Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TAKRIF MUHKAM & MUTASYABIH

Dalam menentukan takrifan Muhkam dan Mutasyabih, ulama khilaf kepada


beberapa pendapat:(i) Muhkam bermakna petunjuk ayat yang jelas dan tidak mungkin ia nasakh.
Mutasyabih pula ialah makna yang tersembunyi tanpa diketahui samada akal atau
naqli. Ia adalah apa yang disimpan dalam ilmu Allah s.w.t seperti berlaku kiamat,
huruf-huruf muqataah di permukaan surah dan lain.
(ii) Muhkam ialah apa yang diketahui kehendaknya samada secara zahir atau takwil.
Mutasyabih pula ialah tersembunyi dalam ilmu Allah s.w.t seperti kiamat, keluar
Dajjal, huruf di permukaan surah. Pandangan ini ialah dikalangan sunnah.
(iii) Muhkam ialah apa yang memadai dalam memenuhi tanpa memerlukan
keterangan lain. Mutasyabih pula ialah yang tidak memadai dengan ayat tersebut
dan memerlukan kepada keterangan.

PEMBAHAGIAN MUTASYABIH
Punca Mutasyabih secara umumnya ialah kesamaran makna dalam lafaz atau
kesamaran dalam makna atau kesamaran makna dan lafaz.
Pertama: Mutasyabih dalam lafaz terbahagi kepada dua iaitu Mufrad dan Murrakkab.
Mufrad berlaku dari sudut penggunaan kalimah yang pelik atau makna yang
berbagai.
Contoh kalimah yang pelik ialah Firman Allah s.w.t:
abasa ayat 31
Maksudnya: Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput

HIKMAH-HIKMAH MUTASYABIH
Walaupun mutasyabih terbahagi kepada tiga tetapi terdapat juga mutasyabih yang
diketahui ulama. Dan ulama telah mengkaji tentang hikmah di sebalik wujudnya
mutasyabih dalam Al-Quran mengikut pembahagian berikut:(a) Perkara yang hanya diketahi Allah s.w.t.
Antara hikmah dalam bahagian pertama ini ialah;
(i) Rahmat Allah Swt terhadap manusia yang daif dan lemah serta tidak mampu
mengetahui semua perkara. Jika satu bukit hancur dengan sebab tajalli Allah s.w.t
dan nabi Musa rebah pengsan maka bagaimana jika Allah s.w.t tajalli dengan zat
dan hakikat sifatnya kepada manusia? Untuk itu Allah s.w.t telah menyembunyikan
dari manusia mengetahui waktu kiamat sebagai rahmat kepada mereka agar
mereka sentiasa bersedia menghadapinya.
(ii) Hikmah yang kedua ialah sebagai ujian adakah manusia beriman dengan
perkara ghaib yang dibawa dengan khabar yang tepat? Orang-orang yang
mendapat hidayah akan berkata kami beriman dengannya meskipun tidak
mengetahui secara tepat. Manakala orang-orang yang mempunyai hati yang buruk
kekal mengingkarinya.
(iii) Dan hikmah yang ketiga ialah mutasyabih menjadi dalil dan bukti bahawa
manusia itu lemah dan jahil meskipun mempunyai ilmu. Ia juga bukti keesaan
kudrat Allah s.w.t dan dialah yang Esa yang mengetahui segala. Manakala manusia
keseluruhannya tidak dapat menguasai ilmunya melainkan apa yang
dikehendakinya dan di sana manusia akan tunduk patuh dengan khusyuk sambil
berkata seperti malaikat berkata dalam surah al-Baqarah: 32.

Maksudnya: Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak
mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami;
sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
Imam Fakhr al-Razi berkata jika sekiranya semua ayat Al-Quran itu muhkam sudah
tentu ianya untuk satu mazhab sahaja dan secara jelasnya ia membatalkan seluruh
mazhab yang berlainan denganya. Dan ini menakutkan pendokong mazhab-mazhab
untuk mengkajinya. Adapun dengan wujudnya al Mutasyabih dan al-Muhkam
bersama telah memberi ruang kepada setiap mazhab untuk berusaha dalam
membenarkan mazhab masing-masing. Di sini pengkaji yang ikhlas akan sampai
kepada kebenaran.

(b) Manusia mampu mencapai dan mengetahui Mutasyabih melalui kajian dan
pembelajaran.
(c) Hanya diketahui dikalangan ulama.
(d) Sebagai ujian dan cubaan terhadap kekuatan umat Islam. Firman Allah
Taala pada ayat 7 surah Ali Imran yang bermaksud;
Sesungguhnya orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan maka
mereka mengikuti ayat-ayat yang mutashabihat untuk menimbulkan fitnah dan
untuk mencar-cari takwilnya
Jadi orang yang tidak tahan dengan ujian mereka akan ingkar dengan ayat-ayat
mutashabihat. Mereka enggan menuruti ajaran Al-Quran sehingga mereka bertindak
mengikut sesuka hati.
(e) Menggambarkan kekurangan dan kedaifan manusia.
Sebanyak dan sesungguh mana pun usaha manusia masih terdapat kekurangan dan
kelemahan. Kekuasaan dan kebesaran Allah melalui ilmu-ilmunya jelas kelihatan.
Maha mengetahuinya merangkumi perkara-perkara yang samar, rahsia sehingga
malaikat pun tidak mengetahuinya.
Buktinya melalui ayat 32 surah Al-Baqarah yang bermaksud;
Mereka menjawab Maha suci Engkau tidak ada yang kami ketahui selain
daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah
yang maha mengetahui dan maha bijaksana.
(f) Mendorong usaha-usaha mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan.
Ayatayat mutashabihat yang mengandungi makna dan uslub yang pelbagai
mendorong umat Islam mengkaji pelbagai disipilin ilmu. Ia merangkumi ilmu-ilmu
bahasa, kimia, fizik, astronomi, ekonomi, teknik, geografi kedoktoran dan
sebagainya.
(g) Menggalakkan penggabungan dalil-dalil Naqli dan Aqli.
Orang-orang yang mahu mengkaji ayat-ayat mutashabihat akan melengkapkan
dirinya dengan ilmu-ilmu pengetahuan umum dan ilmu-ilmu agama. Penggabungan
begini akan melahirkan satu penafsiran yang lebih baik. Seandainya kesemua ayat
Al-Quran Muhkamat tentunya orang tidak terdorong untuk mengkaji sesuatu melalui
alat-alat ilmu pengetahuan umum.
Antara hikmah mutasyabih dalam bentuk kedua dan ketiga sebagaimana di atas
ialah membenarkan lagi Ijaz Al-Quran. Ini bermaksud manusia akan terus
membuat kajian dan pengamatan terhadap setiap kalimah yang bersifat

mustasyabihat. Pada masa itu ia akan menjurusnya memasuki medan ilmu


balaghah, iaitu ilmu yang membincangkan ketinggian sastera dan rahsia-rahsianya.
Perbincangannya akan berkait dengan ijaz, itnab, musawah, taqdim, takhir, aldhikr, al-hazf, haqiqah

HIKMAH-HIKMAH MUHKAMAT
Secara ringkasnya ayat-ayat muhkamat dalam Al-Quran berfungsi seperti berikut;
1. Menjadi rahmat kepada umat Islam. Kerahmatan ini jelas kepada orang yang
tidak mempunyai kemampuan bahasa Arab yang tinggi. Mereka tidak perlu
susah-susah mempelajari dan memahami sesuatu maksud dan erti bagi sesuatu
ayat. Ayat-ayat ini mudah terang dan jelas difahami kehendaknya.
2. Mudah melaksanakan perintah. Susulan daripada faedah pertama mereka juga
mudah melaksanakan apa saja kehendak melalui ayat yang sudah jelas maksudnya.
3. Mendorong manusia memahami dan menghayati perintah Al-Quran. Dengn
adanya ayat Muhkamat mendorong mereka untuk cuba memahami kehendakkehendak Al-Quran dan terus mengamalkan kandungannya.
4. Memudahkan belajar isi Al-Quran. Kerana ayatnya jelas dan terang dan lafazlafaznya mudah difahami, maka hilanglah kesusahan umat untuk mempelajari isi
kandungan Al-Quran seluruhnya.
5. Memudahkan penafsiran. Kerana ayatnya yang terang maka mudahlah untuk
menfasir atau memberi penjelasan terhadap maksud ayat-ayat Al- Quran. Pentafsir
tidak lagi perlu untuk mencari-cari takwilan yang sesuai kerana semua lafaznya
terang dan jelas.
6. Membantu para dae. Antara lain hikmah ayat muhkamah ialah membantu para
daie atau pendakwa dan juga guru-guru untuk menerangkan isi kandungan kitab
suci Al-Quran kerana ia telah pun jelas dan terang maknanya.
7. Mempercepat hafazan ayat-ayat Al-Quran. Ayat-ayat yang mudah difahami akan
memudahkan penghafalan kerana kefahaman ayat sangat kuat membantu
penghafalan ayat-ayat Al-Quran. Muhkam boleh ditafsirkan sebagai petunjuk yang
jelas dan tidak mungkin ia nasakh. Selain itu, Muhkam juga boleh diketahui
kehendaknya samada secara zahir atau takwil dan ianya memadai tanpa
memerlukan keterangan lain.
Mutasyabih pula ialah makna yang tersembunyi tanpa diketahui samada akal atau
naqli. Mutasyabih juga tidak memadai dengan ayat sahaja, ia memerlukan
keterangan yang berkaitan.

Mutasyabih boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu; semua manusia tidak
mengetahui perkara yang berkaitan zat Allah kerana ianya tersimpan disisi Allah.
Selain itu manusia hanya mampu mencapai dalam mengetahuinya melalui kajian
dan pembelajaran.
Antara hikmah Mutasyabih yang telah dikaji seperti; Allah telah menyembunyikan
dari manusia tentang waktu kiamat sebagai rahmat agar mereka sentiasa bersedia.
Selain itu ianya juga sebagai ujian dan cubaan agar dapat mendorong manusia
berusaha mempelajari pelbagai ilmu.
Ayat-ayat Muhkamat dalam Al-Quran berfungsi untuk menjadi rahmat kepada umat
Islam, memudahkan untuk melaksanakan perintah, mendorong manusia memahami
dan menghayati Al-Quran dan lain-lain.

PENDAHULUAN
Nasikh dan Mansukh adalah antara ilmu yang penting amat perlu diketahui dalam
memahami proses perundangan Islam. Ramai di kalangan umat Islam berselisih
pandangan dalam topik ini. Meskipun begitu ia amat penting kerana dapat
menyingkap pengalaman sejarah perundangan Islam. Dengan ini manusia dapat
melihat hikmah Allah s.w.t. dalam mendidik makhluk dan seterusnya ujian kepada
manusia. Yang jelasnya Al-Quran ini bukan datang dan dicipta oleh Nabi
Muhammad s.a.w. tetapi ia adalah kitab yang diturunkan dari Yang Maha Bijaksana
Allah s.w.t.
Mengenali nasakh mansukh adalah perkara utama dalam memahami Islam, lebihlebih lagi jika terdapat dalil-dalil yang bertentangan dan tidak dapat diselesaikan
kecuali dengan memahami dan mengetahui dalil manakah yang diturunkan dahulu
dan dalil manakah yang diturunkan kemudian.
Ibn Abbas r.a. telah menafsirkan perkataan al-Hikmah dalam firman Allah s.w.t
dalam surah al-Baqarah: 269:
tu | N s y6s9$# s)s u A& #Z yz #Z W2 3
Maksudnya: Barangsiapa yang dianugerahkan al-hikmah sesungguhnya ia telah
dikurniakan kebaikan yang banyak.
Al-Hikmah disini bermaksud mengenali nasakh, mansukh, muhkam mutasyabih,
muqadim, muakhir, halal dan haram.
Ali ibn Abi Talib pada satu ketika memasuki masjid dan menjumpai seorang lelaki
sedang menakut-nakutkan orang ramai. Ali berkata: Apakah ini? Mereka
menjawab: lelaki ini memberi peringatan kepada orang ramai. Ali berkata: Dia

bukan memberi peringatan kepada manusia tetapi berkata aku fulan anak si fulan
maka kenalilah aku. Ali menghantar utusan kepada lelaki tersebut untuk
bertanya adakah ia tahu tentang nasikh mansukh. Lelaki itu menjawab; tidak. Ali
r.a. berkata; Keluarlah kamu dari masjid kami dan jangan kamu memberi
peringatan lagi.

You might also like