Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN

PENDIDIKAN KESIHATAN
KALI KETIGA 2013
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI, KUALA LUMPUR.
Tarikh : 04 November 2013
Hari
: Isnin
Tempat
: Bilik Guru SK Seri Murni, Kuala Lumpur
Masa
: 1.45 petang
Kehadiran
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Pn. Kamariah Binti Ab Rashid (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)


Pn. Nurul Nadiah Binti Muhammad (Ketua Panitia PJPK)
Pn. Nurhanani Binti Mohd Noor (Setiausaha Panitia PJPK)
Pn. Norhasfiza Binti Zainal
En. Mohd Khidir Bulyan Bin Ismail
En. Zamri Bin Saiman
En. Syahman Bin Daud

Tidak Hadir
1.
2.
3.
4.
1.

Cik Santhia A/P Nadarajan (Cuti Rehat Khas)


Pn. Suzey Binti Mohd Noh (Guru Pengiring Murid Lawatan ke Langkawi)
Pn.Rahayu Binti abu Bakar (Guru Pengiring Murid Lawatan ke Langkawi)
Pn. Nor Hedayah Binti Mohdi (Guru Pengiring Murid Lawatan ke Langkawi)
Ucapan Pengerusi
1.1

2.

Pengerusi iaitu Pn. Nurul Nadiah selaku Ketua Panitia PJPK mempengerusikan
mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli panitia kerana dapat
menghadirkan diri ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan (PJPK) kali ketiga bagi tahun 2013.
Tindakan : Makluman

Ucapan Penasihat
2.1

Pn. Kamariah selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum mengucapkan ribuan


terima kasih kepada semua guru yang dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat
Panitia PJPK kali ketiga bagi tahun 2013. Di samping itu, beliau juga berharap
agar mesyuarat pada hari ini dapat dijalankan dengan lancar dan guru-guru
mengambil tindakan
segera sekiranya terdapat beberapa perkara yang
memerlukan penambahbaikan.
Tindakan : Makluman

3.

Pengesahan minit mesyuarat.


3.1

4.

Mesyuarat ini menerima dan mengesahkan minit mesyuarat kali kedua bagi tahun
2013 bertarikh 23 Julai 2013 sebulat suara tanpa pindaan.

Perkara-perkara berbangkit
Tiada perkara yang dibangkitkan.

5.

Perkara-perkara yang dibincangkan


5.1

Analisis dan Post-Mortem PKSR 2 2013


5.1.1

Pengerusi menjelaskan bahawa semua murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6


telah selesai menjalani PKSR 2. Peratusan lulus murid-murid ini dapat
dilihat berdasarkan gred seperti dalam jadual di bawah:
Tahun
4
5
6

5.2

Bil.Murid
84
88
94

%Lulus
100%
100%
100%

Program Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)


5.2.1 PPPM merupakan salah satu dasar kerajaan yang dimulakan pada tahun
2013 hingga 2025. Pn. Nurul
Nadiah meminta guru-guru PJPK
mendapatkan maklumat tentang PPPM di laman web rasmi PPPM.
Tindakan : Makluman

5.3

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


5.3.1 Pengerusi meminta guru-guru yang terlibat dengan KSSR supaya
memasukkan lembaran kerja murid ke dalam fail perkembangan muridmurid. Ini bertujuan untuk pentaksiran dan persediaan kepada pegawai
yang memantau kelak.
5.3.2 Pengerusi meminta guru-guru mengajar mengikut Rancangan Pengajaran
Tahunan yang disediakan.
Tindakan : Makluman

5.4

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


5.4.1 Bagi PBS, sistem pemarkahan adalah berdasarkan eviden, deskriptor dan
band yang telah ditetapkan. Guru-guru terlibat perlu memasukkan data ke
dalam portal sppbs secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang
masalah.
2

5.4.2 SPPBS tahun 2013 boleh di kemaskini sehingga 10 November.


Tindakan
5.5

: Semua guru Tahun 1, 2 dan 3

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)


5.5.1 Pn. Nurul Nadiah memaklumkan bahawa SEGAK telah di jalankan pada
23 dan 24 September 2013, bagi tahun 4 dan 5, seperti yang ditetapkan
dalam takwim sekolah. Program berjalan dengan baik dan tidak
menghadapi sebarang masalah.
5.5.2 Pn. Kamariah memaklumkan beliau telah menghadiri Taklimat di Jabatan
Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimana guru-guru PJPK
perlu memasukkan markah murid melalui online dari semasa ke semasa
bermula tahun 2014 dan markah perlu di isi sepanjang tahun.
Tindakan : Makluman

5.6

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)


5.6.1

Pn. Nurul Nadiah meminta semua guru PJPK memasukkan markah


murid-murid tahun 4, 5 dan 6 bagi PKSR 2 2013 melalui SAPS.
Tindakan : Makluman

5.7

Pelan Tindakan dan Pelan Operasi 2013


5.7.1 Pn. Nurul Nadiah menjelaskan semua program yang dirancang telah
dilaksanakan kecuali Minggu Panitia yang akan dijalankan bersama Ujian
SEGAK.
Tindakan : Makluman

5.8

Pencerapan Guru
5.8.1 Pencerapan guru akan dilakukan oleh Guru-guru Penolong Kanan yang
telah ditetapkan. Guru-guru diminta sentiasa bersedia terutamanya dari
segi penulisan Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. Pengerusi juga
meminta guru-guru mengajar mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan
yang telah disediakan.
Tindakan : Makluman

5.9

Penyemakan Buku Latihan Murid


5.9.

Pn. Nurul Nadiah meminta guru-guru supaya menandatangani dan


menulis tarikh pada buku latihan dan lembaran kerja murid dengan
memberi markah bagi murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Manakala bagi
murid-murid tahun 1, 2 dan 3 pula, guru-guru perlu membuat pentaksiran
pada lembaran kerja tersebut.
Tindakan : Semua Guru PJPK
3

5.10 Peruntukan Bantuan Per Kapita (PCG)


5.10.1 PCG bagi panitia PJPK telah habis di gunakan untuk kegunaan panitia
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Tindakan : Makluman
5.11 Buku Stok Panitia
5.10.1 Pn. Nurul Nadiah menjelaskan beliau telah mengemaskini buku stok
Panitia PJPK seperti yang dikehendaki oleh pihak pengurusan sekolah.
Tindakan : Makluman
5.12 Dokumentasi Program
5.11.1 Pn.Nurul Nadiah menyatakan bahawa dokumentasi PJPK bagi tahun 2013
masih dalam proses.
Tindakan : Makluman
5. Lain-lain Hal
6.1

Pn.Nurul Nadiah mengingatkan guru-guru tentang MMI iaitu Melindungi Masa


Instruksional guru sewaktu di sekolah. Guru-guru diingatkan supaya menjalankan
tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya seperti masuk ke kelas
mengikut waktu yang ditetapkan dan mengawasi murid-murid ketika membuat
aktiviti di dalam kelas dan di padang.

6.2

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi mata pelajaran PJPK telah


dimasukkan ke dalam fail. Pn.Nurul Nadiah telah menetapkan guru-guru yang
perlu menyediakan RPT bagi tahun 2014.Minggu pertama mesyuarat tahun 2014
guru-guru perlu menyediakan RPT tersebut.
Tahun1- Pn Rahayu
Tahun 2 - En.Khidir
Tahun 3 - Pn.Nurul Nadiah

Tahun 4 - Pn. Nurhanani


Tahun 5 - En. Shahman
Tahun 6 - Pn. Suzey

6.3

Ketua Panitia mengingatkan semua guru agar melengkapkan Buku Rekod


Pengajaran dan Pembelajaran dengan menulis maklumat diri, senarai nama murid
serta Rancangan Pelajaran Harian.

6.4

Guru-guru juga perlu menyiapkan Rancangan Pelajaran Harian mengikut cara


penulisan yang betul sebelum masuk ke kelas.

6.5

Papan Kenyataan Panitia PJPK terletak di dalam Stor Sukan.

6.6

Hari Anugerah Cemerlang 2013, Panitia PJPK tidak terlibat.

6.7

Buku Kerja bagi panitia PJPK tidak dibeli untuk tahun ini.
4

6.8 Dokumentasi Program Panitia mata Pelajaran tahun 2013 masih lagi dalam proses.
6.9

Kursus dalaman - Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)


6.9.1 Kursus KSSR dan PBS Tahun 4 (2014)
6.9.2 Bengkel I Think
6.9.3 Kursus VLE frog di adakan 3 September 2013
6.10.1 Kursus Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

6.10 Persediaan TOV PKSR 2


6.11 Pelan Operasi Panitia 2014 akan di sediakan oleh Setiausaha dan Ketua Panitia.
6.12 En. Zamri menyarankan supaya mengadakan penyelarasan dalam setiap bahan
penilaian kepada murid mengikut tahun.
Tindakan : Semua Guru PJPK
7.

Ucapan Penangguhan
Pn.Nurul Nadiah selaku Ketua Panitia PJPK mengucapkan ribuan terima kasih atas
kerjasama yang diberikan oleh guru-guru Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Disediakan oleh;

Disahkan oleh;

.
(Pn. Nurhanani Binti Mohd Noor)
Setiausaha Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan,
Sk Seri Murni.

.
(Pn Nurul Nadiah Binti Muhammad )
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan,
SK Seri Murni.

You might also like