Professional Documents
Culture Documents
Contoh Doa Sempena Hari Sukan
Contoh Doa Sempena Hari Sukan
Contoh Doa Sempena Hari Sukan
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Sesungguhnya pada pagi ini, kami menadah tangan menzahirkan rasa
kesyukuran atas iradat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan
kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di dalam
Kejohanan Olahraga Tahunan SK LKTP Sungai Sayong, Kulai, Johor.
Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,
Justeru itu, kami memohon kepada-Mu, sejahterakanlah tubuh badan
kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan
kami, kurniakanlah kepada kami keazaman dan kesungguhan untuk
bersaing secara sihat, dan jauhkanlah kami daripada sebarang
perkara-perkara yang tidak diingini.
Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum,
Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah
diri kami dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah kami dengan ilmu
dan amal, serta sempurnakanlah keindahan diri kami dengan
keimanan dan ketaqwaan.
Ya Allah, Ya Faarijal Hamm wa Ya Kaashifal Gham,
Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha
kami ini, akan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan syakhsiah.