Sumbangan

You might also like

Download as odt, pdf, or txt
Download as odt, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DON BOSCO

PETI SURAT 352, 89308 RANAU, SABAH


_______________________________________________________________
Tarikh

10/November / 2014
VINCENT WONG
PENGURUS RUMAH KANAK-KANAK DON BOSCO
Tuan,
SUMBANGAN SEMPENA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH ,
SRK DON BOSCO 2014
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara diatas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah akan menganjurkan Perkhemahan pendidikan
Luar Unit Beruniform peringkat sekolah yang dianjurkan oleh UNIT KOKURIKULUM Sekolah pada
13 & 14 November 2014 bersamaan pada hari khamis dan Jumaat.
3.
Pihak sekolah tidak mencukupi peruntukan melaksanakan program tersebut,
sehubungan itu, pihak penganjur ingin meminta sumbangan berupa makanan daripada pihak tuan
untuk program tersebut. Antara makanan yang boleh pihak tuan sumbangkan ialah 4 tin roti , 2
bungkus mee hoon, 2 bungkus mee kuning, 2 kampit beras, 2 bungkus milo, makanan tin seperti
sardin atau lain-lain, garam , kicap, gula dan minyak masak.
4. Semoga sumbangan pihak tuan dapat membantu menyempurnakan lagi program tersebut.
Segala keprihatinan dan sumbangan tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menurut perintah ,

...............................................
JOSEPH MUYUK
GURU BESAR
SRK DON BOSCO
S.K Fail.

You might also like