Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Teks Pengacara Majlis Perhimpunan Rasmi Mingguan

Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara,Johor Bahru.


Mengumumkan ketibaan tuan pengetua SMK Tasek Utara En Abdullah Bin
Abdul Hamid, marilah kita sama-sama menyanyikan tiga lagu wajib.
Bangsa Johor,lagu Negaraku dan lagu sekolah dengan iringan muzik.
(selepas lagu dimainkan, diteruskan dengan ikrar dan doa)
Yang Berusaha En Abdullah bin Abdul Hamid, Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Tasek Utara. Yang Dihormati Pn. Zaini binti
Md.Rais,Guru penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Hanani Bt Abdul
Ghani, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Idris bin Abu Bakar,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Cik Hjh. Halimah binti Sulaiman, Guru
Penolong Kanan Tingkatan 6. Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran ,guruguru cemerlang.guru-guru.Mohamad Zahin bin Hamdan dan Anis Erdina
binti Amirullah,ketua pelajar bagi sesi 2013-2014 .Barisan pengawas serta
rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan selamat
sejahtera.

Seterusnya, majlis mempersilakan guru yang bertugas pada minggu


lepas,
Encik/Puan/Cik .. untuk menyampaikan laporan beliau,
dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih kepada Encik/Puan/Cik .. atas ucapan dan


laporan itu tadi.
Kini majlis mempersilakan Encik/Puan/Cik .. untuk
memberi ucapan.
Terima kasih kepada Encik/Puan/Cik .. atas ucapan itu
tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan mendengar ucapan dan amanat


daripada tuan pengetua / wakil tuan pengetua. Majlis dengan penuh
takzimnya mempersilakan Encik/Puan/Cik ..(jawatan guru
yang berucap) untuk menyampaikan ucapan dan amanat beliau. Dengan
segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


tuan/Encik/Puan/Cik .. atas ucapan dan amanat yang
diberikan.
Untuk makluman para hadirin, guru yang bertugas pada minggu ini
ialah Encik/Puan/Cik .. , Encik/Puan/Cik .............. dan
Encik/Puan/Cik ..

Sebelum majlis bersurai, di sini terdapat beberapa pengumuman


penting untuk makluman para pelajar.
Pertama
Kedua.
Ketiga..
(ulang suara)
Sekarang,marilah kita bersama-sama menyanyikan Lagu ...............
dengan iringan muzik. Hadirin dipersilakan bersedia.

Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi,, maka berakhirlah majlis


perhimpunan rasmi pada pagi ini. Diharap para pelajar dapat mengikuti
arahan seterusnya daripada guru bertugas dan para pengawas.
Sekian, terima kasih.

Unit
Perhimpunan dan Protokol (UPP)

You might also like