kedua yang dijalankan pada sebelah malam pada waktu 9:00 malam
hingga 11:00 malam bakal menjemput Ustaz Hafiz sebagai penceramah. Nama penuh
beliau iaitu Muhammad Hafiz B. Mohd Haneefa dan berasal daripada Klang, Selangor.
Beliau kini bergiat aktif dalam dakwah islam dan beliau berkelulusan Master dalam
bidang Quraan Sunnah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ustaz Hafiz
akan menyampaikan ceramah yang bertajuk Kembara Rasul.

Tajuk yang dipilih

adalah berdasarkan tema bagi karnival ini iaitu Jom Ikut Sunnah yang banyak
melibatkan sunnah Rasulullah.

Sepanjang kehidupan Rasulullah terdapat beberapa

cara kehidupan dan pngembaraan hidup Rasulullah yang harus diikuti oleh orang islam
pada zaman sekarang.

Penceramah yang dijemput memainkan peranan dalam

menceritakan kisah hidup perjalanan Rasulullah dan contoh yang patut dicontohi dan
diikuti bagi mendapatkan keredaan dan kesempurnaan dalam menjadi islam yang sejati.

CADANGAN AKTIVITI PROGRAM

24 MEI 2014

8.00 pagi

Pembukaan Bazar Islamik


Senamrobik

10.00pagi

Treasure Hunt Kembara Rasul (keluarga + pelajar)


Pertandingan Mengeja Jawi
Pameran
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)

Yayasan Restu
Kempen Derma Organ
Derma Darah
Polis
Pemeriksaan Kesihatan
PTPTN
Karangkraf
WakafTafsir Quran

Permainan Intelektual:
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)

Silang kata
Susun suai gambar
Eja jawi berdasarkan gambar
Cari jalan ke masjid
Spider web
Bina Piramid
Sejarah Nabi

Aktiviti Padang
1) Memanah

Tayangan Perdana

1.00 petang

Solat Zohor

3.30 petang

Pertandingan Bercerita

4.30petang

Solat Asar

5.00petang

Demonstrasi Keselamatan (PDRM)

6.00petang

Aktiviti bebas

7.00malam

Solat Maghrib Berjemaah

8.00 malam

Penutup / penyampaian hadiah dan sumbangan

8.30 malam

Solat Isyak Berjemaah

9.00 malam

Ceramah Kembara Rasulullah dari


Ustaz Hafiz

11.00 malam

Majlis Bersurai

PROFIL PENGANJUR

No

Name

Position

No. Telefon

WAN NURHAFIZAH BINTI WAN AHMAD

Pengarah Program

013-6732538

NUR AMYLIA MOHD IDRUS

Penolong Pengarah Program

017-4706036

NURLIANA IDAINI SHAMSOL

Penolong Pengarah Program

014-2694425

WAN NATASYA ABDUL RAZAK

Penolong Pengarah Program

010-2201623

NURUL SUHADA MUHAMAT NAZRI

Penolong Pengarah Program

019-8410373

SITI NURUL AMIRAH BINTI KAMARUL

Setiausaha

018-3594144

NUR LINA BINTI ABDUL KARIM

Financial Controller

019-7849375

NUR AZIMAH IZZANI BT ABDUL AZIZ

Ketua Biro Pembangunan Program

016-6601484

NUR FATIHAH ADILLAH BINTI HAZIZI

Biro Pembangunan Program


(Treasure Hunt Kembara Rasul)

017-2369823

Biro Pembangunan Program


10

NURADILAH BINTI ZAHARI

(Talk/Movie Premiere/Intellectual

013-9983361

Games )
Biro Pembangunan Program

11

NOOR AMALINA BINTI AZIZI

12

NUR AZIMAH IZZANI BT ABDUL AZIZ

13

NURUL ASHIKIN BINTI KHAIRI

Biro Pemasaran dan Promosi

019-5226683

14

NUR ATIQAH BINTI OTHMAN

Biro Pemasaran dan Promosi

013-2993215

15

SITI AMIRAH BINTI ZAINI

Biro Sumber Manusia/Katering

017-8793360

16

SITI NUR 'AISYAH BINTI NASIR

Biro Logistik/Keselamatan

016-2963914

17

NURUL ATIQAH BINTI MAD APANDI

Biro Logistik/Keselamatan

013-2818804

(Islamic Bazaar)
Biro Pembangunan Program
(Exhibition)

014-8112955

016-6601484

PENGARAH PROGRAM
Wan Nurhafizah Wan Ahmad
SETIAUSAHA

PENOLONG PENGARAH
PROGRAM

Siti Nurul Amirah Kamarul Ikhsan


Nur Amylia Mohd Idrus
Nurliana Idaini Shamsol
Wan Natasya Abdul Razak
Nurul Suhada Binti Muhamat Nazri

FINANCIAL CONTROLLER
Nur Lina Abdul Karim

BIRO PEMBANGUNAN PROGRAM

BIRO PEMASARAN &


PROMOSI

BIRO SUMBER MANUSIA/


KATERING

BIRO LOGISTIK/
KESELAMATAN

Nurul Ashikin Khairi


Nur Atiqah Othman

Siti Amirah Zaini

Siti Nur Aisyah Nasir


Nurul Atiqah Mad Apandi

Nur Azimah Izzani Abdul Aziz

TREASURE HUNT
KEMBARA RASUL
Nur Fatihah Adillah Hazizi
PAMERAN
Nur Azimah Izzani Abdul Aziz
BAZAR ISLAM
Noor Amalina Azizi
CERAMAH/TAYANGAN
PERDANA/PERMAINAN
INTELEKTUAL
NurAdilah Zahari

ANALISIS PEMASARAN

1. Produk:
Program ini merupakan program untuk mendidik para pelajar tentang sunnah
Rasullulah SAW untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian setiap Muslim.
2. Tempat:
Program ini akan berlangsung di sekolah, Sekolah Rendah Agama Seksyen 3
kawasan sekolah dan juga dewan di sekolah.
3. Kedudukan:
Keunikan program ini adalah untuk mengumpul dana bagi meningkatkan
infrastruktur sekolah merupakan tujuan utama program ini dijalankan dan ianya
secara tidak langsung menjadikan nya sebuah program yang unik dan bermakna
bagi pihak sekolah dan penganjur.
4. Perhubungan Awam:
Program ini juga merupakan saluran bagi pihak sekolah untuk mengeratkan
silraturrahim dengan masyarakat di sekitar Shah Alam dan ibubapa serta para
pelajar.

RANCANGAN PEMASARAN

Pengiklanan mengenai majlis ini akan dihebahkan melalui pelbagai cara. Berikut adalah
beberapa rancangan pemasaran yang akan dilaksanakan sebelum majlis berlangsung.

1.

Media Cetak
i)

Risalah

Risalah akan diagihkan di sekitar sekolah di Shah


Alam.

ii)

Poster dan bunting

Poster akan ditampal di tempat tumpuan


orang ramai bagi menarik perhatian umum

Poster juga akan ditampal di area shah alam, surau,


masjid sekolah-sekolah yang berdekatan dan Uitm Puncak
Alam.

2.

Media Elektronik
i)

Laman sesawang sosial

Mengiklan majlis melalui laman sesawang sosial


seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Blog.

ii)

Stesen radio dan televisyen

Hebahan maklumat berkala melalui stesen


radio seperti IKIM.fm dan Shah Alam.fm akan dilakukan.

Dan kami ingin mendapatkan slot dari mana2 stesen


televisyen seperti Al-Hijrah dan RTM

KESIMPULAN
Kesimpulannya, Program Karnival Ukhuwah SRA Seksyen 3 ini adalah sebuah
program yang memberi peluang kepada masyarakat serta guru dan pelajar khususnya
tentang As Sunnah sekaligus dapat mendekatkan diri dengan majlis ilmu agama dan
aktiviti berkaitan.

Kami amat berbesar hati kerana dapat melibatkan diri dan diberi

kepercayaan daripada pihak Sekolah Rendah Agama Seksyen 3 untuk bersama-sama


menjalankan program ini di samping memberi sumbangan kepada pihak sekolah untuk
menambah pembaikan pembangunan sekolah itu sendiri.

Ianya merupakan tapak

permulaan bagi kami memperlihatkan komitmen yang diberi terhadap industri dan
keupayaan serta pengetahuan yang dipelajari secara teori. Selain itu, program seperti ini
dapat memberi kesan yang besar kepada fakulti pengurusan perniaagaan itu sendiri
memandangkan ianya dijalankan diluar kawasan kampus yang mana melibatkan
masyarakat di sekitar Shah Alam.
Selain itu, pengalaman serta pengetahuan tentang program akan dikongsikan
bersama para pelajar yang lain bagi memudahkan mereka menjalankan program
berikutnya. Kami juga berbesar hati mempelawa mereka untuk menyertai sukarelawan
agar ianya dapat memberi faedah ilmu pengetahuan terhadap mereka.
Sebagai pelajar pengurusan majlis, kami didedahkan dengan cabaran sebenar
dalam masa mengaturkan pelan program ini.

Oleh itu, kami menyahut cabaran ini

sebagai proses pembelajaran kami. Kami berbesar hati kerana mempunyai ramai
penyokong dan mendapat serba sedikit tunjuk ajar dari pensyarah, keluarga, rakanrakan serta pihak sekolah sendiri. Akhir kata, kami bersedia dan rela menyumbangkan
tenaga dan masa bagi menjayakan program ini dan diharap supaya cadangan kami
diluluskan

You might also like