Konsep Penaakulan Moral1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Konsep Penaakulan Moral

Secara amnya penaakulan moral boleh didefinisikan sebagai


pertimbangan atau fikiran secara rasional yang menyeluruh
dan segala perlakuan yang baik berdasarkan prinsip prinsip
benar.
Penaakulan Moral juga merupakan konsep utama didalam
membuat keputusan mengenai dilemma yang dihadapi. Selain
itu perkembangan kemahiran di dalam penaakulan moral
perlulah secara holistic di segenak peringkat.
Konsep pengajaran juga merupakan salah satu konsep
bermoral secara semulajadi. Ibubapa yang menginginkan anakanak mengikut kata mereka juga merupakan satu pengajaran
kepada konsep moral yang asas. Di dalam aspek pengajaran,
guru memainkan peranan dalam melaksanakan pengajaran
yang melibatkan aspek kemoralan tanpa mengambil kira
bangsa dan agama.
Konsep penaakulan moral juga merangkumi kepada setiap
perlakuan dan pertimbangan disamping ianya mematuhi norma
sosial melalui tingkah laku yang betul. Ia juga sebab-sebab
dijustifikasi untuk mengahasilkan sesuatu keputusan moral.

Konsep yang seterusnya ialah pengajaran dan pembelajaran


pendidikan moral. Secara umumnya di sekolah objektif
penaakulan moral adalah membentuk individu yang menerima
dan mengiktiraf peranan mereka sebagai pembuat keputusan
mengenai nilai-nilai moral dalam masyarakat yang demokratik.

Konsep ini lebih menekankan kepada pemupukan nilai-nilai


murni di dalam setiap individu . pemupukan nilai murni ini
dapat diterapkan berdasarkan cara hidup yang berpandukan
tradisi,agama, bangsa atas norma sosial manusia sejagat.

KEPENTINGAN PENAAKULAN MORAL DIKALANGAN GURU-GURU


Penaakulan moral dikalangan guru amat penting bagi
memastikan pelajar dapat mencontohi keperibadian seorang
guru. Banyak kajian yang membuktikan bahawa tahap
penaakulan moral seorang guru amat rendah berbanding
pekerja di sektor yang lain.
Di antara kepentingan penaakulan moral dikalangan guru ialah
kajian demi kajian yang dijalankan untuk memastikan tahap
penaakulan moral guru, melalui kemahiran kaunseling dalam
memupuk sifat empati dan analisis kendiri.
Guru juga dicadangkan untuk mengintervensi yang boleh
member impak positif terhadap kperkembangan moral guru
yang akan menjadi matlamat program pendidikan guru.
Penaakulan moral juga penting untuk memastikan guru
didedahkan kepada kurikulum inovasi yang akan menggalakkan
perkembangan sosial dikalangan guru. Guru pendidikan moral
khususnya perlu mempunyai tahap penaakulan yang lebih
tinggi bagi memastikan pengajaran yang berkualiti
disampaikan kepada pelajar.
Kepentingan penaakulan moral juga merupakan salah satu cara
untuk seseorang guru meningkatkan cara pengajaran . Guru
juga mampu meneroka strategi pengajaran yang
mempengaruhi tahap penaakulan moral.
Pelajar juga dapat berbincang untuk mendominasi dimensi
moral yang mampu menggalakkan mereka dalam melibatkan
diri untuk membuat keputusan moral.

Penaakulan moral juga memberikan impak yang besar kepada


guru. Guru dapat memastikan pelajar dapat menerapkan nilai
moral dengan mengadakan perbincangan dan aktiviti dalam
kumpulan. Kepentingan penaakulan moral juga dipengaruhi
oleh pembentukan persekitaran pembelajaran yang selamat
dan menyokong pelajar untuk bertanya mahupun menyuarakan
pandangan berkenaan isu moral dikatakan sebagai amat
penting dalam menggalakkan pertumbuhan taakulan moral.
Pelajar juga amat memerlukan perhatian dari guru semasa
perbincangan supaya tidak dipengaruhi oleh rakan yang lain
semasa berinteraksi.
Pentingnya penaakulan moral dapat dilihat melaui pencapaian
dan peningkatan calon guru apabila berjaya menggabungkan
antara kemahiran dan pembangunan penaakulan moral.
Dalam konsep pendidikan moral itu sendiri, guru memainkan
peranan yang penting dalam memastikan keberkesanan
penaakulan moral diterapkan didalam diri guru itu sendiri. Guru
juga dijustifikasikan kepada dua tahap penaakulan iaitu postkonvensional dan konvensional. Dimana terdapat perbezaan
dengan gaya pengajaran, kaedah dan cara dalam menangani
dilemma moral.
Oleh itu,kepentingan penaakulan moral dalam diri seorang guru
dan cara serta kaedah yang digunakan amat membantu dalam
memastikan pelajar juga dapat menerapkan nilai moral yang
tinggi dalam diri mereka.

Kaitan antara perkembangan moral dan penaakulan moral.

Perkembangan moral boleh didefinisikan sebagai ukuran dari


tinggi rendahnya moral seseorang berdasarkan perkembangan
penalaran moralnya,
Terdapat beberapa kaitan antara perkembangan moral dan
penaakulan moral

Apakah tujuan dan rasional kajian ini


Kajian terhadap Kesan Aplikasi Perisian Cerita Interaktif
Semasa mengajarkan Kemahiran Bacaan dan kefahaman dalam
kalangan murid tahun 4 di brunei Darussalam bertujuan untuk
menilai kefahaman dan tahap pencapaian murid dalam
menggunakan kaedah tradisional dan aplikasi perisian cerita
secara interaktif. Secara umumnya melalui kajian ini, aspek
bahasa berkaitan morfologi dan sintaksis dapat ditingkatkan.
Prestasi murid sederhana juga meningkat dan berbeza
mengikut signifikan prestasi pemahaman murid.
Kajian ini juga bertujuan untuk memberikan impak terhadap
masalah penguasaan bacaan dan pemahaman teks.
Rasionalnya masih terdapat beberapa orang murid yang tidak
memahami teks yang dibaca dengan sempurna.
Teknologi computer yang berkembang pesat merupakan salah
satu faktor menerapkan pembelajaran secara interaktif
dikalangan pelajar. Banyak elemen yang menarik mampu
membuatkan murid lebih teruja untuk menggunakan teknologi
yang sedia ada. Kecanggihan serta kemampuan komputer
untuk menyampaikan maklumat dengan cepat, menarik dalam
bentuk multimedia menjadikannya satu daya tarikan kearah
mewujudkan satu scenario belajar yang lebih menyeronokkan.
Guru dapat menilai dan mengkaji kesan penggunaan aplikasi
perisian cerita secara interaktif terhadap pelajar berdasarkan
tahap dan keupayaan seorang pelajar. Kaedah tradisional juga
dapat dinilai melalui ujian pra mahupun pasca.

Melalui kajian yang dibuat ke atas murid tersebut beberapa


dapatan ataupun kesimpulan diperolehi . guru dapat menilai
prestasi murid dalam bacaan dan kefahaman menggunakan
kaedah traditional dan aplikasi perisian secara interaktif.
Secara signifikannya, apabila ujian pra dan pasca dijalankan
tiada perbezaan pemahaman bacaan antara murid yang
mengikuti kaeedah tradisional mahupun yang menggunakan
kaedah perisian cerita secara interaktif.
Prestasi murid semasa dan sebelum ujian dilakukan adalah
sama. Ini boleh diukur melaui beberapa ujian yang dijalankan
dengan menggunakan dua sampel iaitu sampel eksperimen
dan sampel kawalan. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah
hipotesis nol yang dijalankan tiada sinifikan bagi min prestasi
pemahaman antara murid yang mengikuti pengajaran dan
pemahaman bacaan.
Murid juga dibahagikan mengikut jantina. Tiada perbezaan
signifikan bagi min prestasi antara murid lelaki mahupun
perempuan. Ini bermakna prestasi murid lelaki dan perempuan
adalah sama seperti sebelum dan semasa ujian ini dijalankan.
ujian pasca dan pra dijalankan dengan menggunakan perisian
cerita interaktif dengan membahagikan murid mengikut
jantina. Tiada perbezaan signifikan direkodkan semasa murid
menjalanai ujian pemahaman bacaan antara kedua jantina
tersebut.
Bagi kumpulan murid berpencapaian sederhana pula, skor yang
direkodkan adalah sama iaitu tiada terdapat perbezaan yang
signifikan bagi min prestasi murid yang menggunakan aplikasi
komputer interaktif walaupun menggunakan kedua-dua ujian
pra dan pasca.
Kefahaman kumpulan murid yang menggunakan cd-rom cerita
interaktif pula adalah lebih tinggi berbanding yan
menggunakan kaedah yang tradisional.

Walaubagaimana pun, keputusan analisi yang dibuat


membuktikan tahap prestasi kumpulan kawalan adalah sama
seperi sebelum dan semasa ujian diajalankan. Penggunaan cdrom interaktif juga membuktikan bahawa wujudnya
peningkatan pemahaman di dalam kumpulan kawalan kerana
didedahkan dengan teknik yang diguna pakai. Murid diarahkan
untuk mencari maklumat menggunakan internet untuk cerita
interaktif . ini membuktikan penggunaan internet
dapatmendedahkan murid kepada teknik mempelbagaikan
carian informasi secara berkualiti dapat meningkat pemahaman
mereka secara pantas.
Ini jelas membuktikan penggunaan internet dengan betul dapat
memperluaskan bahan bacaan ,meningkatkan kefahaman
murid dan memperluaskan jenis-jenis bahan bacaan mengikut
perkembangan terkini.
Prestasi penguasaan morfologi antara murid-murid pencapaian
sederhana menggunakan aplikasi komputer interaktif dengan
yang menggunakan kaedah tradisional. Skor murid yang
menggunakan aplikasi komputer ternyata lebih tinggi
berbanding yang menggunakan kaedah tradisional
Kajian ini ternyata dapat membantu murid menguasai struktur
tatabahasa seperti penguasaan morfologi dengan leih baaik
berbanding dengan latih tubi yang diberikan secara tradisional.
Murid dalam kumpulan ini lebih mudah menjawag soalan yang
berkaiatan morfologi kerana kefahaman mereka yang lebih
tinggi. Pendekatan ini juga dapat membantu murid menguasai
tatabahsa dengan lebih baik.
Kaedah mengajar berbantukan komputer yang digunakan
dalam kajian ini.
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dLm mengaplikasi
perisian cerita interaktif dalam kaedah pengajaran iaitu
menggunakan CD-ROM . CD-ROM adalah antara alat yang

menggabungkan pelbagai elemen media atau grafik ,animasi,


audio, video, dan teks. Penggunaan CD-ROM dalam pengajaran
dan pembelajaran bermaksud menggunakan CD-ROM secara
terancang dan berseuaian untuk meningkatkan kecekapan
proses dan pengajaran. Terdapat beberapa kemudahan jika
menggunakan CD-ROM ialah maklumat mudah dan cepat
dicari. penggunaan CD-ROM boleh dianggap berkualiti dari
aspek teknikal dan mampu membantu pelajar dalam pelajaran.

Penggunaan grafik dan video


pembelajaran

dan

juga amat membantu proses

pengajaran

Sangat

membantu

tenaga

pengajar dalam mencapai efektif pembelajaran, penggunaan


grafik juga Memaksimalkan pencapaian tujuan pembelajaran
dalam waktu yang singkat. Melalui penggunaan video dan
grafik, pelajar lebih berminat dan ianya dapat merangsang
minat belajar peserta didik untuk lebih mandiri.
Implikasi dapatan kajian terhadap pengajaran bahasa melayu.
Terdapat 3 bahagian di dalam implikasi kajian ini iaitu
pedagogi,penyediaan bahan, dan penyediaan guru.
Pedagogi
Satu asas dalam usaha yang bercorak holistic dan lebih
menarik untuk mewujudkan satu modul pengajaran yang lebih
berkesan dari sudut pembelajaran dan pemahaman Bahasa
Melayu. Pada peringkat ini, usaha guru guru harus bertumpu
kepada mencipta suasana pembelajaran yang menarik dan
kondusif. Aktiviti yang berpusatkan pelajar serta dapat

mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran di


dalam bilik darjah. Murid akan lebih berminat untuk menyertai
aktiviti yang menyeronokkan di mana penggunaan komputer
akan mengintegrasikan pembelajaran dan pengajaran .
terdapat banyak kesan positif yang akan dilihat apabila
penggunaan komputer ternyata dapat meningkatkan prestasi
murid. Penglibatan murid secara menyeluruh dan aktif apabila
banyak aktiviti yang di wujudkan apabila pembelajaran dan
pengajaran di jalankan.

Penyediaan bahan.
Aspek ini pula menerangkan mengenai persiapan guru dalam
menyediakan bahan pengajaran yang sesuai apabila memilih
bahan yang sesuai.. guru haruslah bijak memilih bahan bacaan
yang bersesuian dengan tahap pencapaian murid dari
peringkat pencapaian yang rendah hingga pencapaian yang
tinggi berdasarkan criteria yang disebutkan tadi.
Sebagai contoh, guru menggunakan CD-ROM cerita interaktif
sebagai satu bahan yang menarik yang pasti akan
meningkatkan minat pelajar serta memberikan impak positif.
Penggunaan cd-rom cerita interaktif ini akan memberikan
peluang kepada guru mempelbagaikan bahan pengajaran dan
pembelajaran. Murid dengan mudah akan dapat mentafsir
makna perkataan dan meningkatkan pemahaman dalam
memahami petikan. Guru juga tidak akan bergantung pada
bahan bercetak sahaja jika menggunakan cd-rom sebagai
alternative meningkatkan pemahaman murid.
Di barat, murid-murid diberikan peluang untuk membina bahan
bacaan mereka sendiri dengan bantuan guru-guru . mereka
mampu mencipta buku bercakap elektronik mengikut kretiviti
mereka sendiri. Selain dari menerapkan kemahiran berinovasi
dan kreatif, murid-murid akan memupuk minat yang mendalam
di dalam subjek tersebut.

Penyediaan Guru.
Kementerian pendidikan perlu memberikan kursus,
latihan,kursus-kursus kemahiran yang akan memberikan
pendedahan mengenai penggunaan komputer secara optimum.
Guru akan dapat meningkatkan pengetahuan , menambah
informasi berkaitan secara terperinci untuk memudahkan
mereka mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Guru juga
boleh membina sendiri bahan pengajaran yang bersesuaian
dengan tahap pelajarnya.

You might also like