Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Umayiduddin Al-Aqami Dan Tersungkurnya Abbasiyyah

www.iluvislam.com
dihantar oleh : thorpnix
editor : almusafirq8

Jika kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah didalangi Mustafa Kemal, kejatuhan kerajaan


Abbasiyyah pula didalangi oleh lelaki ini.
Siapakah Umayiduddin Muhammad Al-Aqami? Beliau ialah menteri berbangsa Parsi yang
berkhidmat untuk khalifah terakhir kerajaan Abbasiyyah, iaitu Khalifah Al-Musta’shim
Billah. Beliau ditugaskan menguruskan perbendaharaan negara, umpamanya
menguruskan baitulmal, zakat, dan menggaji tentera.

Suatu ketika, berlaku pembunuhan ketua tentera yang bernama Hurnain. Dalam memilih
bakal pengganti ketua tentera tersebut, berlaku perbalahan antara menteri-menteri yang
berbangsa Turki, Parsi dan Arab. Masing-masing berkeras mahu melantik pengganti dari
kalangan kaum yang diwakili mereka. Bagi mengelakkan persengketaan daripada
berlarutan, maka Khalifah telah melantik rakan kepada puteranya, iaitu Rukunuddin Ad-
Daudar sebagai ketua tentera yang baru.

Rukunuddin Ad-Daudar seorang Arab yang membenci golongan Syiah. Dalam empayar
Abbasiyyah, golongan Syiah kebanyakannya berbangsa Parsi. Ketika berlaku rusuhan
kaum antara Syiah dan Sunni di Kirkuk, dia telah mengarahkan tentera kerajaan
membunuh golongan Syiah. Tentera beliau bukan sahaja membunuh orang-orang Syiah,
bahkan merampas harta benda mereka serta melakukan perkosaan ke atas perempuan-
perempuan mereka. Apabila berita pembunuhan beramai-ramai golongan Syiah sampai
ke telinga Umayiduddin Muhammad Al-Aqami yang merupakan menteri berbangsa Parsi,
beliau berasa amat marah lalu mengadukan perkara tersebut kepada khalifah. Namun
khalifah menegaskan bahawa pembunuhan itu wajar dilakukan demi menjaga keamanan
negara, tanpa menyedari bahawa pembunuhan itu turut melibatkan pembunuhan orang-
orang yang tidak berdosa dan perkosaan ke atas kaum wanita.

Meskipun Umayiduddin memiliki bukti, namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa
memandangkan khalifah terlalu meyakini bahawa Rukunuddin menjalankan tugas
tersebut semata-mata demi menyelamatkan negara daripada pemberontakan. Atas rasa
tidak puas hati dan dikuasai oleh dendam yang membara, Umayiduddin Muhammad Al-
Aqami merancang mahu menjatuhkan khalifah. Beliau pada mulanya bercadang untuk
membina pakatan dengan kerajaan Parsi, namun utusan yang dihantar olehnya telah
ditahan oleh tentera Monggol dan suratnya kepada kerajaan Parsi telah dirampas oleh
mereka. Demi mengelakkan surat tersebut diserahkan oleh orang Monggol kepada
khalifah dan seterusnya menyebabkan rancangan belotnya terbongkar, maka dia beralih
arah dan bercadang berpakat dengan tentera Monggol. Bagai pucuk dicita ulam
mendatang, tentera Monggol sememangnya sedang menanti masa untuk menakluk kota
Baghdad. Pada masa itu tentera Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan sedang
berkhemah dan melakukan latihan perang di pinggir kota Baghdad. Setelah Umayiduddin
Muhammad Al-Aqami berpakat dengan tentera Monggol, maka bermulalah episod
pengkhianatannya terhadap Khalifah Al-Musta’shim.
Umayiduddin Muhammad Al-Aqami telah menipu Khalifah dengan mengatakan bahawa
perbendaharaan negara tidak cukup untuk menampung gaji tentera dan menyarankan
kepada baginda agar memberhentikan 90 000 tentera daripada 100 000 jumlah
keseluruhannya. Alasannya lagi, tentera-tentera tersebut kebanyakkannya telah tua. Di
sebalik saranan tersebut, Umayiduddin Muhammad Al-Aqami sebenarnya memiliki
muslihat tersendiri. Beliau sebenarnya mahu agar tentera-tentera berpengalaman
(kebanyakannya dari golongan tua) dilenyapkan dari pasukan tentera, dan beliau juga
sebenarnya mahu mengurangkan bilangan tentera. Ini kerana beliau telah bersepakat
dengan tentera Monggol untuk melemahkan angkatan tentera Bani Abbasiyyah. Hasilnya,
tentera Abbasiyyah yang berjumlah 100 000 pada asalnya hanya tinggal 10 000 orang
sahaja, dan kebanyakan anggotanya terdiri daripada golongan muda yang kurang
berpengalaman. Khalifah Al-Musta’shim begitu mudah menerima cadangan tersebut
kerana Umayiduddin Muhammad Al-Aqami adalah menteri yang paling dipercayainya.

Umayiduddin Muhammad Al-Aqami juga telah melarang Khalifah dari menyiapkan


pasukan tentera ketika Baghdad sedang dikepung tentera Monggol. Beliau mahu Khalifah
menganjurkan perdamaian antara kerajaan Abbasiyyah dengan orang Monggol.
Sedangkan mereka sendiri sudah sedia maklum, tentera Monggol bukanlah manusia
yang boleh menerima perdamaian. Pada mereka (tentera Monggol), musuh hanya
diberikan dua pilihan sahaja, menyerah atau berperang. Sekiranya musuh memilih untuk
berdamai, bererti mereka menyerah diri kepadanya. Oleh itu, perdamaian dengan orang
Monggol merupakan perkara yang amat mustahil untuk dilakukan. Namun, oleh kerana
Khalifah begitu mempercayai kata-kata Umayiduddin Muhammad Al-Aqami, maka beliau
bercadang untuk berdamai. Di sini satu kesilapan yang amat besar telah dilakukan oleh
Khalifah Al-Musta’shim Billah. Umayiduddin Muhammad Al-Aqami telah mengaturkan
satu pertemuan antara Hulagu Khan dengan Khalifah Abbasiyyah. Dalam pertemuan
tersebut, lebih 700 pengiring Khalifah Al-Musta’shim Billah telah dibunuh oleh tentera
Monggol. Orang Monggol sememangnya berniat untuk membunuh pengiring Khalifah
yang terdiri daripada golongan agama awal-awal lagi, disebabkan itu mereka merancang
mengasingkan khemah yang menempatkan Khalifah Al-Musta’shim dengan khemah yang
menempatkan para pengiringnya. Setelah semua pengiring dibunuh, Hulagu Khan
memberitahu perkara tersebut kepada Khalifah Al-Musta’shim dan memberikan alasan
tenteranya membunuh mereka akibat perselisihan faham antara tenteranya dengan
mereka. Sebelum Khalifah Al-Musta’shim dilepaskan pulang ke istana, beliau diberi
amaran oleh Hulagu Khan agar tidak mengumpulkan bala tenteranya untuk berperang
dengan mereka.

Umayiduddin Muhammad Al-Aqami, demi mengelakkan dirinya daripada dicurigai oleh


Khalifah Al-Musta’shim, telah berpura-pura kononnya menyelamatkan nyawa khalifah
ketika khalifah diugut hukum bunuh oleh Hulagu Khan yang juga berpura-pura ketika
Khalifah Al-Musta’shim Billah berada di dalam khemah tersebut. Kesemua ini dirancang
dengan rapi oleh Umayiduddin Muhammad Al-Aqami dan Hulagu Khan. Khalifah Al-
Musta’shim Billah sering murung selepas kejadian itu. Rakyatnya yang kematian ahli
keluarga telah datang ke istana. Mereka mahu Khalifah Al-Musta’shim Billah
mengeluarkan perintah memerangi orang Monggol. Mereka mahu menuntut bela di atas
kematian ahli keluarga mereka yang telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Monggol.
Namun Khalifah Al-Musta’shim Billah masih kebingungan dan beliau tidak mampu
berbuat apa-apa kerana masih sedih dan terkejut dengan kejadian itu. Tambahan pula,
beliau telah diugut sendiri oleh Hulagu Khan agar mendiamkan diri. Dalam hati beliau,
Hulagu Khan lebih ditakuti berbanding Allah S.W.T. (sebagaimana kata puteranya Abu
Bakar). Ketua tentera Abbasiyyah yang baru beberapa bulan dilantik, iaitu Rukunuddin
Ad-Daudar telah banyak kali menggesa Khalifah Al-Musta’shim Billah agar membenarkan
beliau mengumpulkan bala tentera untuk memerangi orang Monggol, sejak dari mula
beliau dilantik lagi.

Gambar hiasan

Namun gesaan itu tidak diendahkan Khalifah Al-Musta’shim Billah, malah dipandang
remeh kerana dipengaruhi oleh Umayiduddin Muhammad Al-Aqami. Namun Rukunuddin
Ad-Daudar tidak berdiam diri, lebih-lebih lagi selepas berlakunya peristiwa pembunuhan
700 orang pengiring khalifah itu. Beliau telah mengumpulkan rakyat jelata yang terdiri
daripada anak-anak muda yang sanggup berjihad demi Islam. Beliau juga menyebarkan
arahan berjihad ke setiap masjid di Baghdad. Akhirnya beliau berjaya mengumpulkan 20
000 tenteranya. Bilangan ini memang jauh lebih sedikit berbanding bilangan tentera
Monggol (200 000), namun itu tidak mematahkan semangat mereka. Bilangan mereka
yang sedikit itu bukanlah kerana rakyatnya tidak berani dan takut mati. Bahkan seruan
jihad itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Perbuatan Umayiduddin
Muhammad Al-Aqami menyuruh khalifah memecat sebahagian besar tentera Abbasiyyah
sebelum ini menyebabkan bilangan mereka menjadi amat sedikit, dan kebanyakan
ahlinya adalah anak muda yang bersemangat tetapi kurang pengalaman. Tentera-tentera
yang telah dipecat oleh Khalifah Al-Musta’shim yang terdiri daripada bangsa Parsi dan
Turki pula enggan kembali memberikan khidmat mereka kerana berasa marah dengan
Khalifah. Mereka mahu agar khalifah digulingkan. Mereka juga telah pulang ke tanah air
masing-masing kerana tidak mahu menjadi mangsa serangan tentera Monggol.

Rukunuddin Ad-Daudar berjaya mendapatkan kebenaran khalifah untuk memerangi


tentera Monggol. Itupun selepas Khalifah Al-Musta’shim Billah puas dipujuk oleh
puteranya iaitu Abu Bakar. Khalifah sememangnya benar-benar tertekan selepas
peristiwa pembunuhan pengiringnya itu, maka beliau pun bercadang menyerahkan isu
tersebut kepada Rukunuddin dan bala tenteranya. Rukunuddin telah melancarkan
serangan ke atas tentera Monggol. Serangan mereka tidak kurang hebatnya kerana tidak
kurang tentera Monggol yang terkorban. Namun disebabkan tentera mereka turut sama
terkorban dan bilangan mereka semakin berkurangan, Rukunuddin Ad-Daudar
menamatkan serangan (mengambil teladan Khalid Al-Walid R.A. dalam peristiwa di
Yarmuk) dan membawa mereka semua lari ke Mesir untuk bergabung dengan tentera
Mamalik Mesir dan tentera Berke Khan (orang Monggol yang memeluk Islam).

Mereka kembali berperang dengan tentera Monggol di ‘Ain Jalut di Palestin kira-kira dua
tahun kemudian dalam Pertempuran Ain Jalut. Tentera Monggol berasa amat gembira
setelah berjaya mengalahkan tentera Rukunuddin Ad-Daudar. Mereka bercadang untuk
menakluk Baghdad secepat mungkin. Mereka berasa amat marah kerana ramai
tenteranya gugur dibunuh tentera Rukunuddin Ad-Daudar. Sementara itu, rakyat
Baghdad berada dalam keadaan bimbang kerana tentera Rukunuddin telah melarikan diri
ke Mesir dan tidak ada sesiapa lagi yang mempertahankan kota Baghdad. Namun
mereka telah berkumpul dan bercadang untuk berjihad menentang tentera Monggol
sehingga ke titisan darah yang terakhir. Oleh itu, mereka telah menyuarakan hasrat
mereka itu kepada Khalifah Al-Musta’shim Billah. Mereka benar-benar mahu berjihad
mempertahankan agama dan tanah air mereka.

Di waktu ini, Umayiduddin Muhammad Al-Aqami selaku menteri kepercayaan Khalifah Al-
Musta’shim Billah, mengeluarkan helahnya sekali lagi. Beliau menyarankan kepada
Khalifah Al-Musta’shim Billah agar tidak membenarkan rakyatnya keluar berjihad. Beliau
turut menawarkan dirinya untuk berunding dengan tentera Monggol kononnya agar
mereka dapat menerima perdamaian. Khalifah Al-Musta’shim Billah sekali lagi berjaya
dipengaruhi oleh Umayiduddin Muhammad Al-Aqami. Maka Umayiduddin Muhammad Al-
Aqami pun dengan gembiranya keluar bertemu dengan Hulagu Khan. Setelah pulang ke
istana, beliau telah memaklumkan kepada Khalifah dengan bahawa Hulagu Khan setuju
berdamai dan mahu agar Khalifah Al-Musta’shim Billah mengahwinkan puteranya Abu
Bakar dengan puteri Hulagu Khan. Alangkah gembiranya Khalifah Al-Musta’shim Billah
mendengarkan berita itu. Tambahan pula Umayiduddin Muhammad Al-Aqami
menunjukkan cincin yang diberikan Hulagu Khan sebagai tanda perdamaian. Lalu
baginda pun menyuruh rakyat dan pekerja-pekerja istana bergotong-royong menghias
kota Baghdad demi menyambut Hulagu Khan dan rombongannya.

Di sebalik semua ini, Umayiduddin Muhammad Al-Aqami sebenarnya telah merancang


sesuatu bersama Hulagu Khan. Dalam rancangan tersebut, Hulagu Khan mahu
Umayiduddin Muhammad Al-Aqami memastikan bahawa rakyat Baghdad menyambut
kedatangan tentera Monggol bukan dengan senjata, tetapi dengan bunga-bunga. Dia
mahu menakluk kota Baghdad dengan mudah. Umayiduddin Muhammad Al-Aqami
bersetuju dan menerima rancangan tersebut. Sambil melihat rakyat Baghdad sibuk
menghias kota, beliau tersenyum sinis. Namun tiada sesiapapun yang dapat menafsirkan
apa yang tersembunyi di sebalik senyuman itu.
Pada hari Rabu, 18 Januari 1258, tentera Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan
menyerang kota Baghdad. Tentera Monggol datang dengan menunggang kuda mereka
dengan laju seperti ombak besar yang datang mengganas. Mereka merempuh rakyat
Baghdad yang sedang beratur di tepi jalan-jalan dan lorong-lorong di Baghdad dan
membunuh mereka. Khalifah Al-Musta’shim Billah mula menyedari bahawa beliau telah
ditipu oleh menterinya sendiri. Abu Bakar bersama seorang adiknya dan tiga orang
pemuda lain yang merupakan putera kepada Syeikh Muhyiddin (ulama yang mengajar
anak-anak khalifah) , berjihad bermati-matian menentang orang Monggol itu. Ramai
orang Monggol yang gugur dipanah dan dipancung oleh mereka. Namun akhirnya mereka
dibunuh oleh tentera Monggol tersebut selepas diugut meletakkan senjata. Orang
Monggol turut membunuh isteri khalifah dan Syeikh Muhyiddin. Mereka turut membunuh
semua pemuda lelaki, kaum ibu, orang tua dan kanak-kanak, dan menangkap anak-anak
gadis, termasuk puteri-puteri Khalifah Al-Musta’shim Billah, untuk dihantar sebagai
tawanan ke Monggol. Sementara anak kecil Khalifah Al-Musta’shim Billah dipelihara
untuk dijadikan salah seorang tentera Monggol suatu hari nanti.

Pemandangan di sekitar kota Baghdad amat mengerikan dan menyayat hati. Kota
tersebut dipenuhi dengan mayat-mayat bergelimpangan dan dicemari darah. Kaum
lelaki, orang-orang tua dan bayi kesemuanya dibunuh. Kaum wanita diperkosa. Kitab-
kitab ilmuwan Islam dibakar dan dicampakkan abunya ke dalam Sungai Tigris (Arab-
Dajlah), sehingga air sungai tersebut bertukar hitam. Ada kitab yang disusun untuk
dijadikan jambatan menyeberangi sungai tersebut, dan ada pula yang dijual kepada
pedagang-pedagang Kristian Eropah, yang turut bersubahat dengan orang Monggol.
Orang Eropah bertanggungjawab menghasut orang Monggol supaya membenci orang
Islam. Oleh itu, penduduk Baghdad yang beragama Kristian dibiarkan hidup. Kebanyakan
orang Islam yang masih selamat sedang bersembunyi di dalam bumbung rumah dan
kawasan-kawasan tersembunyi yang lain.
Disebabkan adat orang Monggol yang melarang mereka menumpahkan darah raja, maka
Khalifah Al-Musta’shim Billah dibunuh dengan cara dipijak dalam gulungan tikar oleh
tentera Monggol. Berakhirlah sebuah kerajaan Islam yang telah bertahan selama lebih
dari 500 tahun.
Umayiduddin Muhammad Al-Aqami keluar daripada tempat persembunyiannya. Beliau
bertemu Hulagu Khan untuk menuntut janjinya kerana Hulagu Khan telah berjanji untuk
melantik beliau sebagai khalifah setelah Khalifah Al-Musta’shim Billah digulingkan.
Namun Hulagu Khan enggan menunaikan janjinya dan beliau bercadang untuk tidak
membunuh Umayiduddin Muhammad Al-Aqami. Pulanglah Umayiduddin Muhammad Al-
Aqami ke rumahnya dengan hampa. Setibanya di rumah, beliau terkejut kerana
mendapati keluarganya dibunuh. Tidak syak lagi, keluarga beliau telah dibunuh oleh
rakyat Baghdad yang menaruh dendam terhadapnya kerana mengkhianati khalifah.
Namun beliau masih terselamat kerana dikawal oleh orang-orang Monggol yang
diperintahkan oleh Hulagu Khan. Maka hiduplah beliau seorang diri tanpa keluarga dan
pangkat kebesaran, dan terus menerus dibenci oleh rakyatnya sendiri.
Itulah akibat dari perbuatan khianat beliau terhadap negaranya sendiri dan kerana terlalu
menurut nafsu dendam terhadap khalifahnya.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan


musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada
mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan
baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka
telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu;
mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan
kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan
kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk
berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang
faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara
rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa
yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan
perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang
betul.”
(Al-Mumtahinah: 1)

“Wahai Nabi, berjihadlah melawan orang-orang kafir dan munafiq dan bersikap
keraslah terhadap mereka.” (At-Taubah: 73)

Pengajaran daripada kisah ini:

a) Bersikap berkecuali dan adil dalam kepimpinan dengan tidak menyebelahi


mana-mana pihak.
Salah satu punca kejatuhan Khalifah Al-Musta’shim Billah ialah kerana beliau mudah
dipengaruhi orang bawahannya.

b) Menyelidik betul salah tindakan orang bawahan dan tidak membuat


keputusan melulu dan bersikap terburu-buru yang akan menimbulkan dendam
di kalangan mereka.
Sikap Khalifah Al-Musta’shim Billah yang percaya Rukunuddin Ad-Daudar menjalankan
tugas mematahkan pemberontakan dengan baik tanpa menyiasatnya terlebih dahulu,
menimbulkan kemarahan Umayiduddin Al-Aqami yang memegang bukti bahawa tentera
Rukunuddin Ad-Daudar telah memperkosa penduduk Kirkuk. Umayiduddin Al-Aqami
akhirnya menyimpan dendam terhadap khalifah.

c) Tidak mempercayai musuh-musuh Islam dan tidak bekerjasama langsung


dengan mereka.
Perbuatan Umayiduddin mempercayai janji-janji manis Hulagu Khan akhirnya memakan
diri sendiri. Akhirnya, Hulagu Khan tidak menunaikan janji tersebut dan Umayiduddin Al-
Aqami berada dalam kerugian yang nyata.

d) Semangat jihad dan tidak berputus asa meskipun musuh lebih kuat, atau
meskipun negara seperti telur berada di hujung tanduk.
Semangat ini ditunjukkan oleh anak-anak Syeikh Muhyiddin dan putera khalifah Abu
Bakar ketika orang Monggol menceroboh istana khalifah.

e) Percaya kepada kebolehan diri dan tidak hanya percaya kepada khabar angin
sahaja. Rukunuddin Ad-Daudar langsung tidak gentar meskipun tersebar kata-kata yang
memberitahu bahawa orang Monggol tidak pernah dikalahkan.

f) Membuat perancangan terbaik dan realistik sebelum melakukan sesuatu.


Rukunuddin Ad-Daudar tidak merancang taktiknya dengan baik. Ini kerana selepas
mereka melarikan diri ke Mesir, tidak ada langsung tentera pelapis yang
mempertahankan Baghdad. Akibatnya, Baghdad diserang dengan mudah oleh tentera
Monggol. Beliau sepatutnya membahagikan tenteranya kepada dua; satu untuk
memerangi orang Monggol dan satu lagi untuk mempertahankan Baghdad.

Mereka Bukan Halangan


www.iluvislam.com
dihantar oleh: afifahazam
editor: deynarashid

Sebahagian daripada kita ada yang menghadapi masalah dalam mendapatkan keizinan
ibu bapa masing-masing untuk terlibat dengan program-program da’wah dan tarbiyah.
Sehingga timbullah perselisihan dan sebagainya.

Hal ini terjadi mungkin kerana ketidakfahaman ibu bapa kita tentang hakikat da’wah
yang sebenarnya, atau khuatir kalau-kalau anaknya terjerumus dan terlibat dengan
perkara-perkara negatif yang semakin berleluasa di luar sana.

Apabila kita terlalu asyik berprogram sehingga mengabaikan keluarga, tidak hairanlah
perasaan takut dan khuatir dalam diri ibu bapa kita akan timbul. Lebih-lebih lagi ibu bapa
yang belum memahami hakikat da’wah, tujuan-tujuannya, dan juga manhaj dalam
tarbiyah itu sendiri.

Ingatlah : “Barangsiapa tidak mengerti sesuatu maka ia memusuhinya.”

Jika seorang anak taat pada kedua orang tuanya, perilakunya mencerminkan akhlak
yang tinggi, mengekalkan pencapaian yang membanggakan dalam pelajaran,
mempunyai hubungan yang baik sesama adik beradik, dan tidak pulang lewat tanpa
sebab, sudah pasti ibu bapa kita akan mengizinkan semua permintaan kita yang
sebelumnya tidak dibenarkan.
Malah adalah lebih baik jika ibu bapa kita mengenali siapa kenalan kita terutamanya
sahabat-sahabat seperjuangan kita. Inilah jalan untuk mencapai tujuan dan meraih
kepercayaan.

Kita sering menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w. menghadapi keburukan dengan


kebaikan, menghadapi segala cubaan dengan ketenangan jiwa, serta menghadapi segala
rintangan dan gangguan dengan pemberian maaf dan do’a : “Ya Allah, berilah
petunjuk kepada kaumku ini, sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak
mengetahui.”

Kebanyakan orang-orang yang tidak peduli kepada da’wah kita adalah orang-orang yang
tidak mengenal hakikat da’wah ini. Imam Hasan Al-Banna pernah mengatakan,
“Ketidaktahuan masyarakat akan menjadi penghalang jalan kalian. Oleh kerana itu,
tugas kita yang paling mulia adalah menjadikan masyarakat mengenal hakikat da’wah
kita, kerana kebersamaan mereka dengan kita adalah lebih baik.”

Allah swt. Berfirman : “Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa,
tentulah kami tutup (hapus) kesalahan-kesalahan mereka dan tentulah Kami
masukkan mereka ke dalam syurga yang penuh kenikmatan.” (Al-Maidah: 65)

You might also like