Glul 3033

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 10
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER KEDUA SESI 2009/2010 FINAL EXAMINATION SECOND SEMESTER SESSION 2009/2010 J KOD ] NAMA KURSUS : GLUL3033 UNDANG-UNDANG SYARIKAT/ COMPANY LAW : 25 APRIL 2010 (AHAD/ISUNDAY) : 9.00 PAGI/A.M~ 12.00 TENGAHARI/NOON (3 JAM/3 HOURS) : DMS, KYM & IKIP kulit hadapan. This book script contains FOUR (4) questions in SEVEN (7) printed pages excluding the cover page. . Anda dikehendaki menjawab SEMUA soalan. You are required to answer all questions. Anda dibekalkan dengan Akta Syarikat 1965, You are provided with the Companies Act 1965. (dengan perkataan J with word) (dengan angka/ with number) CI NO.MEJA TABLE NO. JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERI ARAHAN ‘DO NOT OPEN THIS EXAMINATION PAPER UNTIL INSTRUCTED SULITICONFIDENTIAL we GLUL3033 Undang-undang Syarikat / Company Law SOALAN SATU/QUESTION ONE ii, Bineangkan pengisuan syer secara diskaun. Sokong jawapan anda dengan peruntukan- peruntukan Akta Syarikat 1965. Discuss the issuing of share at discount. Support your answer with provisions of the Companies Act 1965. (10 markab/marks) Bincangkan TIGA (3) prinsip berkaitan pembayaran dividen, Sokong jawapan anda dengan seksyen-seksyen yang berkaitan dan kes-kes yang telah diputuskan, Discuss THREE (3) principles relating to payment of dividend. Support your answer with relevant sections and decided cases. (15 markah/marks) SOALAN DUA/QUESTION TWO Menurut seksyen 218 (1)(i) Akta Syarikat 1965, sescbuah syarikat boleh digulungkan atas alasan “adil dan berekuiti”. Huraikan EMPAT (4) contoh keadaan-keadaan yang tergolong di dalam skop “adil dan berekuiti” serta sokong jawapan anda dengan kes-kes yang telah diputuskan, According to section 218 (1)(i) of the Companies Act 1965, a company can be wound up on the ground of “just and equitable”. Elaborate FOUR (4) examples of circumstances that fall within the scope of “just and equitable” and support your answer with decided cases. (16 markah/marks) GLUL3033 Undang-undang Syarikat / Company Law Dengan rujukan kepada Akta Syarikat 1965, bineangkan peraturan-peraturan berkaitan perlantikan dan pemecatan seorang juruaudit. With reference to the Companies Act 1965, discuss the rules relating to appointment and removal of an auditor. (9 markah/marks) SOALAN TIGA/QUESTION THREE Syarikat Kemas Mantap Bhd. (SKM) telah ditubuhkan pada 20 Julai 2003 untuk tujuan perniagaan perabot_moden. SKM telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya (AGM) yang pertama pada 30 Mei 2004. Berikutan itu, AGM bagi SKM diadakan pada 30 Mei setiap tahun. Pada 30 Mei 2009, SKM mengadakan AGM di Kuala Lumpur. Dalam AGM tersebut, kedua-dua pengarah SKM, iaitu Pek Woon dan Kamarul memutuskan bahawa AGM berikutnya akan diadakan pada bulan Disember 2010, Walau bagaimanapun, tiga orang ahli SKM, iaitu Faiz, Wei Sin dan Gondasamy yang menghadiri mesyuarat tersebut menyuarakan ketidakpuasan hati mereka atas keputusan tersebut. Faiz, Wei Sin dan Gondasamy mendakwa bahawa perancangan untuk mengadakan AGM pada Disember 2010, akan melanggar undang-undang. Pek Woon dan Kamarul tidak menghiraukan dakwaan yang dibuat oleh Faiz, Wei Sin dan Gondasamy. Sclepas mencapai persetujuan bersama, Faiz, Wei Sin dan Gondasamy kemudiannya telah membuat permohonan kepada mabkamah untuk mengadakan AGM pada 30 Mei 2010. Apabila mengetahui tentang tindakan undang- undang yang telah diambil, Pek Woon dan Kamarul menyatakan bahawa usaha Faiz, Wei Sin dan Gondasamy tidak akan berhasil kerana mahkamah tidak berkuasa untuk membenarkan permotonan mereka untuk mengadakan AGM tersebut. ~ GLUL3033 Undang-undang Syarikat / Company Law Pek Woon dan Kamarul masih tetap dengan keputusan mereka untuk mengadakan AGM yang berikutnya pada bulan Disember 2010. Mereka juga bersetyju untuk menghalang Faiz, Wei Sin dan Gondasamy untuk menghadiri serta mengundi dalam semua mesyuarat SKM. Selesaikan masalah di atas berdasarkan peruntukan-peruntukan Akta Syarikat 1965. Syarikat Kemas Mantap Ltd. (SKM) was established on 20 July, 2003 for the purpose of modern furniture business. SKM organised its first annual general meeting (AGM) ‘on 30 May, 2004. Consequently, AGM for SKM had been annually organized on every 30 May. On 30 May 2009, SKM organized an AGM in Kuala Lumpur. In the said AGM, both SKM’s directors, Pek Woon and Kamarul decided that the AGM for the next coming year will be organized in December, 2010, However, three members of SKM, who were Faiz, Wei Sin and Gondasamy who attended the said meeting voiced out their dissatisfaction upon the decision. Faiz, Wei Sin and Gandasamy claimed that SKM’s plan of organizing AGM in December 2010 would be against the law. Pek Woon and Kamarul ignored the claim made by Faiz, Wei Sin and Gondasamy. After achieving mutual consensus, Faiz, Wei Sin and Gondasamy then made the application to the court for organizing AGM on 30 May 2010, After knowing about the legal action taken, Pek Woon and Kamarul stated that the effort of Faiz, Wei Sin and Gondasamy would not be successful as the court had no power to approve their application to organize the said AGM. Pek Woon and Kamarul were still firmed with their decision to organise subsequent AGM in the month of December, 2010. They also agreed to prevent Faiz, Wei Sin and Gondasamy from attending and voting in all SKM’s meetings. ‘Solve the above problem based on the provisions of Companies Act 1965. (8 markab/marks) GLUL3033 Undang-undang Syarikat / Company Law ii, Syarikat Maju Informasi Bhd. (SMI) merupakan sebuah syarikat yang terkenal dengan perniagaan komputer import. Komputer-komputer yang dikeluarkan oleh SMI mula mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan-pelanggan selepas diiklankan di televisyen, Bagi tujuan memperkembangkan perniagaan SMI, lembaga pengarah SMI telah bersetuju untuk mendapatkan pinjaman bernilai RM300,000.00 daripada Bank Kota Raya, Selain itu, mereka bersetuju untuk menggadaikan sebidang tanah kepunyaan SMI di Kampung Pendekar kepada Bank Kota Raya sebagai jaminan terhadap pinjaman, Kulup, iaitu salah seorang pengarah SMI telah mengarahkan Maznah, pegawai pengurusan di SMI untuk mendaftarkan gadaian tersebut dengan Pendaftar Syarikat. Malangnya, Maznah terlupa untuk bertindak sebagaimana yang diarahkan. Selesaikan masalah di atas berdasarkan peruntukan-peruntukan Akta Syarikat 1965. Syarikat Maju Informasi Bhd. (SMI) is a well-known company dealing with a business of imported computer. The computers produced by SMI began to get the encouraging demand from customers after being advertised on the television. For the purpose of expanding the SMI’s business, the SMI’s board of directors agreed to get a loan valuing RM300,000.00 from Bank Kota Raya. Besides, they agreed to charge a piece of land belonging to SMI in Kampung Pendekar to Bank Kota Raya as a security for the loan. Kulup, who was one of the SMI’s directors instructed Maznah, an administrative officer of SMI to register the said charge to the Registrar of Company. Unfortunately, Maznah forgot to act as instructed. Solve the above probiem based on the provisions of Companies Act 1965. (7 markah/marks) GLUL3033 Undang-undang Syarikat / Company Law SOALAN EMPAT/QUESTION FOUR Syarikat Binaan Hijau Sdn. Bhd. (SBH) menjalankan aktiviti pembinaan bangunan yang berkonsep ‘hijaukan bumi’. Penubuhan SBH telah diasaskan oleh En. Austin yang juga merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah SBH. En. Austin merupakan graduan dalam jurusan pengurusan pembangunan dan berpengalaman luas dalam bidang pembangunan semasa memegang beberapa jawatan di pejabat daerah sebelum melepaskan jawatannya. Pada Jun 2009, En. Austin dan lembaga pengarah telah meluluskan SBH untuk membina sebuah kompleks pemiagaan di bandaraya Alor Setar. Selepas enam bulan pembinaan, penduduk setempat telah meminta agar pembinaan tersebut dihentikan kerana ia telah ‘mengancam kawasan persekitaran termasuk pokok-pokok dan habitat burung. Akibat tekanan dari orang awam, SBH telah menangguhkan pembinaan itu. Lanjutan dari itu, suatu mesyuarat agung tahunan telah diadakan oleh SBH. Tiga resolusi penting telah diluluskan oleh ahli-ahli di dalam mesyuarat tersebut, iaifu: i. agar SBH mengambil tindakan terhadap En. Austin, sebagai pengarah, kerana telah cuai dan gagal menggunakan pengalamannya semasa meluluskan pembinaan kompleks pemniagaan schingga telah menyebabkan kerugian kepada SBH; ii. agar SBH menerima tender bekalan bahan binaan yang dikemukakan oleh Syarikat Kayu-Bata Bhd.; |. agar SBH menutup cawangannya di Pulau Pinang kerana masalah kegawatan ekonomi. Sejurus tamat mesyuarat tersebut, En, Austin menafikan sebarang tanggungan yang boleh dikenakan ke alas dirinya memandangkan ancaman yang berlaku terhadap kawasan persckitaran pembinaan adalah di luar dugaannya. Di samping itu, En. Austin turut mencabar keesahan resolusi yang diluluskan ahli yang meminta SBH menerima tender Syarikat Kayu- Bata Bhd. Ini adalah kerana, resolusi tersebut telah mencampuri bidang kuasa lembaga pengarah untuk menerima atau menolak semua jenis tender bekalan bahan binaan seperti yang telah diberikan oleh artikel persatuan SBH. Pada masa yang sama, sebilangan kecil ahli yang hadir ke meytarat itu menyatakan bantahan mereka terhadap keputusan majoriti abli yang mahukan SBH untuk menutup cawangan mereka di Pulau Pinang. Kumpulan abli 5 GLUL3033 Undang-undang Syarikat / Company Law minorit berpendapat bahawa keputusan penutupan cawangan SBH di Pulau Pinang telah dibuat tanpa memperdulikan pandangan minoriti dan seterusnya ia merupakan suatu penindasan kepada ahli-ahli. Dengan merujuk kepada peruntukan-peruntukan Akta Syarikat 1965 dan kes-kes yang berkaitan, analisa hak-hak dan tanggungan pihak-pihak di atas. Syarikat Binaan Hijau Sdn. Bhd. (SBH) runs the construction activities of building with ‘greening the earth’ concept. The establishment of SBH was initiated by Mr. Austin who is also one of the members of SBH’s board of directors. Mr. Austin is a graduate in the field of development management with wide experience in the area of development whilst holding a number of posts at the district office before releasing his post. In June 2009, Mr. Austin and the board of directors had allowed for SBH to construct a business complex in the city of Alor Setar. After six months of construction, the local residents had asked for the said construction to be stopped for it had threatened the surrounding areas including trees and bird's habitat. As a result of pressure from the public, SBH had postponed the construction. In furtherance to this, an annual general meeting was held by SBH. Three important resolutions were passed by the members in the said meeting, namely: i. for SBH to take action against Mr. Austin, as director, for being careless and failed to use his own experience in approving the construction of the business complex until it had caused loss to SBH; ii, for SBH to accept tender for the supply of construction materials forwarded by Syarikat Kayu-Bata Bhd.; iii. for SBH to close its branch in Penang due to economic turndown. Immediately after the end of the meeting, Mr. Austin denies any liability that can be imposed on him since the threat which occurs at the surrounding construction area was outside his expectation. Apart from that, Mr. Austin also challenged the legality of the resolution passed by the members asking the SBH to accept the tender by Syarikat Kayu-Bata Bhd. This was because, the resolution had infringed the jurisdiction of board of directors to accept or reject all kind of tender of supply of construction materials as granted by articles of association of 6 GLUL3033 Undang-undang Syarikat / Company Law SBH. At the same time, a small number of members who attended the said meeting expressed their objection against the decision of the majority members that insisted SBH to close down their branch in Penang. The group of the minority members opined that the decision to close SBH branch in Penang was made without taking into consideration the view of the minority and consequently it is oppression against the members. With reference to the relevant provisions of the Companies Act 1965 and decided cases, analyse the rights and liabilities of all the above parties. (25 markab/marks)

You might also like