Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 37

BAB 8

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

8.1 PENGENALAN
Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang
yang tertinggi untuk menentukan bagaimana
pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan.
Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan
memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh
pelbagai anggota negara itu.
Perlembagaan Persekutuan
menentukan pelbagai
perkara mengenai kebebasan asasi, kewarganegaraan,
kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, perundangan,
peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman,
perkhidmatan awam dan lain-lain - yang mencorakkan
sistem pemerintahan di Malaysia.

Perlembagaan
Malaysia
diasaskan
kepada
Perlembagaan Persekutuan tanah Melayu yang telah
digubal dan dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid yang
diketuai oleh Lord Reid.
Suruhanjaya ini memulakan tugasnya dalam bulan Jun
1956 dan telah menyiapkan laporan perlembagaan
menjelang bulan Februari 1957. Laporan ini
kemudiannya dibahaskan oleh parti politik utama
negara ini dan diluluskan oleh Majlis Perundangan
dalam bulan Jun tahun yang sama. Perlembagaan
Persekutuan mula dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957
apabila Tanah Melayu dikenali sebagai Persekutuan
Tanah Melayu dan mengandungi semua negeri-negeri
Melayu, Pulau Pinang, dan Melaka.

8.2 PERKEMBANGAN DAN PINDAAN PERLEMBAGAAN


Setiap perlembagaan bertulis mengalami perubahan
atau boleh dipinda dari semasa ke semasa.Pindaan
dibuat kerana sikap, fahaman dan kehendak rakyat
telah berubah dan keputusan mahkamah.
Perlembagaan Persekutuan tanah Melayu telah
mengalami beberapa perubahan dan pindaan. Namun,
masih kekal dengan sifat dalam lingkungan rangka
perlembagaan asal yang telah diwujudkan itu.
Contoh, apabila Persekutuan Tanah Melayu bertukar
menjadi Malaysia dan tragedi berdarah 13 Mei 1969,
berkaitan soal hak asasi serta kesetiaan kepada Raja dan
Perlembagaan.

Kebebasan asasi untuk bercakap, berhimpun dan


menubuhkan persatuan sewengang-wenangnya tanpa
kawalan mencetuskan perkara yang tidak diingini. Di
kalangan orang bukan Melayu misalnya, telah dengan
lantangnya mempersoalkan kedudukan raja-raja, hak
keistimewaan orang Melayu dan bahasa Kebangsaan.
Akibat daripada tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei
1969 itu, Parlimen pada tahun 1967 telah meluluskan
akta meminda Perkara 10 Perlembagaan Malaysia
mengenai kebebasan bersuara, berhimpun dan
berpersatuan. Terdapat empat perkara yang dilarang
bagi perbincangan umum, iaitu perkara-perkara yang
dianggap sensitif, seperti soal kewarganegaraan,
kedudukan orang Melayu dan Bumiputera, Bahasa
Kebangsaan, dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Perlembagaan Malaysia boleh dipinda melalui empat cara, iaitu


(i) Dengan mendapat sokongan majoriti biasa.
(ii) Dengan mendapat sokongan dua pertiga semasa dalam bacaan
kedua dan ketiga dikedua-dua majlis dewan.
(iii) Mendapat sokongan dua pertiga semasa bacaan kedua dan
ketiga di kedua-dua majlis Parlimen serta persetujuan Majlis
Raja-raja.
(iv) Dengan mendapat sokongan dua pertiga semasa
bacaan kedua dan ketiga di kedua-dua majlis Parlimen serta
mendapat persetujuan Yang Dipertuan negeri Sabah atau
Sarawak (iaitu bagi pindaan berkaitan dengan negeri-negeri
tersebut.) (lihat perbincangan dalam Bab 7, federalisme di
Malaysia, Shaikh Mohd Noor Alam Bin S.M.,Hussain, KL: DBP,
1988).

8.3 TUJUAN PERLEMBAGAAN


1. Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan Negara
Dengan adanya perlembagaan negara, rakyat dapat
berpegang kepada satu undang-undang yang
diamalkan dan dihormati bersama untuk memastikan
kewujudan sebuah negara yang berdaulat.

2. Sebagai Rujukan
Dengan adanya perlembagaan sebagai undang-undang
tertinggi negara, pihak-pihak yang bertentangan antara
satu sama lain.

3. Mewujudkan Kestabilan Negara


Walaupun pada dasarnya perlembagaan boleh dipinda, namun ia
tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Ia mestilah
berdasarkan perlembagaan juga. Jika pindaan boleh dilakukan
dengan mudah dan mengikut kehendak pemimpin-pemimpin
(penggubal), pemimpin itu mungkin bertindak sesuka hatinya dan
mengabaikan kemahuan rakyat.
4. Mengawal Perjalanan Kerajaan
Tindak-tanduk
pemimpin
mestilah
berdasarkan
kepada
perlembagaan yang telah dicatatkan, bukan bertindak mengikut
sesuka hati. Oleh itu, pihak pemerintah tidak dapat melakukan
sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng daripada
perlembagaan. Ini bererti perlembagaan dapat menjamin agar
pihak pemerintah tidak berlaku curang atau menyalah guna kuasa
yang diperuntukkan kepada mereka.

5. Mengekalkan Keamanan
Perubahan pucuk pimpinan yang berlaku
selepas proses pilihan raya tidak akan
menyebabkan sebarang kesan ke atas negara
mahupun corak pemerintahan. Walaupun
terdapat pertukaran pemimpin, tujuan
pemerintahan tidak akan terkeluar daripada
maksud berusaha memenuhi kehendak dan
aspirasi rakyat.

6.Perlembagaan Menjamin Keamanan Sesebuah


Negara
Dengan adanya perlembagaan, rakyat mendapat
jaminan undang-undang bahawa tidak akan ada
unsur-unsur diskriminasi di kalangan mereka.
Pembahagian kuasa dinyatakan secara jelas
dalam perlembagaan antara rakyat dengan
pemerintah serta badan perundangan telah
memisahkan antara satu sama lain daripada
melakukan penindasan dan salah guna kuasa.
Tidak ada pihak mendapat keistimewaan dari segi
undang-undang, sebaliknya semua orang harus
menghormati dan mematuhi perlembagaan
negara.

8.4 JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN


Perlembagaan terdiri daripada beberapa jenis
1. Perlembagaan Panjang dan Pendek
Perlembagaan yang diamalkan oleh sesebuah negara dengan
negara lain tidak sama. Panjang atau pendek sebuah perlembagaan
itu bergantung kepada berapa banyak perkara yang terkandung di
dalam perlembagaan tersebut.
Contoh Perlembagaan India sangat panjang, manakala
Perlembagaan negara Amerika Syarikat adalah pendek di mana
terdapat hanya tujuh perkara sahaja. Sementara di Malaysia pula
perlembagaannya sederhana panjang, mengandungi 183 perkara.
2

2. Perlembagaan Bertulis dan Tidak Bertulis


Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang terdapat dalam bentuk
dokumen yang nyata, seperti Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan tidak
bertulis merupakan peruntukan yang berselerak dalam akta-akta yang lain
tetapi tidak dikodkan. Perlembagaan jenis ini terdapat di United Kingdom.
Dalam amalannya perlembagaan tidak bertulis menjadikan parlimen
mempunyai kuasa yang sangat tinggi sebagaimana yang wujud di United
Kingdom. Sementara di Malaysia yang mengamalkan perlembagaan
bertulis, kedudukan parlimen tertakluk kepada perlembagaan kerana dari
segi statusnya perlembagaan adalah yang tertinggi.
3. Perlembagaan Berparlimen dan Perlembagaan Berpresiden
Dalam sistem perlembagaan berparlimen ia mempunyai hubungan antara
institusi perundangan dan institusi pemerintahan yang begitu rapat sekali.
Dalam sistem perlembagaan berpresiden, pengasingan kuasa agak jelas
seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat dan Filipina.

4. Perlembagaan Ketat (rigid) dan Perlembagaan Longgar (flexible)


Ketat (rigid) atau longgar (flexible) sesuatu perlembagaan dilihat
kepada keadaan bagaimana perlembagaan itu boleh dipinda.
Perlembagaan itu dianggap sebagai ketat sekiranya sukar dipinda
kerana memerlukan majoriti sokongan yang sangat tinggi.
Sebaliknya perlembagaan itu dianggap longgar sekiranya ia boleh
dipinda dengan hanya memerlukan majoriti kecil sahaja. (simple
majoriti).
5. Perlembagaan Bersekutu dan Perlembagaan Tidak Bersekutu
Dalam perlembagaan bersekutu, kuasa pemerintahannya dibuat
dengan cara pengagihan kuasa. Perlembagaan dengan jelasnya
membahagikan kuasa pemerintahan antara kerajaan pusat dan
negeri. Umpamanya di Malaysia, kuasa itu diperuntukkan melalui
Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
Lazimnya kuasa kepada persekutuan lebih banyak berbanding
dengan kuasa yang dimiliki oleh negeri.

8.5 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN


Lazimnya semua perlembagaan mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi
konsep dan dasar pelaksanaannya. Antara lain ciri-ciri tersebut adalah
seperti berikut:
1. Kekal
Kestabilan dalam melaksanakan perkara-perkara yang menjadi kebiasaan
umum ataupun tatacara yang lazim. Ianya membolehkan rakyat
mengetahui hak-hak mereka, menggunakan hak-hak tersebut, dan
membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam pembangunan negara.
2. Unsur-Unsur Tanggungjawab
Pemerintah adalah bertanggungjawab ke atas rakyat. Segala permintaan
adalah sebagai panduan kepada tindakan-tindakan kerajaan. Rakyat
adalah berhak mengetahui segala perbelanjaan kerajaan dan berhak
menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan.

3. Pilihan Raya
Melalui pilihan raya rakyat boleh memilih wakil mereka dalam dewan
parlimen. Pemilihan ini menggambarkan kuasa sebenar pemerintahan
terletak di tangan rakyat.
4. Pembahagian Kuasa
Perlembagaan memperuntukkan kuasa secara jelas supaya tidak timbul
pertindihan dan tidak ada pihak yang boleh menyalahgunakan kuasa.
Kerajaan memainkan dua peranan penting, iaitu sebagai pemerintah dan
pembuat undang-undang. Badan kehakiman pula menjadi badan yang
melaksanakan undang-undang yang digubal di parlimen.
5. Terbuka
Perkara-perkara yang tidak dianggap sulit mestilah diumumkan agar rakyat
tahu dan menilai apa yang berlaku di dalam negara. Segala perbincangan
yang dijalankan di parlimen akan disebarkan kepada umum melalui media
massa seperti belanjawan tahunan negara dan pembuatan dasar baru.

8.6 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Terdapat beberapa ciri perlembagaan, iaitu
(i) Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan yang bertulis yang
dikanunkan dalam sebuah buku. Hal/keadaan ini berlainan daripada
perlembagaan United Kingdom yang mengamalkan perlembagaan
tidak bertulis.
(ii) Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 Perkara dan 13 Jadual.
Perkara adalah untuk mentakrifkan hak dan kewajipan pemerintah
atau warga negara secara kasar. Manakala Jadual pula berfungsi
menerangkan secara terperinci mengenai sesuatu perkara itu.
(iii)Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan beraja berasaskan
demokrasi berparlimen di mana Perkara 32 menjelaskan mengenai
Kepala Utama Negara bagi Persekutuan.

(iv)Perlembagaan Malaysia bersifat ketat dan sukar dipinda. Pindaan


yang hendak dibuat tidak sama dengan pindaan akta-akta lain yang
diluluskan oleh Parlimen. Perkara 159 memperuntukkan bahawa
beberapa peruntukan yang hendak dipinda hendaklah dipersetujui
oleh Majlis Raja-raja Melayu dan lain-lain hendaklah mendapat
sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan
Negara.
(v) Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang utama dan
tertinggi. Ia memperuntukkan bahawa Perlembagaan adalah
undang-undang yang berlawanan dengannya hendaklah terbatal
dengan sendirinya.
(vi)Dalam perlembagaan Malaysia terdapat idea pengasingan kuasa
sebagaimana doktrin itu diamalkan di England. Pembahagian itu
dapat dibahagikan kepada tiga bahagian yang berlainan dalam
sistem pemerintahan negara, iaitu kuasa menggubal undangundang, pemerintah dan kuasa kehakiman.

(vii)Selain menentukan tanggungjawab Persekutuan dan


mengatur perhubungan antara Persekutuan dan Negeri,
perlembagaan Malaysia juga menentukan kuasa-kuasa
perundangan dan kuasa-kuasa pemerintahan antara
kerajaan pusat dan negeri melalui tiga senarai yang
dipanggil Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai
Bersama.
(viii)Perlembagaan turut memperuntukkan kebebasan asasi.
Bahagian-bahagian
dalam
perlembagaan
Malaysia
mengenai kebebasan asasi individu adalah bahagian yang
mustahak dalam perlembagaan Malaysia bertujuan
menjamin hak asasi seseorang warganegara yang sah dari
segi undang-undang. Peruntukan ini merupakan salah satu
ciri perlembagaan bertulis iaitu menjelaskan dengan nyata
mengenai jaminan perlindungan yang diberikan kepada
setiap warganegara dan orang-orang lain dalam negara itu.

8.7 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Bahagian 1 Bahagian 2 Bahagian 3 Bab 1 Bab 2 Bab 3 Bahagian 4 Bab 1 Bab 2 Bab 3 Bab 4 Bab 5 Bab 6 -

Negeri-negeri, Ugama dan Undang-undang bagi Persekutuan


Kebebasan Asasi
Kewarganegaraan
Perolehan Kewarganegaraan
Penamatan Kewarganegaraan
Tambahan
Persekutuan
Kepala Utama Negara
Majlis raja-raja
Pemerintah
Badan Perundangan Persekutuan
Acara Perundangan
Keupayaan terhadap harta, kontrak dan guaman

Bahagian 5 - Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negerinegeri


Bab 1 - Pembahagian kuasa-kuasa perundangan
Bab 2 - Pembahagian kuasa-kuasa pemerintahan
Bab 3 - Pembahagian beban kewangan
Bab 4 - Tanah
Bab 5 - Pembangunan negara
Bab 6 - Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan kepada
negeri dan pemeriksaan Persekutuan mengenai
kegiatan-kegiatan Negeri
Bab 7 - Masjlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
Bab 8 - Pemakaian bagi Negeri-negeri Sabah dan Sarawak
Bahagian 7
Bab 1 - Am
Bab 2 - Pemakaian bagi Negeri-negeri Sabah dan Sarawak

Bahagian 8
Bahagian 9
Bahagian 10
Bahagian 11

Bahagian 12
Bahagian 12A

Bahagian 13

Bahagian 14

Pilihan raya
Penghakiman
Perkhidmatan Awam
Kuasa-kuasa Khas Menentang
Perbuatan Subversif, dan Kuasakuasa Darurat
Am dan Pelbagai
Perlindungan Tambahan Bagi
Negeri-negeri Sabah dan Sarawak
Peruntukan Sementara dan
Peralihan
Perkecualian Bagi Kedaulatan Rajaraja, dan sebagainya.

8.8 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN


Pembentukan perlembagaan Malaysia telah melalui satu
proses sejarah yang panjang.
Merupakan adunan unsur-unsur yang terdapat dalam
sistem pemerintahan Melayu lama dan juga penjajah
Inggeris.
Kesan peninggalan Inggeris di Tanah Melayu, antaranya
ialah perlembagaan. Beberapa unsur pemerintahan
Inggeris yang pernah diamalkan telah diserap masuk ke
dalam perlembagaan seperti jentera Kerajaan, Parlimen,
dan kewarganegaraan unsur moden
Institusi raja, bahasa Melayu, hak istimewa, dan agama
Islam dikekalkan - unsur-unsur tradisi iaitu amalan praBritish.

Empat unsur lama yang pernah diamalkan dalam sistem pemerintahan


Kerajaan Melayu lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan negara;
1. Pemerintahan Beraja
Raja atau Sultan menjadi simbol kesetiaan orang Melayu. Pemerintahan
dan pentadbiran pada waktu itu berpusat kepada raja dan istana. Kerajaan
itu dari perkataan raja bagai pusat atau fokus segala sumber rujukan dan
kuasa yang membolehkan mereka memerintah secara mutlak.
Kedudukan Raja-raja Melayu dikekalkan apabila Inggeris campur tangan
dalam hal ehwal negeri Melayu dan penasihat Inggeris akan dilantik untuk
menasihati sultan dalam segala hal ehwal perkara yang berkaitan dengan
adat istiadat Melayu dan agama Islam (lihat Maxwell & Gibson, 1924).
Mereka menggunakan kedudukan raja Melayu sebagai simbol perpaduan
dan tempat orang Melayu menumpahkan taat setia mereka sebagai daya
tarikan supaya orang Melayu tidak menentang Inggeris. Sebarang usaha
menentang Inggeris boleh ditafsirkan sebagai menderhaka kepada sultan.

Malayan Union ditentang kerana beberapa perkara


yang menyentuh kedudukan orang Melayu dan
kedaulatan kuasa raja Melayu, sebaliknya
menguntungkan orang bukan Melayu.
Sultan sekarang kehilangan kuasa apabila Tanah
Melayu ditadbir oleh Sir Edward Gent sebagai
Gabenor pertama yang berpusat di Kuala Lumpur.
Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli
atau mengikut tempat lahir telah menghapuskan hak
turun temurun orang Melayu sebagai penduduk asal
negara ini.

Kerakyatan telah memberi orang bukan Melayu


mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu.
Persamaan ini telah menambahkan kebimbangan orang
Melayu terhadap bukan Melayu apabila mereka
menguasai ekonomi perdagangan Tanah Melayu dalam
sektor getah dan bijih timah.
Bantahan segenap lapisan orang Melayu telah berjaya
menggagalkan Malayan Union dan menggantikannya
dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah
mengekalkan kedudukan raja dan menggantikan jawatan
gabenor kepada Pesuruhjaya Tinggi Inggeris ke Tanah
Melayu.

Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 telah


menetapkan Raja Perlembagaan. Yang Dipertuan Agong
(YDA) sebagai Ketua Utama negara memerintah atas
nasihat Perdana Menteri dan kabinet.
Di peringkat negeri, Sultan dan Yam Tuan Besar Negeri
Sembilan memerintah dengan nasihat Menteri Besar dan
majlis mesyuarat negeri.
YDA dan raja-raja Melayu kekal kebal dari segi undangundang dan sebarang perubahan yang hendak dibuat
terhadap kedudukan YDA dan Raja-raja Melayu mestilah
mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

2. Agama Islam
Dalam perlembagaan Malaysia, orang Melayu
didefinisikan sebagai orang beragama Islam dan
mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu serta
bertutur dalam bahasa Melayu.
Orang Melayu telah mengenali dan mengamalkan Islam
sejak lebih 500 tahun yang lalu. Antara faktor penting
agama Islam cepat diterima oleh orang Melayu kerana
sultan pada waktu itu beragama Islam. Orang Melayu
yang terkenal sebagai taat dan pantang derhaka kepada
Sultan begitu mudah menerima Islam sebagai agama
baru mereka, lebih-lebih lagi kedudukan sultan sebagai
ketua agama.

Kedudukan Sultan sebagai ketua agama telah dikukuhkan lagi


apabila Inggeris campur tangan di negeri-negeri melayu pada
tahun 1870-an. Bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874, kuasa
Raja-Raja Melayu telah dihadkan dalam adat istiadat dan agama
Islam sahaja. Selain daripada itu, Sultan hendaklah menerima
nasihat daripada seorang penasihat Inggeris.
Setelah merdeka, Islam telah dijadikan agama persekutuan dan
kerajaan. Sebagai agama rasmi negara, kerajaan mempunyai
kuasa
untuk
memperuntukkan
sebahagian
daripada
perbelanjaan untuk pembangunan dan kemajuan berkaitan
dengan agama Islam, seperti perbelanjaan mengurus, membina
masjid, dan sekolah agama.
Bagaimanapun, sesuai dengan negara demokrasi, agama lain
bebas untuk diamalkan tetapi dilarang untuk menyebarkannya
kepada penganut agama Islam.

3. Bahasa Melayu
Penggunaan bahasa Melayu pada masa dahulu adalah penting
kerana penduduk yang tinggal di Tanah Melayu pada waktu itu
tidak majmuk dari segi bahasa dan budaya yang diamalkan
seperti sekarang.
Tanah Melayu dihuni oleh sebahagian besar penduduknya orang
Melayu. Di samping sebagai bahasa utama di kalangan
penduduknya bahasa Melayu juga menjadi Lingua Franca
(perantaraan) kepada pedagang yang datang berniaga di Melaka
semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Semasa Inggeris menjajah Tanah Melayu, Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi. Segala minit mesyuarat telah ditulis dalam tulisan jawi.

1946, bahasa Melayu dan Inggeris boleh


digunakan dalam mesyuarat tetapi tulisan (minit
mesyuarat) mestilah ditulis dalam bahasa
Inggeris.
1948, Persekutuan Tanah Melayu yang
menggantikan
Malayan
Union
masih
mengekalkan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai
bahasa rasmi.
Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa
perpaduan wujud kembali apabila menyedari
masalah perpaduan yang wujud di Tanah Melayu.

1956, bahasa Melayu telah disyorkan oleh


penyata Razak supaya diterima pakai dalam
sistem pendidikan negara.
1957, kepentingan bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan dan sebagai tolak ansur
antara kaum semasa mencapai kemerdekaan
telah menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara.
1961 - Akta Pelajaran mewajibkan bahasa
Melayu sebagai pengantar di sekolah-sekolah

4. Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu


Hak istimewa bukan perkara asing bagi orang Melayu. Tidak timbul
soal diskriminasi, persaingan dan konflik antara kaum pada waktu
itu. Apabila Inggeris membawa masuk pekerja dalam sektor getah
dan bijih timah dengan jumlah yang ramai sebagai tenaga kerja,
maka soal yang tidak pernah dipersoalkan selama ini telah timbul.
Orang Melayu merasa terancam dan dianak tirikan apabila melihat
jumlah pendatang semakin ramai. Tambahan pula dengan kejayaan
mereka menguasai ekonomi negara telah memaksa kerajaan
memikirkan supaya orang Melayu tidak terlalu ketinggalan jauh dari
kaum pendatang.
Hak istimewa orang Melayu telah diperkenalkan dalam
perlembagaan supaya pembelaan dan Bantuan dapat diberikan
kepada orang Melayu sebagai penduduk peribumi. YDA telah diberi
kuasa untuk pelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu di
Semenanjung.

Sabah dan Sarawak bila menyertai Malaysia pada


tahun 1963. Antara perkara yang terkandung dalam
hak istimewa orang Melayu ialah kuota kemasukan
dalam sektor awam dan kuota kemasukan ke institusi
pengajian tinggi, biasiswa, kemudahan mendapat
lesen dan permit perniagaan. Bagaimanapun YDA
tidak boleh mengganggu atau menarik balik apa-apa
keistimewaan kaum lain untuk diberi kepada
peribumi.

8.9 PERANAN UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN


Unsur-unsur tradisi yang terdapat di dalam perlembagaan
negara unik kerana ia menggabung unsur lama dan baru.
Unsur-unsur tradisi ini boleh menjadikan orang Melayu
setanding dengan kaum lain. Orang melayu yang
ketinggalan dalam semua bidang jika dibanding dengan
kaum bukan Melayu.
Peruntukan yang terkandung dalam hak istimewa orang
Melayu membolehkan kerajaan membantu orang Melayu
supaya mereka tidak ketinggalan terlalu jauh atau
terpinggir di negara sendiri.

Hak istimewa ini juga dapat mengimbangi kedudukan mereka


yang hilang semasa penjajahan Inggeris.
Orang Melayu dipinggirkan dari sektor ekonomi perdagangan
yang menguntungkan. Sebaliknya orang bukan Melayu telah
dibawa masuk sebagai tenaga kerja dalam sector tersebut.
Dasar penjajah Inggeris ini seolah-olah menafikan hak orang
Melayu dan memberikan dasar ekonomi baru kepada
pendatang asing dalam tempoh yang lama.
Konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang
bertujuan mengekalkan ketuanan Melayu sesuai sebagai
penduduk peribumi negara ini. Orang Melayu yang
menduduki negara ini sejak sekian lama memang telah sebati
dengan sistem pemerintahan beraja.

Raja bagi orang Melayu adalah lambang tempat


menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi.
Raja boleh berfungsi sebagai unsur penyatuan
kepada orang Melayu dan penduduk Malaysia yang
berbagai kaum supaya bersatu-padu dengan
memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi.
Semua unsur tradisi yang terdapat di dalam
perlembagaan Malaysia telah dipersetujui bersama
oleh komponen parti Perikatan semasa merangka
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

UMNO telah melonggarkan syarat kerakyatan yang


diberikan kepada kaum buka Melayu, sebagai ganti
kepada persetujuan M.C.A dan M.I.C untuk mengekalkan
unsur tradisi di dalam perlembagaan. Persetujuan dan
tolak ansur ini dikenali sebagai pakatan murni atau quid
pro quo.
Untuk memelihara keharmonian kaum di negara ini,
orang ramai dilarang mengungkit atau memperkatakan
perkara yang telah dipersetujui melalui Akta Hasutan
1948 yang dipinda. Pindaan itu melarang menggolongkan
perkara yang telah dipersetujui semasa mencapai
kemerdekaan sebagai perkara sensitif

You might also like