Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Notasi & Alat Muzik

Muzik tradisional Sabah tidak mempunyai sistem not yang tradisional dan seni
kata lagu juga tidak bertulis. Semua muzik dan nyanyian diturunkan secara tradisi
dari generasi ke generasi. Persembahan muzik boleh dilakukan oleh lelaki dan
wanita tetapi sesetengah alat muzik secara tradisi dihasilkan khusus sama ada
untuk pemuzik lelaki atau wanita sahaja.
Kebanyakan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli.
Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton, gabang
dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat lain seperti gambus, kompang
dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat
daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat
daripada giman, sejenis gentian pokok palma.
Kelas

Alat Muzik

Kordofon

Tongkungon, Gambus, Sundatang/Gagayan

Erofon

Suling, Turali/Tuahi, Bungkau, Sompoton

Idofon

Togunggak, Gong, Kulintangan

Membranofon Kompang, Gendang/Tontog


Xylophone

Gabang, Salun

Joget juga bermaksud menari atau bertandak. Istilah ini digunakan dengan
meluas di dunia Melayu sebagai istilah generik bagi seni tari.
Orang Melaka dipercayai telah mencipta joget, sama ada tarian ataupun
muziknya, dengan memilih dan mengambil gerak tarian branyo yang ditarikan
oleh orang Portugis di Melaka.
Ciri utama muzik joget ialah ritma yang cepat dengan rentak dua atau tiga yang
mempunyai keserasian dengan tarantella atau fandango dalam tempo 3/4 atau
6/8.
Kod lagu joget yang disebut terancang bertempo cepat sehingga pasangan
penari juga akan melompat rendah atau menghinjut lantai dengan sebelah kaki
sambil sebelah kaki yang lain dihayun ke hadapan dan ke samping kaki yang
berdiri. Gerak tersebut juga dikenali sebagai terancang.
Secara tradisional, muzik joget dimainkan oleh kumpulan pemuzik kecil. Seorang
pemain biola memainkan melodi, dua orang pemain rebana memainkan ritma
dan menentukan rentak lagu, dan seorang pemain tetawak atau gong
memainkan tanda agogic.
Contoh-contoh Muzik Joget yang Lain:
Joget Pahang Persembahan secara live
Seloka Hari Raya Lagu raya yang berentak joget

You might also like