Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

CIRI-CIRI SEORANG GURU PERMULAAN DALAM MENGAPLIKASIKAN GAYA

PEMBELAJARAN DI SEKOLAH
Seorang

guru

permulaan

hendaklah

bijak

mengatur

strategi

untuk

meghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Walaupun mereka tidak


mempunyai pengalaman mengajar yang banyak, mereka perlulah kreatif dan kritis
dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat pelajar
untuk belajar.
Dalam filem Laskar pelangi, Ibu Muslimah merupakan seorang guru
permulaan yang tabah dan bersemangat waja. Hal ini terbukti apabila beliau tidak
berputus asa ketika sekolah itu hendak dibubarkan kerana kekurangan murid. Beliau
tetap berharap agar ada murid yang datang untuk memenuhi kuota. Mujurlah Harun
datang dan Ibu Muslimah berasa begitu lega kerana beliau dapat memenuhi
impiannya untuk menjadi guru. Jelaslah di sini bahawa guru permulaan memerlukan
sikap tabah dan bersemangat untuk mengajar.
Ciri guru permulaan seterusnya ialah gigh dan tekun. Sebagai contoh, Bakri
telah meletak jawatan kerana mendapat tawaran bekerjs yang lebih baik dan dia
juga sempat menghasut Ibu Muslimah supaya turut sama meninggalkan sekolah
tersebut. Namun, Ibu Muslimah enggan kerana beliau seorang yang gigih berusaha
dan mahu melihat semua murid-muridnya berjaya. Hal ini menunjukkan bahawa, Ibu
Muslimah bersungguh-sungguh dalam memastikan setiap anak muridnya berjaya.
Seterusnya, guru permulaan perlu mempunyai pemikiran yang kreatif agar
pelajar tidak berasa bosan ketika belajar. Guru hendaklah memikirkan inisiatif lain
sekiranya terdapat sebarang masalah ketika belajar. Sebagai contoh, ketika kelas
mereka kotor kerana dimasuki air dan kambing, Ibu Muslimah telah membawa
mereka belajar di luar bilik darjah. Beliau telah membawa mereka ke pantai dan
disitu mereka telah mengenali pelangi. Selain itu, Ibu Muslimah menggunakan lidi
untuk mengajar anak-anak tersebut subjek Matematik kerana tidak mempunyai
sumber kewangan untuk membeli kalkulator. Hal ini menunjukkan pemikiran yang
kreatif dapat menyelesaikan masalah dalam pengajaran.

You might also like