Sejarah 3ppismp Sejarah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

1.

0 Pendahuluan
Kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu dalam tempoh tahun
1850 hingga tahun 1940 telah membawa banyak perubahan yang ketara dalam
sistem pentadbiran, ekonomi dan keadaan sosial di negara kita seperti yang
dapat kita lihat pada hari ini iaitu Tanah Melayu ataupun dikenali sebagai
Malaysia pada hari ini terdiri daripada pelbagai jenis kaum yang hidup dalam
keadaan yang harmoni.
Sejarah kemasukan ataupun penghijrahan imigran Cina dan India ini
bukannya bermula dengan pengenalan bijih timah dan getah akan tetapi
kemasukannya telah bermula seawal kurun ke-16. Menurut T. G Mc Gee dalam
rencananya yang bertajuk Population: A Perliminary Analysis Beliau memberi
cadangan bahawa terdapat lima peringkat petempatan awal imigran-imigran luar.
Kedatangan paling awal imigran Cina dan India menurut beliau adalah apabila
perkembangan

kerajaan-kerajaan

Melayu-Hindu,

kedatangan

islam

ke

Nusantara dan juga apabila bermulanya perluasan kuasa oleh Eropah 1. Pada
masa itu, kemasukan imigran Cina dan India telah bermula tetapi dengan jumlah
yang agak kecil iaitu mereka mula bertapak di Melaka pada Zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Pernyataan ini dapat dikukuhkan lagi apabila Sultan Melaka
pada ketika itu iaitu Sultan Mansur Syah telah mengahwini Puteri negara China
iaitu Puteri hang Li Po. Melalui perkahwinan ini, kita telah dapat mengetahui
bahawa telah wujudnya hubungan diplomatik antara Tanah Melayu dengan
negara China seawal kurun ke-16. Oleh itu, melalui perkahwinan orang tempatan
dengan orang Cina pada masa itu maka berlakulah percampuran budaya dan
adat yang juga membawa kepada kelahiran keturunan Melayu-Cina yang
dikenali sebagai Baba dan Nyonya yang hanya terdapat di Melaka.
Kemasukan buruh-buruh India pula telah bermula apabila British
menguasai Pulau Pinang dan seterusnya membentuk Negeri-Negeri Selat iaitu
hasil gabungan daripada 3 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka dan
Singapura bagi melicinkan lagi pentadbiran dan menjimatkan kos. Kemasukan
imigran-imigran India bermula pada tahun 1790 hingga tahun 1860 ini terbahagi
1

kepada 2 jenis iaitu melalui pembuangan banduan-banduan India

dan juga

melalui perjanjian yang akan diterangkan dengan lebih dalam lagi dalam topik
yang seterusnya. Banduan-banduan tersebut akan dijadikan buruh kasar bagi
memenuhi kemudahan yang dibina oleh pihak Inggeris seperti pembinaan jalan
raya, pembinaan jambatan, bangunan-bangunan dan juga landasan kereta api di
Pulau Pinang yang menjadi tempat pembuangan banduan pada masa itu.
Kesimpulannya,

kemasukan

imigran-imigran

Cina

dan

India

ini

sebenarnya telah mula pada awal lagi tetapi melalui jumlah yang tidak besar dan
juga tidak tidak ketara dari segi angka kemasukannya. Walau bagaimanapun,
bermula pada tahun 1850 sehingga tahun 1940 jumlah kemasukan imigran Cina
dan India ke Tanah Melayu meningkat kepada jumlah yang amat besar dari
semasa ke semasa berikutan dengan perkembangan perusahaan bijih timah dan
getah. Pernyataan ini dapat dibuktikan apabila jumlah kemasukan Imgiran India
pada tahun 1909 mencecah sehingga 55 132 orang manakala imigran Cina pada
tahun 1907 telah mencapai sehingga 231 368 orang yang bekerja dalam sektor
perlombongan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Melalui jumlah kemasukan yang begitu tinggi imigran-imigran Cina dan
India ini ke Tanah Melayu. Pastinya pembaca akan tertanya-tanya akan sebabsebab yang membawa kepada kemasukan mereka dan apakah kesannya
terhadap perkembangan bijih timah dan getah di negara kita berikutan
penghijrahan mereka yang beramai- ramai ke Tanah Melayu dalam lingkungan
tahun 1850 sehingga tahun 1940?
2.0 Sebab-sebab kemasukan imigran Cina dan India
Sejak penguasaan Inggeris di Tanah Melayu terutamanya apabila
pengambilan Pulau Pinang pada tahun 1786, Singapura pada tahun 1819 dan
Melaka pada tahun 1824 yang selepas itu diikuti oleh negeri-negeri lain, sebab
utama kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu adalah untuk mengeksploitasikan
kekayaan hasil-hasil bumi yang terdapat di Tanah Melayu demi kepentingan
mereka sendiri. Melalui faktor inilah pihak Inggeris berusaha memperkenalkan
2

bijih timah di Tanah Melayu kerana mereka sedar bahawa bijih timah mempunyai
potensi untuk berkembang maju.
Sejak dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, bijih timah telah
dianggap salah satu barang dagangan yang penting oleh saudagar-saudagar
yang datang ke Melaka sehingga pernah berlaku cubaan oleh kuasa-kuasa luar
untuk menguasai bijih timah di Tanah Melayu walaubagaimana pun pada ketika
itu sumber biji timah adalah terhad. Pernyataan ini sokong oleh Ma Huan iaitu
seorang penulis Cina yang terkenal pada tahun 1408. Menurut beliau, bijih timah
adalah satu bahan eksport utama di Melaka. Buktinya kawasan Manjong dan
Beruas yang terletak di Perak telah menjadi tempat perlombongan bijih timah
menurut daripada catatan pegawai British.2
Sebelum kurun ke-19, orang-orang Melayu merupakan kaum yang
mengusahakan bijih timah secara kecil-kecilan menggunakan keadah tradisional
iaitu melampan akan tetapi kaedah melampan tidak mampu untuk menghasilkan
bijih timah yang banyak dan mengambil masa yang agak lama. Pada masa itu,
bijih timah dikuasai oleh Sultan dengan dua cara. Pertama, orang Melayu yang
menguasahakan bijih timah dikehendaki membayar cukai sebanyak 10% kepada
Sultan iaitu membayar dalam bentuk bijih timah. Kedua adalah Sultan akan
menjadi pembeli tunggal terhadap bijih timah yang dihasilkan oleh orang-orang
Melayu.
Pada awal kurun ke-19, permintaan terhadap bijih timah semakin
meningkat oleh itu pihak Inggeris ingin mencari buruh yang murah dan ramai
untuk bekerja di kawasan perlombongan. Kemasukan imigran Cina ke Tanah
Melayu ini adalah berdasarkan beberapa faktor yang penting. Seperti mana yang
telah dikatakan tadi, Inggeris berusaha untuk membawa imigran-imigran Cina ini
masuk ke dalam Tanah Melayu agar dapat menampung permintaan dunia
terhadap bijih timah.
Pertamanya adalah melalui dasar Inggeris yang mengatakan tidak mahu
mengganggu ataupun mengugat struktur masyarakat Melayu yang selama ini
3

mempunyai cara hidup sendiri inilah yang menyebabkan Inggeris ingin


mengambil buruh-buruh daripada negara Cina untuk mengerjakan lombong bijih
timah. Tambahan pula, mereka mengatakan bahawa orang-orang Melayu tidak
berminat untuk bekerja sebagai buruh di kawasan perlombongan dan juga getah
yang menyebabkan mereka membawa masuk buruh-buruh dari negara China.
Dengan adanya galakan daripada pihak Inggeris maka syarat kemasukan buruhburuh Cina ke Tanah Melayu adalah longgar dan mudah. Faktor dalaman yang
berlaku dalam negara mereka mendorong kepada imigran-imigran Cina ingin
mencuba nasib di negara orang dengan tujuan ingin memperbaiki taraf
kehidupan mereka demi kepentingan diri sendiri ataupun keluarga mereka.
Keduanya, adalah disebabkan oleh negara mereka sendiri iaitu negara
China tidak mampu untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya
sendiri disebabkan pada masa itu, keadaan ekonomi negara Cina adalah kurang
baik. Keadaan ini menjadi lebih buruk disebabkan orang penduduk negara Cina
yang amat ramai ataupun berlebihan yang secara langsung membawa kepada
kemiskinan

dalam

kalangan penduduknya

disebabkan tiadanya

sumber

pendapatan merekan untuk menampung diri dan juga keluarga.


Malahan bencana alam seperti banjir telah memburukkan lagi keadaan
iaitu menyebabkan hasil-hasil pertanian penduduk Cina rosak seterusnya
membawa kepada kebuluran.
Pemberontakan yang berlaku di Taiping di kawasan tengah dan selatan
China pada tahun 1857 juga telah memburukkan lagi keadaan pada masa
itu.Walaubagaimana pun menurut seorang penulis yang bernama Kerniel Singh
dalam bukunya yang bertajuk Indians in Malaya. Beliau berkata kebanyakan
penduduk yang berhijrah ini berasal daripada Kwatung dan Fukien iaitu kawasan
China yang masalah-masalah ini sebegitu menonjol3.
Selain itu, pedagang-pedagang Cina yang pernah berdagang di Tanah
Melayu memainkan peranan yang penting dalam mendorong migrasi pendudukpenduduk negara China dengan cara menceritakan keadaan dan ekonomi di
4

Tanah Melayu yang begitu baik sehinggakan menimbulkan niat mereka untuk
berhijrah ke Tanah Melayu. Keadaan wujudnya hubungan antara Tanah Melayu
dan negara China ini disokong oleh Victor Purcell yang mengatakan kegiatan
ataupun perdagangan yang telah terjalin sejak sekian lama dahulu antara Tanah
Melayu dan China4. Jika kita lihat kepada kerajaan mereka iaitu kerajaan China
yang tidak menghalang rakyatnya untuk meninggalkan negara juga menjadi
sebab mereka berhijrah ke Tanah Melayu. Malahan, kepada mereka yang telah
berhijrah juga masih dianggap ataupun diiktiraf sebagai rakyat di negara tersebut
tanpa perlu risau kewarganegaraan mereka akan dilucutkan.
Melihat kepada kemasukan imigran-imigran India ke Tanah Melayu pula,
semestinya kita akan kaitkannya dengan perkembangan getah di Tanah Melayu.
Sebelum melihat kepada cerita lanjutnya, perusahaan kopi yang terdapat di
Tanah Melayu telah memberi kesedaran kepada Inggeris berkaitan dengan
keadaan cuaca, iklim dan tanah di Tanah Melayu yang juga berkemungkinan
bersesuaian dengan tanaman baru yang lain iaitu getah. Oleh itu, pada tahun
1860 Ketua Bahagian Pejabat India yang berpusat di London mencadangkan
getah patut diperkenalkan di Tanah Melayu.
Pada tahun 1876, getah mula ditanam di Taman bunga Diraja Kew,
England oleh henry Wickam melalui dua buah rombongan yang pergi ke Brazil
untuk memperoleh biji dan benih getah. Berikutan pada tahun 1877 iaitu 1 tahun
selepas penanam benih getah di England, 20 anak pokok getah dihantar ke
Singpura akan tetapi separuh daripada jumlah tersebut ditanam di Taman Bunga
Singapura manakala separuh lagi ditanam di residen Hugh Low di Kuala
Kangsar dan akhirnya pada tahun 1888, H.N Ridley dilantik menjadi ketua
Taman Bunga Singapura. Beliau mula memujuk-mujuk peladang Eropah supaya
menanam getah dan akhirnya dikenali sebagai Ridley Getah ataupun Ridley Gila
kerana pada tahun 1890-an penerimaan getah masih lagi diragui. Hal ini
demikian kerana getah berasal daripada negara Brazil, kesesuaiannya dengan
iklim di Tanah Melayu masih diragui oleh peladang Eropah.

Pada masa itu juga getah belum pernah lagi ditanam secara besarbesaran dan mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan hasil getah.
Akhirnya, jangka masa yang diperlukan bagi pokok getah untuk menghasilkan
susu belum diketahui lagi. Oleh itu, pada masa tersebut getah masih belum
mampu menarik minat pelabur-pelabur Eropah untuk melabur dalam perusahaan
getah. Akan tetapi, apabila harga kopi mula merosot di pasaran dunia dan harga
getah semakin meningkat berikutan permintaan dunia terhadap getah yang juga
semakin meningkat kerana getah mula digunakan untuk membuat barangan
yang berbagai-bagai jenis seperti kasut, tayar basikal dan tayar kenderaan.
Tambahan pula, apabila terciptanya tayar angin oleh J.B Dunlop pada
tahun 1888 dan mula digunakn oleh kenderaan bermotor pada tahun 1895. Di
samping itu, kejayaan penanam getah seperti Kindersley pada tahun 1898, Tan
Chay Yon pada tahun 1896, F.A Stephens pada tahun 1897 dan Heslob Hill
pada tahun 1898 menyebabkan pihak Inggeris mula melihat potensi perusahaan
getah di Tanah Melayu dengan itu Inggeris menggalakkan kemasukan imigranimigran India ke Tanah Melayu untuk bekerja di sektor getah bagi menampung
permintaan getah yang semakin meningkat di pasaran dunia.
Seperti mana yang telah diterangkan dalam pendahuluan, buruh-buruh
India telah datang ke Tanah Melayu sejak daripada pembukaan Pulau Pinang
lagi melalui banduan-banduan iaitu dalam bilangan yang kecil akan tetapi jumlah
kemasukan imigran-imigran India ke Tanah Melayu mulai meningkat dengan
begitu mendadak sejurus apabila pihak Inggeris mula menggunakan pelbagai
jenis cara untuk menarik minat orang-orang India untuk bekerja di Tanah Melayu.
Sebagai contohnya, penubuhan Tabung Imigran India(Tamil Immigration Fund)
adalah untuk memudahkan pengurusan pengambilan buruh-buruh India ke
Tanah Melayu. Dasar British yang juga telah diterangkan awal tadi iaitu dengan
menggunakan alasan bahawa orang-orang Melayu tidak berminat bekerja
sebagai buruh ini telah menyebabkan buruh-buruh asing dimasukkan ke Tanah
Melayu.

Faktor-faktor dalaman yang mendorong kepada penghijrahan imigranimigran India ke Tanah Melayu adalah disebabkan oleh penguasaan British
terhadap India. Sejak penguasaannya terhadap India, rakyat India hidup dalam
keadaan yang tertindas dalam segi ekonominya. Hal ini demikian kerana apabila
revolusi belaku di Barat, tanah-tanah jajahan dipaksa untuk menyediakan bahanbahan mentah bagi tujuan dieksport ke dalam negara mereka. Kesan daripada
itu, peluang ekonomi yang dapat diceburi oleh rakyat negara India sendiri
dihadkan malah terhad. Mereka tidak berpeluang untuk menceburi dalam bidang
ekonomi yang lebih besar.
Keadaan bertambah buruk apabila tuan tanah yang sering menindas
rakyat India untuk mendapatkan untung menyebabkan rakyat India hidup dalam
keadaaan miskin. Contohnya, cukai 80% dikenakan terhadap hasil keluaran
orang India. Pernyataan ini disokong oleh Kernial Singh Sandhu. Beliau
berpendapat bahawa kedatangan British ke India membawa dasar-dasar baru
menyebabkan ramai rakyat di negara tersebut berhijrah5. Kebuluran serta
bencana-bencana alam seperti banjir dan kemarau yang sering melanda negara
tersebut juga menjadi salah satu faktor penghijrahan orang-orang India ke Tanah
Melayu dengan tujuan ingin memperbaiki taraf kehidupan denagn cara mencari
wang di Tanah Melayu dan seterusnya pulang ke negara asal.
Jika kita melihat kepada aspek yang lebih ketara atau menonjol, amalan
yang telah menjadi tradisi di negara India sejak dahulu lagi iaitu Sistem Kasta
telah banyak membawa kesusahan

terhadap kebanyakan rakyat India

terutamanya golongan yang terdiri daripada golongan kasta rendah seperti


rakyat biasa. Mereka sering ditindas dari segi kehidupan dan ekonomi.
Pernyataan ini disokong oleh Rabindra Daniel, beliau menyatakan bahawa
golongan kasta rendah sering dizalimi, dianiayai dan peluang ekonomi mereka
juga disekat6. Oleh itu, majoriti penduduk India yang berhijrah ke Tanah Melayu
terdiri daripada kasta rendah iaitu kebanyakan daripada mereka ini berasal dari
India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras.

Faktor tarikan yang membawa kemasukan imigran India ke Tanah Melayu


ataupun yang menjadi pendorong kepada penghijrahan beramai-ramai imigran
India ke dalam Tanah Melayu adalah disebabkan oleh ekonomi di Tanah Melayu
semakin meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu, Inggeris sering berusaha
untuk

membawa

kepada

kemasukan

Imgiran

India

dan

menggalakan

perusahaan getah di Tanah Melayu.


Kita dapat melihatnya melalui usaha kerajaan iaitu dengan meluluskan
satu peruntukan wang sebanyak $400 untuk menjalankan eksperimen terhadap
getah pada tahun 1900. Lantasnya pada tahun 1905, Jabatan Pertanian NegeriNegeri Melayu Bersekutu ditubuhkan di Kuala Lumpur untuk tujuan menambah
baikkan perusahaan getah di Tanah Melayu. Sebagai contohnya, Jabatan
Pertanian ini bertanggungjawab untuk mencari jenis-jenis pisau toreh yang baik
agar tidak merosakkan pokok getah tersebut. Jabatan tersebut juga telah
membuktikan bahawa penerohan pada waktu pagi adalah lebih baik berbanding
pada waktu malam kerana penorehan pada waktu yang siang akan memperolehi
lebih banyak hasil iaitu susu getah yang banyak dan jarak yang sesuai antara
pokok getah.
Lebih-lebih lagi apabila Inggeris mengenakan syarat yang longgar
terhadap penanaman getah iaitu Inggeris mengenakan cukai tanah yang amat
rendah kepada sesiapa yang ingin menguasahakan penanaman getah iaitu
cuma mengenakan 10 sen untuk 10 tahun pertama kepada pengusaha yang
berminat dan mengenakan cukai sebanyak 2.5% daripada nilainya selama 15
tahun bermula daripada pokok getah tersebut ditanam.
Kesimpulannya, usaha yang dijalankan oleh Inggeris bagi menggalakkan
perusahaan getah ini telah membuktikan bahawa getah telah menjadi salah satu
tanaman yang penting di Tanah Melayu. Di samping itu, kemasukan imigranimigran India ke Tanah Melayu ini menjadi mudah dan lebih senang seperti
mana yang juga berlaku terhadap imigran-imigran Cina iaitu keperluan buruhburuh oleh Inggeris di Tanah Melayu ini dikesan oleh orang India melalui
perdagangan iaitu pedagang India yang datang berdagang di Tanah Melayu
8

membawa balik berita kepada penduduknya bahawa kekeurangan buruh-buruh


di Tanah Melayu.
Oleh itu, peluang ini menjadi pendorong kepada orang-orang India untuk
melakukan anjakan paradigma dalam hidup mereka. Kesan daripada inilah
kebanyakan orang-orang India yang berhijrah ke Tanah Melayu terdiri daripada
mereka yang miskin dan tidak mempunyai pekerjaan. Malahan, kerajaan Inggeris
pula tidak menghalang kemasukan imigran-imigran India ke Tanah Melayu dan
mereka jugalah menjadi pihak yang berusaha menggalakkan kemasukan
imigran-imigran India ke Tanah Melayu.

Akhirnya cara-cara kemasukan imigran Cina dan India juga sedikit


sebanyak mendorong kepada kemasukan beramai-ramai mereka ke Tanah
Melayu apabila berkembangnya bijih timah dan getah. Jika anda lihat, cara-cara
kemasukan imigran Cina dan India mempunyai ciri-ciri yang agak sama iaitu
kebanyakannya melalui agen-agen atau orang tengah yang telah diberikan
tanggungjawab untuk mengambil mereka bekerja di Tanah Melayu sebagai
buruh dan mereka akan terikat kepada majikan tersebut untuk satu tempoh masa
sehingga hutang perjalanan mereka langsai iaitu dengan cara bekerja kepada
majikan tersebut. Terdapat juga sesetengah imigran yang masuk ke dalam
Tanah Melayu menggunakan wang sendiri iaitu kepada mereka yang mampu.
Kemasukan menggunakan wang sendiri ini tidak terikat kepada mana-mana
institusi malah mereka bebas untuk memilih pekerjaaan yang ingin diceburi.
Cara kemasukan imigran-imigran Cina ke Tanah Melayu adalah melalui
kepada Sistem Tiket Kredit juga merupakan sistem terawal yang digunakan bagi
membawa masuk orang-orang Cina. Melalui sistem ini orang tengah diberi
tanggungjawab untuk mencari buruh-buruh dari negara China dengan cara
membayar perbelanjaan perjalanan mereka. Orang tengah ini dikenali sebagai
broker

ataupun coolie-brokers. Walaubagaimana pun, menurut W.L Blythe,

orang tengah yang dilantik ini cuma ingin mencari untung dengan cara
9

mendapatkan lebih ramai buruh agar mendapat komisen yang lebih 7. Setibanya
imigran-imigran Cina ini di pelabuhan Singapura, mereka akan ditawarkan
kepada majikan yang ingin mengambil mereka untuk bekerja dan majikan
tesebut akan membayar wang kepada broker tersebut sebagi upah. Imigran
tersebut terpaksa bekerja dengan majikan tersebut bagi melangsaikan hutang
dengan cara potongan gaji.
Oleh itu, broker sering menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan
lebih ramai buruh-buruh Cina yang secara langsung membawa kepada
peningkatan kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu. Antaranya adalah
mereka menggunakan cara pujukan iaitu

memujuk petani-petani Cina untuk

berhijrah ke Tanah Melayu dengan menceritakan hal-hal yang baik dan


keuntungan yang bakal diterima semasa bekerja di Tanah Melayu.
Selain itu, orang-orang Cina juga akan diperangkap dengan cara
digalakkan untuk berjudi dan apabila mereka kalah lalu gagal membayar semula
wang tersebut maka mereka akan dipaksa untuk bekerja di Tanah Melayu.
Walaubagaimana pun, sistem ini diharamkan pada jun 1894 berikutan
berlakunya penganiayaan. Menurut W.L Blythe, beliau berpendapat bahawa
kegiatan membawa masuk pendatang yang dinamakan Sinkheh ini tidak ada
bezanya dengan memperniagakan binatang kerana mereka diberi layanan yang
teruk8. Hal ini demikian kerana semasa migrasi orang-orang Cina dari negara
China, pelayaran yang dinaiki adalah penuh sesak berikutan orang yang terlalu
ramai dan kapal yang kecil. Oleh itu, ramai orang-orang Cina yang meninggal
dunia sebelum tiba di Tanah Melayu.
Sistem lain yang digunakan adalah Sistem Sewa yang juga mempunyai
ciri-ciri yang agak sama dengan Sistem Tiket Kredit. Seorang ketua yang dikenali
sebagai Kheh Tau diberi tanggungjawab untuk mendapatkan tenaga buruh
daripada negara China. Akan tetapi melalui sistem ini juga, penindasan juga
berlaku dan pada akhirnya juga diharamkan.

10

Kemasukan imigran-imigran India pula adalah berdasarkan sistem


Indenture ataupun lebih dikenali sebagai Sisitem Buruh Kontrak yang menjadi
sistem terawal bagi membawa kepada kemasukan buruh-buruh India ke Tanah
Melayu. Melalui sistem ini, satu organisasi diwujudkan di India iaitu
Jawatankuasa Imigresen India yang bertanggungjawab untuk menguruskan
tabung khas yang dikenali sebagai Indian Imigration Fund. Peranan utama
organisasi ini ditubuhkan adalah menguruskan pengambilan masuk buruh India
ke dalam Tanah Melayu.

Secara tidak langsung, penubuhan organisasi ini

mewujudkan kepercayaan dalam kalangan rakyat India untuk berhijrah ke Tanah


Melayu. Walaubagaimana pun, sistem ini diharamkan pada tahun 1910 berikutan
kepada penindasan yang berlaku terhadap buruh-buruh tersebut.
Selepas itu, satu sistem baru telah diperkenalkan bagi mengantikan
Sistem Indenture iaitu Sistem Kangani. Melalui sistem ini, seorang kangani yang
bekerja dengan majikan berusaha untuk mengambil buruh-buruh untuk dibawa
ke Tanah Melayu Perbezaan sistem ini dengan sistem yang lain adalah melalui
sistem ini buruh-buruh yang dibawa masuk ini kelihatan sebagai buruh bebas.
Hal ini demikian kerana buruh-buruh tersebut tidak terikat kepada pemeriksaan
dan juga kawalan yang dilakukan oleh kerajaan akan tetapi buruh-buruh India
dalam sistem ini juga tidak terlepas daripada unsur penindasan yang berlaku.
Keistimewaan sistem ini adalah segala kebajikan hidup mereka dibawah
tanggungjawab kangani tetapi apabila gaji mereka diserahkan kepada kangani,
kangani tersebut mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan dengan
cara memotong gaji buruh-buruh tersebut menyebabkan usaha yang dilakukan
oleh mereka tidak setimpal dengan gaji yang diterima. Walaubagaimana pun,
sistem ini berkekalan sehinggalah tercetusnya perang dunia yang kedua.
Kesimpulannya, dengan adanya sistem-sistem ini, imigran-imigran Cina
dan India lebih percaya dan berkeyakinan untuk berhijrah ke Tanah Melayu yang
seterusnya membawa kepada kemasukan beramai-ramai yang berlaku.

11

3.0 Kesannya Terhadap Perkembangan Perusahaan Biji Timah dan Getah


Kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu semestinya akan
membawa kepada pelbagai jenis kesan tidak kira dari aspek yang baik mahupun
buruk. Jika anda lihat daripada perusahaan biji timah, nyata terbukti bahawa
pada akhirn kurun ke-19 Tanah Melayu telah menjadi pengeluar terbesar di
dunia dengan jumlah keluaran kira-kira 38 000 tan setahun iaitu membekalkan
30%-40% kepada pasaran dunia. Secara lansung, perusahaan bijih timah
membawa kepada kemajuan ekonomi di negeri-negeri Melayu.
Ini adalah kerana sewaktu kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu
untuk megerjakan

lombong

bijih

timah,

mereka

memperkenalkan

cara

melombong yang dikenali sebagai pam kelikir yang mampu menghasilkan bijih
timah dengan lebih cepat berbanding mengunakan cara tradisional orang Melayu
iaitu

mendulang.Hal

ini

demikian

kerana,

pembesar-pembesar

Melayu

mengupah buruh-buruh Cina apabila permintaan terhadap bijih timah meningkat.


Sebagai contohnya, apa yang dilakukan

oleh Long Jaafar di Larut dan raja

Jumaat di Lukut.
Selain itu, pembesar-pembesar Melayu juga meminjam modal untuk
mengusahakan lombong bijih timah daripada saudagar-saudagar Cina di NegeriNegeri Selat secara pantasnya. Oleh itu, pada tahun 1840-an, Saudagar Cina
mula mendesak pembesar-pembesar untuk memberikan hak untuk mengerjakan
lombong bijih timah. Hasil daripada inilah menyebabkan perusahaan bijih timah
di Tanah Melayu meningkat seterusnya membawa kepada peningkatan ekonomi
di tanah Melayu.
Sama seperti perusahaan bijih timah, perusahaan getah oleh imigran
India juga telah menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar utama di dunia
untuk suatu jangka masa. Hasil daripada ini, getah ditanam di hampir
keseluruhan Tanah Melayu untuk tujuan pengeksportan. Sebagai contohnya,
getah ditanam kebanyakannya di Selangor, Lembah Kelang, Seremban di Negeri
Sembilan dan daerah Matang di Perak. Pernyataan ini dapat diperkukuhkan lagi
12

apabila pada tahun 1908 luas kawasan ladang getah yang terdapat di NegeriNegeri Melayu Bersekutu adalah melebihi 240 000 ekar dan pada tahun 1912
pula luas tanah ladang getah di Tanah Melayu meningkat kepada 642 000 ekar.
Ini telah membuktikan bahawa getah telah menjadi satu barangan yang
penting pada waktu itu. Pada tahun 1912 pula, telah terdapat 60 syarikat
penanaman getah di Negeri-Negeri Melayu bersekutu dan juga telah terdapat
beribu pejabat di Britain dan Eropah. 5 tahun kemudian pula iaitu pada tahun
1917, keluasan tanaman getah di Tanah Melayu adalah Kira-kira 1 juta ekar.
Melihat kepada kesan-kesan yang berlaku dalam Tanah Melayu, kesan
positif kemasukan imigran Cina dan India adalah mereka telah membawa
kepada perkembangan sistem perhubungan. Oleh kerana perusahaan bijih timah
dan getah di Tanah Melayu semakin rancak,satu sistem yang baru dan canggih
diperlukan bagi mengantikan sistem perhubungan yang lama iaitu menggunakan
kereta lembu, bot dan perahu bagi mengangkut hasil-hasil getah dan bijih timah.
Malahan, pengunaan kereta lembu memakan masa yang panjang dan hanya
mampu untuk mengangkut hasil yang terhad.
Pada akhir kurun ke-19, pengunaan kapal wap telah diperkenalkan oleh
saudagar-saudagar daripada Negeri-Negeri Selat bagi tujuan mengangkut hasilhasil bijih selain mengangkut penumpang, akan tetapi pengunaan kapal wap ini
juga adalah terbatas iaitu cuma mampu untuk bergerak di kawasan sungai yang
dalam sahaja dan memerlukan perkhidmatan bot dan perahu apabil berada di
kawasan sungai cetek untuk memindahkan barang ke dalam kapal wap. Kesan
perkembangan sistem perhubungan telah mengubah rupa bentuk muka bumi
kita iaitu dahulunya cuma merupakan hutan belukar dan gunung-ganang.
Melihat kepada kesan positif, pembinaan kereta api iaitu satu alat
pengangkutan yang boleh membawa barang-barang berat dengan cepat, banyak,
murah dan mampu untuk membawa bilangan penumpang yang ramai ini
ternyata dapat menjimatkan kos pentadbiran. Pada tahun 1885, British mula
membina landasan kereta api di Tanah Melayu dengan hasrat untuk
13

meningkatkan

kecekapan sistem pentadbiran di Tanah Melayu kerana pada

masa itu barangan atau surat-surat mengambil masa yang lama untuk sampa.
Sebagai contohnya, Surat Rasmi dari Singapura mengambil masa bermingguminggu untuk tiba di Kuala Lumpur. Pada peringkat awal iaitu pada tahun 1885
hingga 1895 telah terdapat 4 landasan kereta api yang pendek. Pada tahun 1885
pula kereta api antara Pelabuhan Weld dan Taiping telah dibina. Landasan
kereta api bermula dari Kuala Lumpur dengan Kelang pula telah dibina pada
tahun 1886 dan landasan kereta api antara Port Dickson ke Seremban telah
dibina pada tahun 1891. Peringkat ke-2 melihatkan pertubuhan Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu telah membawa kepada perkembangan kereta api iaitu
menerusi usaha menyatukan satu pentadbiran dan pengurusan pada tahun 1896.
Peringkat ke-3 iaitu pada lingkungan tahun 1910 hingga tahun 1931
memperlihatkan sambungan landasan kereta api dari Perai ke Padang Besar
dan dari gemas ke Rantau Panjang dan kemuncaknya adalah apabila pada
tahun 1937 iaitu landasan kereta api menerusi Pelabuhan Singapura dengan
Kuala Lumpur, Perai dan Perlis siap dibina.
Selain itu, perusahaan bijih timah telah membawa kepada kewujudan
bandar-bandar baru hasil daripada kepesatan ekonomi disebabkan oleh
perkembangan bijih timah. Sebagai contohnya, Kuala Lumpur dahulunya cuma
menrupakan satu kawasan perlombongan bijih timah telah berkembang pesat
sehingga menjadi satu bandar dan pusat pentadbiran yang penting seperti mana
yang anda boleh lihat pada hari ini. Oleh itu, majoriti penduduk yang tinggal di
kawasan Kuala Lumpur adalah Cina. Malahan pada tahun 1901, didapati
bahawa 65% penduduk yang tinggal di negeri Selangor adalah terdiri daripada
kaum Cina.
Kesan positif perusahaan bijih timah dan getah juga telah membawa
kepada pembinaan jalan raya pada tahun 1890 iaitu apabila jalan kereta lembu
mula dinaik tarafkan untuk dijadikan kegunaan kenderaan bermotor seperti
motokar, lori, bas iaitu pada tahun 1910. Jalan raya ini telah dibina untuk
menghubungkan bandar-bandar besar bagi tujuan melicinkan pentadbiran. Pada
14

tahun 1930 pula, rangkaian jalan raya telah dibina bagi menghubungkan Perai,
Province Wellesley, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Singapura dan
jalan raya yang menghubungkan kawasan pedalaman dengan landasan kereta
api juga telah dibina.
Oleh itu, kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu juga telah
membawa kepada kesan-kesan positif yang dapat memudahkan ataupun
meningkatkan taraf hidup penduduk di Tanah Melayu.

Walaubagaimana pun, kemasukan imigran-imigran Cina dan India ini


membawa kepada kesan negatif terhadap Tanah Melayu. Melihat kepada
kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu telah menyebabkan timbulnya
masalah sosial dalam kalangan mereka iaitu kewujudan kongi-kongsi gelap.
Kongsi-kongsi gelap ini wujud kebanyakannya di Negeri-Negeri Selat dan
Negeri-Negeri Melayu Bersatu iaitu fungsinya agak berbeza sedikit jika
dibandingkan kewujudan kongsi gelap di negara asal. Di negara China, kongsi
gelap ini ditubuhkan bagi menjaga kebajikan puak-puak mereka dan berkaitan
dengan keagamaan manakala kongsi gelap yang ditubuhkan di Tanah Melayu
bertujuan unutk menjaga kepentingan mereka daripada ancaman dan gangguan
oleh golongan yang lain. Hasil daripada ini, kongsi gelap ini sering berperang
dan bergaduh untuk menjaga kepentingan masing-masing kerana wujudnya
unsur fanatic terhadap puak masing-masing. Buktinya, pada tahun 1867, kongsi
gelap yang terkenal pada masa itu iaitu Ghee Hind an Hai San berperang di
Larut, Perak kerana berebut tanah perlombongan bijih timah dan pada tahun
1869 tercetusnya pergaduhan berdarah antara kumpulan Ka Yin Chiu dan
kumpulan Kui Chin di Perak juga akibat punva yang sama.
Oleh itu, pergaduhan yang sering berlaku ini telah mengancam
keselamatan dan keamanan di Tanah Melayu seterusnya membawa kepada
gangguan kepada masyarakat Cina yang lain dan orang tempatan.

15

Kesan kedua adalah masalah pelacuran yang melibatkan imigran Cina


dan India. Menurut Victor Purcell, terdapat sesetengah pihak yang tidak
bertanggungjawab telah mengambil perempuan daripada negara China untuk
dijadikan pelacur9. Hal ini demikian 9kerana semasa penghijrahan imigran Cina
dan India, penghijrahan imigran wanita adalah amat kurang jika dibandingkan
dengan imigran lelaki. Oleh itu, untuk membendung masalah ini, isteri kepada
buruh-buruh yang berhijrah ini boleh datang bersama- sama dengan keluarga
mereka ataupun perempuan Cina yang bujang boleh dijadikan isteri kepada
imigran-imigran tersebut dan menambah bilangan pengambilan bilangan buruhburuh wanita. Oleh itu, atas usaha Inggeris untuk menbendung masalah ini, pada
tahun 1930-an, imbangan kaum di antara buruh-buruh ini telah dapat dicapai.
Kesan ketiga adalah masalah berikutan dengan ketagihan yang menjadi
satu masalah yang serius dalam kalangan imigran-imigran Cina dan India.
Imigran-imigran Cina yang berada di Tanah Melayu ketagih kepada candu.
Ketagihan ini berpunca disebabkan sikap terbawa-bawa mereka sejak daripada
negara asal mereka. Tambahan pula, aktiviti pengimportan masuk candu ke
dalam Tanah Melayu adalah dilarang menyebabkan mereka membawa masuk
candu dengan cara yang haram. Oleh itu, wujud pelbagai jenis masalah di Tanah
Melayu seperti pergaduhan di antara imigran-imigran Cina dan juga berlakunya
penindasan

Bukan itu sahaja, pemgambilan candu juga akan menjejaskan

kesihatan diri mereka dan kepada masyarakat kerana pengambilan candu oleh
imigran Cina boleh mempengaruhi kaum-kaum lain di Tanah Melayu.
Bagi imigran India pula, hampir semua daripada mereka ketagih kepada
sejenis minuman yang boleh memyebabkan mabuk iaitu todinya. Hal ini
demikian kerana todinya mudah didapati di Tanah Melayu dengan harga yang
agak murah. Oleh itu, timbulnya masalah-masalah dalam kalangan imigran India
seperti melakukan pertindakan di luar kawalan disebabkan mabuk dan
berlakunya banyak masalah kesihatan dalam kalangan mereka seperti
keracunan, cirit-birit dan paling teruknya adalah menyebabkna kematian.

16

Kesan terakhir iaitu kesan yang amat ketara berlaku di Tanah Melayu
disebabkan kemasukan imigran-imigran Cina dan India adalah pertambahan
bilangan penduduk di Tanah Melayu iaitu antara tahun 1891 hingga 1901,
penduduk perbumi di Tanah Melayu hanya meningkat 34.9% sahaja jika
dibandingkan peningkatan imigran Cina yang jauh lebih tinggi iaitu sebanyak
83.4% manakala India pula meningkat sebanyak 188.8%. Hasil daripada ini,
berlakulah ketidakseimbangan bilangan penduduk di Tanah Melayu seperti di
kawasan pantai barat, negeri pantai timur dan juga di kawsan bandar dan luar
bandar. Hal ini dapat dibuktikan apabila orang Melayu hanya tertumpu di
kawasan luar bandar sahaja manakala bagi kaum imigran pula, mereka lebih
tertumpu di kawasan bandar-bandar, kawasan perlombongan dan juga ladangladang getah.
Garis pemisah yang wujud ini jelas menunjukkan perpecahan kaum yang
berlaku di Tanah Melayu iaitu orang-orang Melayu dan Orang Asli semakin
terpinggir dari segi pola kependudukan dan pekerjaan manakala orang Cina pula
tinggal

di

kawasan

bandar

iaitu

mereka

tertumpu

kepada

kawasan

perlombongan bijih timah yang akhirnya berkembang menjadi sebuah bandar


akibat kemajuan ekonomi yang berlaku. Orang India pula tertumpu di kawasan
estet dan ladang-ladang getah.
Lantaran itu, intergrasi kaum antara penduduk di Tanah Melayu sukar
untuk dibina dalam kalangan mereka. Pembentukan masyarakat majmuk pada
waktu itu adalah amat sukar dan terbatas disebabkan oleh perbezaan dari segi
sistem sosial dan ekonomi iaitu perbezaan dari segi pekerjaan dan cara hidup
mereka.
Oleh itu, pernah beberapa kali tercetusnya rusuhan kaum dalam sejarah
negara seperti peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan kaum Cina dan Melayu
akibat tidak puas hati dengan kedudukan masing-masing dalam bentuk politik
ataupun ekonomi. Hal ini berlaku kerana sikap masing-masing yang belum dapat
terima bahawa negara kita terdiri daripada pelbagai kaum yang haruslah

17

bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan negara yang aman dan
harmoni serta membina sebuah negara yang bersatu padu.

4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, sejarah kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah
Melayu pada masa dahulu telah membawa kepada banyak perubahan terhadap
Tanah Melayu. Setiap kaum di negara ini haruslah terima hakikat bahawa
mereka bukanlah satu-satunya kaum yang tinggal di Tanah Melayu. Oleh itu,
setiap kaum haruslah bertolak-ansur antara satu sama lain bagi mewujudkan
sebuah negara yang aman dan damai. Malaysia pada hari ini iaitu sebuah
negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat hidup aman dan damai serta
mengikut acuan sendiri telah membuktikan bahawa dengan adanya kerjasama
antara semua kaum di negara kita maka negara kita dapatlah menjadi sebuah
negara yang moden menjelang tahun 2020 serta terkenal di pentas dunia
sebagai sebuah negara contoh kepada negara-negar luar.

18

You might also like