Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

KAJIAN PERBEZAAN INDIVIDU

1.0

DPLI-PSV

PENDAHULUAN

1.1

DEFINISI PERBEZAAN INDIVIDU

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) di dalam buku Panduan Ilmu
Pendidikan untuk DPLI Psikologi menjelaskan bahawa individu-individu berbeza dari
segi pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Manusia boleh dikategorikan mengikut
kebijaksanaan dan perwatakan personaliti mereka.
Kajian tentang perbezaan individu amat berguna bagi menerangkan dan
meramal tingkah laku dan prestasi murid-murid di dalam bilik darjah. Perbezaan
individu adalah berkait rapat dengan keunikan dan kepelbagaian yang wujud dalam
kalangan

manusia.

Perbezaan

individu

juga

boleh

didefinisikan

sebagai

kepelbagaian atau perbezaan dalam watak personaliti individu-individu daripada


norma kumpulan atau dari aspek-aspek kognitif, emosi, fizikal, sosial, bakat dan
sebagainya.

1.2

ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

Perbezaan individu boleh dihayati daripada huraian beberapa aspek


perbezaannya seperti berikut :
i.

Aspek Fizikal : Setiap individu berbeza dari segi jantina, rupa dan saiz badan
serta kemahiran jasmaninya.

ii.

Aspek Kognitif : Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar,
mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya.

iii.

Aspek Emosi : Setiap individu menunjukkan emosi yang berbeza dalam


situasi yang sama.

iv.

Tingkah Laku : Perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi
pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial.

v.

Aspek Sosial : Setiap individu mempunyai cara kehidupan yang tersendiri


dan berbeza di antara satu sama lain, termasuk individu-individu dalam
keluarga.

KAJIAN PERBEZAAN INDIVIDU

vi.

DPLI-PSV

Aspek Rohani : Setiap individu mempunyai falsafah hidup dan keagamaan


yang berbeza dengan individu yang lain.

1.3

FAKTOR PERBEZAAN INDIVIDU

Menurut Mok Soon Sang (2008) di dalam buku Psikologi Pendidikan, kajian
ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu
mempunyai kadar perkembangan yang sama. Ini kerana mereka berpendapat
baka dan persekitaran adalah faktor utama yang menjadikan ketidaksamaan
kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara
satu sama lain.

i.

Pengaruh Genetik/ Baka


Keturunan atau faktor gen terdiri daripada pengaruh genetik pada fizikal
badan, kecerdasan, kesosialan, dan emosi manusia.

ii.

Pengaruh Persekitaran
Faktor-faktor persekitaran termasuk pengaruh daripada keluarga, rakan
sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan, dan kepercayaan masyarakat,
sumber teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan
individu dalam peringkat pertumbuhannya yang berkaitan.

KAJIAN PERBEZAAN INDIVIDU

2.0

DPLI-PSV

LATAR BELAKANG KAJIAN

2.1

BIODATA MURID

MURID A
Nor Jannatul Husna binti Jamaluddin

MURID B
Nur Rahila Aliya binti Ramli

Nama penuh bagi murid A adalah Nor Jannatul Husna binti Jamaluddin. Lahir
pada 14 Oktober 2001. Merupakan pelajar kelas 5 Bestari di SK Ayer Limau, Masjid
Tanah, Melaka. Beliau merupakan anak ke-3 daripada 4 beradik. Bapa beliau
Jamaludin bin Isa merupakan pesara kerajaan manakala ibu beliau Haryati binti
Yaacob merupakan suri rumah. Mendapat pendidikan awal persekolahan ketika
berusia 5 tahun. Di besarkan di dalam keluarga yang berkemampuan serta
mempunyai adik-beradik yang telah bekerja. Nor Jannatul Husna binti Jamaluddin
merupakan seorang pengawas sekolah bermula pada tahun 3 sehinggalah beliau
berada pada tahun 5. Sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan kemas berpakaian.
Sepanjang tempoh persekolahan dari bulan Januari sehinggalah bulan Ogos beliau
tidak pernah tidak hadir ke sekolah. Kehadiran beliau sepanjang tempoh tersebut
adalah 100 peratus.

KAJIAN PERBEZAAN INDIVIDU

DPLI-PSV

Seterusnya nama penuh bagi murid B adalah Nur Rahila Aliya binti Ramli.
Lahir pada 9 November 2001. Merupakan pelajar 5 Bestari juga dan merupakan
anak bongsu daripada 3 beradik. Bapa beliau Ramli bin Kassim merupakan pekerja
kilang manakala ibu beliau Roslina binti Jidin menghidapi sakit saraf selama 5 tahun
di mana urusan harian ibunya menjadi tugas nenek beliau dan dibantu oleh ahli yang
lain. Beliau mempunyai adik-beradik yang masih bersekolah. Seorang yang sangat
rajin di rumah kerana sering membantu neneknya menguruskan ibunya yang sakit.
Selain itu, beliau mahir dalam melakukan kerja-kerja dapur. Setiap petang
menghabiskan waktu di dalam rumah dan meluangkan masa bersama ibu beliau.
Mendapat pendidikan awal ketika berusia 6 tahun. Mempunyai rekod ketidakhadiran
sekolah sebanyak 3 kali dari bulan Januari hinggalah bulan Ogos.
Latar belakang kajian ini diperolehi hasil daripada pemerhatian yang
dijalankan selama 2 minggu apabila kelas 5 bestari ini menjadi kelas pilihan untuk
mencari murid ekstrovert dan introvert. Setelah mengenal pasti murid-murid ini,
dapatan maklumat dan latar belakang diperolehi daripada sesi temu bual yang
dijalankan pada 18 Ogos 2012 jam 1.05 petang. Ketika murid-murid ini dibawa oleh
guru subjek beliau ke perpustakaan.

KAJIAN PERBEZAAN INDIVIDU

3.0

DPLI-PSV

LAPORAN DAPATAN KAJIAN


Personaliti berasal perkataan Latin persona, yang membawa maksud topeng,

pelindung muka atau juga mengeluarkan suara (personare). Maksud maksud ini
merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut ahli psikologi,
personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan,
kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.

Beberapa kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli psikologi menunjukkan bahawa


faktor personaliti memainkan peranan dalam mempengaruhi pencapaian akademik
seseorang pelajar menurut Orpen, 1976; Kay-Sandra, 2001. Terman (1930), telah
mengkaji perkembangan kanak-kanak pintar dan cerdas dengan menggunakan
Standford-Binet Tests yang telah diubahsuai. Kajian awal oleh Terman ini mendapati
bahawa pelajar pintar dan cerdas lebih mudah mesra, lebih popular dan gemar
bergaul dengan rakan sebaya. Sifat ini boleh mempengaruhi pencapaian akademik
mereka (Fatanah, 1997). Kebolehan dan kecerdasan kognitif dalam kalangan pelajar
pintar cerdas sering dikaitkan dengan personaliti ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat
mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka (Che Mah
& Mariani, 2001).

Menurut Carl Jung (1875-1961) di dalam buku Psikologi Pendidikan 1,


personaliti individu boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang besar, iaitu
ekstrovert, introvert dan ambivert. Ekstrovert merupakan individu yang biasanya
menonjolkan ciri-ciri seperti relaks, gemar kepada keseronokan, suka bercampur
gaul, aktif dan ligat, inovatif atau gambar kepada perubahan, gemar akan aktivitiaktiviti luar, mudah bercakap, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang dan
mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Introvert yang disifatkan sebagai individu yang
menonjolkan ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat,
reflektif, atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh
dipercayai, tenang, tingkah laku yang terkawal, dan kurang bersedia untuk
menanggung

risiko.

Manakala

ambivert

merupakan

individu-individu

yang

mempunyai trait-trait personaliti yang sukar digolongkan sebagai ekstrovert atau


introvert, maka mereka boleh disifatkan sebagai ambivert.

KAJIAN PERBEZAAN INDIVIDU

DPLI-PSV

Berdasarkan dua dimensi personaliti Hans Eysenck (1981), seorang


ekstrovert adalah aktif, gemar bercampur gaul, optimistik, gemar aktiviti luar dan
sebagainya. Seorang introvert pula adalah pasif, pendiam, berwaspada ketika
membuat sesuatu, tidak gemar bercampur gaul, pesimistik dan sebagainya.

KAJIAN PERBEZAAN INDIVIDU

DPLI-PSV

4
Responden Murid A

Responden Murid B
2

0
akademik

komunikasi

pergaulan

keyakinan

Carta skala responden yang dikaji.

Dalam kajian kes ini, saya mendapati responden Murid A iaitu Nor Jannatul
Husna binti Jamaluddin seorang yang lebih menonjol dan lebih mesra dengan orang
lain sepanjang tinjauan dan pemerhatian yang dijalankan. Responden ini boleh di
kategorikan di dalam Kelompok pintar cerdas dengan kecerdasan tinggi adalah
berpersonaliti ekstrovert (Eysenck dan Cookson 1961). Beliau seorang yang positif
dan selesa walaupun berjumpa dengan individu yang tidak dikenali. Ini kerana beliau
menjawab pertanyaan soal selidik dengan mudah tanpa berasa kebimbangan
mahupun kerisauan terhadap individu yang tidak dikenalinya. Hasil daripada
temubual yang dijalankan oleh responden Murid A serta dapatan maklumat rekod
pencapaian, beliau mempunyai rekod pelajaran yang baik dengan mendapat peratus
skor purata penggal 1 dengan 78.4%. Oleh itu, skala yang diberikan dalam akademik
adalah skala 4. Selain itu, dari segi komunikasi beliau lebih selesa menceritakan
masalah yang dihadapi kepada rakan-rakannya dan sering menglibatkan diri dalam
sesi soal jawab bersama guru di dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Ini
juga telah menunjukkan responden Murid A ini adalah seorang yang berkeyakinan.
Pada sebelah petang beliau lebih suka menghabiskan masa bermain bersama rakan
sebaya. Mempunyai bilangan rakan baik yang melebihi 3 orang telah menunjukkan
responden murid A ini adalah gemar bergaul dan mempunyai ciri-ciri individu yang

KAJIAN PERBEZAAN INDIVIDU

DPLI-PSV

ekstrovert. Berdasarkan instrument kajian yang digunakan, responden murid A


seorang yang patuh terhadap arahan dan undang-undang yang ditetapkan oleh
pihak sekolah dan ketika di rumah juga. Responden tiada permasalahan dari segi
displin kerana responden juga seorang pengawas di sekolah. Mempunyai
perwatakan yang dinamik dan sering menjadi contoh murid perempuan di dalam
kelas.

Manakala bagi responden Murid B iaitu Nur Rahila Aliya binti Ramli, beliau
merupakan individu yang boleh dikategorikan mempunyai personaliti yang introvert.
Hasil dapatan kajian yang dijalankan beliau seorang yang agak pasif dan lebih suka
mendiamkan diri. Tidak suka menghadiri majlis-majlis keraian terutama majlis
perkahwinan. Apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali, beliau berasa
bimbang dan kurang selesa. Ini kerana pemerhatian ini dibuat berdasarkan
pemerhatian apabila soalan soal selidik yang diajukan berulang kali untuk mendapat
jawapan daripada beliau. Dapatan rekod pencapaian pelajar beliau mendapat
peratus skor purata pada penggal 1 sebanyak 50.5% dan diletakkan di dalam skala
2.5. Dari segi komunikasi beliau kurang bermesra dengan rakan-rakan sebayanya,
beliau lebih kepada mendengar perbualan rakan-rakannya dan mendiamkan diri.
Selain itu, beliau tidak kerap memberi pendapat apabila berada di dalam sesuatu
kelompok ini juga telah menunjukkan beliau kurang berkeyakinan. Sekiranya beliau
mempunyai masalah, beliau lebih suka mendiamkan diri tanpa bercerita dengan
orang lain. Pada sebelah petang beliau lebih suka menghabiskan waktu petang di
rumah kerana menolong nenek beliau menjaga ibunya yang sakit saraf.

Berikut adalah aspek-aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah


(JERIS) yang ada pada responden:

KAJIAN PERBEZAAN INDIVIDU

ELEMEN

DPLI-PSV

PERKARA
Responden Murid A dan B meminati aktiviti ko-kurikulum dan

Aspek

turut melibatkan dengan aktiviti sukan sekolah. Kedua-dua

Jasmani

responden juga mengambil bahagian dalam acara sukan


sekolah.

Responden Murid A mempunyai emosi yang matang dan


stabil kerana mudah memberi senyuman kepada sesiapa,
dengan kata lain secara amnya, ciri-ciri seorang individu
adalah agak stabil serta boleh diramal (Epstein, 1983) di
dalam buku Psikologi Pendidikan 1. Sepanjang tempoh
pemerhatian dijalankan emosi responden Murid A boleh
dikatakan seorang yang ceria.
Aspek

Manakala responden Murid B, beliau seorang yang nampak

Emosi

lebih murung. Sepanjang pemerhatian yang dijalankan dan


temubual bersama guru kelas responden Murid B ini lebih
suka membuat hal-hal sendiri tanpa menghiraukan rakan lain.
Selain itu, apabila diajukan soalan temubual, beliau begitu
lambat untuk memberikan respon sehinggalah soalan perlu
diulang beberapa kali. Mempunyai perasaan malu yang
begitu tinggi sehingga membuatkan beliau tidak yakin untuk
menyuarakan pendapat mahupun menjawab soalan.

Responden murid A dan murid B seorang yang berakhlak dan


Aspek
Rohani

berpegang kepada nilai-nilai murni yang mana beliau sangat


menghormati guru-guru, kakitangan sekolah, orang awam
dan rakan-rakan seperjuangan.
Sepanjang bulan ramadhan, pihak sekolah mengadakan
program tadarus Al-Quran setiap hari pada waktu rehat,

KAJIAN PERBEZAAN INDIVIDU

DPLI-PSV

responden murid A lebih menonjol kerana lancar dalam


bacaan Al-Quran. Manakala responden murid B mengambil
tempat belakang apabila berada di dalam masjid kerana
kurang lancar dalam bacaan Al-Quran. Selain itu, responden
murid A telah khatam Al-Quran berbanding responden murid
B yang masih belum khatam.

Responden murid A mempunyai pencapaian akademik yang


baik dan merupakan pelajar yang mempunyai potensi di
dalam menempuh UPSR pada tahun berikutnya. Pencapaian
akademiknya adalah konsisten. Mempunyai pemikiran yang
Aspek
Intelek

kreatif, kritikal dan reflektif yang mana beliau merupakan


murid perempuan yang paling kedepan di dalam kelas 5
Bestari.
Manakala responden murid B mempunyai tahap pencapaian
akademik yang tidak konsisten ketika berada di tahun 4.
Ralat kejatuhan pencapaian akademik beliau dari tahun 4 ke
tahun 5 adalah sangat tinggi.

Responden murid A dan murid B mempunyai akhlak dan


disiplin yang baik kerana kedua-duanya tidak menimbulkan
masalah dari segi disiplin di sekolah. Responden murid A
lebih menonjol dari segi sahsiah kerana beliau lebih suka
Aspek
Sahsiah

menjawab soalan guru serta penglibatan dan pergaulan


sesama rakan sama ada di dalam kelas mahupun diluar
kelas. Manakala responden murid B kurang menonjol kerana
lebih suka mendiamkan diri di dalam kelas ketika pendapat
murid diperlukan. Mempunyai suara yang kurang kedengaran
apabila guru bertanyakan sesuatu. Beliau suka mendiamkan
diri apabila berada di dalam kelompok rakan sebaya.

10

KAJIAN PERBEZAAN INDIVIDU

4.0

DPLI-PSV

IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DALAM KELAS

Mengikut Atan Long (1978) di dalam buku Siri Pendidikan Guru Psikologi
Pendidikan, perbezaan individu memberi kesan yang besar terhadap kepelbagaian
tingkah laku dalam bilik darjah. Bagi jangka pendek perbezaan-perbezaan yang
wujud di kalangan murid tidak menampakkan kesan pembelajaran yang ketara tetapi
mengikut Capaldi dan rakan-rakan (1996), perbezaan yang wujud akan beransuransur menyisihkan perhubungan antara rakan dengan rakan sekiranya tidak
dibendung dari peringkat awal. Menurut Ee Ah Meng (1996) di dalam buku Psikologi
Pendidikan 1 (Psikologi Perkembangan semester 1), kanak-kanak adalah berbeza
dari segi kognitif, sosial, emosi dan psikomotor. Perbezaan individu di kalangan
murid-murid tentu sekali akan mempengaruhi kemajuan persekolahan kanak-kanak
terutama di dalam kelas.
Antara implikasi-implikasi yang ketara berlaku di dalam bilik darjah akibat
wujudnya perbezaan individu adalah seperti berikut :

1. Perbezaan gaya berfikir


Perbezaan gaya berfikir merujuk kepada gaya kognitif dan gaya belajar murid.
Kedua-dua gaya terhasil daripada perbezaan individu. Kedua-dua gaya
ditunjukkan oleh murid di dalam kelas seperti ada yang lebih selesa belajar
menggunakan kemudahan-kemudahan audio dan ada pula yang selesa dengan
menggunakan alat visual. Murid-murid yang cepat bertindak akan cepat
menyiapkan kerja-kerja rumah. Bagi murid yang tidak berminat dengan kerja
rumah akan menghantar lewat tugasannya kepada guru. Bagi responden murid
A, beliau lebih bertindak cepat dalam hal-hal berkaitan tugasan serta
pembelajaran. Manakala responden murid B, beliau lebih pasif apabila soalan
diajukan kepadanya sewaktu di dalam kelas.

11

KAJIAN PERBEZAAN INDIVIDU

DPLI-PSV

2. Kesediaan belajar
Kesediaan belajar murid-murid juga bergantung pada pengalaman dan
kemudahan pembelajaran di sekolah dan kelas. Murid-murid yang didedahkan
kepada pengalaman persekolahan di peringkat umur yang awal tentulah lebih
bersedia untuk membaca, menulis, dan mengira berbanding dengan murid-murid
yang tidak pernah mendapat pengalaman prasekolah.

3. Perbezaan sosial. Murid-murid yang bersifat ekstrovert biasanya aktif mengambil


bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga tidak teragakagak bertanya kepada guru tentang aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran
yang mereka kurang fahami. Dengan ini, mereka akan membentuk konsepkonsep yang lebih jelas dan seterusnya akan menunjukkan pencapaian
persekolahan yang lebih baik. Sebaliknya murid-murid yang bersifat introvert, iaitu
yang gemar berseorangan biasanya akan menarik diri daripada penyertaan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, mereka akan berasa malu
dan takut untuk mengemukakan soalan-soalan sekiranya dihadapi pelbagai
kesulitan atau keraguan. Ini seterusnya akan menyebabkan murid-murid seperti
ini ketinggalan dalam kemajuan persekolahan.

4. Perbezaan emosi. Murid-murid yang berasal dari keluarga bahagia serta


mendapat asuhan ibu bapa yang sempurna akan mengalami kestabilan emosi.
Murid-murid seperti ini tentu dapat memberi penumpuan yang teliti terhadap
pengajaran guru. Penumpuan seperti ini, tetap akan membantu mereka
membentuk konsep-konsep yang jelas dalam pelbagai mata pelajaran.

12

KAJIAN PERBEZAAN INDIVIDU

5.0

DPLI-PSV

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah
kurnianya kerana dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang
terhad lantaran kesibukan dengan tugasan lain.
Tugasan ini telah diberikan pada 6 Ogos 2012 oleh pensyarah bagi subjek
Psikologi Pendidikan (EDC 2202) iaitu En. Rosli bin Mohamad. Pada mulanya
mendapat tugasan kerja kursus ini perkara yang saya fikirkan adalah kesukaran
membuat kajian ke atas individu di mana maklumat berkaitan peribadi juga perlu
diketahui secara langsung. Kajian ini dijalankan dalam masa yang sama kami
sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Pelbagai tugasan lain
juga turut dibekalkan.
Perkara yang dilakukan semasa mendapat tugasan ini dengan merujuk
rangka yang diperlukan di dalam tugasan ini memandangkan saya memang tidak
dapat membayangkan maklumat yang perlu ada di dalam tugasan ini. Sepanjang
tempoh menyiapkan tugasan ini saya juga berbincang dengan rakan baik saya agar
kefahaman ke atas tugasan ini lebih variasi. Dari segi bahan sumber yang saya
rujuk, saya mempunyai beberapa buku psikologi.
Saya merasakan tugasan psikologi ini serta subjek ini agak mencabar kerana
mengkaji sifat, tingkah laku dan personaliti individu. Pembacaan, pemahaman dan
pemerhatian yang baik mampu mengkaji personaliti individu itu. Tetapi secara
jujurnya, kajian yang saya jalankan tidaklah sehebat mana dari segi pembacaan,
pemahaman

dan

juga

pemerhatian

yang

dijalankan

memandangkan

saya

merupakan pelajar yang masih belajar dalam psikologi pendidikan.

13

KAJIAN PERBEZAAN INDIVIDU

DPLI-PSV

Selepas mengumpul maklumat barulah saya memulakan tugasan menaip


bermula dengan rangka pendahuluan dan latar belakang kajian. Kerana bahagian ini
lebih mudah berbanding dengan dapatan kajian yang perlu dihuraikan.
Setelah cukup maklumat yang diperolehi saya turut bertanya dengan rakanrakan cara penulisan dapatan kajian, kerana saya akui saya memang tidak mahir
dalam mengarang ayat apatah lagi tugasan yang melibatkan penulisan esei. Tetapi
saya cuba juga membuat penulisan esei ini menggunakan ilmu dan kemahiran yang
ada walaupun ia tak sehebat mana kerana ia adalah hasil penulisan sendiri.
Antara ilmu yang saya dapat di dalam kerja kursus ini adalah kemahiran
dalam membuat kajian ke atas murid-murid. Komunikasi yang diperlukan ketika
temubual juga merupakan satu kemahiran yang saya dapati. Ini secara tidak
langsung tugasan yang dijalankan ini dalam pada masa yang sama kemahiran lain
juga turut diperolehi.

Disediakan oleh ;

.
(NORAZLINDA BINTI ADAM)
850902-14-6502

14

KAJIAN PERBEZAAN INDIVIDU

DPLI-PSV

BIBLIOGRAFI

1.

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI
Psikologi. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

2.

Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan


Pembelajaran. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

3.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor (2008).


Psikologi Pendidikan. Shah Alam, Selangor. Oxford Fajar.

4.

Ee Ah Meng (1996). Psikologi Pendidikan 1. Shah Alam, Selangor. Penerbit


Fajar Bakti Sdn. Bhd.

5.

Mohd Zuri Ghani, Rahimi Che Aman, Nik Rosila Nik Yaacob, Aznan Che
Ahmad (2008). Jurnal Pendidik dan Pendidikan- Perbezaan Personaliti
Ekstrovert dan Introvert Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik
(PCA) berdasarkan Gender. Pulau Pinang, USM.

15

You might also like