BAB 6 Nota Perlembagaan Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

6.

0 Perlembagaan Malaysia

K. Ramanathan (1989):
prinsip-prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara, memastikan bagaimanakah sesuatu
keputusan kerajaan itu akan dibuat, bagaimana kuasa akan diagih-agihkan antara institusi-institusi
kerajaan, menetapkan satu kewibawaan ideal sesebuah negara itu dan memperkenalkan satu sistem
pemerintahan seperti termaktub sama ada dalam undang-undang, adat mahupun Majlis Piagam
Perjanjian.
Apa itu Perlembagaan?

Dokumen peraturan & undang_undang dasar yang penting untuk melicinkan pemerintahan
& pentadbiran sesebuah negara.
Mengandungi prinsip yang membentuk institusi-institusi negara seperti eksekutif,
perundangan & kehakiman dengan menyatakan kuasa & peranan setiap institusi tersebut.
Digubal sebagai garis panduan tentang corak pemerintahan sistem politik & pentadbiran
sesebuah negara & memberi jaminan perlindungan kepada rakyat.
Menjelaskan tanggungjawab warganegara terhadap pemerintah & negara.

Apakah peranannya?
Menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan & hak-hak rakyat.
Apa itu perlembagaan bertulis?
Kesemua undang-undang yang dibuat, digubal & dipinda tertakluk kepada kuasa yang
diperuntukkan oleh Perlembagaan.

PRINSIP ASAS DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


1.

Demokrasi Berparlimen
Pembentukan kerajaan berasaskan persetujuan ramai.
Pemerintahan negara secara perwakilan.
Rakyat ambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil-wakil yang dipilih dalam pilihan
raya.

2. Raja Berperlembagaan
Raja tidak berkuasa secara langsung.
Raja diwakilkan kepada kabinet yang diketuai PM.
Raja dikehendaki terima nasihat anggota kabinet & bertindak menurut nasihat mereka.

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
Malaysia sebagai sebuah persekutuan.
Negara raja berperlembagaan.
Negara demokrasi berparlimen.
Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan menjamin kebebasan beragama.
Pengasingan kuasa:
-Eksekutif, Legislatif, dan Judisiari.
Badan Kehakiman bebas dari kawalan dan berasingan daripada Parlimen dan
Eksekutif,malah mempunyai kuasa esklusif.
Ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang.

Fungsi Pelembagaan
1.

Perlembagaan mencipta badan pemerintahan yang terdiri daripada 3 komponen:


Eksekutif pentadbiran negara.
Perundangan - menggubal undang-undang.
Kehakiman menafsir perlembagaan, menyelesaikan pertelingkahan (contoh; antara rakyat &
rakyat ; rakyat & negara; negeri & negeri; negeri & persekutuan).

2. Perlembagaan memberi kuasa kepada badan-badan pemerintah yang tiga tersebut:


Perlembagaan menyekat kuasa yang diberikan kepada badan pemerintah tersebut (bagi
mengelak penyalahgunaan kuasa) .
Ini juga menjadikan pemerintahan bersandarkan perlembagaan dikenali juga sebagai
pemerintahan berperlembagaan (constitutionalism)- iaitu kerajaan yang terikat; melalui
prinsip ketinggian perlembagaan, kedaulatan undang-undang, konsep kesaksamaan dan
kesamarataan serta konsep semak dan imbang.
3. Sebuah negara yang mempunyai perlembagaan hendaklah mengamalkan sistem
beperlembagaan;
Mengiktiraf dan mengamal pengasingan kuasa (dua model pengasingan kuasa utama dunia
Amerika Syarikat dan British atau dikenali sebagai Westminster model).
Mengiktiraf dan mengamal kedaulatan undang-undang dan tiada siapa yang terlepas dari
undang-undang.
Mengitktiraf dan mengamal hak kebebasan.
Mengiktiraf dan mengamal keluhuran/ketinggian Perlembagaan.

6.2 Kontrak Sosial

APA ITU KONTRAK SOSIAL?


Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik ialah bahawa manusia mewujudkan
negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya (Thomas
Hobbes dan John Locke). Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk
menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang
berkuasa dan berdaulat (Syed Ahmad Hussein, 1994: 189).
Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat
tertentu antara dua pihak atau lebih. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn
masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan (Kamus Dewan, 2002).
Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai
sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada
kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh
parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC.
Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei
1969 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia.
Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui
Perkara 1418 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang
bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum
bumiputera (Perlembagaan Persekutuan 2008).
Latar Belakang dan Idea
Dasar British: pengenalan kaum berdasarkan faktor penempatan, sosioekonomi dan pendidikan.
Jurang ekonomi yang membawa kepada hubungan tidak baik.
Faktor yang memburukkan lagi suasana:
1.Pendudukan Jepun.
2.Darurat.
3.Pengenalan Malayan Union (April 1946).
Kegagalan Malayan Union membawa kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
1.Syarat warganegara yang ketat ditentang oleh bukan Melayu.
2.AMCJA, PUTERA dan PKM tidak berpuas hati.
Penubuhan Communities Liason Committee (CLC) 1949 (Dato Onn, Tun Tan Cheng Lock dan EEC
Thuraisingham).

Bibit awal kerjasama politik antara kaum.


Mengakui kepentingan Cina dalam ekonomi Tanah Melayu.
Bantuan untuk meningkatkan penglibatan ekonomi orang Melayu.
Kerjasama kaum dalam meningkatkan ekonomi Negara.
Jus soli (kerakyatan berdasarkan kelahiran).
Pembentukan Parti Perikatan (UMNO-MIC-MCA) 1955.

Kenapa Melayu Menerima Kontrak Sosial?


Syarat paksaan kepada tawaran kemerdekaan.
Pembesar Melayu rasa ianya lebih adil setelah mereka dipaksakan dengan Malayan Union.
Kandungan dalam Kontrak Sosial
Antara isu yang terkandung dalam kontrak sosial adalah:
1.
2.
3.
4.
5.

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,


Agama Islam sebagai Agama Persekutuan,
Hak Keistimewaan Orang Melayu,
Kedaulatan Raja-raja dan Sultan Melayu,
Taraf kerakyatan melalalui Prinsip Jus Soli.

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Perlembagaan Persekutuan 1957 Perkara 152 menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar (wajib dipusat pendidikan).
Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan.
Minggu Bahasa Melayu&Bulan Bahasa Melayu dilancarkan (1960), melalui cogan kata
Bahasa Jiwa Bangsa.
Akta Bahasa Kebangsaan 1967-Bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam semua urusan
rasmi.
Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada 1970.
Sekolah di Malaysia menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan merupakan
satu subjek wajib bermula(1982).

Agama Islam sebagai Agama Persekutuan


Perkara 3 (1), Agama Islam merupakan agama persekutuan. Walaubagaimanapun, ini bukanlah
bermaksud negara ini mengamalkan sistem teokrasi. Rakyat Malaysia yang lain masih bebas
menganut agama yang lain,merayakan perayaan serta mengamalkan adat dan tradisi agama masingmasing.
Taraf kerakyatan melalalui Prinsip Jus Soli
Prinsip kerakyatan secara jus soli telah diperkenalkan oleh Malayan Union di Tanah Melayu iaitu
kaum Cina dan India yang dilahirkan di Tanah Melayu merupakan warganegaranya. Tetapi dengan
adanya Perlembagaan, kerakyatan Jus Soli telah diperketatkan.

Antara syarat itu:

Penduduk bukan Melayu mesti tinggal di PTM (Persekutuan Tanah Melayu) tidak kurang
daripada 10 tahun.
Kedua-dua ibubapanya adalah warganegara PTM.
Mengaku taat setia terhadap Tanah Melayu dan menganggap negara ini sebagai tanah tempat
tumpah darahnya.
Perlu fasih bertutur dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.
Mengiktiraf kedudukan raja sebagai ketua negeri dan ketua agama Islam.

Hak Keistimewaan Orang Melayu

Kedudukan hak istimewa orang Melayu diperjuangkan oleh golongan orang Melayu sejak
sebelum merdeka lagi.
Telah dimaktubkan didalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (1948).
Bertujuan untuk menjaga hak orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan
mempertingkatkan kemajuan. Orang Melayu.
Dapat mendekatkan jurang perbezaan di antara kaum Cina dengan kaum Melayu yang
terpisah sejak kedatangan British di Tanah Melayu.

Kedaulatan Raja-raja dan Sultan Melayu


Prinsip Kesetiaan kepada Raja telah dimasukkan ke dalam Rukunegara yang merupakan idealogi
nasional telah mengkukuhkan lagi kedudukan raja-raja di Malaysia. Di samping itu, satu pindaan telah
ditubuhkan iaitu Akta Hasutan 1948. Ia bertujuan untuk melarang soalan mengenai hak, taraf
kedudukan, hak istimewa, kedaulatan raja yang dilindungi oleh perlembagaan ke atas bahasa
kebangsaan, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu dan kuasa pemerintahan raja-raja.
6.3 Rukun Negara
Peristiwa 13 Mei 69 sebagai kemuncak masalah perpaduan dan integrasi.
Langkah yang telah diambil setelah peristiwa 13 Mei 69:
1.Sosial:

Rukun Negara.
Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

2.Politik
a.

b.

Pindaan akta Hasutan:


Kedudukan istimewa Melayu dan kelompok bumiputera.
Kedudukan Raja-raja Melayu.
Politik Perikatan dan Barisan Nasional (1976)

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 diseluruh negara dan Mageran
dibentuk dibawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang
Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada
tahun 1970. Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi
mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis
Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak
menyelesaikan masalah perkauman.

Rukun Negara

Ia merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang
menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Ia juga satu susunan cara ataupun
prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma
sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara untuk mencapai perpaduan kaum demi
keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia.
Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan
negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk dijadikan sebagai pedoman yang merupakan
kunci kepada pembentukan masyarakat pelbagai kaum di negara yang berintegriti.

You might also like