Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tema

Tugasan
Format
o
o
o
o
o
o
o
o

: Penglibatan pelajar dalam industri hiburan tanah air.


: Kesan negatif
: Rencana

Industri hiburan tanah air semakin berkembang maju.


Media massa tempatan memaparkan berita yang bercorak keseronokan dan hiburan.
Siaran berbentuk pengetahuan dan agama amat sedikit.
Banyak program televisyen menjadi santapan mata dan telinga pelajar.
Golongan pelajar telah dieksploitasi agar melibatkan diri dalam dunia hiburan .
Menjadi pelakon cilik drama atau filem.
Apakah kewajaran yang membolehkan golongan pelajar melibatkan diri dalam dunia hiburan?
Jawab tugasan .

I
: Kesukaran pelajar untuk membahagikan waktu .
M: Pelajar susah untuk menentukan masa berlakon dan masa untuk belajar di sekolah.
Ba:
Dalam usia yang masih terlalu muda, dunia pelajar seharus ditumpukan sepenuhnya untuk
memperoleh ilmu sebagai menggalas aspirasi menjadi insan yang berilmu dan berpengetahuan.
Namun jika mereka terlibat dengan dunia hiburan, masa yang ada terpaksa dibahagikan pula dengan
tanggungjawab mereka untuk memajukan diri dalam bidang hiburan. Hal ini sudah tentu akan
menjejaskan keupayaan mereka meluangkan waktu pada pelajaran dan kesannya bakal memberi
impak yang tidak baik kepada pelajar itu sendiri. Sekiranya seseorang pelajar terlibat secara langsung
dalam bidang nyanyian atau lakonan, mereka memerlukan masa yang panjang bukan sahaja untuk
mengikuti penggambaran atau pertunjukan yang diadakan malah masa untuk berlatih juga perlu
diambil kira. Justeru, kesannya akan menyebabkan kesukaran kepada mereka untuk memperuntukan
waktu yang secukupnya pada pelajaran.
...............Pada masa yang sama, penglibatan pelajar dalam Program Realiti Hiburan seperti yang
kerap kita lihat di kaca televisyen akan menjejaskan peluang pelajar bergiat dalam aktiviti yang
dijalankan di sekolah. Penglibatan mereka juga menyebabkan pelajar terpaksa mengambil cuti untuk
melaksanakan kehendak penganjur hiburan mengadakan pertunjukan di mana-mana juga. Akibat
terikat dengan kontrak bersama dengan syarikat hiburan, para pelajar terpaksa melupakan tugas
utama mereka dalam usia muda iaitu melaksanakan aspek pembelajaran dan mengikuti aktiviti
kokurikulum yang telah ditetapkan. Hal seperti ini akan menyebabkan para pelajar yang terbabit
ketinggalan dalam pelajaran dan menjejaskan prestasi mereka dalam peperiksaan. Bayangkanlah, apa
yang bakal berlaku kepada generasi kita pada masa depan jika rakyatnya tidak berilmu lantaran
memilih bidang hiburan dan mengetepikan ilmu pengetahuan. Janganlah pula sampai yang dikejar tak
dapat, yang dikendong keciciran.
...............Realiti hidup sebagai seniman sebenarnya adalah terlalu kompleks dan penuh dengan tipu
muslihat. Persoalannya, mampukah golongan remaja seperti pelajar mengharungi kehidupan dan
menyahut cabaran dalam dunia artis yang penuh cabaran? Bakat yang dimiliki sahaja mungkin tidak
mencukupi jika ilmu di dada tidak seberapa. Menyertai bidang hiburan memerlukan seseorang yang
mampu mendepani segala rintangan, apatah lagi dunia hiburan masa kini berdepan dengan pelbagai
saingan yang terlalu rumit. Dalam usia setahun jagung, kemungkinan untuk menempa nama dalam
dunia hiburan adalah terlalu kecil, lantas mereka berdepan pula dengan kemungkinan menghadapi
kegagalan. Mampukah golongan semuda ini berdepan dengan kegagalan? Kita amat bimbang,
kegagalan akan menjerumuskan golongan pelajar dalam gejala sosial yang tidak sihat seperti
penyalahgunaan dadah, sek bebas dan sebagainya. Justeru, sebelum menceburi bidang hiburan,
remaja khususnya pelajar perlulah bijak menilai dan memilih sebelum membuat keputusan.

...............Selain itu, dunia hiburan dan pendidikan dilihat sebagai dua dunia yang begitu berbeza. Lihat
sahaja pertuturan seorang artis, pergaulan bebas sesame peminat, pakaian malah keseluruhan gaya
hidup mereka. Hal ini amat berbeza sama sekali dengan objektif pendidikan yang berperanan
melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani. Ambil sahaja contoh rambut
seorang artis, bergaya, panjang dan berwarna. Hal ini amat bertentangan dengan kehendak didiplin
yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Persoalannya nanti, mahukah golongan golongan pelajar yang
telah masuk dalam golongan artis berpakaian kemas, berambut pendek dan menggayakan perlakuan
sopan di khalayak ramai? Mampukah mereka merendahkan rasa ego mereka apabila berada di
sekolah bersama rakan-rakan mereka yang lain? Kesannya lebih menjurus pada keburukan dan boleh
mewujudkan konflik dalam diri pelajar terbabit. Hal inilah yang perlu difikirkan dengan serius sebelum
mengambil pendirian untuk menyertai bidang hiburan.
...............Ada pula pandangan yang mengatakan bahawa mereka yang menyertai bidang hiburan
adalah individu yang mementingkan glamour dan bersifat meterialistik. Kenyataan ini mungkin ada
kebenarannya jika dilihat dari situasi industry hiburan kita pada hari ini. Kejayaan seseorang pelajar
dalam dunia hiburan mungkin bakal melahirkan pelajar yang bersifat bongkak, sombong dan
memandang rakan dan guru sebagai manusia yang tidak patut dihargai. Lihat sahaja perlakuan
seorang artis remaja ketika bercakap dengan seorang jururawat di sebuah hospital. Apa pula
pandangan anda jika seorang artis remaja mengherdik seorang pengawal di sebuah lapangan terbang
di Sepang? Sikap bongkak ini lahir apabila mereka merasakan diri mereka terlalu glamour sehingga
memandang rendah orang lain yang bukan golongan artis. Natijahnya, sikap negatif sebegini lahir
disebabkan kurangnya nilai-nilai moral yang sepatutnya mereka pelajari di sekolah. Malangnya, oleh
sebab terlalu banyak waktu digunakan untuk dunia hiburan, nilai-nilai moral sebegini terus dilupakan.
...............Intiharnya, dunia hiburan masa kini bukanlah dunia seorang pelajar. Sebagai pelajar, mereka
perlu mempunyai acuan sendiri iaitu menyahut cabaran mendepani bidang ilmu yang terlalu luas dan
tidak bertepi. Menuntut ilmu memerlukan komitmen yang menyeluruh dan bukan sekadar melepaskan
batuk di tangga. Andai terbuka hati untuk menyertai industri hiburan, berilah ruang untuk memenuhi
ilmu di dada terlebih dahulu kerana hanya ilmu yang mampu membina impian masa depan gemilang.

You might also like