5 Perkara Yang Dipelajari Dalam Subjek Gelagat Organisasi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

5 Perkara yang dipelajari dalam subjek Gelagat Organisasi

1. Kepentingan Gelagat Organisasi (Bab 1)


Gelagat Organisasi merupakan teras utama dalam sesuatu
keberkesanan di tempat kerja. Selain itu, Gelagat Organisasi juga
memberi kita pahaman mengenai bagaiamana sikap seseorang, dan
mengapa dia berkelakuan sedemikian. Gelagat Organisasi juga
memberi kita pengetahuan dan sebagai alat untuk mereka menjadi
lebih efektif. Disamping itu, Gelagat Organisasi merupakan satu subjek
yang penting kepada sesiapa yang bekerja atau ingin bekerja di dalam
sesebuah organisasi. Bagi sesiapa yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam Gelagat Organisasi, ia boleh membantu seseorang
untuk menjadi lebih baik tanpa mengambil masa yang lama. Kita perlu
ingat dimana kejayaan sesebuah syarikat adalah disebabkan
perlaksanaan prinsip-prinsip Gelagat Organisasi dengan amat
berkesan. Dengan ini, jelas sekali bahawa Gelagat Organisasi amat
penting dalam sesebuah organisasi.
2. Apa dan Jenis-jenis kepelbagaian (Bab 2)
Kepelbgaian merujuk kepada pelbagai persamaan yang dapat dilihat
dan tidak dapat dilihat dan perbezaan diantara manusia. Selalu pada
kebiasaannya jantina, bangsa, dan umur menjadi kepelbagaian yang
dilihat dahulu sebelum kepelbagaian yang lain-lain. Terdapat 5 jenis
kepelbagaian iaitu yang pertama Keplbagaian Peringkat Permukaan.
Dalam tahap ini, ia melihat kepelbagaian yang dapat dilihat termasuk
jantina, bangsa, umur, etnik, dan kebolehan fizikal. Tahap yang kedua
pula ialah Kepelbagaian Peringkat Dalam. Dalam peringkat ini, ia
menerangkan mengenai perbezaan individu yang tidak dapat dilihat
secara terus termasuklah matlamat, nilai, personaliti, gaya dalam
membuat keputusan, pengetahuan dan sikap. Tahap yang ketiga pula
adalah Pengasingan. Dalam peringkat ini pula ia menerangkan
perbezaan dalam kedudukan atau pendapat di kalangan ahli-ahli
kumpulan yang mencerminkan perselisihan faham atau
membangkang, terutama yang berkaitan dengan matlamat kumpulan
atau proses. Tahap yang keempat pula ialah Pelbagai yang bermaksud
perbezaan dalam sesetengah jenis atau kategori, termasuklah
kepakaran ahli kumpulan, pengetahuan, atau latar belakang yang
berfungsi. Tahap yang terakhir sekali adalah ketidaksamaan. Dalam
tahap ini ia menerangkan perbezaan dalam tumpuan asset sosial yang
berharga atau sumber termasuk perbezaan dengan individu lain dalam
pangkat, bayaran, kuasa dalam membuat keputusan, atau taraf.

3. Personaliti Jenis A and Personaliti Jenis B (Bab 3)

Pada tahun 1973, dua cardiologis telah mengenalpasti dua jenis


personaliti yang berbeza yang dipanggil Jenis A dan Jenis B.
Personalti Jenis A tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi,
berdaya saing, bercita-cita tinggi, dan gelisah. Manakala Jenis B pula
lebih tenang, mudah dan tidak terlalu kompetitif seperti Jenis A. Jenis B
pula tidak tnapa tekanan tetapi mereka boleh menghadapi cabaran dan
ancaman luar dengan kurang panik. Tidak seperti Jenis A, Jenis B
jarang pengalaman dan rasa kecewa dan membuang masa jika tidak
terlibat secara aktif dalam aktiviti pengeluaran. Walaupun demikian,
Jenis A lebih mendapat pekerjaan berbanding dengan Jenis B, dan
Jenis A juga lebih terdedah kepada tekanan dan penyakit jantung
koronari.
4. Konsep Kendiri (Bab 4)
Konsep kendri merujuk kepada persepsi seseorang dari segi fizikal,
rohani dan moral. Konsep kendiri mempengaruhi cara pembelajaran
dan mempunyai kena mengena dengan prestasi. Terdapat 3 ciri-ciri
konsep kendiri iaitu Keyakinan Diri, Penilaian Teras Diri, dan
Keupayaan Diri. Keyakinan Diri merujuk kepada perasaan terhadap
nilai sendiri dan suka atau tidak suka terhadap diri kita sendiri.
Keyakinan Diri sangat berkait dengan prestasi kerja dan pembelajaran.
Penilaian Teras Diri memegang premis asas seseorang mengenai
dirinya dan fungsi mereka di dunia. Penilaian Teras Diri terdiri daripada
empat ciri-ciri personaliti tertentu iaitu kayakinan diri, keupayaan diri
secara keseluruhan, lokus kawalan, dan neuroticism. Konsep Kendiri
yang terakhir sekali adalah Keupayaan Diri yang membawa maksud
kayakinan kami dalam keupayaan untuk menangani, melaksanakan,
dan berjaya dalam tugasan tertentu. Keupayaan Diri merupakan kunci
dalam mempengaruhi motivasi. Keupayaan diri secara keseluruhan
bermaksud kepercayaan umum seseorang yang akan membuatkan
seseorang itu berjaya dalam apa jua cabaran yang dia hadapi.

5. Nilai (Bab 5)
NIlai merupakan cara untuk kita untuk berkelakuan yang sepatutnya
kepada seseorang atau kumpulan. Nilai boleh terjadi secara sedar atau

tidak sedar. Nilai juga boleh dibentuk melalui peristiwa-peristiwa utama


dalam kehidupan seperti kelahiran, pergi berperang, kematian insan
tersayang, penyakit, atau kegagalan dalam perniagaan. Terdapat
beberapa jenis Nilai yang juga boleh diterangkan sebagai Nilai
Terminal atau Nilai Instumental , dan Intrinsik atau Ektrinsik. Nilai
Terminal bermaksud matlamat kehidupan peribadi jangka panjang dan
Nilai Instrumental pula bermaksud pilihan cara kita untuk mencapai
Nilai Terminal kita atau cara pilihan kita untuk berkelakuan. Intrinsik
bermaksud Nilai yang berkaitan dengan kerja itu sendiri dan Ektrinsik
pula bermaksud Nilai yang berkaitan dengan hasil dari sesuatu kerja.

You might also like