Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Disiplin bilik darjah

Disiplin ialah peraturan-peraturan yang dikenakan atas murid dengan tujuan mengawal
tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Seorang guru harus menentukan
bahawa keadaan bilik darjahnya teratur supaya pengajarannya dijalankan secara
sistematik. Guru juga mesti menetapkan peraturan-peraturan dan hukuman yang
tertentu untuk mengatasi semua jenis tingkah laku bermasalah dalam membentuk satu
kelas yang berdisiplin.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah Disiplin di dalam bilik darjah.
Banyak faktor yang boleh meyumbang kepada masalah disiplin di dalam bilik darjah.
Faktor-faktor ini merupakan faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor-faktor luaran yang
boleh menjejaskan konsep kendiri murid-murid dan menyebebkan masalah disiplin di
sekolah terdiri daripada faktor-faktor seperti :
a. pengangguran
b. kemiskinan
c. kadar jenayah
d. penderaan
e. perpecahan unit keluarga
Kajian-kajian dalam bidang ini juga menunjukkan faktor-faktor signifikan yang
meyumbang kepada masalah disiplin dalam bilik darjah, iaitu :
a. kemahiran belajar murid yang rendah
b. murid yang tidak mempunyai aspirasi dan peluang belajar yang tinggi
c. perhubungan soaial yang rendah di antara murid, ibu bapa dan guru.
d. Ibu bapa yang tidak dapat mengawal anak-anak mereka
e. Murid yang pernah didera sama ada secara fizikal atau seksual.
Faktor-faktor dalaman yang boleh menyebabkan masalah disiplin dalam bilik
darjah ialah :
a. guru yang tidak merancang pengajarannya dengan berkesa.
b. Saiz bilik darjah yang terlalu besar / sempit
c. Konsep kendiri murid yang negatif
d. Menyertai kumpulan / klik liar

e. Disiplin sekolah yang longgar


f. Muril yang sakit / hiperaktif / kerencatan akal
g. Motivasi / dorongan yang rendah daripada ibu bapa
h. Peraturan bilik darjah yang tidak ketat.
i. Objektif pengajaran guru yang tidak jelas.
Cara menangani masalah disiplin dalam bilik darjah
Tanggungjawab guru yang paling besar ialah menyediakan satu persekitaran bilik dsrjsh
ysng membekalkan struktur dan sokongan untuk murid-murid menunjukkan tingkah laku
yang positif. Guru mesti menetapkan satu disiplin standard yang tinggi dan guru mesti
realistik dalam semua jangkaan dan pencapaian matlamat pengajarannya. Masalahmasalah disiplin boleh dikurangkan jika guru mengikuti langkah-langkah berikut :
a. berada di dalam bilik darjah apabila murid-murid ke kelas
b. menjalankan sesi pengajaran dengan sistematik
c. mendengar pendapat murid-murid dan mengambil kira perasaan mereka
d. bersifat sabar dan penyayang
e. membantu murid-murid membuat pilihan yang tepat
f. menggunakan suara yang lembut dan bersifat peramah
g. menggunakan peneguhan yang realistik dan logikal
Beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengurus bilik darjahnya ialah seperti
berikut :
a. Teguran membina
Dalam melaksanakan proses disiplin, guru perlu memastikan yang dia hanya
memberikan teguran yang membina sahaja. Dia tidak boleh menerima alasan atau
menyalahkan mana-mana murid dalam proses disiplin. Dia tidak boleh memalukan /
mengkritik atau meyindir murid-murid dan dia juga tidak boleh mengambil tindakan yang
tergesa-gesa.
Seorang guru yang pandai menguruskan bilik darjahnya hanya boleh memberikan
nasihat yang berguna kepada murid-muridnya. Teguran yang diberikan oleh guru mesti
juga dapat meningkatkan konsep kendiri murid serta dapat menjaga muka muridmuridnya.

b. Hukuman
Jika urid menunjukkan tingkah laku bermasalah, guru mesti memberikan amaran
dan memastikan yang beliau melaksanakan amaran tersebut. Selepas itu, jika murid
masih tidak mahu mengikuti arahan tersebut, guru perlu memberi hukuman kepadanya
dengan memberikan dia time-out atau menghubungi ibu bapanya.
Kalau langkah-langkah ini tidak berkesan, maka guru perlu mengenakan hukuman
untuk mengikis masalah disiplinnya. Guru harus mengenakan hukuman hanya selepas
semua langkah-langkah memodifikasikan tingkah laku yang lain tidak berkesan.
c. Mencegah salah laku
Guru dapat mencegah masalah-masalah salah laku dalam bilik darjah jika ia
mengelak daripada membuat perkara seperti mengkritik dan menjerit kepada murid
serta menggunakan hukuman dan dendaan untuk mengukuhkan tingkah laku yang
dikehendaki dan memalukan murid-muridnya.
Guru juga boleh melaksanakan langkah-langkah pencegahan untuk memastikan
yang tidak terdapat masalah disiplin di dalam bilik darjahnya seperti berikiut :
-

menggubal peraturan bilik darjah yang senang untuk diikuti dan yang dilaksanakan
dengan tekal dan konsisten.

Bersifat adil dan memberikan peneguhan positif untuk tingkah laku positif

Bersifat adil dan saksama terhadap semua pelajar.


Peraturan-peraturan bilik darjah juga harus dibincang oleh guru bersama-sama

dengan murid-murid. Satu lagi cara bagaimana guru boleh mengelakkan masalah
disiplin bilik darjah ialah guru mesti memanggil nama murid dan membuat kontak mata
dengannya sebelum memberikan sebarang arahan. Guru juga mesti memastikan yang
segala tindakan disiplin dilaksanakan, dengan serta merta supaya murid-murid tahu
disiplin adalah satu isu yang serius di sekolah.
Sebarang tingkah laku bermasalah mesti dikendalikan dengan secepat mungkin
supaya ia tidak menjadi lebih besar. Semasa memantau murid-muridnya, guru perlu
sentiasa merapatkan diri dengan murid-murid bagi mengelakkan masalah-masalah
disiplin.
d. Pengurusan disiplin

Dalam proses pengurusan disiplin, guru mesti membina semula persekitaran bilik
darjah dan menjalinkan semula perhubungan yang sihat dengan murid-murid yang telah
melakukan kesalahan. Ini adalah untuk menghilangkan apa-apa prasangka negatif yang
murid ada terhadap guru. Murid yang ada melakukan kesalahan disiplin perlu
memahami yang tingkah laku negatif tidak boleh diterima tetapi dia boleh diterima oleh
guru.
Murid bermasalah juga mesti memahami bahawa dia merupakan satu anggota bilik
darjah yang penting walaupun dia telah melakukan beberapa kesalahan disiplin di
dalam bilik darjah. Selepas menjalani tindakan disiplin, guru perlu menyemak semula
sistem pengurusannya, serta membaiki dan membaikpulih sistem pengurusan bilik
darjah kepada keadaan asal supaya beliau dapat membina satu suasana pengajaran
dan pembelajaran yang sihat semula.
e. Mengamalkan strategi pendisiplinan yang sesuai.
Strategi pendisiplinan yang sesuai boleh diamalkan oleh seorang guru ialah dengan
mengikuti langkah-langkah sistematik seperti berikut :
-

Merancang persekitaran fizikal

Merancang persekitaran psikologi

Menetapkan rutin bilik darjah

Memantau tingkah laku murid

Menunjukkan reaksi kepada tingkah laku bermasalah

Mengatasi masalah disiplin dalam bilik darjah

Menstruktur semula persekitaran pembelajaran

i . Memantau tingkah laku murid


Seorang guru yang pandai mengurus bilik darjahnya perlu memantau tingkah
laku murid-muridnya supaya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan dalam bilik darjah.

ii. Mengatasi masalah disiplin bilik darjah

Dalam pengurusan bilik darjah, tanggungjawab utama guru ialah untuk


mengawal disiplin murid-murid serta mengatasi segala masalah disiplin yang dihadapi
dengan cepat dan berkesan.
iii.Cara guru menunjukkan reaksi kepada tingkah laku bermasalah
Seorang guru yang cekap perlu pandai menunjukkan reaksi kepada semua
tingkah laku bermasalah yang berlaku di dalam bilik darjahnya. Beliau mesti selalu
menunjukkan bahawa beliau adalah sentiasa dalam keadaan terkawal dan emosinya
tenang apabila dia mengamalkan pelbagai strategi pendisiplinan.

You might also like