PPPM KHB KT Ting2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
KEMAHIRAN TEKNIKAL
TINGKATAN 2
PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 2

Cetakan 2014

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,


ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun
tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN
BIL

PERKARA

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MATLAMAT MATA PELAJARAN

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

TAFSIRAN

KERANGKA STANDARD PRESTASI

PENYATAAN STANDARDKHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

10

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikalmerangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi,Kemahiran Teknikalserta
Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang
digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran
teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.
Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi
dan komponen elektif iaitu Kemahiran Teknikalsebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat
tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi
mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang
berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT MATA PELAJARAN


Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN


OM1

Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti
kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2

Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan
menghasilkan produk.

OM3

Menjalankan pemasangan dan baik pulih litar elektronik yang akan dinilai.

OM4

Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM5

Menterjemah idea-idea kreatif dan inovatif melalui lukisan teknik.

OM6

Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

OM7

Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat
keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM8

Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia. )

OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang
dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1

Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

OP2

Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OP3

Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

OP4

Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

OP5

Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

OP6

Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

OP7

Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal. (2005).
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

TAFSIRAN
o

Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan
pelaporan individu.

Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generikbagi memberi
gambaran holistik tentang individu.

Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada
dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu
atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

Deskriptorialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir
dan dicapai.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,
peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran murid yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

KERANGKA STANDARD PRESTASI

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Tahu

Tahu

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab


Mithali

Boleh Buat dengan Beradab


Terpuji

Boleh Buat dengan Beradab

Boleh Buat

Faham

PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL


BAND

PENYATAAN STANDARD

6
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Mithali)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran


teknikalserta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

5
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Terpuji)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran


teknikalserta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

4
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran


teknikalserta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

3
(Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran


teknikalserta perniagaan dan keusahawanan.

2
(Tahu dan Faham)
1
(Tahu)

Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran teknikalserta perniagaan dan


keusahawanan.
Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran teknikalserta perniagaan dan
keusahawanan.

PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
TINGKATAN 2

BIDANG

TAJUK

REKA
BENTUK
DAN
TEKNOLOGI

prosedur
2
daya usaha
membimbing

BIDANG

1.

Reka Bentuk dan Penghasilan


Projek

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan


menyenaraikan lima alatan tangan.

B2

Menerangkan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menjelaskan


lima alatan tangan dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan


penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja mengukur,
menanda dan memotong.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan


penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja mengukur,
menanda dan memotong dengan mengikut prosedur1.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan


penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja mengukur,
menanda dan memotong dengandaya usaha1.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan


penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja mengukur,
menanda dan memotong dan membimbing1.

: Kaedah dan teknik yang betul.


: (i) Hasil kerja kemas dan betul.
(ii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan.
: (i) Menjadi contoh dari segi tingkah laku dan hasil kerja.
(ii) Boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lain.

TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

REKA
BENTUK
DAN
TEKNOLOGI

semua komponen
2
prosedur

BIDANG

Elektronik

2.

B1

Menyatakan tentang asas elektronikdengan memberikan tiga simbol komponen


elektronik.

B2

Menerangkan tentang asas elektronik dengan menjelaskan tiga komponen


elektronik dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik dengan


menterjemah semua komponen1 dalam lukisan skematik kepada lukisan
bergambar.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara


sistematik dengan menterjemah semua komponen dalam lukisan skematik
kepada lukisan bergambar mengikut prosedur2.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara


sistematik dengan menterjemah semua komponen dalam lukisan skematik
kepada lukisan bergambar dengan daya usaha2.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara


sistematik dengan menterjemah semua komponen dalam lukisan skematik
kepada lukisan dan membimbing1.

: Minimum empat jenis [Perintang, suis, LED, kapasitor, transistor atau pembaz (buzzer)]
: Komponen dilukis mengikut kedudukan dan kekutuban yang betul.

TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

10

REKA
BENTUK
DAN
TEKNOLOGI

daya usaha

BIDANG

3.

Lukisan teknik
B1

Menyatakan tentang asas lukisan teknik dengan memberikan empat alatan


tangan lukisan teknik.

B2

Menerangkan tentang asas lukisan teknik dengan menjelaskan empat alatan


lukisan teknik dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik


dengan melukis unjuran ortografik.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik


secara sistematik dengan melukis unjuran ortografik mengikut prosedur1.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik


secara berinisiatif dengan melukis unjuran ortografik dengan daya usaha3.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik


secara berinisiatif dengan melukis unjuran ortografik danmembimbing1.

: (i) Ukuran dan penyambungan garisan objek tepat (had terima + 1 mm)
(ii) Garisan binaan dan garisan objek dilukis dengan betul.
(iii) Hasil lukisan betul dan bersih.

TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

11

REKA
BENTUK
DAN
TEKNOLOGI

prosedur3
daya usaha4.

4.

Masakan

B1

Menyatakan tentang masakan dengan mengenal pasti jenis-jenis minuman.

B2

Menerangkan tentang masakan dengan mengenal pasti bahan yang sesuai


untuk jenis minuman.

B3

Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan


menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat.

B4

Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan


menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat dengan mengikut prosedur3

B5

Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan


menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat dengan daya usaha4.

B6

Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan


menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat dan membimbing1.

: Urutan dan langkah kerja yang betul

: (i) Menghias
(ii) Hasil kerja kemas
(iii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan

12

BIDANG
REKA
BENTUK
DAN
TEKNOLOGI

TAJUK
5.

BAND

Tanaman hiasan

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang tanaman hiasan dengan mengenal pasti dua ciri tanaman
hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula.

B2

Menerangkan tentang tanaman hiasan dengan menjelaskan dua ciri tanaman


hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan


membuat pemasuan semula tanaman hiasan.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan


membuat pemasuan semula tanaman hiasan dengan mengikut prosedur3.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan


membuat pemasuan semula tanaman hiasan dengan daya usaha2. .

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan


membuat pemasuan semula tanaman hiasan dan membimbing1.

13

BIDANG
KEMAHIRAN
TEKNIKAL

TAJUK
7.

BAND

Lukisan teknik (elektif)

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang lukisan teknik dengan mengenal pasti lukisan isometrik,


lukisan hamparan dan lukisan keratan penuh.

B2

Menerangkan tentang lukisan teknik dengan mengenal pasti kaedah melukis


lukisan isometrik, hamparan dan keratan penuh.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik dengan


melukis lukisan isometrik, lukisan hamparan garis selari dan lukisan hamparan
garis jejari serta lukisan keratan penuh.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik secara


sistematik dengan melukis lukisan isometrik, lukisan hamparan garis selari dan
lukisan hamparan garis jejari serta lukisan keratan penuh mengikut prosedur1

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik secara


berinisiatif dengan melukis lukisan isometrik, lukisan hamparan garis selari dan
lukisan hamparan garis jejari serta lukisan keratan penuh dengan daya usaha3

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik secara


berinisiatif dengan melukis lukisan isometrik, lukisan hamparan garis selari dan
lukisan hamparan garis jejari serta lukisan keratan penuh dan membimbing1.

14

BIDANG
KEMAHIRAN
TEKNIKAL

komponen1
prosedur4

TAJUK
8.

BAND

Elektronik (elektif)

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang elektronik dengan mengenal pasti dua simbol


komponen1 elektronik.

B2

Menerangkan tentang elektronik dengan menjelaskankomponen1 elektronik


dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik dengan


menghasilkan projek elektronik.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara


sistematik dengan menghasilkan projek elektronik mengikutprosedur4.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektroniksecara


berinisiatif dengan menghasilkan projek elektronik yang berfungsi dengan
daya usaha2.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektroniksecara


berinisiatif dengan menghasilkan projek elektronik yang berfungsi dan
membimbing1

: Komponen elektronik untuk elektif Kemahiran Teknikal tingkatan dua

: Komponen berkutub dipasang mengikut kekutuban

15

BIDANG
KEMAHIRAN
TEKNIKAL

TAJUK
9.

Asas keusahawanan

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang asas keusahawanan dengan mengenal pasti ciri


usahawan.

B2

Menerangkan tentang asas keusahawanan dengan menjelaskan ciri


usahawan.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas keusahawanan


dengan mengenal pasti kelebihan menjadi usahawan berbanding makan
gaji.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas keusahawanan


dengan mengenal pasti kelebihan menjadi usahawan berbanding makan
gaji dan bidang kegiatan usahawan.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas keusahawanan


dengan membuat perkaitan kerjaya yang ingin murid ceburi dengan bidang
keusahawanan.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas keusahawanan


dengan membanding diri dengan ciri usahawan.

16

Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, 2, 5 15, Blok E11,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel. : 03-88843787
Faks : 03-88843783
Web :http://www.moe.gov.my/lp
e-mel : weblpm@moe.gov.my

17

You might also like