4 Tradisi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

4 Tradisi Dalam Geografi

Pada May 1964, William D.Pattison telah mengeluarkan satu artikel yang telah menyentuh 4
tradisi dalam tema-tema pembelajaran geografi. Sintesis yang dikemukakan oleh Pattison telah berjaya
membantu mengurangkan permasalahan yang timbul dalam menentukan skop disiplin kajian geografi
yang dilakukan. Konsep 4 tradisi tersebut kemudiannya telah digunakan secara meluas dan juga dapat
membantu mengatasi masalah memberi satu definisi universal agar dapat diterima umum dalam bidang
geografi, tidak kira oleh orang awam, guru sekolah, pensyarah, dan juga ahli geografi profesional. Konsep
4 tradisi telah digunakan untuk memperkukuh konsep dan tema dalam geografi agar menjadi konsisten
selaras dengan perkembangan bidang geografi moden sejak abad ke-19. Terdapat 4 tradisi dalam geografi
seperti yang dikemukakan oleh Pattison, iaitu.
I.
II.
III.
IV.
I.

Tradisi Wilayah
Tradisi Ruangan
Tradisi Manusia-Alam Sekitar
Tradisi Sains Bumi
TRADISI WILAYAH

Walaupun secara umumnya, tradisi wilayah telah diperkenalkan oleh William Pattison pada 1964, namun
begitu bidang ini telah dipelopori oleh seorang ahli geografi Perancis iaitu Vidal de la Blanche pada awal
kurun ke-19. Geografi wilayah ialah satu cabang yang penting dalam bidang geografi kerana merupakan
satu konsep utama dalam pemahaman dan penghuraian tentang mengapa sesetengah ciri-ciri berlaku di
satu-satu tempat dan tidak berlaku di tempat lain. Johnston (1979) telah menyatakan secara umum
pendefinisian geografi wilayah iaitu, satu pengajian tentang hubungkait fenomena di atas bumi dan
perbezaan kawasannya. Oleh itu, Hartstone(1939) telah mengemukakan bahawa bidang geografi wilayah
berfungsi untk mentafsirkan dan mendeskripsi ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi dengan setepat
mungkin. Sebagai contoh, dalam satu kawasan pertempatan manusia, alam semulajadi akan berubah
dengan jelas disebabkan kehadiran manusia yang mempunyai tahap kebolehan mengubah yang tinggi.
Manakala, pembahagian kawasan dan wilayah mengikut tujuan-tujuan tertentu seperti wilayah Asia,
Amerika Utara, Asia Barat, dan lain-lain akan memudahkan kerja-kerja kajian yang akan dijalankan
terhadap sesuatu wilayah. Pemisahan wilayah dunia kepada komponen-komponen yang lebih kecil telah
memudahkan proses pembelajaran tentang geografi termasuklah kerja-kerja pemetaan, perancangan,
pentadbiran, petempatan dan sebagainya.
II.

TRADISI MANUSIA-ALAM SEKITAR.

Tradisi pengajian manusia-alam sekitar telah lama wujud dan dapat dilihat dalam banyak kajian geografi
sejak beberapa abad yang lalu. Dalam tradisi ini, istilah alam dapat didefinisikan secara umum sebagai
bumi secara keseluruhan atau alam sekitar semula jadi secara keseluruhannya. Pada awalnya, ahli
geografi mentafsirkan bahawa bidang kajian alam sekitar semula jadi merangkumi segala fenomena di
bumi kecuali manusia dan kerjanya, ianya termasuklah iklim, tanih, tumbuhan, hidupan binatang liar,
bentuk muka bumi dan lain-lain. Namun setelah berlakunya perkembangan bidang geografi ke arah yang
lebih moden, ahli-ahli geografi telah menyeleweng ke arah satu cabang baru iaitu penentuan alam sekitar
(determinisme dan envirimentalisme). Perkara ini berlaku sekitar 1960-an, yang mana tumpuan

pengkajian geografi mula cenderung melihat kesan tindakan manusia terhadap alam sekitar. Sebagai
contoh, pengkajian terhadap perubahan alam sekitar tidak dapat memisahkan manusia sebagai agen yang
menyebabkan perubahan berlaku sama ada telah, sedang, dan masih menceroboh dan memusnah alam
sekitar semulajadinya.
III.

TRADISI RUANGAN

Tradisi ruangan dalam bidang geografi umumnya, memahami segala kegiatan manusia yang berlaku di
permukaan bumi dan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan tersebut. Dengan erti kata lain, analisis
ruangan menumpukan pengajian terhadap perlakuan-perlakuan manusia di atas bumi seperti aspek-aspek
petempatan, kegiatan-kegiatan ekonomi, tanah-tanih, tumbuh-tumbuhan, dan seterusnya cuba
mengaitkannya dengan proses-proses yang telah menghasilkan setiap kegiatan tersebut. Menurut
Murphey (1982), walaupun kajian ruangan dilihat amat luas namun ahli-ahli geografi telah mengenalpasti
3 perkara asas yang dibincangkan dalam kajian ini iaitu;
i.
ii.
iii.

Pembentukan wilayah dan analisis terhadap wilayah-wilayah tertentu.


Taburan dan interaksi manusia di permukaan bumi dan aspek ruang petempatan manusia
serta cara mereka membuat penyusunan di atas permukaan bumi.
Hubungan antara manusia dan alam sekitarnya sebagai satu kajian untuk membuat
perbandingan antara kawasan.

Sebagai contoh, ruangan merupakan kawasan permukaan bumi (ruangan makro) yang mempunyai ciriciri yang tertentu dan boleh dipecahkan kepada unit-unit tertentu.Penyusunan kegiatan manusia dalam
ruangan ini berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat yang lain dan keadaan ini telah menghasilkan
pola-pola ruang yang berbeza-beza, seperti kegiatan manusia yang tinggal di kawasan tanah tinggi sudah
tentu berbeza dengan kegiatan mereka yang tinggal di kawasan pantai. Pada hal yang sama, kegiatan
manusia yang menetap di sesebuah pulau sudah tentu berbeza dengan kegiatan manusia yang menetap di
kawasan kebenuaan.
IV.

TRADISI SAINS BUMI

Tradisi sains bumi lebih menumpukan kepada perbincangan tentang tradisi sains bumi yang berkisar
sekitar geografi fizikal. Tradisi ini amat penting dalam geografi kerana ia berkait secara lansug denga
bumi dan alam sekitar manusia. Dari perspektif sejarah, tradisi ini telah wujud sejak dahulu lagi dan ia
berkait rapat dengan tradisi manusia amal sekitar iaitu dalam era Penentuan Alam Sekitar. Dalam
perbincangan tradisi sains bumi, akan dimulakan terlebih dahulu dengan mengmahami makna geografi
fizikal dan kemudiannya beralih kepada pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam geografi fizikal,
seterusnya memaparkan beberapa contoh sub-bidang atau disiplin yang terangkum dalam geografi fizikal.
V.

Analisis/Kesimpulan.

Jika difahami secara jelas, empat tradisi geografi yang muncul mempunyai perkaitan logik diantara satu
sama lain. Walaupun pada asasnya Pattison hanya dapat mengenalpasti 4 tema sahaja, segala kajian
geografi tidak semestinya dihadkan kepada empat tema tersebut. Jika dipraktikkan dalam sesebuah
penyelidikan geografi, terdapat kemungkinan besar bahawa salah satu atau lebih daripada empat tema ini
akan digunakan kebanyakan penyelidik dan perkara ini berlaku disebabkan perkembangan geografi itu

sendiri yang telah mengalami revolusi sejak 1960-an ke suatu fasa yang baru. Namun begitu, konsep
empat tradisi dalam pengajian geografi masih dikekalkan dan tidak berubah sejak munculnya pengajian
geografi moden sehingga hari ini.

You might also like