Penguasaan Tatabahasa

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 27

KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan Penguasaan Tatabahasa Murid


Tingkatan 3A Dalam Kemahiran Menulis
Dengan menggunakan kaedah Majalah Dalam Kelas /MDK-DS

Disediakan oleh :
Pn Aleimmah binti Ali
Guru BM Tingkatan 3A/2009

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU


Kelas 3 Anggerik merupakan kelas yang mempunyai 34 orang murid
yang merupakan target panitia BM PMR tahun 2009 ialah sebanyak 16
orang dan 17 orang lagi dalam Qnett, dalam target lulus.
Walaupun majoriti murid daripada kelas ini merupakan penuntut asli
Bahasa Melayu iaitu sebanyak 27 orang murid berbangsa melayu namun
tahap penguasaan mereka terhadap tatabahasa masih lemah. Saya
sungguh terkejut kerana kebanyakan mereka tidak dapat menguasai
kemahiran tatabahasa, sedangkan mereka telah diajarkan semasa
tingkatan 1 dan 2. Perkara-perkara asas telah didedahkan kepada mereka
sebelum ini. Buktinya apabila saya memberi latihan membina ayat kata
kerja transitif, kebanyakkan mereka tidak dapat membina ayat dengan
gramatis kerana tidak faham akan konsep kata kerja transitif. Kesalahan
penggunaan kata kerja transitif begitu ketara apabila murid-murid menulis
ringkasan karangan, menulis karangan dan menjawab soalan pemahaman
bagi kertas 2 BM PMR. Keadaan ini menggambarkan ada berlaku proses
gangguan sama ada dalam penyampaian maklumat atau kecuaian yang
nyata dari aspek tatabahasa, kerana bukan sahaja dari aspek kata kerja
transitif malah banyak bahagian / unit-unit tatabahasa yang belum boleh
dikuasai dengan baik oleh murid-murid 3A.

Sebagai seorang guru kelas, saya bertanya


apakah punca perkara itu berlaku, antara jawapan
pelajar :a. Kemahiran tatabahasa peringkat menengah rendah semasa

tingkatan 1 dan 2 lebih mudah dan soalan diberikan hanya


berdasarkan soalan berbentuk objektif.
Jikalau tidak
mengetahui jawapan yang tepat murid masih boleh
menjawab dengan menandakan pilihan jawapan yang diberi
(A, B, C, D).
b. Mereka keliru dengan media cetak yang banyak melakukan

kesalahan.
c.

Mereka menggunakan
kebiasaan

sesuatu

konsep

berdasarkan

d. Terpengaruh dengan ayat sms.


e. Cikgu tidak mengajar dengan teliti semasa tingkatan 1 dan 2

terutama aspek bidang kesalahan bahasa bagi tatabahasa.

Jika perkara ini tidak di atasi dengan segera, saya bimbang


akan menjejaskan pencapaian peratus lulus cemerlang BM
peringkat PMR kerana kesinambungan ialah menjejaskan
pula BM peringkat SPM. Apakah ertinya sekiranya pelajar
mendapat gred A tetapi pada hakikatnya aspek tatabahasa
mereka masih tunggang langgang.
Contoh :Antara kekeliruan murid dalam tatabahasa ialah :
Kata Kerja
Kata Kerja menN_
Kata Kerja meN_kan dengan satu objek
Kata Kerja menN_kan dengan dua objek
Kata Kerja menN_i dengan satu objek
Kata Kerja meN_i dengan dua objek

Penguasaan tatabahasa yang lemah juga dikenalpasti


bermula ujian selaras 1 (Februari) dan ujian selaras 2
ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Banyak kesalahan yang berkaitan dengan tatabahasa yang
saya kenalpasti, namun kajian ini akan memfokus kajian
terhadap penggunaan kata kerja berimbuhan meN_ (tanpa
akhiran-kan) dan meNkan (dengan akhiran kan).
DENGAN CARA : MENGGUNAKAN KAEDAH MDK
Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat
majmuk.
Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul
dan gramatis.
Mengenalpasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan
tanda baca dalam ayat.
Mengenalpasti kesalahan penggunaan kata dalam ayat.
Mengambil bahan/hasil penulisan/rencana dalam MDK (Dewan
Siswa) sebagai bahan untuk dipandang dan contoh bagi setiap
kesalahan aspek tatabahasa.

Berdasarkan pencapaian ujian selaras satu pada bulan Februari,


dapatan saya pencapaian keputusan ujian satu amat mencemaskan.
Bagaimanakah saya sendiri sebagai Guru Bahasa Melayu yang
beropsyen dapat mengekalkan prestasi saya sendiri sebagai guru
Bahasa Melayu (BM). Keputusan murid pada ujian selaras satu yang
lebih berdasarkan kepada soalan-soalan tatabahasa, murid-murid
dalam Qnett cemerlang sebanyak 17 orang tidak memperoleh gred A
seperti mana yang diharapkan oleh target panitia dan sekolah bagi
PMR tahun 2009. Berikut keputusan murid semasa ujian selaras (1).

BIL

NAMA PELAJAR

TARGET
SEKOLAH PANITIA

UJIAN 1
TOV
M

1.

ABDUL AUF BIN RAHMAN

73

2.

HAZARUL FIKRI B. SRI AZMI

58

3.

LIM CHEE YONG

55

4.

HAW GUAN SENG

50

5.

MOHD REDUAN BIN AZLEE

65

6.

MOHD HARIS BIN BUANG

58

7.

MOHD AMIRUDDIN IBRAHIM

58

8.

MOHD ZULHELMI BIN ZAINURIN

68

9.

MUHAMMAD SHAFIQ BIN MAHSURI

70

10.

MOHD FITRI BIN FUAD

70

11.

MUHAMAD AFIQ BIN MOHD NOR

60

12.

MUHAMMAD SHAFIQ BIN AMRAN

73

13.

MOHD KHAIRUL NIZAM BIN ABD RAZAK

63

14.

MOHD IRSYAD BIN SIDON

63

15.

SAIA TIONG YAO

70

BIL
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29
30.
31.
32.
33.
34.

NAMA PELAJAR
SITI SYAFIQAH BINTI RAHMAD
NURUL SHAFIQAH IHSAM
NORA BINTI KABIL
NURUL FAEZAH BINTI ABDULLAH
NUR ATIKAH BINTI ZAINUDDIN
MAIZATUL KHALEEDA KHALID
ASMIRA BINTI MOHAMAD
NUR NAJWA BINTIYUSRI
NUR FATIHA AFFIN BINTI RAZALI
NOOR AZILAH BINTI ROSLIN
SYAHIDA BINTI ABU BAKAR
JOYCEYLYN LOO ZI QI
ELAINE LEE YI XIN
HAU BOON SHIN
NG SHIN WEN
SITI NURAZLINDA ZAKARIA
NUR HAZIQAH MD SANI
FATIN SYAHIRAH BINTI KAMZANI
NUR HIDAYAH HAMZAH

TARGET
SEKOLAH PANITIA
C
C
C
C
L
C
L
L
L
L
C
C
C
C
L
L
L
C
L
C
L
C
C
C
C
C
C
C
L
C
C
C
C
L
C
C
C

TOV
B
A
B
B
C
C
B
B
B
B
C
A
C
B
B
-

UJIAN 1
M
55
73
68
70
65
65
65
68
68
65
55
55
33
65
38
78
78
75
75

G
C
B
B
B
B
B
B
B
B
B
C
C
B
B
D
B
B
B
B

OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian selesai dijalankan,
mencapai objektif berikut :-

murid-murid

diharapkan

dapat

1. Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran tatabahasa dalam kalangan murid tingkatan 3
Anggerik.
Objektif Khusus
i) Meningkatkan pemahaman murid terhadap penggunaan kata
kerja berimbuhan men, dan menkan.
ii) Membina ayat-ayat yang gramatis dalam pelbagai jenis penulisan.
III) Meningkatkan kualiti mata pelajaran Bahasa Melayu dalam
peperiksaan sekolah dan peperiksaan awam.
IV) Dapat membina kemahiran bertutur dengan baik
2. Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 34 orang murid tingkatan 3A yang terdiri daripada
34 orang murid iaitu 27 orang murid Melayu dan 7 orang murid Cina.

TINDAKAN YANG DICADANGKAN


Berdasarkan pemerhatian dan penyemakkan latihan atau kerja rumah
yang diberi oleh guru saya mendapati 60% murid tidak dapat memberi
jawapan yang tepat dan kurang berkeyakinan setiap kali memberi
jawapan secara lisan atau bertulis. Sebanyak 34 murid yang terdiri
daripada kelas 3A telah dipilih sebagai subjek kajian panitia BM,
golongan murid ini ialah murid yang boleh menguasai kemahiran (3M),
tetapi menunjukkan kelemahan yang ketara dalam kertas 1
(tatabahasa) yang meliputi 30 soalan pengajian tatabahasa.
Kelemahan aspek tatabahasa dapat dikesan juga melalui kesalahankesalahan yang dilakukan dalam penulisan karangan (kertas 2). Muridmurid tidak menunjukkan penggunaan ayat yang gramatis dalam
penulisan karangan. Murid-murid juga sering menggunakan bahasa
pasar baik dalam penulisan karangan mahupun dalam komunikasi
harian mereka yang kurang menunjukkan kemahiran bertutur dengan
baik semasa sesi ujian lisan dijalankan mahupun apabila guru menyoal
dalam sessi pemelajaran dan pengajaran harian. Murid-murid lebih
mudah menjawab secara ringkas menggunakan kesalahan tatabahasa,
seolah-olah menggambarkan ketidakcekapan berbahasa dengan baik
apatah lagi penggunaan kosa kata yang terhad.

CARA PELAKSANAAN KAJIAN


Kaedah Majalah Dalam Kelas (MDK) merupakan
satu
kaedah
yang
dapat
membantu
dalam
mempelbagaikan teknik dan bahan dalam proses P & P
BM di kelas. Kaedah ini, bagi saya merupakan satu
kaedah yang berupaya mengembangkan sayap guru bagi
membantu murid-murid pada bahagian tatabahasa malah
meningkatkan kemahiran menulis, membaca, dan asasasas pengetahuan berbahasa yang kukuh kepada muridmurid.

Terdapat beberapa faktor yang mewajarkan


kaedah MDK digunakan oleh saya semasa P & P
antara sebabnya ialah :Kaedah MDK sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran
Malaysia yang menginginkan murid sentiasa dalam proses
pembudayaan ilmu. Hal ini bermakna disamping berusaha supaya
murid mendapat kecemerlangan, guru haruslah mengasuh dan melatih
murid untuk meraih dan mendapat seberapa banyak ilmu tambahan
yang manfaat hasil daripada pembacaan bahan yang bermutu. Oleh itu
MDK (Dewan Siswa) digunakan oleh saya dalam setiap kali P & P.
Majalah Dewan Siswa berupaya meningkatkan kecekapan
berbahasa dan ketetapan komunikasi dalam kalangan murid. Hal ini
demikian kerana Dewan Siswa menghidangkan bahan dalam pelbagai
situasi, sistem bacaan dan gaya bahasa yang indah. Selain itu, bahan
yang dihidangkan meningkatkan kepekaan murid terhadap
penggunaan BM dalam pelbagai konteks dan situasi.

MDK - Dewan Siswa (DS) memupuk minat membaca


murid, kesan secara langsungnya ialah :Mewujudkan suasana belajar yang lebih bermakna

Mewujudkan pelbagai aktiviti P & P dengan


pemaksimuman penggunaan deria murid.
Membantu guru dalam mewujudkan aktiviti penulisan,
pengukuhan dan pengayaan.
Menarik minat dan menambah minat murid terhadap
peningkatan penguasaan tatabahasa.

Pengajaran dan pembelajaran tidak membosankan.

PELAKSANAAN TINDAKAN
CARA PELAKSANAAN AKTIVITI 1
Lima minit yang pertama setiap kali P & P guru
memberi latihan, latih tubi secara lisan dan secara
intensif didalam kelas.
Refleksi :
Murid seronok dan dapat belajar perkataan baru
daripada MDK (DS) digunakan.
Hal ini dapat diperhatikanberdasarkanbuku kosa
kata mereka. Murid mencatat ejaan yang betul
dan menyebut perkataan dengan ejaan yang betul.

PERLAKSANAAN AKTIVITI 2
Aktiviti ini merupakan aktiviti murid membina frasa dan
ayat berpandukan gambar.
Pada awal penulisan guru mempamerkan gambar yang
ada dalam Majalah Dewan Siswa.
Murid-murid mengenalpasti tema yang ingin
disampaikan dalam gambar.
Murid-murid membina 5 frasa dengan berpandukan
gambar.
Murid-murid membina ayat dengan menggunakan frasa
yang telah dibina
Guru menganalisis kerja murid.

PERLAKSANAAN AKTIVITI
LATIHAN KARANGAN

Latihan karangan dalam kelas yang meliputi Karangan Respond


terbuka iaitu karangan bahagian C (250 patah perkataan)
Proses pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan berdasarkan
karangan yang menggunakan model/teknik DIKEMASEN dan 5W + 1H.
Guru memberi latihan untuk dijawab oleh murid dengan memberi
penerangan teknik (5W + 1H) dan teknik DIKEMASEN.
Murid-murid menganalisis/meneliti/buku rencana daripada teks untuk
menulis isi-isi karangan berdasarkan teknik (5W + 1h) dan teknik
DIKEMASEN yang telah diajarkan sebelum ini untuk diaplikasikan
dalam penulisan karangan.
Maklumat sebagai isi penting daripada bahan / rencana majalah DS

Dengan menggunakan teknik pemetaan isi-isi penting dikumpulkan.

Selain itu murid mencari penanda wacana yang menarik untuk


setiap pendahuluan, setiap permulaan perenggan dan penutup
perenggan daalm Majalah DS dan mencatat perkataan-perkataan
tersebut dan menggunakan dalam hasil penulisan.
Aspek tatabahasa bagi imbuhan kata kerja ditekankan melalui
pembacaan DS. Tinjauan masalah setiap kali peperiksaan program
ialah guru mendapati murid lemah dalam menguasai tatabahasa
kerana kurang membaca bahan berbentuk ilmiah seperti buku teks,
rujukan dan sebagainya berbanding bahan bacaan berbentuk
hiburan seperti majalah hiburan dan komik. Oleh yang demikian
kadah MDK / Dewan Siswa sebagai alternatif penyelesaian masalah
kelemahan murid secara teknik ansur maju dalam semua aspek
kemahiran BM.
Pelajar juga di suruh menyalin dan menulis karangan mengikut
status mereka samada mereka lulus atau cemerlang. Pelajar lulus
hanya perlu menyalin satu karangan pada setiap kali P & P.
Manakala murid cemerlang dikehendaki menulis karangan pada
setiap minggu. Semakan latihan oleh guru pada setiap minggu.

JADUAL PELAKSANAAN UJIAN


1.

Mengenalpasti masalah dari pengumpulan data awal Minggu pertama Jan 2009

2.

Menulis proposal kajian

Minggu kedua Feb 2009

3.

Merancang tindakan

Februari 2009

4.

Melaksanakan tindakan - Aktiviti

Minggu ketiga Februari 2009

5.

Membincang masalah yang timbul dalam aktiviti 1

Minggu kedua Mac 2009

6.

Melaksanakan tindakan - Aktiviti 2

Minggu ketiga Mac 2009

7.

Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2 April

8.

Refleksi kajian

April

9.

Menulis laporan

Jun

10. Pembentangan dapatan kajian

LDP : Julai 2009

Cara Pelaksanaan
Guru menyemak semua latihan dan ujian yang
dijalankan dan mengenalpasti kesilapan ejaan,
membetulkan kesilapan ejaan serta mencadangkan cara
mengatasi kesilapan ejaan secara spontan didalam
kelas dan secara bertulis di setiap helaian kertas latihan
yang diperiksa.
Membetulkan kesilapan penggunaan kata kerja menN.

Refleksi
Setiap latihan karangan yang baru akan berubah
mengikut pembetulan yang dilakukan ini bermakna
murid sentiasa mengambil perhatian setiap kali
melakukan kesalahan tatabahasa dan memberi
penekanan terhadap pemahaman dalam penggunaan
kata kerja berimbuhan men dan menkan.
Membina ayat-ayat yang gramatis. Dengan ini saya
mendapati penguasaan tatabahasa murid meningkat
dengan secara ansur maju dengan menggunakan DS
yang bukan sahaja membantu aspek penguasaan
tatabahasa malah semua ruang lingkup kemahirankemahiran yang perlu ada dalam BM.

Dapatan Kajian :
Setelah semua aktiviti mengikut item dijalankan, saya dapati
peningkatan dalam menguasai kemahiran tatabahasa (kosa kata,
ejaan, tanda baca) amat memuaskan terutama item 1 & 2, murid
mengambil berat terhadap penggunaan tanda baca dan ayat-ayat yang
gramatis. Kesimpulannya akibat kecuaian bagi murid cemerlang dapat
dikurangkan dan berpotensi cemerlang. Hasil daripada kaedah MDKDS-secara ansur maju pencapaian murid 3A dalam peperiksaan
pertengahan tahun dapat ditingkatkan : kualiti gred A meningkat (rujuk
markah pertengahan tahun).

BIL

NAMA PELAJAR

TAHUN
C/TC

1.

ABDUL ALIF BIN RAHMAN

70/82

76

2.

HAZARUL FIKRI B. SRI AZMI

53/77

66

3.

LIM CHEE YONG

50/55

53

4.

HAW GUAN SENG

40/40

50

5.

MOHD REDUAN BIN AZLEE

43/77

60

6.

MOHD HARIS BIN BUANG

68/62

65

7.

MOHD AMIRUDDIN IBRAHIM

58/87

73

8.

MOHD ZULHELMI BIN ZAINURIN

63/72

68

9.

MUHAMMAD SHAFIQ BIN MAHSURI

73/70

72

10.

MOHD FITRI BIN FUAD

70/77

74

11.

MUHAMAD AFIQ BIN MOHD NOR

75/66

71

12.

MUHAMMAD SHAFIQ BIN AMRAN

65/80

73

13.

MOHD KHAIRUL NIZAM BIN ABD RAZAK

68/54

64

14.

MOHD IRSYAD BIN SIDON

60/62

65

15.

SAIA TIONG YAO

38/42

40

BIL
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.

NAMA PELAJAR
SITI SYAFIQAH BINTI RAHMAD
NURUL SHAFIQAH IHSAM
NORA BINTI KABIL
NURUL FAEZAH BINTI ABDULLAH
NUR ATIKAH BINTI ZAINUDDIN
MAIZATUL KHALEEDA KHALID
ASMIRA BINTI MOHAMAD
NUR NAJWA BINTIYUSRI
NUR FATIHA AFFIN BINTI RAZALI
NOOR AZILAH BINTI ROSLIN
SYAHIDA BINTI ABU BAKAR
JOYCEYLYN LOO ZI QI
ELAINE LEE YI XIN
HAU BOON SHIN
NG SHIN WEN
SITI NURAZLINDA ZAKARIA
NUR HAZIQAH MD SANI
FATIN SYAHIRAH BINTI KAMZANI
NUR HIDAYAH HAMZAH

TAHUN
C/TC
M
73/84
74
78/82
80
63/85
75
63/83
73
55/70
63
78/84
81
70/79
75
65/79
72
60/85
74
58/73
66
68/80
75
73/85
80
50/74
62
63/76
70
53/67
60
76/86
80
73/90
82
68/72
70
65/86
76

G
B
A
B
B
C
A
B
B
B
B
B
A
C
B
C
A
A
B
B

Refleksi kajian.
Penilaian pencapaian murid.
Kesemua aktiviti dirancang telah berjalan lancar. Keyakinan diri murid
menunjukkan peningkatan yang positif. Latihan harian diteruskan masih
menggunakan MDK-DS daripada guru. Peningkatan markah dan
penambahan gred A dalam kalangan murid yang cemerlang semasa
peperiksaan pertengahan tahun menunjukkan keberkesanan MDK-DS
meskipun tidak semua murid memperoleh gred A dalam peperiksaan
pertengahan tahun yang lalu. Sekurang-kurangnya
membantu murid yang lemah dan cemerlang secara ansur maju.

Rumusan Pemerhatian
Sikap kurang minat, malas, kurang tumpuan, kesilapan penggunaan
tatabahasa dalam penulisan menunjukkan pengurangan. Kesemua
aktiviti berjaya mengurangkan kesilapan tatabahasa dalam penulisan
karangan. Penggunaan imbuhan mendapat dikuasai oleh murid.
Seterusnya saya ingin meningkatkan penguasaan murid dalam kelas
pemulihan pula memandangkan banyak kebaikan iaitu : KAEDAH MDK-DS :Dapat menggerakkan kepada Guru Kreatif Pelajar Aktif. Pendekatan
ini mampu mengurangkan kebosanan murid dalam P & P kerana
bahan sajian MDK-DS pelbagai bentuk. Kaedah MDK berterusan
berupaya melahirkan modal insan seperti diharapkan oleh Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Kesan jangka panjang kepada murid-murid jika menggunakan


MDK-DS :Secara berterusan oleh guru-guru hingga peringkat SPM boleh
mendatangkan faedah melalui aktiviti-aktiviti yang diatur iaitu :Contoh aktiviti
Faedah kepada murid
a.) Memanfaat ayat dan frasa yang Berupaya bertutur dan menulis dengan
menarik (indah)
menggunakan bahasa yang indah
b.) Meramalkan watak perwatakan

Kebolehan meramal watak perwatakan


seseorang

c.) Meneruskan cerpen

Berpotensi menjadi penulis cerpen dan


novel

d.) Meneruskan cerpen kepada komik

Melahirkan penulis / pelukis komik

e.) Menukar cerpen kepada skrin dram

Berpotensi menjadi penulis skrip drama


/ filem

f.) Melagukan sajak


Melahirkan penyanyi
g.) Menterjemahkan puisi kepada bentuk Berpotensi menjadi pelukis grafik
grafi / lukisan

Kesimpulan
Kajian ini menunjukkan guru sentiasa membuat refleksi ke atas amalan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Hal ini kerana
kebanyakan aktiviti yang dijalankan adalah berpusatkan kepada murid.
Guru mestilah kreatif dan inovatif dalam mengintegrasikan pelbagai
kaedah dan teknik mengajar terkini.
Akhir kata, murid adalah amanah yang dipertanggungjawab. Oleh itu,
meskipun agak sukar dan kandangkala kita mengeluh dengan
pencapaian minima murid, namun itu bukanlah alasan untuk tidak
berbuat apa-apa. Kita perlu berbuat sesuatu supaya semua murid
menerima pendidkan berkualiti dan selaras berdasarkan kurikulum
pendidikan kebangsaan.

You might also like