Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Kadet Remaja Sekolah

REFLEKSI PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM


KADET REMAJA SEKOLAH

Nama: Krishnaveny A/P Visuvanathan


No. Kad Pengenalan: 790210-07-5502
Kursus: DPLI Muzik
Ambilan : Januari 2012

Sebagai mukadimah saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima


kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan-rakan saya yang
terlibat dalam Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform. Kami berjaya menempuhi
segala halangan dan kekangan dengan berjaya sekali. Saya juga ingin merakamkan
ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam mengendalikan program ini.
Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan peserta Perkhemahan
Bersepadu Unit Beruniform ini merupakan tunggak utama kejayaan program ini. Dalam
pada ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada Unit Gerko
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan yang telah menganjurkan
program ini bagi melahirkan guru yang berdisplin dan berkeyakinan diri yang tinggi.
Sekalung penghargaan kepada pensyarah yang sudi hadir bersama kami di sepanjang
perkhemahan ini. Segala maklumat yang disampaikan dapat dijadikan sebagai
pedoman dan ilmu pada masa akan datang. Tanpa kerjasama dan sokongan dari
semua pihak sudah tentu perkhemahan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di Kem Taman
Pertanian, Semambu, Kuantan,Pahang pada 27 hingga 30 Ogos 2012. Pelbagai aktiviti
yang menarik telah dilaksanakan sepanjang saya berada disana. Disana saya dapat
mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam pelbagai
Refleksi Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform DPLI

Page 1

Kadet Remaja Sekolah


hal. Perkhemahan ini adalah wajib disertai oleh semua guru pelatihDiploma Perguruan
Lepasan Ijazah (DPLI). Semua guru pelatih DPLI menyertai dua unit uniform yang
berlainan iaitu badan beruniform Kadet Remaja Sekolah dan Pengkap. Selain itu, guru
pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) semester 4 juga turut
mengambil bahagian dalam perkhemahan ini.
Secara jujur, sebelum perkhemahan saya berasa takut dan kurang berkeyakinan
untuk pergi berkhemah dengan keadaan akan dihadapi di sana nanti. Namun persepsi
saya telah bertukar apabila saya telah berada di kem tersebut dan merasakan
perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan memberi pengalaman yang cukup manis
buat saya. Di samping itu, saya juga telah mengeratkan hubungan silaturrahim dengan
rakan-rakan yang lain. Kami yang kurang rapat sepanjang jam interaksi kokurikulum
telah menjadi rapat di kem Taman Pertanian. Ia telah membina semangat setiakawan di
antara satu sama lain.
Sebelum perkhemahan ini diadakan, suatu ahli jawatankuasa telah dilantik untuk
mengendalikan perkhemahan kami di Kem Taman Pertanian Semambu. Perkhemahan
ini telah diketuai oleh Saudara KL Wong. Kami telah berbincang mengenai perkaraperkara penting yang perlu disiapkan untuk perkhemahan tersebut sebelum kami
bertolak dari IPGKTAA, Kuala Lipis. Kami meneliti perkara-perkara yang diperlukan
satu persatu sebelum perkhemahan ini. Setiap ahli jawatankuasa telah melakukan
tugas

masing-masing

dengan

sikap

penuh

bertanggungjawab.

Saya

sangat

menghormati sikap kawan-kawan Kadet Remaja Sekolah yang menguruskan


perkhemahan ini kerana mereka sangat bertanggungjawab dan berkaliber.
Saya telah dilantik sebagai Ketua AJK Aktiviti dimana saya perlu menguruskan
aktiviti-aktiviti kumpulan yang akan dijalankan oleh para peserta di kem tersebut.
Sebelum perkhemahan dimulakan, AJK Aktiviti telah membuat perbincangan dimana
kami meneliti aktiviti yang perlu dijalankan di kem Taman Pertanian Semambu dan juga
menguruskan jadual aktiviti untuk Kadet Remaja Sekolah. Di sini, saya telah mendapati

Refleksi Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform DPLI

Page 2

Kadet Remaja Sekolah


kerjasama antara semua rakan-rakan seperjuangan sangat erat dan kukuh untuk
menjayakan perkhemahan ini.
Saya sebagai Ketua Ahli Jawatankuasa Aktiviti telah mengadakan perjumpaan
bersama semua ahli-ahli KRS untuk mendapatkan penyertaan ahli pasukan. Ahli-ahli
KRS yang berminat telah memasuki pertandingan orentaring dan masakan rimba. Bagi
station pertandingan ikatan dan simpulan, pertandingan KIM dan pertandingan pandu
arah pula, semua guru pelatih perlu mengambil bahagin kerana ia adalah aktiviti
wajib.Setiap orang pelatih dibekalkan dengan satu boring khas yang menunjukkan
mereka mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Markah juga akan diambil
bagi pertandingan ini. Seterusnya bagi menyeimbangi kemasukan ahli-ahli dalam
pertandingan yang diadakan saya mencadangkan agar semua ahli KRS perlu
mengambil bahagian dalam acara Malam Kebudayaan yang akan diadakan pada hari
khamis di sebelah malam.
Saya berasa sangat mudah untuk berkomunikasi dengan semua ahli KRS
apabila saya dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Ahli Jawatankuasa Aktiviti. Tidak
banyak masalah yang timbul semasa saya membahagikan tugas kepada semua ahli
KRS mengikuti aktiviti yang akan diadakan. Semua ahli memberikan komitmen yang
tinggi apabila diberikan satu tanggungjawab kepada mereka. Menguruskan jadual
aktiviti menjadi satu pengalaman yang berguna kepada saya dan apabila saya berada
di sekolah kelak saya dapat mengaplikasi ilmu yang saya perolehi. Cara menguruskan
sebuah ahli kumpulan dengan mengambil kira keperluan semua orang tanpa
menyinggung perasaan mana-mana ahli juga turut saya pelajari.
Pada 27 Ogos 2012 Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah
bermula secara rasminya. Pada pukul 8 pagi semua guru pelatih DPLI telah diminta
untuk berkumpul di hadapan Astaka Khalid Al- Walid. Saya telah bersiap dengan beg
galas dan berkumpul di hadapan astaka. Kemudian semua ahli yang berkumpul di
astaka telah bergegas ke Unit Kokurikulam untuk mengambil barang-barang
perkhemahan yang telah dipinjam dari unit itu. Dengan kebenaran pensyarah kami
Refleksi Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform DPLI

Page 3

Kadet Remaja Sekolah


telah menyimpan barang-barang di biliknya. Oleh itu, kami ke bilik pensyarah untuk
memungah semula semua barang-barang tersebut ke astaka.
Selepas memeriksa semua barang-barang yang diperlukan telah diambil kami
menyusun semua barang-barang tersebut di dalam bakul yang disediakan. Kemudian
kami menunggu kedatangan bas dengan penuh rasa sabar. Bas telah sampai pada
pukul lebih kurang 11 pagi. Selepas itu, kami telah menyusun semua barang-barang
perkhemahan di dalam bas. Seterusnya saya menaiki bas dan mendapatkan tempat
duduk bersebelahan tingkap. Pada pukul 11.30 pagi bas yang ditempah khas itu telah
mula beredar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Perjalanan
selama 5 jam telah diambil untuk sampai ke tapak Perkhemahan Taman Pertanian
Semambu, Kuantan.
Selepas sahaja sampai ke tapak Perkhemahan Taman Pertanian Semambu,
Kuantan kami telah mendapat arahan untuk memilih khemah yang telah siap dipasang.
Selepas khemah telah dipilih oleh semua guru pelatih DPLI kami telah membersihkan
khemah tersebut dengan menyapu dan lap kotoran yang terdapat. Di dalam khemah
kami terdapat 6 orang guru pelatih DPLI yang tinggal pada mulanya. Mereka terdiri
daripada saya Krishnaveny, Kasthuribai, Vanitha, Rogani, Malini dan Mogana.
Kemudiannya adik dari Kadet Remaja Sekolah semester 4 datang untuk bertanya
supaya dapat tinggal bersama di khemah kami bersama kawannya.
Saya telah meminta mereka tinggal sekali di dalam khemah tersebut kerana
kami faham khemah tidak mencukupi untuk menampung semua guru pelatih. Ahli
dalam khemah kami telah meningkat kepada 8 orang. Shalini dari Kadet Remaja
Sekolah dan Mary dari Bulan Sabit Merah turut berada dalam khemah kami. Walaupun
kami tidak kenal mereka pada mulanya tetapi kami menjadi begitu rapat dengan
mereka kemudiannya. Kami dapat berkerjasama dengan mereka sepanjang tempoh
perkhemahan ini diadakan. Kebersihan khemah yang kami tinggal sentiasa dijaga
dengan baik. Semangat tolong-menolong antara satu sama lain juga turut dipraktikan.

Refleksi Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform DPLI

Page 4

Kadet Remaja Sekolah


Selepas khemah dibersihkan semua guru pelatih telah dipanggil oleh En. Ahmad
Yani untuk memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan,
memperkenalkan Komenden Kem dan peraturan-peraturan yang perlu diikuti semasa
mengikuti perkhemahan ini. Penerangan yang terperinci telah diberikan kepada semua
guru pelatih. Selepas selesai perjumpaan itu, semua guru pelatih telah pergi untuk
menyiapkan diri untuk perjumpaan pada pukul 9 malam. Saya bersama rakan-rakan
yang lain telah bergegas ke kawasan memasak untuk menyediakan makan malam
untuk rakan-rakan KRS yang lain. Selepas menyediakan makan malam kami telah
mandi dan bersiap sedia untuk makan dan seterusnya pergi ke dewan terbuka untuk
mendengar taklimat malam itu.
Acara rasmi pertama yang diadakan pada hari pertama ialah perjumpaan semua
ahli unit beruniform yang diadakan serentak. Dalam taklimat yang diberikan En. Ahmad
Yani memperkenalkan Komenden Kem secara rasmi kepada semua guru pelatih.
Semua guru pelatih diberi nasihat agar mendengar segala arahan Komenden Kem dan
mematuhi arahan tersebut. Selain itu, penerangan tentang tugas rondaan malam dan
kawalan keselamatan juga turut diberi. Semua ahli unit beruniform tertakluk kepada
undang-undang kem dan tindakan akan diambil jika ada guru pelatih yang engkar
mendengar arahan. Talimat pada malam itu tamat pada pukul 11.30 malam dan semua
guru pelatih dibenarkan balik ke khemah masing-masing untuk berehat.

Acara pertama pada pagi hari kedua ialah upacara menaikan bendera diadakan.
Kadet Remaja Sekolah Diploma Perguruan Lepasan Ijazah telah mengetuai upacara
menaikan bendera pada pagi itu. Kami telah menyanyikan lagi Negara Ku dengan
penuh semangat. Selapas upacara menaikan bendera pada pagi hari kedua tamat,
kami telah dibahagikan kepada kepada beberapa kumpulan dan mempelajari untuk
membuat ikatan dan simpulan yang berlainan. Saya dapat mempelajari 10 jenis ikatan
dalam tempoh waktu 2 jam sahaja. Seronok rasanya dapat mempraktikkan ilmu ikatan
dan simpulan di sana. Dalam waktu itu, saya belajar tentang erti semangat berpasukan.
Jika kami tidak bekerjasama tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan yang
Refleksi Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform DPLI

Page 5

Kadet Remaja Sekolah


diberikan. Kami membahagikan tugas dengan adil dan kami melaksanakan tugas yang
diberikan dengan penuh amanah sekali.
Seterusnya aktiviti yang amat mencabar saya bagi saya berlangsung. Iaitu
aktiviti Orentering untuk masuk ke hutan. Letih sekali rasanya kerana kami terpaksa
memasuki hutan yang tebal yang dan trak laluannya adalah panjang. Memasuki hutan
ialah satu pengalaman yang amat bermakna sekali ini kerana ini adalah pengalaman
pertama saya memasuki hutan. Sungguh indah ciptaan tuhan dan ini membautkan saya
rasa bersyukur sekali. Tidak cukup dengan itu, aktiviti didalam hutan adalah amat
terkesan sekali di hati saya.
Pada malam terakhir aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti malam
kebudayaan. Malam kebudayaan ini boleh dianggap sebagai acara kemuncak bagi
Perkhemahan Unit Beruniform kali ini. Majlis kami pada malam itu dihadiri oleh semua
unit beruniform dan pensyarah pembimbing. Majlis kami pada malam itu dirasmikan
dengan gemilangnya oleh Ketua Unit Gerko Institut Pendidikan Guru kami iaitu Encik
Ahmad Yani. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik sebelum upacara perasmian ini.
Kami dikehendaki mereka tepukan semangat bagi setiap kumpulan. Ianya akan
menambahkan lagi kehangatan majlis pada malam itu.

Tema pada pada malam itu adalah bebas tetapi hendaklah mempunyai unsurunsur alam sesuai dengan tempat perkhemahan kami. Terdapat 7 kumpulan yang
membuat persembahan pada malam itu. Persembahan yang pertama ialah daripada
unit beruniform Pandu Puteri. Sesungguhnya persembahan mereka pada malam itu
sungguh memberikan pengajaran yang berguna kepada semua guru pelatih.
Persembahan yang lain pula ialah dari kumpulan pengakap dengan dikir yang sangat
kreatif dan menghiburkan hati. Walaupun berunsurkan hiburan tetapi terdapat pelbagai
mesej yang ingin disampaikan oleh mereka terutamanya hal-hal yang berkaitan moral.
Seterusnya, guru pelatih disajikan dengan sedikit lakonan dan tarian yang
sungguh indah dan mengasyikkan oleh unit Pandu Puteri. Tarian yang lemah gemalai
Refleksi Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform DPLI

Page 6

Kadet Remaja Sekolah


dan tidak ada kecacatan langsung amat mengasyikkan para guru pelatih. Kadet
Remaja Sekolah dan juga PBSM pula tampil dengan lakonan yang memberi banyak
pengajaran kepada semua tetapi dibuat dalam suasana yang cukup santai dan
menghiburkan. Kesimpulannya, kesemua guru pelatih dapat menghiburkan diri
disamping mengambil banyak pengajaran daripada persembahan-persembahan oleh
unit-unit beruniform.
Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti
perkhemahan ini. Saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif kepada
diri saya dimana saya telah mempelajari banyak perkara dan benda baru dalam hidup.
Walaupun saya mengikut perkhemahan ini buat kali pertama tetapi saya suka akan
perkhemahan ini kerana memberi makna dan mengisi ilmu dalam dada. Memang pada
mulanya, saya tidak suka dan tidak berminat dengan perkhemahan ini namun setelah
berada di kem ini saya menjadi sangat berminat dengan aktiviti perkhemahan ini. Tidak
ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti perkhemahan ini.
Perkara yang paling menggembirakan adalah saya telah berjaya mempelajari
ikatan dan simpulan. Saya akan bawa ilmu ini kepada anak-anak murid saya di sekolah
kelak. Banyak perkara yang telah saya pelajari dari segi Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek dan Sosial semasa perkhemahan ini. Saya dapat memupuk sikap bertolak
ansur, sifat sabar, setiakawan, bekerjasama dan bekerjasama antara ahli pasukan ialah
antara perkara yang dapat saya pelajari disini dan saya percaya ianya tidak boleh dijual
beli. Saya akan gunakan ia untuk menjadi insan yang lebih baik dimasa hadapan dan
juga guru yang cemerlang. Saya bangga menjadi ahli Kadet Remaja Sekolah. Sekian,
terima kasih.

Refleksi Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform DPLI

Page 7

You might also like