Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kata Arah

Bil. Kata Arah

Ayat Contoh

tepi

Saya duduk di tepi ibu saya.

sisi

Saya duduk di sisi ibu saya.

samping

Saya duduk di samping ibu saya.

sebelah

Saya duduk di sebelah ibu saya.

dalam

Abdullah menyimpan buku di dalam laci.

luar

Abang saya bermain layang-layang di luar rumah.

seberang

Ahmad tinggal di seberang sungai.

atas

Kamal menyanyi di atas pentas.

bawah

Kucing saya sedang tidur di bawah meja.

sudut

Katil itu terletak di sudut bilik.

penjuru

Katil itu terletak di penjuru bilik.

depan

Dia berdiri di depan cermin itu.

10

hadapan

Dia berdiri di hadapan cermin itu.

11

belakang

Saya duduk di belakang Ahmad.

12

tengah

Kita jangan bermain bola di tengah jalan.

13

kanan

Saya berdiri di sebelah kanan kawan saya.

14

kiri

Terdapat sebatang sungai di sebelah kiri rumah saya.

15

hujung

/ Sekolah saya terletak di hujung jalan.

16

pangkal

/ Terdapat seekor ular di pangkal pokok itu.

17

puncak

Kami berjaya mendaki ke puncak gunung itu.

18

kaki

Rumah Ali terletak di kaki bukit itu.

19

antara

Lee berdiri di antara Mutu dengan Ahmad.

20

timur

Matahari terbit dari timur.

21

barat

Matahari terbenam di barat.

22

utara

Negara China dan Jepun terletak di utara Malaysia.

23

selatan

Jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah selatan.

24

celah

Terdapat banyak semut di celah batu-batu itu.

25

sebalik

Adik saya bersembunyi di sebalik pintu.

Pilih KATA ARAH yang paling sesuai


1. Pasukan pengakap itu mendirikan khemah di_____________ pokok di tepi sungai.
A antara
B atas
C luar
D dalam
2. Anai-anai membina busutnya di___________tanah .
A bawah
B antara
C sisi
D hadapan
3. Negeri Kedah terletak di_____________Semenanjung Malaysia.
A barat
B utara
C timur
D selatan
4. Orang ramai mula berasak-asak di________pintu masuk stadium itu.
A tepi
B depan
C hujung
5. Buku-buku itu disusun rapi dan disimpannya di________rak.
A atas
B luar
C bawah
6. Anjing itu sentiasa di____________tuannya yang buta itu.
A belakang
B samping
C hujung
7. Bot nelayan itu kelihatan terapung-apung di__________laut.
A tengah
B tepi
C pinggir
8. Jangan buat bising di__________perpustakaan, kata Cikgu Halim.
A luar
B tengah
C dalam

Garisi kata arah yang sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah.

1.Jeti di (tepi,hujung,luar,penjuru )tanjung itu akan ditutup buat sementara waktu


sehingga kerja membaikpulih selesai.
2.Azrul cuba melastik seekor burung yang ada di(tengah,selah,sisi) dahan itu.
3.Halimah menyimpan kunci itu di(dalam,penjuru,sudut) laci.
4.Rita duduk di(sisi ,sudut,pinggir) ayahnya semasa menonton televisyen.
5.Keluarga Encik Sulaiman sedang makan angin di(sudut,tepi,sisi) pantai.
6.Puan Rosnah menanam pokok bunga di(sudut,tengah,hadapan)rumahnya.
7.Rumah usang di(belakang,hadapan,hujung)kampung itu sudah lama tidak
berpenghuni.
8.Terdapat dua rumpun serai di(sudut,belakang,penjuru)rumah Mak Leha.
9.Kasut itu disusun dengan kemas di(sudut,tengah,atas)rak kasut.
10.Dia meletakkan sebuah bakul besar yang berisi mentimun
di(hujung,pangkal,antara,atas) batas.
Isikan tempat kosong dengan kata arah yang sesuai.
1.Di_____________bilik bacaan itu, terdapat sebuah mesin taip lama kepunyaan
datuk.
2.Semasa berada di___________Gunung Tahan, kami berpeluang melihat
pemandangan matahari terbit pada waktu pagi.
3.Pak Abu sedang menebas lalang di____________rumahnya.
4.Kucing Ashley ada di___________pokok rambutan.
5.Jangan bermain di___________parit itu, Airnya dalam,pesan ibu kepada Kamal.
6.Rumah Cikgu Ali terletak di_____________ Pasar Raya Bintang.
7.Puan Salmah meletakkan bakul kain basuh itu di_____________ampaian.
8.Rumah banglo yang terletakdi_____________kampung itu kepunyaan Encik
Solehin.
9.Alif memasukkan kulit siput dan kerang itu ke ___________baldi.

10.Oleh sebab cuaca redup, Siti menyidai kain di_____________rumah.


11.Saufi menyorok di______________tiang supaya tidak ditemui oleh kakaknya.
12.Burung kelicap itu telah membina sarangnya di__________ranting pokok itu.
13.Cikgu Amran meminta Yaslina tampil ke______________untuk mendeklamasikan
puisi.
14.Semua kenderaan ke___________untuk memberi laluan kepada ambulans.
15.Dia menoleh ke_______________apabila bahunya dicuit seseorang.
16.Kereta api itu baru tiba dari ____________Semenanjung Malaysia.
17.Adik bermain basikal di__________rumah bersama kawan-kawannya.
18.Emak mengalihkan pasu bunga ke ____________dinding.
19.Pak Usop telah membina sebuah pancutan air di_____________halaman
rumahnya.
20.Sara sedang berteduh di_____________sebatang pokok yang rendang sambil
membaca buku.

You might also like