Manhaj Islam Dalam Memelihara Perpaduan Ummah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

MANHAJ ISLAM DALAM MEMELIHARA PERPADUAN UMMAH

Oleh :
Datuk Hj Wan Zahidi bin Wan Teh
Mufti Wilayah Persekutuan

Satu perkara yang tidak dipertikaikan oleh sesiapa pun daripada kalangan umat
Islam ialah bahawa perpaduan ummah adalah suatu tuntutan yang amat penting dan
perpecahan adalah perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam berasaskan nasnas daripada al-Quran dan al-Sunnah. Islam sudah tentu, tidak membiarkan
umatnya meraba-raba mencari kaedah bagaimana melaksanakan kewajipan seperti
ini secara bersendirian tanpa sebarang panduan. Ini sama juga dengan kewajipan
solat umpamanya, syarak tidak membiarkan umat Islam mencari sendiri tanpa
memberikan panduan bagaimana melaksanakannya melainkan diterangkan dengan
jelas cara-cara mengerjakannya dalam Sunnah.
Manhaj Islam dalam memelihara perpaduan ialah melalui al-jamaah. Oleh
yang demikian persoalan mengenai jamaah dan furqah (perpecahan) diperkatakan
dengan begitu banyak sekali dalam kitab-kitab Hadis seperti Sahih Bukhari dan
Muslim. Ini memandangkan persoalan perpaduan dan perpecahan memberi kesan
yang sangat besar dalam kehidupan ummah. Antaranya Hadis-Hadis berikut :

Hendaklah kamu berada bersama jamaah, dan janganlah kamu berpecah (daripada
jamaah) (Riwayat Tarmizi).

Jamaah itu membawa rahmat, dan perpecahan itu membawa azab (Riwayat
Ahmad).

Tiga golongan jangan ditanya tentang nasib mereka (kerana mereka daripada
golongan binasa); orang yang berpisah daripada jamaah dan menderhaka kepada
pemerintahnya lalu ia mati dalam keadaan derhaka . (Riwayat AlHakim)

Sesiapa yang ingin berada di tengah syurga, maka hendaklah ia berada bersama
jamaah (Riwayat Al-Tirmizi).

Perkataan jamaah di sini tidak boleh digunakan sembarangan oleh mana-mana


kumpulan dalam masyarakat Islam walaupun daripada segi bahasa setiap kumpulan
yang bilangannya tiga orang ke atas di panggil jamaah. Kerana setiap perkataan
yang telah menjadi istilah hukum akan bertukar daripada makna asalnya mengikut
bahasa kepada makna khas di sisi syarak. Seperti solat yang makna asalnya adalah
doa. Tetapi setalah menjadi istilah syarak ia bertukar daripada pengertian asalnya
kepada makna khusus. Berasaskan siyaaqu al-kalam atau konteks percakapan,
para ulama telah mentafsirkan jamaah dalam hadis-hadis di atas dan seumpamanya
dengan : golongan pemerintah dan umat Islam yang bersama dengan mereka.

Imam Al-Tabari menyatakan :

"Maksud daripada hadis ini ialah bersama dengan kumpulan umat Islam yang berada
dalam ketaatan pemerintah yang mereka bersepakat melantiknya sebagai
pemerintah". (Fathul Bari)
Ditempat yang lain Al-Tabari menyatakan :

Jamaah ialah kumpulan umat yang terbesar

Imam Al-Sarkhasi menyatakan :

Jamaah umat Islam ialah mereka yang memiliki kekuatan untuk mempertahankan
negara dan umat di mana jua mereka berada
Dr. Yahya Ismail dalam bukunya yang berjudul :

(sebuah tesis Ph. D yang dikemukakan ke Universiti Al-Azhar)

Juga membuat kesimpulan yang sama. Ketika mengulas hadis riwayat Al-Tabarani
yang bermaksud :

Pertolongan Allah bersama Al-Jamaah; dan syaitan menunggang bersama


golongan yang menyalahi jamaah, beliau menyatakan :

Dalil yang menyokong saya untuk memahami bahawa yang dimaksudkan dengan
jamaah dalam hadis ini ialah kumpulan umat yang mendukung pemerintah yang
berkuasa, ialah bahagian akhir hadis tersebut yang menyatakan (.... dan syaitan
menunggang bersama kumpulan yang memisahkan diri daripada jamaah).

Pengertian ini sebenarnya dapat difahami dengan jelas apabila kita membaca hadishadis yang berhubung dengan kewajipan taat kepada pemerintah, seperti hadishadis berikut :

Sesiapa yang memisahkan diri daripada jamaah dan menghina Kerajaan, ia


menemui Allah tanpa sebarang hujah yang dapat membelanya . (Riwayat Ahmad)

Adalah jelas dalam hadis di atas, jamaah dikaitkan dengan pemerintahan ;

Sesiapa yang memisahan diri daripada jamaah dan bertindak menyalah ketaatan,
mati ia seperti mati jahiliah .

Dalam hadis ini juga jamaah dikaitkan dengan taat kepada pemerintah.

Dan hadis Ibnu Abbas berikut ini sangat jelas menunjukkan bahawa jamaah yang
dimaksudkan ialah jamaah pemerintah :

Sesiapa yang melihat sesuatu yang tidak disukai daripada pemerintahnya, maka
hendaklah ia bersabar, kerana barang siapa yang mengambil langkah berpisah
3

daripada jamaah sekalipun sekadar sejengkal, kemudian dia mati, maka


kematiannya itu seperti keadaan mati jahiliah (Riwayat Bukhari).
Menurut Ibnu Hajar, maksud mati jahiliah disini ialah mati dalam keadaan sesat dan
maksiat (Fathul Baari : 10/13).

Malah dalam sebuah Hadis, pengertian jamaah ini diterangkan dengan jelas oleh
Sahabat yang meriwayatkannya :

Dan sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada tujuh puluh dua puak
semuanya dalam neraka kecuali satu puak. Kami bertanya : Wahai Nabi Allah, puak
manakah itu? Baginda bersabda : Al-Jamaah. Yazid Al-Raqasyi berkata : Aku
berkata kepada Anas, Wahai! Abu Hamzah. Di manakah Jamaah itu? Berkata
Anas : Bersama dengan pemerintah-pemerintah kamu. Bersama dengan
pemerintah-pemerintah kamu (Riwayat Abu Yala).

Adalah jelas daripada apa yang dipaparkan di atas bahawa petunjuk Islam dalam
memelihara perpaduan dan kekuatan ummah adalah dengan cara : bersatu serta
taat kepada pemerintah yang ada dan berjihad bersama mereka. Malah jihad tidak
boleh dilaksanakan kecuali bersama dengan pemerintah seperti yang ditegaskan
dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud :

..... dan jihad adalah wajib ke atas kamu sekalian bersama setiap pemerintah, sama
ada ia orang baik atau fasik, sekalipun ia ada melakukan dosa besar ".

Dalam konteks Malaysia, istilah Kerajaan mungkin menimbulkan kekeliruan kerana


ia digunakan dalam beberapa peringkat pentadbiran dan kuasa, iaitu Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Tempatan. Abdul Karim Zaidan
dalam bukunya al-Fard Wal Daulah menjelaskan :

Dalam Sunnah kita dapati banyak diulang-ulangkan perkataan Amir..... Imam


dan Sultan. Istilah-istilah ini membawa makna : golongan yang berada di tangan
mereka kekuasaan dan pemerintahan yakni Kerajaan .

Imam Al-Qarafi dalam kitabnya Al-Ihkam menyatakan :

Ketua Negara mempunyai bidang kuasa kehakiman, Fatwa dan perkara-perkara


yang tidak bersifat Fatwa dan Kehakiman, seperti menubuhkan pasukan tentera,
mengisytihar perang, memungut hasil dan menguruskan belanjawan, melantik
pemerintah-pemerintah wilayah serta membunuh penderhaka-penderhaka (yang
menentang kerajaan dengan mengangkat senjata) . Jelas daripada huraian ulama
di atas bahawa dalam konteks Malaysia yang memiliki bidangkuasa-bidangkuasa di
atas adalah Kerajaan Persekutuuan, khususnya kuasa ketenteraan bagi
mempertahankan negara, dan kuasa Polis bagi memelihara keamanan dan
melindungi keselamatan orang ramai dan harta benda daripada penjenayah. Keduadua bidangkuasa ini sangat penting dalam memelihara maqasid al-syariah, iaitu
menjaga agama, menjaga nyawa dan anggota badan, menjaga akal, menjaga harta
benda dan menjaga nasab (kesucian).

Dalam sesebuah negara Islam tidak boleh wujud dua pihak yang memiliki kuasakuasa sedemikian seperti kata Imam Al-Syafii dalam Al-Risalah :

Telah ijmak seluruh ummah bahawa Khalifah yang sah hanya seorang.
Sementara Imam Al-Haramain dan Ghiyath Al-Umam menyatakan :

Maka kepimpinan negara asasnya ialah seorang sahaja penyandangnya. Antara


dalil yang digunakan oleh para ulama dalam menetapkan hukum di atas ialah hadishadis berikut :

Jika dilantik dua Ketua Negara, maka yang terakhir hendaklah dibunuh (Riwayat
Muslim)

Barang siapa yang datang kepada kamu sekalian pada hal salah seorang daripada
kamu telah dilantik menjadi pemerintah, ia ingin melakukan penderhakaan, maka
hendaklah ia dibunuh (jika tidak ada cara lain untuk menghalangnya) tanpa mengira
siapakah orangnya (Riwayat Muslim).

Maka bertolak daripada keterangan di atas, seluruh umat Islam di Negara ini wajib
memberikan kesetiaan dan ketaatan kepada Pemerintah Pusat tanpa mengira
siapakah dia dan apakah kedudukannya, berasaskan nas-nas syarak yang
dibentangkan sebelum ini.

Menurut Al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam Al-Sultaniyyah, Ketua Negara tidak


mungkin menjalankan tanggungjawab pemerintahan bersendirian tanpa dibantu oleh
orang yang menjalankan tugas ini bagi pihaknya. Oleh yang demikian harus baginya
melantik Al-Wazir bagi menjalankan urusan pentadbiran negara Jawatan Al-Wazir
yang disebut oleh Al-Mawardi itu menyamai jawatan Perdana Menteri pada hari ini.
Manakala Al-Wazir pula boleh melantik orang lain membantunya mengikut bidang
tugas yang ditentukan seperti pertahanan, keamanan, kewangan dan sebagainya.
Inilah kaedah yang berlaku dalam pemerintahan sesebuah negara dahulu dan kini.
Memandangkan hakikat inilah nas-nas syarak menggunakan lafaz jamak ketika
menyebut Pemerintah, seperti yang terdapat dalam ayat 59 dari surah An-Nisaa.

.......taatlah kamu sekalian kepada Allah dan taatlah kepada Rasul serta kepada
golongan pemerintah daripada kalangan kamu .....
Manakala Sunnah pula menggunakan lafaz Al-Jamaah seperti yang telah dihuraikan
sebelum ini. Al-Mawardi dalam Al-Ahkam Al-Sultaniyyah, setelah memetik ayat ini
menyatakan :

Maka Allah memfardhukan ke atas kita taat kepada para pemerintah daripada
kalangan kita, mereka adalah Ketua-Ketua yang memerintah kita :

Daripada huraian-huraian di atas dapat difahami bahawa perintah taat kepada


pemerintah mengandungi perintah taat kepada para petugas yang dilantik oleh
6

Pemerintah untuk menjalankan tugas bagi pihaknya. Misalnya tugas menjaga


keamanan dan keselamatan Negara.
Ketua Negara telah mengamanahkan
tanggungjawab ini kepada Ketua Polis Negara. Maka mematuhi arahan polis yang
dibuat mengikut lunas undang-undang, bermakna mentaati pmerintah. Demikianlah
pula sebaliknya. Sebarang tentangan terhadap pasukan polis ketika menjalankan
tugas yang diamanahkan kepada mereka bermakna menderhaka kepada
pemerintah.

Kesimpulannya ini bukan sahaja dapat difahami secara logik, tetapi telah dinyatakan
dengan jelas dalam sebuah hadis Riwayat Bukhari dan Muslim seperti berikut :

Dan sesiapa yang taat kepada ketua yang aku lantik, bermakna ia taat kepadaku,
dan sesiapa yang menderhaka kepada Ketua yang aku lantik bermakna ia
menderhaka kepadaku (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Di Malaysia hari ini umat Islam umumnya terbahagi kepada dua kelompok, iaitu yang
menyokong kerajaan dan yang menentang kerajaan. Adalah jelas bahawa pihak
yang selari dengan kehendak Sunnah berasaskan dalil-dalil yang sahih dan jelas
serta bersesuaian dengan ijmak ulama ialah mereka yang bersama dan menyokong
kerajaan yang ada. Kelompok inilah yang dimaksudkan dengan Al-Jamaah dalam
hadis-hadis yang dikemukakan sebelum ini.

Kenyataan ini mungkin sukar diterima oleh sesetengah pihak yang telah diresapi
oleh pemikiran bidah sejak sekian lama sehingga pemikiran yang bercanggah
dengan Sunnah ini telah sebati dalam fikiran mereka. Jika kita membuka khazanah
lama, kita akan menemui huraian yang tepat berhubung dengan persoalan ini.
Imam Ghazali dalam kitab Al-Ihya; ketika membicarakan mengenai pintu-pintu yang
melaluinya syaitan mudah menyelinap ke dalam hati manusia menyatakan :

Dan antara pintu-pintu besar bagi syaitan (untuk masuk menguasai hati manusia)
ialah : taksub kepada aliran-aliran pemikiran dan keinginan-keinginan tertentu, rasa
dendam terhadap pihak lawan serta memandang rendah dan hina terhadap mereka;
perkara-perkara tersebut boleh membinasakan ahli ibadat dan juga orang fasik. Ini
ialah kerana mencerca manusia dan menyebut kekurangan mereka merupakan
bahagian daripada sifat haiwaniah yang tertanam dalam tabiat manusia. Apabila
syaitan berjaya membisikan kepada manusia bahawa perbuatan tersebut adalah
benar dan ianya sesuai pula dengan perangai manusia berkenaan sehingga
kemanisan untuk melakukan perbuatan tersebut telah menguasai hatinya. Keadaan
ini membuatkan ia mengerah sepenuh tenaganya untuk melakukan perbuatanperbuatan yang dibisikkan oleh syaitan sebagai benar itu. Ia melakukan semua itu
dengan gembira dan senang hati dengan sangkaan bahawa ia berjuang untuk
kepentingan agama, tetapi pada hakikatnya ia berjuang pada mengikut jejak langkah
syaitan (Al-Ihya : 45/3).

Amalan yang bertentangan dengan syarak dan dianggap benar oleh pengamalnya
dipanggil bidah. Untuk meninggalkan amalan bidah adalah lebih sukar daripada
meninggalkan maksiat. Oleh sebab itu ia sangat digemari oleh syaitan, seperti kata
Imam Sufyan Al-Thauri :

Bidah lebih digemari oleh Iblis daripada maksiat kerana orang lebih mudah
bertaubat daripada maksiat, tetapi sukar untuk bertaubat daripada bidah .

Ini adalah kerana seperti kata Imam Ghazali perkara yang batil itu telah dikhayalkan
kepadanya oleh Syaitan sebagai Kebenaran yang wajib diperjuangkan dengan
penuh tenaga dan kesungguhan. Apa yang disebut oleh Imam Ghazali ini
bersesuaian dengan hadis riwayat Al-Tabarani yang dipetik sebelum ini ..... dan
syaitan menunggang bersama golongan yang menentang jamaah yang
memerintah.

Kebenaran mukjizat hadis Rasulullah S.A.W. ini dapat disaksi dengan jelas dalam
tunjuk-tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh golongan yang menggelarkan diri
mereka sebagi BERSIH . Mereka yang menurut perkiraan biasa sepatutnya
berperwatakan lembut, besopan santun dan memiliki budi bahasa yang tinggi, boleh
bertindak dengan begitu liar dan ganas sekali. Bagi saya, peristiwa-peristiwa yang
berlaku itu adalah merupakan antara bukti kebesaran dan kebenaran Sunnah
Rasulullah S.A.W.

maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pengajaran wahai! orang-orang yang
mempunyai penglihatan (Al-Hasyr : 2)

Setiap penyakit ada penawarnya, al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit
hati. Apabila disebut penawar atau ubat, ia memerlukan doktor yang berkelayakan
dan mahir menggunakan penawar tersebut. Demikian halnya dengan al-Quran. Ia
memerlukan ulama yang bukan sahaja memiliki ilmu yang luas, tetapi juga
keikhlasan yang tinggi serta bebas daripada sebarang kepentingan dan pengaruh
hawa nafsu. Rasulullah S.A.W. memperingatkan mentafsirkan al-Quran tanpa ilmu
akan menjerumuskan seseorang ke dalam neraka walaupun dengan niat yang baik.

Sesiapa yang memperkatakan tentang hukum al-Quran tanpa memiliki ilmu yang
mencukupi, maka hendaklah ia bersedia mengambil tempatnya dalam neraka .
(Riwayat Tirmizi)

Dalam hubungan ini apa yang berlaku kepada golongan Khawarij seharusnya
dijadikan ikhtibar. Dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, mereka bukan sahaja
menganggap diri mereka lebih Islamik daripada Saidina Ali R.A. dan seluruh umat
Islam yang menyokong pemerintah pada ketika itu, tetapi juga mengkafirkan dan
menghalalkan darah mereka (rujuk lebih lanjut tulisan saya Fenomena Pemikiran
Khawarij ).

Maka manhaj yang betul untuk menentukan jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam
setiap persoalan yang kita hadapi ialah dengan merujuk kepada ulama yang
muktabar, khususnya ulama silam yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan
kecuali menyatakan ajaran Islam yang sebenar.
Untuk menjadi bahan iktibar bagi sesiapa yang ingin mencari kebenaran berasaskan
manhaj yang saya sebutkan di atas, saya perturunkan di sini nasihat yang ditulis oleh
Sheikh Muhammad Nawawi bin Umar Al-Jawi ( ) dalam
kitabnya Al-Futuhat Al-Madaniyyah () . Kitab ini dibaca di pusat-pusat
pengajian Pondok dalam bidang ilmu tasawuf yang dikenali dengan Kitab Kuning.

Taat kepada golongan pemerintah : Hendaklah kamu dengar dan taat kepada
mereka sekalipun Raja itu seorang hamba berkulit hitam yang kudung anggotanya.
Dan hendaklah kamu jauhi daripada mengutamakan pandangan kamu daripada ilmu
Allah tentang orang yang Allah dahulukan untuk menjadi pemerintah yang menjaga
urusan umat Islam, sekalipun mereka ada melakukan kezaliman; kerana Allah
mengetahui tentang mereka apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Dan
sesungguhnya kejahatan-kejahatan yang Allah tolak dengan sebab mereka, serta
kebaikan-kebaikan yang dihasilkan melalui mereka adalah lebih banyak daripada
kezaliman mereka.
Dalam banyak keadaan berlaku di mana manusia
mengutamakan pandangan mereka daripada apa yang Allah takdirkan pada
makhluknya, dan syaitan merasuk supaya mereka lupa sabda Nabi S.A.W. (Dan jika
mereka para pemerintah berlaku adil, maka beroleh pahala (kerana mentaati
mereka) dan dosanya ke atas mereka, tetapi jika mereka melakukan keadilan, maka
kamu dan mereka beroleh pahala, dan sesungguhnya Allah mencegah dengan
kuasa pemerintahan apa-apa kejahatan yang tidak dapat dicegah melalui peringatan
dengan Al-Quran. Dan jika tidak wujud dalam masalah ini peristiwa untuk dijadikan
iktibar kecuali sanggahan Malaikat terhadap Allah Taala dalam peristiwa pelantikan
Adam A.S. sebagai Khalifah maka ia sudah memadai .

Peristiwa pelantikan Adam A.S. sebagai Khalifah dan keengganan Iblis untuk sujud
kepadanya setelah diperintah oleh Allah S.W.T. yang dianggap oleh Sheikh sebagai
memadai untuk dijadikan iktibar dalam konteks perintah Allah supaya taat kepada
golongan pemerintah, perlu di renung secara yang lebih mendalam. Iblis mengelak
daripada mematuhi nas perintah Allah yang jelas dengan menimbulkan persoalan
asal usul kejadian. Ia menganggap dirinya lebih mulia daripada Adam kerana
dijadikan daripada unsur api berbanding dengan Adam yang dijadikan daripada
unsur tanah (surah Sod : 76). Ini membawa implikasi bahawa alasan yang dicipta
oleh Iblis lebih besar daripada perintah Allah, dengan erti kata : Perintah Allah tidak
berkuatkuasa disebabkan tidak wujud alasan yang dicipta oleh Iblis.

10

Perkaitan peristiwa ini dengan perintah taat kepada ulil amri atau golongan
pemerintah adalah jelas. Syarak melalui nas-nas yang terang maksudnya daripada
Quran, Hadis dan Ijmak ulama telah memerintah supaya taat kepada ulilamri.
Namun terdapat golongan yang cuba mengelak untuk tidak taat kepada pemerintah
dengan mencipta berbagai alasan yang tidak disebut dalam nas-nas syarak.
Bermula daripada alasan bahawa pemerintah tidak melaksanakan itu dan ini,
hinggalah kepada perkara-perkara yang bersifat peribadi dan juga perkara-perkara
yang dikaitkan dengan isteri mereka sedangkan persyaratan-persyaratan tersebut
tidak disebut dalam nas-nas syarak. Malah terdapat nas-nas syarak dengan terang
memerintahkan supaya taat kepada pemerintah dalam apa keadaan sekalipun
seperti hadis berikut ini yang diriwayatkan oleh Al-Tabarani dariapda Al-Miqdam bin
Maadi Yakrib :

Taatlah kepada para pemerintah kamu walau bagaimanapun keadaannya, jika


mereka perintahkan kamu melakukan perkara yang sesuai dengan ajaranKu, maka
mereka beroleh pahala, dan kamu juga diberi pahala dengan mentaati mereka, dan
jika mereka perintahkan kamu melakukan perkara yang tidak sesuai dengan
ajaranKu, maka dosanya ke atas mereka dan kamu terlepas daripada dosa .....

Dengan menggunakan alasan-alasan yang dicipta itu golongan ini menganggap taat
kepada pemerintah tidak lagi wajib ke atas diri mereka. Sebaliknya, tindakan
penderhakaan bukan sahaja telah menjadi harus, malah dianggap sebagai sesuatu
yang wajib diperjuangkan.
Daripada sini kita libat bagaimana alasan atau
persyaratan yang dicipta itu seolah-oleh telah membatalkan perintah syarak ke atas
diri mereka.

Inilah sebenarnya moral yang hendak disampaikan oleh Sheikh Muhammad Nawawi
apabila beliau mangaitkan peristiwa pelantikan Adam A.S. sebagai Khalifah dengan
perintah taat kepada pemerintah. Walaupun kita lihat golongan ini begitu hebat
sekali ketika berhujah menegakkan pendirian mereka, namun perkara yang tidak
harus dilupakan ialah bahawa guru yang mempelopori perlakuan seperti ini adalah
Iblis. Oleh yang demikian, Imam Ghazali dalam tulisannya yang dipetik sebelum ini
menyatakan bahawa perjuangan golongan ini adalah pada mengikut jejak langkah
syaitan.

11

Daripada nas-nas yang dibentangkan sebelum ini, ternyata persoalan taat kepada
pemerintah dan menyertai jemaah mereka atau sebaliknya adalah merupakan
perkara yang penting dan penentu bagi kehidupan Muslim samada di peringkat
individu maupun di peringkat Ummah. Taat dan bersatu di bawah panji pemerintah
membawa rahmat dan merupakan safinatunnajat atau bahtera penyelamat di dunia
dan di akhirat. Sementara penderhakaan dan perpecahan pula akan mengundang
azab menyebabkan mati dalam maksiat dan jahiliah, serta tidak diterima amal
kebajikannya, seperti yang tersebut dalam Hadis Ibnu Abbas berikut :

Sesiapa yang beramal di dalam jemaah, dan amalannya benar, Allah terima
daripadanya, dan sesiapa yang bekerja mencari perpecahan jika amalannya benar,
tidak akan diterima oleh Allah daripadanya, dan jika salah, maka hendaklah ia
bersedia mengambil tempatnya dalam neraka (Riwayat Al-Tabarani dan Al-Bazzar).

Jika kita teliti dalil-dalil yang memerintahkan supaya taat kepada golongan
pemerintah dan menyertai jemaah mereka serta melarang berpecah dan
menderhaka kepada pemerintah, kita dapati ia tidak kurang daripada dalil yang
menetapkan hukum-hukum asas dalam Islam, seperti solat, zakat dan puasa. Malah
terdapat Hadis yang menggandingkannya sebaris dengan rukun-rukun tersebut,
seperti berikut :

Demi sesungguhnya beribadatlah kepada Tuhanmu, tunaikanlah solat lima waktu,


berpuasalah pada bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dengan ikhlas hatimu, taatlah
kepada pemerintah-pemerintah kamu nescaya kamu akan masuk syurga Tuhanmu .
Riwayat Ahmad Tirmizi, Ibu Hibban dan Al-Tabarani).

Maka bertolak daripada fakta-fakta dan dalil-dalil yang dikemukakan dalam tulisan ini
yang dipetik daripada kitab-kitab muktabar, saya menyeru kepada kaum muslimin
dan muslimat sekalian kepada ketaatan dan perpaduan mengikut pegangan Ahli
Sunnah Wal Jamaah, sepertimana yang diserukan oleh Abdullah bin Masud dalam
khutbahnya seperti berikut :

12

Wahai manusia, hendaklah kamu memberikan kesetiaan kepada pemerintah dan


berada bersama jemaahnya kerana sesungguhnya ia adalah tali Allah Azza Wajalla
yang kita di perintah berpegang dengannya. Dan apa yang kamu tidak suka dalam
menyertai jemaah adalah lebih baik daripada apa yang kamu suka dalam berpecah
(Kitab Al-Syariah oleh Al-Aajurri : 17)

Dalam athar ini, Ibnu Masud mentafsirkan ( ( ) tali Allah) dalam ayat 103 surah
Al-Imran dengan ketaatan kepada pemeritah dan menyertai jemaahnya . Tafsiran
ini sangat tepat kerana berikutnya Allah S.W.T. melarang umat Islam daripada
berpecah belah ( ) Wahai saudara! Belumkah sampai masanya lagi untuk kita
menyahut seruan Allah ini dan berhenti daripada memperjuangkan apa yang
dilarang itu.

Berdasarkan nas-nas syarak dan disokong oleh peristiwa-peristiwa yang berlaku


sepanjang sejarah umat Islam, perpecahan ummah sebahagian besarnya berlaku
disebabkan pengaruh pemikiran Khawarij yang benihnya telah wujud sejak dari
zaman Rasulullah S.A.W. lagi. Memandangkan kesan buruknya begitu besar
terhadap agama dan umat, para ulama sentiasa mengingatkan tentangnya bahaya
resapan pengaruh pemimiran ini dalam kitab-kitab mereka. Antara mereka ialah
Imam Muhammad bin Al-Husain Al-Aajurri Al-Syafii (M366H).

Saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan memetik tulisan beliau dalam bukunya
Kitab Al-Syariah berhubung dengan kerosakan dan bahaya mazhab Khawarij
untuk renungan bersama :

.
13

Para ulama dahulu dan kini sepakat menyatakan bahawa puak Khawarij adalah
golongan yang jahat, penderhaka kepada Allah Azzawajalla dan kepada RasulNya
S.A.W. sekalipun mereka sembahyang, berpuasa dan bersungguh mengerjakan
ibadat yang demikian tidak akan memberi manfaat kepada mereka. Dan walaupun
golongan ini menzahirkan kerja-kerja amar makruf dan mencegah kemungkaran,
namun semuanya tidak akan memberi manfaat kepada mereka, kerana
sesungguhnya mereka adalah golongan yang mentafsir al-Quran mengikut apa yang
mereka mahukan, dan mengelirukan umat Islam. Sesungguhnya Allah Azzawajalla
telah mengingatkan kita tentang bahaya golongan ini, demikian juga Rasulullah
S.A.W. dan para Khulafa Rasyidin selepasnya. Demikian juga para Sahabat dan
Tabiin tidak ketinggalan mengingatkan tentang bahaya golongan ini.
Puak Khawarij adalah golongan yang meluas kejahatannya, najis lagi keji, demikian
juga semua puak yang sealiran dengan pemikiran mereka daripada seluruh puak
Khawarij mereka itu mewarisi mazhab ini dahulu dan kini. Mereka menderhaka
kepada ketua-ketua negara dan Raja-Raja, serta menghalalkan perbuatan
membunuh orang Islam (Kitab Al-Syariah oleh Imam Muhammad Bin Al-Husain AlAjurri Al-Syafii : 23)

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


27 Rabiulawal 1434H/3 Februari 2013

14

You might also like