Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Sejarah Bermulanya Pandu Puteri Di

Malaysia

1917

Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik


Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu
oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik
King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat
Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady
Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik
sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya

1919

Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang

1921

Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak

1920an

Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah


Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur

1923

Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang

1924

Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun


1924

1925

Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan


Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.

1925

Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri


Malaya.

1928

Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang


berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta
Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam
bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi
sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.

1932

Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah


ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama
mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu.

1934

Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady


Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya.

19371946

Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan


perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya
mula diperintah oleh kerajaan Jepun.

1947

Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula


dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan
gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri
dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu.
Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah
mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat
pertama kalinya.

19481960

Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri tergendala akibat


pengisytiharan darurat di seluruh negara.

1957

Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan


WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia).
Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi
keperluan negara mula digunakan.

1960

PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam


Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece.

1962

PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan


rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang
diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember.

1964

Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi


Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan
Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan
Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan
negara Malaysia pada 1963.

19671976

Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan


aktiviti aktiviti Perkhemahan Jubli Emas.

1969

Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian


Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat,
Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku
Seri Setia Raja Terengganu.

19771986

Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan,


Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku
Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan
Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan
bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian
seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin
mula digunakan di seluruh negara.

1986

PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah


Persekutuan dan PPP Selangor.

19871996

Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri sebagai satu cabaran yang


dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Pandu Puteri di Malaysia
secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi
tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik,
Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu
Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah
penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan
Malaysia di mana semua urusan latihan dan program Pandu
Puteri guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada
Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan
Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our
World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah
dilaksanakan.

1997

Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan


Harmoni bermula.

1998

Sempena SUKOM 98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan


Perkhemahan Komanwel 98.

1999

Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web


PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari
semasa ke semasa.

2000

8 15 Febuari Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan


Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre.
Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau
Pinang.
Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang
Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China.
Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri
Malaysia
Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies
Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama
Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia (Global Cooperation For
A Better World) 11 negara mengambil bahagian.
20 26 November Aktiviti Antarabangsa;
Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association
Malaysia with The Chinese Young Pioneers (Program Pertukaran

Malaysia China)

2001

7-12 September Kem Integrasi 2001:


Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara
dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat
Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing,
Johor.
Projek Asia Pasifik: PPPM Fiji GGA: Lend A Hand

2002

April Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia


Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah,
Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di
Malaysia.

2003

Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah


dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan,
Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan
ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan
berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik).
Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap
cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk
dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

2004

Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta


sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi
Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak".
Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu
organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature
Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation,
WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran
daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai
beberapa matlamat.
Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri
dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri
Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang

upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke


Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan
Terengganu.
Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya
memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi
Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia".
21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides'
Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk
ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang
peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan
Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut
diadakan di acara ini.
Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq.
Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri
dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.

2005

16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS


WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama
Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum
Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan.
16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada
Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik
WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di
Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12
negara.
17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku
Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil
'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai
Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di
Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai
Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20
Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di
Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.
Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa:

2006

Nama Lama

Nama Baru

Tunas Puteri

Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri

Pandu Puteri Remaja

Renjer Puteri

Pandu Puteri Renjer

Kadet Puteri

Pandu Puteri Kadet

Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri


diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu
Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer.
13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat
Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan
dihadiri oleh 600 orang peserta.
1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar
Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27
peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta
pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of
Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley BulmanLever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama
dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat
kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri
Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen
Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri
Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku
Fauziah, Penaung Di Raja PPPM.
26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang.
Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli
dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah
Penyertaaan Terbanyak.
9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia
dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa
serta-merta.
9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru
"Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah
disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung
Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian
Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota
Kinabalu.
Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan

di kesemua 9 daerah di negeri Selangor.


Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu
Puteri Malaysia.
Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific
Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan
kerjasama Empowering Potential Consultancy.
19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja
Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja
Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara
1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk
menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS
yang ke-9

2007

3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific


Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS
Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan
dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik.
Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat
sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke
Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang,
termasuk dua orang Pemimpin Muda.
6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young
Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik.
100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura
mengambil bahagian.
7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail
dengan ahli PPPM
6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri
Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM
9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato'
Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan
Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri
25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90
Persatuan Pandu Puteri Malaysia

2008

19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian

Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah


6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia
menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan
dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke34, tahun 2011
17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja
diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak.
Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia,
Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom
Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang
berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani
pelbagai saingan dan perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang,
melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru
Dalam usia 86 tahun kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah
di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya, Pengurus Pandu Puteri dan
pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan gigih. Melalui Kursus
Membina Imej Pandu Puteri untuk Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Ibu
Pejabat dan Jurulatih serta Persidangan Jurulatih Tahunan, PPPM akan terus
maju dalam usaha meningkatkan jumlah wanita muda menjadi pemimpin
dan terlibat dalam aktiviti antarabangsa.

You might also like