Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2012

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


AMBILAN JANUARI 2009
TAJUK
MENINGKATKAN KETEPATAN KE ARAH SASARAN DALAM KEMAHIRAN
MENENDANG BOLA YANG BERGOLEK MELALUI KAEDAH ANSUR MAJU
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 CEMERLANG.
OLEH
FATIN NADIA BT MOHD ARSHAD
PISMP PENDIDIKAN JASMANI
JANUARI 2009
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAYA
HULU LANGAT, SELANGOR

1.0 PENDAHULUAN
Bahagian pendahuluan ini menerangkan tentang kandungan pengenalan,
refleksi pengajaran dan pembelajaran serta refleksi nilai pendidikan (Rosinah Edinin,
2011). Pada bahagian pengenalan menceritakan berkaitan dengan pendidikan

jasmani dan juga tentang kajian-kajian dan kaedah yang digunakan dalam
melaksanakan kajian tindakan ini. Bahagian refleksi pengajaran dan pembelajaran
pula menerangkan berkaitan dengan masalah yang didapati sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran sewaktu menjalani praktikum lepas. Dalam refleksi
pendidikan pula menerangkan tentang teori-teori yang sesuai digunakan dalam
penyelidikan.
1.1 Pengenalan
Mata pelajaran pendidikan jasmani merupakan satu proses bertujuan
meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih untuk
mencapai keputusan yang dikehendaki. Menurut Lumpkin (2002),
Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu
mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap
kecergasan yang tinggi. Selain itu, pendidikan jasmani bertujuan untuk
melahirkan murid yang sihat, aktif dan berpengetahuan dengan
pemupukan kemahiran, nilai, amalan dan pergerakan fizikal melalui
pembelajaran yang bersepadu. Secara dasarnya pendidikan jasmani ini
selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
merangkumi beberapa komponen iaitu jasmani, emosi, rohani dan
intelektual.
Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah
pembelajaran melalui aktiviti. Murid perlu diberi peluang mempelajari
pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan mata pelajaran dengan
melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan aktif
setiap murid di dalam kelas Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan.
Murid

perlu

diberi

peluang

untuk

meluahkan

emosi,

memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang


sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yng membina
dan selamat.
Menurut Ignico (1994), kemahiran yang lebih kompleks digunakan
dalam kebanyakan sukan dan permainan digabungkan dan diadaptasi
bagi meningkatkan kemahiran motor asas kanak-kanak. Kebanyakan
kemahiran ini digunakan dalam pelbagai sukan dan kemahiran. Sebagai
contoh, kemahiran menendang bola. ia bukan sahaja digunakan untuk
menendang bola yang static malahan kemahiran ini digunakan dalam

permainan bola sepak yang memerlukan pemain menendang bola


secara bola leret dan bola tinggi. Menendang bola merupakan salah satu
kemahiran asas motor yang dipelajari semasa di awal persekolahan
yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran di dalam sukan
dan perubahan aktiviti cara hidup (Nichols, 1994).
Sehubungan dengan itu, maklum balas ini juga membimbangkan
pengkaji

kerana

kelemahan

murid

menguasai

kemahiran

asas

menendang ini akan menjejaskan peluang mereka untuk bermain


dengan baik. Apabila para pelajar dapat menguasai kemahiran asas
menendang bola, penyertaan mereka dalam permainan bola sepak akan
lebih seronok dan bererti. Kemahiran menendang sangat mempengaruhi
kecekapan menghantar bola dan menjaring (Panduan Pengajaran
Kemahiran Asas Permainan, 2001).
Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan
ansur maju untuk meningkatkan ketepatan dalam kemahiran menendang
bola yang bergolek. Seramai 10 orang murid tahun 3 Cemerlang yang
terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan merupakan subjek
kajian yang memperoleh skor terendah dalam ujian menendang bola
yang bergolek mengikut Test of Gross Motor Development-2 (TGMD-2).
Kaedah ansur maju digunakan bagi meningkatkan ketepatan subjek
dalam kemahiran menendang bola yang bergolek.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Sepanjang menjalani praktikum selama 2 fasa yang lalu, beberapa
masalah telah dikenal pasti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani yang melibatkan kemahiran asas iaitu yang
melibatkan aktiviti mengawal objek. Antaranya ialah masalah dalam
menendang, membaling, menggolek bola dan sebagainya.
Semasa praktikum fasa ketiga selama tempoh tiga bulan di Sekolah
Kebangsaan Bukit Raya, saya berpeluang mengajar murid-murid tahun 3
untuk subjek Pendidikan Jasmani. Di dalam tunjang kemahiran iaitu
manipulasi alatan, saya telah mendapati bahawa murid-murid kurang
berkebolehan dalam melakukan kemahiran menendang bola yang
bergolek dengan tepat ke sasaran.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid juga


didapati kurang memberikan perhatian dan mereka juga didapati kurang
berminat

dengan

aktiviti

yang

dijalankan

terutamanya

pelajar

perempuan. Namun, apabila saya bertegas, murid-murid mula mengikuti


sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang. Tetapi saya
menghadapi masalah apabila melihat murid tidak boleh menendang bola
yang bergolek tepat kepada sasaran iaitu rakan. Walaupun saya lihat
teknik yang dilakukan betul, namun bola tersebut tetap tidak tepat
kepada rakan. Mereka sering merungut menyatakan ketidakpuas hati
dengan bola mereka yang tidak tepat pada sasaran yang telah
ditetapkan. Menurut kajian Payne dan Isaacs (2008) mendapati pada
peringkat umur 9 hingga 11 tahun, kemahiran motor seperti berlari,
melompat, melontar, menyepak, menangkap dan mengelecek sudah
dikuasai oleh kanak-kanak secara pantas dan mempunyai koordinasi
yang lebih baik.
Selain itu, pengkaji juga menyedari bahawa kemahiran menendang
bola ini perlu dikuasai oleh murid-murid Tahun 3 pada peringkat umur
mereka, bagi memberi peluang untuk mengadaptasi kemahiran asas
motor yang dipelajari ke dalam bidang sukan yang bakal mereka ceburi.
Setelah melakukan refleksi terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran berkenaan saya telah mengesan masalah ini timbul adalah
berpunca daripada koordinasi murid-murid. Bagi pendapat pengkaji,
keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana menurut Wall (1990), pada
usia kanak-kanak enam hingga sembilan tahun, tahap koordinasi matatangan dan kaki-mata sedang berkembang pesat. Semasa umur
tersebut,

otot

kanak-kanak

akan

bertambah

kuat,

kelembutan

pergerakan akan bertambah baik dan ketangkasan serta keseimbangan


tubuh juga meningkat. ia menyatakan bahawa pada tahap dua,
kemahiran

lokomotor,

bukan

lokomotor

dan

manipulatif

akan

digabungjalinkan ke dalam aktiviti-aktiviti permainan dan olahraga.


Kenyataan ini disokong oleh Gallahue(1996), kanak-kanak berusia
sepuluh hingga dua belas tahun seharusnya berupaya untuk melakukan
aksi sukan yang memerlukan kepantasan dan kecekapan.
Keadaan yang kurang memuaskan hati ini telah mendorong saya untuk
melaksanakan satu kajian tindakan yang melibatkan kaedah yang akan

digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu untuk


meningkatkan kemahiran menendang bagi permainan bola sepak
dikemudian hari.
Oleh itu, saya perlu mencari kaedah alternatif bagi mengatasi masalah
ketepatan dalam melakukan kemahiran menendang bola yang bergolek.
Saya telah berbincang dengan guru pembimbing untuk mengatasi
masalah murid. Di sekolah ini, saya akan menjalankan kajian tindakan
dengan menggunakan kaedah ansur maju bagi meningkatkan prestasi
ketepatan kemahiran menendang bola yang bergolek. Ini kerana saya
mendapati kaedah ansur maju dapat meningkatkan ketepatan murid
sewaktu menendang bola yang bergolek ke arah sasaran.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Kajian tindakan ini berfokus kepada penggunaan kaedah ansur maju
bagi meningkat ketepatan dalam kemahiran menendang bola dalam
manipulasi alatan. Pengkaji menggunakan kaedah ansur maju kerana,
berdasarkan Taksonomi Bloom(1956), kaedah ansur maju ialah proses
pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan kepada pemeringkatan
sesuatu kemahiran seperti dari pergerakan yang mudah kepada
pergerakan yang susah, pergerakan motor kasar kepada pergerakan
motor halus dan perlakuan yang ringkas kepada perlakuan yang
kompleks. Dengan menggunakan prinsip ini, sesuatu pekerjaan yang
dianggap sukar akan menjadi senang dan dapat dilaksanakan dengan
jayanya.
Daripada hasil pemerhatian yang dilakukan sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran pengkaji mendapati segelintir murid-murid
tahun 3 Cemerlang gagal menguasai ketepatan ke arah sasaran sewaktu
menendang bola yang bergolek. Masalah yang dihadapi murid
dalam menendang bola yang bergolek ke sasaran merupakan
masalah yang tidak boleh dipandang mudah oleh guru kerana
kegagalan murid adalah disebabkan k e g a g a l a n g u r u d a l a m
m e n a n g a n i p e r m a s a l a h a n p e l a j a r. O l e h i t u , g u r u p e r l u
membantu murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran
tidak terus tercicir.
Maka pengkaji perlu membuat sesuatu bagi meningkatkan ketepatan
ke arah sasaran dalam kemahiran menendang bola yang bergolek agar

murid-murid tidak menghadapi masalah yang sama sewaktu mereka


berada di tahap dua. Seorang guru yang bertanggungjawab sentiasa
peka dengan masalah yang dihadapi oleh murid-murid walaupun
masalah kecil.
Pencapaian objektif atau matlamat sesuatu latihan fizikal sama ada
untuk meningkatkan kecergasan, menguasai sesuatu kemahiran atau
menguasai pergerakan motor bergantung kepada banyak faktor. Salah
satu faktor yang sangat penting yang mempengaruhi pencapaian
tersebut ialah keupayaan mengkategorikan sesuatu perlakuan mengikut
tahap-tahap kesukaran daripada tahap kesukaran yang rendah kepada
tahap kesukaran yang tinggi secara berperingkat-peringkat. Dalam erti
kata yang lain ialah mempelajari sesuatu dengan melakukan yang lebih
mudah terlebih dahulu ke yang lebih susah secara berperingkatperingkat. Dengan cara ini sesuatu pembelajaran itu menjadi lebih
mudah untuk dikuasai dan akhirnya mencapai objektif dan matlamat
yang telah ditentukan.
Oleh itu, dalam penyelidikan ini saya menggunakan kaedah ansur
maju untuk meningkatkan ketepatan ke arah sasaran dalam kemahiran
menendang bola yang bergolek. Menurut Gagne (1975), pemeringkatan
pembelajaran penting bagi membantu pembelajaran pada setiap
peringkat serta penyusunan penyampaian pengajaran daripada peringkat
asas kepada yang lebih kompleks. Pembelajaran aras rendah perlu
dikuasai terlebih dahulu untuk mempelajari pembelajaran peringkat
seterusnya.
2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian menyenarai dan merumuskan masalah atau isu yang dikenalpasti
(Rosinah Edinin, 2011). Kandungan tajuk ini menerangkan isu-isu kajian yang
meliputi tinjauan awal, analisis keputusan ujian yang dijalankan semasa
tinjauan awal, dan kriteria-kriteria pemilihan fokus kajian. Di samping itu, tajuk
ini juga menghuraikan secara terperinci tentang tinjauan literatur dan istilahistilah yang terdapat dalam pelaporan kajian ini.

2.1 Isu Kajian


Sebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam
menguasai kemahiran asas terutamanya yang melibatkan koordinasi.
Namun kajian ini hanya akan memfokuskan tentang masalah murid yang
tidak dapat menendang bola yang bergolek tepat ke arah sasaran iaitu
tepat kepada rakan. Tinjauan terhadap masalah akan dapat mengenal
pasti kelemahan yang berlaku di kalangan murid-murid bagi kemahiran
tersebut.
Melalui pemerhatian yang dilakukan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran pengkaji mendapati segelintir murid-murid tahun 3
Cemerlang dapat menguasai kemahiran asas menendang bola yang
bergolek namun mereka menendang bola tidak sampai atau tersasar
jauh dari sasaran yang telah ditetapkan. Sebagai seorang pengkaji yang
telah

mempelajari

perkembangan

motor

kanak-kanak,

adalah

tanggungjawab untuk membantu mereka supaya menguasai kemahiran


ini sebelum terlambat kerana apabila mereka memasuki tahap dua
mereka akan mempelajari kemahiran-kemahiran dalam sukan dan
permainan seperti bola sepak,bola jaring,bola tampar dan sebagainya.
Oleh demikian, saya bercadang untuk menggunakan kaedah ansur
maju dalam pengajaran kemahiran asas menendang bola yang bergolek
bagi murid tahun 3. Bagi saya, kaedah ansur maju ini amat membantu
kerana murid diberi latihan dari mudah ke sukar. Dengan itu, amatlah
diharapkan kajian ini dapat membantu mengatasi masalah ketepatan
dalam melakukan kemahiran menendang bola yang bergolek seterusnya
akan

meningkatkan

prestasi

mereka

di

akhir

pengajaran

dan

pembelajaran yang dijalankan. Tindakan susulan selepas ini akan


diteruskan demi kejayaan anak murid dan sekolah.
2.2 Analisis Tinjauan Masalah
Seperti yang dibincangkan bersama guru Pendidikan Jasmani di
Sekolah Kebangsaan Bukit Raya, terdapat beberapa kelemahan dan
kesilapan yang dibuat oleh murid-murid dalam melakukan kemahiran
menendang bola yang bergolek. Murid-murid tahun 3 dapat melakukan
kemahiran menendang bola yang bergolek tetapi tidak tepat ke arah
rakan. Mereka dapat melakukan teknik yang betul namun sasaran
mereka tersasar. Oleh yang demikian, fokus kajian saya adalah bagi

mengatasi masalah ketepatan murid dalam melakukan kemahiran


menendang bola yang bergolek ke arah sasaran.
Kaedah yang akan saya gunakan dalam mengatasi masalah ketepatan
murid dalam melakukan kemahiran menendang bola yang bergolek ialah
kaedah ansur maju. Melalui kaedah ini, saya akakn merancang aktiviti
yang berasaskan kepada peningkatan sesuatu kemahiran.
Oleh itu, saya telah menjalankan satu ujian bagi mengenalpasti
masalah murid-murid tersebut. Saya telah menggunakan ujian Test of
Gross Motor Development-2 (TGMD-2) untuk menguji kemahiran
menendang bola yang bergolek. Test of Gross Motor Development
digunakan untuk berkhidmat sebagai instrumen pengukuran dalam
penyelidikan yang melibatkan perkembangan motor kasar. Hal ini
kerana, pengkaji telah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh muridmurid iaitu berkaitan dengan kemahiran motor kasar.
Ujian mengambil masa 15-20 minit untuk mentadbir setiap kanakkanak. Terdapat beberapa pengukur jarak yang digunakan. Saya
menggunakan beberapa biji bola supaya dapat menggerakkan murid
melalui item ujian dengan cepat. Biasanya hanya satu sesi diperlukan
untuk mendapatkan keputusan melalui ujian, tetapi untuk menyediakan
keadaan yang baik supaya penilaian yang optimum, beberapa sesi
mungkin diperlukan untuk sampel kajian ini.
Melalui ujian ini, murid-murid diberi dua kali percubaan dari tempat
yang ditetapkan. Pada mulanya murid menendang bola yang statik ke
arah dinding. Percubaan 1 dilihat selepas bola tersebut melantun
kembali ke arah murid dan murid menendang kembali bola tersebut ke
arah dinding berwarna merah. Setiap kali murid menendang kembali bola
tersebut dan bola tersebut sampai ke dinding yang berwarna merah,
murid akan mendapat 1 markah. Sekiranya murid tersebut tidak dapat
menendang bola yang bergolek murid akan mendapat skor 0. Jarak yang
diberikan ialah 5 meter.
Kriteria Pemilihan Fokus Kajian
1. Kebolehtadbiran
Kajian tindakan yang dilaksanakan ini mudah ditadbirkan kerana aktiviti
melalui kaedah ansur maju yang dirancang mudah dilaksanakan oleh murid-

murid. Kaedah ansur maju ini boleh dilaksanakan tanpa mengganggu sesi
pengajaran dan pembelajaran murid-murid lain di bilik darjah. Penggunaan
kawasan padang yang luas dan berumput memudahkan pengkaji untuk
melaksanakan intervensi kajian secara selamat. Selain itu juga, kajian ini
mudah ditadbirkan kerana peralatan yang digunakan terdapat di dalam stor
sukan.
II. Kepentingan
Isu ini dipilih sebagai kajian tindakan kerana kemahiran menendang bola
Merupakan kemahiran penting bagi seseorang murid terutamanya murid
lelaki. Hal ini kerana, kemahiran ini banyak digunakan dalam permainan bola
sepak. Oleh itu, kemahiran ini perlu dikuasai dengan baik supaya murid dapat
mengaplikasikan kemahiran ini dengan betul dan yakin dalam sukan serta
permainan dan seterusnya dapat memberikan kepuasan dan keseronokan
pada murid-murid.
.
III. Kebolehgunaan
Kaedah ansur maju yang dilaksanakan oleh pengkaji boleh digunakan
sebagai aktiviti pengukuhan atau pemulihan kemahiran menendang bola di
dalam permainan dan sukan. Instrumen kajian yang dilaksanakan oleh
pengkaji juga sesuai dan boleh digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani
untuk menilai tahap penguasaan murid dalam kemahiran ini.
IV. Kawalan
Aspek kawalan amat penting dalam menjalankan kajian ini terutamanya
dalam pemilihan subjek. Subjek dipilih melalui kelas pendidikan jasmani
yang diajar oleh pengkaji. Hal ini memudahkan pengkaji untuk
melakukan pemerhatian terhadap subjek. Selain itu, pengkaji juga dapat
melihat perkembangan yang dilalui oleh subjek selepas menjalani
intervensi yang dijalankan. Selain itu, peralatan yang digunakan oleh
pengkaji terdapat di dalam stor pendidikan jasmani. Pengkaji boleh
menggunakan peralatan yang dikehendaki tanpa diganggu oleh individu
lain. Pengkaji juga boleh menyusun dan menentukan kedudukan
peralatan dan subjek kajian. Selain itu, tempat kajian dijalankan juga
dalam keadaan terkawal. Kajian akan dijalankan di padang. Dengan cara
ini, subjek akan berasa selesa, bebas dan dapat menggunakan
semaksimum boleh. Intervensi yang dilakukan pada masa proses
pengajaran dan pembelajaran pengkaji sendiri. Selain itu, pelaksanaan

intervensi juga dijalankan sendiri oleh pengkaji. Ini membolehkan


pengkaji menumpukan perhatian tanpa diganggu oleh pihak luar.
V. Kolaborasi
Kajian yang akan dijalankan ini memerlukan kolaborasi dari pelbagai pihak
supaya kajian ini dapat dijalankan dengan jayanya. Kajian tindakan ini berkolaborasi
dengan pihak sekolah, guru pembimbing, murid-murid tahun 3 cemerlang,
pensyarah pembimbing (penyelia) dan rakan. Kolaborasi antara pihak sekolah ialah,
menyerahkan surat untuk meminta kebenaran melakukan kajian di sekolah sewaktu
masa pengajaran dan pembelajaran, penyediaan dan pembentangan kertas
cadangan kajian dan intervensi dan pemilihan subjek kajian. Selain itu, kolaborasi
antara pengkaji dengan pensyarah dan guru pembimbing juga terjalin melalui
nasihat, member rujukan dan membantu dalam menyelia disiplin murid serta
memastikan kelancaran ujian. Selain itu, kerjasama dari subjek yang dipilih
memainkan peranan penting dalam kajian ini. Sekiranya tiada kolaborasi antara
pengkaji dengan subjek, besar kemungkinan kajian ini tidak dapat dijalanakan
dengan sempurna.
VI. Kerelevenan Kepada Sekolah
Melalui kajian yang akan dijalankan, ia dapat meningkatkan ketepatan ke
arah sasaran dalam kemahiran menendang bola yang bergolek. Dengan mencapai
sasaran yang ditetapkan ia akan member kepuasan kepada murid-murid dalam
melakukan aktiviti. Selain itu, ia akan meningkatkan minat murid-murid untuk
memasuki kelas pendidikan jasmani serta membantu meningkatkan penyertaan dan
prestasi murid dalam aktiviti permainan dengan lebih baik.
2.2 Tinjauan Literatur
2.2.1 Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif merupakan pengembangan dari kemahiran motor
halus dan motor kasar dan penting untuk pergerakan kanak-kanak bagi melahirkan
kanak-kanak membesar dengan sihat dan cergas.
Terdapat beberapa jenis pergerakan yang dapat di kategorikan di dalam
Pergerakan Asas Manusia. Menurut Pakar Pendidikan Jasmani ( Gallahue, D.L.,
1996; Gabbard, C. LeBlanc, B.& Lowy.,1994; Burton, 1977) menyatakan pergerakan
manipulatif adalah salah satu daripada jenis pergerakan asas. Selain daripada itu

menurut (Gallahue & Donnelly: 2003) pergerakan manipulatif juga ialah pergerakan
tubuh kasar di mana kekuatan atau kuasa di lepaskan atau di terima daripada objek.
Pergerakan Manipulatif juga merupakan satu pergerakan yang memerlukan
kemahiran asas dalam menyediakan kanak-kanak untuk mempelajari kemahiran
asas sukan. Pergerakan manipulatif adalah penting kepada setiap kanak-kanak. Ini
adalah kerana melalui pergerakan manipulatif juga kanak-kanak dapat memanipulasi
kemahiran, koordinasi, keseimbangan dan juga kestabilan mereka bagi melakukan
sesuatu gerakan. Selain itu, pergerakan kanak-kanak bukan hanya bergantung
kepeda kekuatan fizikalnya sahaja tetapi juga kemahiran dalam memanipulasikan
otot serta anggota dalam melakukan sesuatu pergerakan.
2.2.2 Kemahiran menendang
Menendang adalah salah satu pergerakan manipulatif. Oleh itu, kanak-kanak
perlulah diberikan masa bagi melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti luar seperti
bermain bola, memanjat atau aktiviti permainan tradisional. Secara tidak langsung
kanak-kanak dapat mengetahui pelbagai jenis permainan.
Aktiviti yang boleh dilakukan dalam pergerakan menendang ini adalah
menendang bola ke arah tin kosong. Kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas
sesuai dengan aktiviti ini. Pada permulaan guru atau ibubapa perlu menyediakan
bahan-bahan seperti bola, kon dan tin kosong. Seterusnya guru menerangkan caracara permainan ini dilakukan sebelum kanak-kanak melakukannya. Guru terlebih
dahulu membuat garisan permulaan dan penamat. Kon akan disusun supaya
membentuk satu lorong. Pada garisan penamat tin disusun seperti bentuk tiga segi.
Permainan bermula dengan menegakkan badan dan berdiri lurus dan bola berada di
bawah. Setelah kanak-kanak bersedia, bola ditendang untuk menjatuhkan tin yang
telah disusun di garisan penamat.
Perkembangan yang terlibat dalam aktiviti ini adalah koordinasi kaki dan
mata. Koordinasi kaki digunakan untuk menendang bola pada sasarannya.
Seterusnya koordinasi mata pula digunakan untuk memfokuskan sasaran pada tin
yang

berada

di

garisan

penamat. Aktiviti

ini

sesuai

bagi

meningkatkan

perkembangan motor kasar dan motor halus dalam pergerakan kanak-kanak.


2.2.3 Teaching Game for Understanding (TGFU).
Menurut Bunker and Thorpe (1982), ia menggunakan pendekatan yang
berbeza untuk pengajaran permainan. Terdapat empat kategori permainan dalam

TGFU. Antaranya ialah net/wall, invasion, striking/fielding and target game. TGFU
dapat membantu guru menganalisis secara menyeluruh antara perbezaan dan
persamaan antara aktiviti dan sukan.
2.2.4 Kemahiran Motor Asas
Keupayaan pergerakan asas merupakan asas pergerakan permulaan semasa
kanak-kanak bergerak dan berjalan serta melakukan pergerakan yang melibatkan
persekitaran.
Oleh

itu,

kemahiran

motor asas

merupakan

binaan

blok terhadap

pembangunan kemahiran yang lebih spesifik dalam kehidupan kanak-kanak


(Nichols, 1994). Kemahiran motor asas termasuklah pergerakan lokomotor seperti
berlari, melompat, skipping, dan kemahiran kawalan objek seperti membaling dan
menangkap (Lorson, 2001). Kemahiran yang lebih kompleks digunakan dalam
kebanyakan sukan dan permainan digabungkan dan diadaptasi bagi meningkatkan
kemahiran motor asas kanak-kanak (Ignico, 1994).
Selain itu, kemahiran motor asas yang dipelajari semasa di awal
persekolahan akan menjadi asas kepada perkembangan kemahiran di dalam sukan
dan perubahan aktiviti cara hidup mereka (Nichols, 1994).
Menurut Rimmer dan Kelly (dalam Lorson, 2001), perkembangan kemahiran
pergerakan

memberi

faedah

terhadap

pembangunan

sosial,

emosi

dan

pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Menurut beliau lagi, tanpa persediaan kemahiran


awal, kanak-kanak akan gagal memperoleh pengalaman dalam Pendidikan Jasmani
dan aktiviti bermain. Kanak- kanak yang tidak diberi kemahiran pergerakan yang
mencukupi akan mempamerkan konsep kendiri yang rendah dan kurang bersosial
dengan orang di persekitarannya. Lantaran itu, Ignico (1994) menyokong pendapat
Rimmer dan Kelly (dalam Lorson, 2001) dalam mencadangkan pembelajaran
kemahiran motor asas mempunyai kesan yang positif terhadap konsep kendiri dan
perkembangan kemahiran social.
Kemahiran asas yang diajar di tahap 1 bersesuaian dengan pendapat
Wall(1990), yang menyatakan bahawa pada usia kanak-kanak enam hingga
sembilan tahun, tahap koordinasi mata-tangan dan mata-kaki kanak-kanak sedang
berkembang pesat. Otot-otot kanak-kanak akan bertambah kuat, kelembutan
pergerakan akan bertambah baik dan ketangkasan serta keseimbangan tubuh juga
meningkat.

Perkembangan motor kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Setiap


tahap perkembangan motor mereka adalah unik dan berkait rapat dengan
tumbesaran tulang, otot, saraf dan organ dalaman (W illmore and Costill, 1996).
2.2.5 Test of Gross Motor Development-2 (TGMD-2)
Instrumen ini digunakan untuk menguji perkembangan kemahiran-kemahiran
asas kanak-kanak berumur tiga hingga 10 tahun 11 bulan dan juga boleh digunakan
untuk kanak-kanak dalam perkhidmatan pendidikan khas. Ujian ini menilai 12
kemahiran motor yang telah dibahagi kepada dua sub ujian, kemahiran lokomotor
dan kemahiran kawalan objek. Kemahiran lokomotor mengukur kemahiran seperti
berlari, mencongklang, melompat sebelah kaki, skip, melompat dan gelungsur
manakala kemahiran kawalan objek pula merangkumi kemahiran memukul bola
pegun, mengelecek bola, menangkap, menendang, membaling atas bahu, dan
meleret bola bawah tangan.
TGMD-2 boleh ditadbirkan pada setiap individu dalam tempoh 15 hingga 20
minit sahaja. Bagi kaedah pemberian markah, jika kanak-kanak dapat melakukan
kemahiran mengikut lakuan kriteria, skor satu akan diberi. Skor sifar diberi jika
mereka tidak dapat melakukan kemahiran mengikut lakuan kriteria yang ditetapkan.
Selain itu juga, setiap kanak-kanak perlu melakukan setiap kemahiran sebanyak dua
percubaan dengan skor maksimum antara yang patut diperoleh oleh murid-murid.
Berdasarkan kajian lepas, didapati kajian ini sesuai dan boleh dilakukan terhadap
kanak-kanak di sekolah (Zuvela, Bozanic & Miletic, 2011).

2.3 Istilah Kajian


2.3.1 Kemahiran Motor Asas
Kemahiran motor asas ialah susunan perkembangan kemahiran yang lebih
spesifik dalam kehidupan kanak-kanak (Nichols, 1994). Menurut Lorson (2001) pula,
kemahiran motor asas merangkumi pergerakan lokomotor seperti berlari, melompat,
skipping, dan kemahiran kawalan objek seperti menendang dan menahan.

2.3.2 Kemahiran Manipulatif


Pakar Pendidikan Jasmani menyatakan kemahiran manipulatif adalah salah
satu daripada jenis kemahiran motor asas (Gallahue, 1996). Menurut beliau lagi,

kemahiran manipulatif secara ringkasnya adalah kecekapan mengendalikan


pergerakan-pergerakan. Gallahue (1996), juga mengaitkan kemahiran manipulatif
dengan pergerakan tubuh kasar di mana kekuatan atau kuasa dilepaskan atau
diterima daripada objek. Kemahiran manipulatif juga merupakan satu pergerakan
yang memerlukan kemahiran asas dalam menyediakan kanak-kanak untuk
mempelajari kemahiran asas sukan. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek
seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, dan juga relung getah
(squaid).
2.3.3 Teaching Game for Understanding (TGFU).
Menurut Bunker and Thorpe (1982), ia menggunakan pendekatan yang
berbeza untuk pengajaran permainan. Terdapat empat kategori permainan dalam
TGFU. Antaranya ialah net/wall, invasion, striking/fielding and target game. TGFU
dapat membantu guru menganalisis secara menyeluruh antara perbezaan dan
persamaan antara aktiviti dan sukan.
2.3.4 Kaedah Ansur Maju
Berdasarkan Taksonomi Bloom (1956), Ansur maju ialah proses pengajaran
dan pembelajaran yang berasaskan kepada pemeringkatan sesuatu kemahiran
seperti dari pergerakan yang mudah kepada pergerakan yang susah, pergerakan
motor kasar kepada pergerakan motor halus dan perlakuan yang ringkas kepada
perlakuan yang kompleks.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN


3.1 Objektif umum
Mengkaji keberkesanan kaedah ansur maju dalam meningkatkan ketepatan
melakukan kemahiran menendang bola bergolek di kalangan murid Tahun 3.
3.2 Objektif khusus
Secara khususnya, kajian tindakan ini akan memberi manfaat kepada para guru
dan murid-murid bagi:
1. Mengenalpasti pencapaian murid dalam melakukan kemahiran menendang
bola yang bergolek dengan tepat sebelum menggunakan kaedah ansur maju.
2. Mengenalpasti pencapaian murid dalam melakukan kemahiran menendang
bola yang bergolek dengan tepat selepas menggunakan kaedah ansur maju.

3.3 Persoalan Kajian


Persoalan kajian ini adalah merangkumi:
1. Apakah tahap pencapaian murid dalam melakukan kemahiran menendang
bola yang bergolek dengan tepat sebelum dan selepas menggunakan kaedah
ansur maju?
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian yang dijalankan ialah murid-murid tahun 3
Cemerlang Sekolah Kebangsaan Bukit Raya semasa proses pembelajaran dan
pengajaran pendidikan jasmani manipulatif alatan. Kumpulan ini mempunyai
seramai 38 orang murid, oleh itu, saya telah mengambil hanya beberapa orang
murid dari populasi tahun 3 cemerlang ini untuk dijadikan sampel.
Hal ini kerana, hanya segelintir murid yang gagal menguasai kemahiran ini.
Bilangan sampel yang diambil ialah seramai 10 orang iaitu 5 orang murid lelaki
dan 5 orang murid perempuan. Pemerhatian yang dilakukan pada sesi
pengajaran dan pembelajaran terdahulu menunjukkan tahap psikomotor dan
kognitif kumpulan sasaran ini berada pada tahap setara atau sama. Satu
senarai semak akan disediakan untuk proses pemilihan sampel.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN


5.1.1 Perancangan
Kajian ini mengambil masa selama tiga minggu untuk dilaksanakan. Proses
perlaksanaan kajian akan dimulakan dengan menerangkan kepada murid yang
terlibat tentang tujuan dan mengapa kajian ini dijalankan. Pengkaji memperuntukkan
perjumpaan sebanyak empat kali seminggu selama sejam.
Selepas itu, pengkaji akan membuat pemerhatian keseluruhan semasa murid
mempelajari kemahiran menendang dalam manipulatif alatan. Pengkaji juga akan
menyediakan

senarai

semak

mengenai

tahap

penguasaan

murid

dalam

melaksanakan kemahiran menendang bola yang bergolek. Melalui pemerhatian


yang dijalankan pengkaji boleh mengenalpasti murid yang boleh melakukan
kemahiran tersebut. Selain itu, pengkaji juga akan melakukan pemerhatian
mendalam terhadap sampel melalui rakaman video. Dengan cara ini, pengkaji dapat
mengetahui tahap perkembangan motor setiap sampel.

5.1.2 Tindakan
Peringkat ini merupakan peringkat melaksanakan tindakan yang dikaji. Pengkaji
telah menggunakan kaedah ansur maju bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
Pengkaji telah menjalankan sesi latihan selama 15-20 minit untuk setiap minggu
selama empat minggu. Aktivitiaktiviti ini diambil daripada modul pengajaran tahun 1
kurikulum standard sekolah rendah (KSSR).
Minggu 1
Aktiviti: Menendang Bola bergolek ke dinding
-

Skital diletakkan di dinding.

Subjek menendang bola ke dinding. Apabila bola tersebut


kembali subjek perlu menendang lagi bola tersebut ke
dinding.

Subjek yang berjaya membuat 6 daripada 8 bilangan perlu


menambah jarak.

Aktiviti : Menendang bola bergolek berpasangan


-

Setiap pasangan mempunyai sebiji bola.

Subjek A menggolek bola kepada subjek B.

Subjek B menendang semula bola kepada subjek A.

Ulang sebanyak 8 kali dan tukar pasangan.

Pasangan yang mencapai skor 6 daripada 8 boleh


menambah jarak.

Minggu 2
Aktiviti: Menendang bola bergolek berkumpulan
-

Satu kumpulan mempunyai 5 orang.

Seorang subjek akan berada di tengah-tengah bulatan.

Bola berada pada subjek di tengah bulatan.

Subjek

mengolek

menghantar

balik

bola
bola

kepada
ke

rakan

tengah

mengaplikasikan kemahiran menendang.

dan

bulatan

rakan
dengan

Subjek ditengah akan bertukar peranan dan sekiranya


semua subjek berjaya melakukan 6 daripada 8 jarak akan
ditambah.

Aktiviti :Menendang bola secara zig-zag


-

Murid berdiri menghadap pasangan masing-masing dalam


kumpulan yang diberi.

Murid kumpulan A menggolekkan bola ke arah murid


kumpulan B.

Lakuan yang sama diteruskan sehingga ke murid


yang terakhir.

Pada minggu ketiga kajian, pengkaji akan menjalankan kitaran kedua jika
terdapat murid yang memperoleh markah yang rendah di dalam ujian pos. Murid
terbabit akan melalui ujian pada hari terakhir minggu ketiga. Seterusnya pengkaji
akan membuat perbandingan markah murid terbabit dengan markah ujian pos
yang terdahulu.
Minggu
Pertam
a
Kedua

Latihan
Menendang Bola bergolek ke dinding.
Menendang bola bergolek berpasangan

Menendang bola bergolek berkumpulan


Menendang bola secara zig-zag
Ketiga
Kitaran kedua untuk murid yang mendapat markah
rendah ujian pos.
Jadual 1: Jangkamasa latihan kumpulan kajian

Kaedah
Tradisional

Ujian Pra

Merekod data
(perbandingan)

Kaedah

Merekod

Ansur Maju

Pemerhatian dan
Data
(perbandingan)

Ujian Pos

Merekod Data
(perbandingan)

Hasil dapatan

(perbandingan)

Rajah 1: Pelan Perancangan Tindakan


5.1.3 Pemerhatian
Melalui ini, pengkaji akan membandingkan skor yang diperolehi semasa ujian
pra dan ujian pos. Melalui data yang diperolehi, pengkaji dapat menilai sejauh
mana peningkatan yang telah diperolehi oleh sampel kajian.
5.1.4 Refleksi

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data


5.2.1 Ujian Pra
Ujian pra akan diberikan kepada kumpulan kajian setelah pengajaran
menggunakan kaedah tradisional dilakukan. Ujian pra diberikan untuk mengukur
perbezaan jumlah ketepatan murid dalam melakukan kemahiran menendang bola
bergolek tepat kepada rakan. Setiap murid akan diberikan lapan(8) kali percubaan
dan pengkaji akan merekod data dalam sebuah borang. Data yang diperolehi akan

digunakan untuk membuat perbandingan di dalam ujian pos nanti. Perbandingan


data akan dikeluarkan dalam bentuk graf bagi memudahkan proses intrepretasi data.
5.2.2 Ujian Pos
Ujian pos dijalankan selepas pengajaran menggunakan kaedah ansur maju
diberikan kepada kumpulan kajian setelah mereka berlatih mengikut jadual yang
telah ditetapkan oleh pengkaji. Prosedur ujian adalah sama seperti ujian pra, iaitu
kesemua peserta diberikan lapan kali percubaan. Percubaan yang berjaya dan poin
ketepatan direkodkan. Ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat
perubahan dari segi ketepatan dan pencapaian. Kemudian pengkaji akan membuat
perbandingan antara ujian pra dan pos kumpulan kajian. Data yang diperolehi akan
dikeluarkan dalam bentuk graf bagi memudahkan proses perbandingan dan
interpretasi data.
5.2.3 Soal Selidik
Soal selidik ialah sesuatu alat atau instrumen pengumpulan data yang tidak
memerlukan penyelidik bertanya jawab dengan responden. Soal selidik dibuat bagi
mengetahui minat murid terhadap kaedah ansur maju yang digunakan dalam
melakukan kemahiran menendang bola yang bergolek. Hanya 2 skala yang terlibat
dalam soal selidik ini, iaitu Ya dan Tidak. Borang soal selidik ini hanya mempunyai 8
soalan berkaitan minat dan kefahaman murid tentang kaedah ansur maju yang
digunakan.. Borang soal selidik akan diedar setelah tamat sesi P&P dalam kitaran
pertama kajian. Masa yang diperuntukkan adalah selama 15 minit. Sebelum
menjawab soalan dalam borang soal selidik, penerangan tentang cara menjawab
dan penerangan bagi setiap item diberikan kepada murid. Hal ini adalah bagi
memastikan murid faham dan dapat menjawab soalan dengan betul.
5.2.4 Pemerhatian
Pemerhatian yang dijalankan pula terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian
menggunakan senarai semak (TGMD-2), dan rakaman video. Pemerhatian
menggunakan rakaman video adalah satu cara yang terbaik bagi memastikan
kemahiran yang murid lakukan adalah cara yang betul dan dapat memastikan
perkembangan murid.

Berdasarkan pengumpulan data, proses pemerhatian ini dijalankan sebelum,


semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Pemerhatian
yang ingin dibuat ialah respons dan reaksi subjek selepas melakukan aktiviti-aktiviti
yang dijalankan. Pemerhatian ini melibatkan semua subjek dan seterusnya
mengenal subjek yang tidak boleh melakukan kemahiran tersebut. Selepas
mengenal pasti, guru membuat persampelan kajian. Setiap pemerhatian akan dibuat
refleksi dan membuat catatan.
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
Kajian ini adalah berbentuk eksperimental yang melibatkan ujian pra dan pos.
Kesemua data yang diperolehi akan dianalisis bagi mendapatkan nilai min dengan
menggunakan Microsoft Office Excel 2007. Seterusnya hasil analisis akan
dikeluarkan dalam bentuk jadual dan juga graf bar bagi memudahkan proses
intrepretasi data.
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Bil
1.

Aktiviti
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan

Tarikh Pelaksanaan
6 10 Februari 2012

2.

data
Mencari bahan kajian di perpustakaan dan

27 Feb 25 Mac 2012

3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

internet
Penulisan Proposal Kajian
Perjumpaan bersama Penyelia
Pelaksanaa Ujian Pra
Latihan Kemahiran menendang bola bergolek
Ujian Pos
Analisis Data dan Perbincangan
Penulisan Kajian Tindakan
Perjumpaan bersama Penyelia
Jadual 2: Jadual Pelaksanaan

27 Feb 5 April 2012


29 Jan 5 April 2011
1 Minggu

5.5 Perbelanjaan Kos


Melalui kajian yang akan dijalankan, saya mendapati tiada sebarang kos yang
akan digunakan. Hal ini kerana, kebanyakan peralatan yang digunakan berada di
dalam stor sukan.

6.0 BIBLIOGRAFI
1. Abbs, J.H.(1984). Control of Multimovement Coordination : Sensory
Motor Mechanisms in Speed Motor Programming
2. Bloom, B. S. ed. et al. (1956). Taxonomy of Educational Objectives:
Handbook 1, Cognitive Domain. New York: David McKay.
3. Chow Fook Meng&Jaizah Mahamud(2011). Kajian Tindakan : Konsep &
Amalan dalam Pengajaran.Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd
4. Fouze H.A. (1989). Panduan Pengelolaan Sukan dan Permainan. Siri
Maju Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
5. Gallahue, D. L. (1996). Developmental physical education for todays
children (3rd ed.). Dubuque, IA: Brown & Benchmark.
6. Helen Ten Hong Beng. (1992). Pengelolaan Dan
Pertandingan Sukan. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Pengurusan

7. http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=83
8. http://www.ipislam.edu.my/uploaded/modulpgsr/mte3106.pdf
9. http://khairulsham.blogspot.com/2011/05/pelaksanaan-dasar-satu-muridsatu-sukan.html
10. http://lelakibelalang.blogspot.com/2010/11/penggunaan-kaki-bukandominan-dalam.html
11. http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2011/08/perk
embangan-prestasi-kemahiran-asas.html
12. http://www.scribd.com/doc/12898166/Perkembangan-Motor-Halus-dankasar-Kanakkanak
13. Jack H. Wilmore and David L.Costill. Physiology of sport and exercise,
Human Kinetics(2011).
14. John Bill. (1990). Organizing Successful Tournament. Leisure Press,
Illionis.
15. Linda L.Geriffin and Joy L. Butler (2005). Teaching Games for
Understandings ( Theory, Research and Practice), Library of congress
Cataloging-in- Publication Data.
16. Lumpkin, A., (2002). Introduction to physical education, exercise science,
and sports studies.
17. Mok Soon Sang (2008). Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan
Multimedia sdn.bhd.
18. Nichols, B. (1994). Moving and learning: The elementary school physical
education experience, St. Louis, MO: Mosby-Year Book
19. Payne V. G. & Isaacs L. D. (2008). Human motor developement a
lifespan approach (7th ed.) New York: McGraw-Hill Companies
20. Robert M.Gagne : Essential of Learning for Instruction (1975).
21. Rosinah Edinin (2011). Penyelidikan Tindakan. Kaedah dan Penulisan.
Free Horizons Sdn.Bhd

22. Teng Boon Tong (2001). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas


Permainan, Pearson Education Malaysia sdn.bhd.
23. Ulrich, D.A.(2000). Test of gross motor developement-2 Austin, TX: ProEd.
24. Wall, J. & Murray, N. (1994). Children and movement: Physical education
in the elementary school (2nd ed.). Wm. C. Brown.
25. Zuvela Franc, Bozanic Ana & Miletic Durdica. (2011). POLYGON- A new
fundamental movement skills test for 8 year old children: construction
and validation. Journal of Sport Science and Medicine, 10, 157-163.

You might also like