Lagu Kanak BC

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Lagu Kanak-Kanak Bahasa Cina

Meter yang digunakan dalam lagu ini ialah meter lazim tigaan iaitu

. Meter

bermaksud 3 krocet dalam setiap bar. Meter lazim biasanya digunakan dalam lagu
kanak-kanak kerana lebih senang difahami dan dipelajari berbanding dengan meter tak
lazim. Dalam lagu ini, terdapat lima jenis nilai not digunakan, iaitu kuaver, krocet, krocet
bertitik, minim dan minim bertitik. Nilai not kuaver ialah bit, nilai not krocet ialah 1 bit,
nilai not krocet bertitik ialah 1 bit, nilai not minim ialah 2 bit dan nilai not minim bertitik
ialah 3 bit.
Lagu ini dimainkan dalam nada F major yang mempunyai satu flet iaitu B b. Renj
lagu ini sederhana iaitu dari not E ke not C tinggi. Not E ialah not yang paling rendah
manakala not C tinggi ialah not yang paling tinggi dalam lagu ini. Lagu ini menggunakan
pic yang sederhana agar senang dinyanyi oleh kanak-kanak. Graf di muka surat berikut
menunjukkan bentuk melodi (melody shape) dan juga not yang muncul paling ketara
dalam lagu wo shi zhi xiao xiao niao ini.
Jeda yang paling jauh dalam lagu ini ialah major 3 rd. Contohnya pada not ketiga
bar 1 dengan not pertama dalam bar 2. Manakala jeda yang muncul paling ketara ialah
major 2nd. Contohnya, jeda not F dengan not G, not G dengan not A dan not A dengan
not B. Melodi bar 3-4 merupakan sekuen kepada melodi bar 1-2 dan melodi bar 9-10
merupakan sekuen kepada melodi bar 7-8. Pic yang muncul paling katera dalam lagu ini
ialah pergerakan bertangga. Contohnya, pergerakan bertangga digunakan dalam melodi
di klef bes pada bar 1-5.
Irama yang paling banyak digunakan dalam lagu ini ialah krocet terutamanya di
klef bes yang sebagai iringan lagu. Pada akhir lagu ini, minim bertitik digunakan untuk
memanjangkan ketukan yang terakhir. Berikut merupakan corak irama bagi lagu wo shi
zhi xiao xiao niao ini:

Penulis lagu ini mengbayangkan dirinya sebagai seekor burung. Mud lagu ini
adalah ceria dan meriah. Pada pendapat saya, lagu ini harus dimainkan dengan tempo
moderato iaitu sederhana. Dinamik yang sesuai untuk lagu ini ialah f (loud) iaitu kuat.
Hal ini kerana dinsmik ini boleh membawa susana yang riang dan meriah. Lagu ini
sesuai untuk murid tahap 2 kerana melodinya yang lebih kompleks dan mencabar.

You might also like