Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

I.

UCAPAN DAN PERINGATAN YDP PIBG SESI 2013


1. YDP PIBG mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir. Beliau juga
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak sekolah yang terlibat menyediakan
dewan untuk mesyuarat kali ini.

II.

PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN PERINGATAN MESYUARAT KALI


KE 39
2. Cik Rih Ta selaku setiausaha PIBG sesi 2013 telah membentangkan minit
mesyuarat dari muka surat 6 hingga muka surat 8.
3. Pencadang minit mesyuarat diterima : Encik Azhar bin Salleh
Penyokong minit mesyuarat diterima: Encik Shahidan bin Tarus
4. Cik Rih Ta selaku setiausaha PIBG sesi 2013 telah membentangkan minit
mesyuarat dari muka surat 9 hingga muka surat 13.
5. Pencadang minit mesyuarat diterima : Encik Mohammad Rosli bin Ibrahim
Penyokong minit mesyuarat diterima: Encik Zaharudin bin Hambali

III.

PERKARA BERBANGKIT MENGENAI MINIT MESYUARAT


6. Encik Md Isa bin Yahya tertarik pada para 13, berhubung dengan ujian saringan
dadah terhadap pelajar. Beliau menyatakan keputusan sebenar mengenai bilangan
pelajar yang mendapat keputusan positif dan negatif dalam ujian darah mengesan
dadah tidak dinyatakan. Beliau turut mencadangkan agar ujian saringan diadakan
secara berkala pada hari tertentu di kalangan murid dan guru.
7. Respon daripada Encik Zul berhubung dengan perkara ini ialah beliau telah
berbincang dengan AJK untuk menjalankan ujian ini dalam tempoh yang terdekat.
Bagi tujuan ini juga beliau telah berhubung dengaan Ketua Balai Polis Baling.
Beliau memaklumkan juga bahawa pihak sekolah tidak boleh sesuka hati
melakukan ujian saringan dadah. Kerjasama antara AJK PIBG dan pihak polis
diperlukan. Oleh kerana hubungan antara unit HEM dan polis adalah baik maka
ujian ini akan dapat dijalankan dari masa ke semasa.
Menurut beliau lagi terdapat seorang pelajar tingkatan enam pada tahun 2013
yang di dapati berkeputusan negatif dalam ujian saringan dadah dan pelajar
tersebut adalah pelajar yang tidak berasal dari SMK Baling. Beliau juga
memaklumkan bahawa tiada tangkapan lain diluar sekolah telah dibuat yang
berkaitan dadah melainkan seorang pelajar yang terlibat dengan minum ait ketum
dan rokok.
8. Respon daripada Tuan Haji Ismail bin Husin yang merupakan kakitangan
kesihatan pula mencadangkan agar apabila ujian saringan dibuat,pelajar-pelajar
yang dipilih bukan dari kelas yang baik. Kelas yang baik biasanya mempunyai
rekod yang cantik. Beliau mencadangkan agar sekolah mengenal pasti kelas yang
agak teruk agar keputusan yang lebih tepat diperolehi dalam ujian saringan.

IV.

PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN LAPORAN KEWANGAN 2013

9. Bendahari PIBG sesi 2013, Encik Rosli bin Ibrahim membentangkan laporan serta
penyata kewangan mulai 01.01.2013 hingga 20.02.2014
10. Encik Isa bin Yahya mencadangkan agar ruang pengurusan aset dimasukkan agar
pengurusan aset dapat dipantau.
11. Encik Rosli pula bertanya tentang tarikh penyata kewangan yang berakir pada 20
Februari 2014 dan tidak pada 31 Disember 2013.
12. YDP PIBG memberi respon bahawa laporan kewangan PIBG dibuat
penambahbaikan.
13. Bendahari PIBG sesi 2013 memberi respon bahawa tarikh tersebut ditutup pada
bulan Februari 2014 kerana jika ditutup pada 31 Disember 2013, baki dalam akuan
kelihatan banyak dan tidak digunakan. Sedangkan Wang PIBG kebiasaannya
digunakan dengan banyak pada bulan Januari dan Februari dan jumlah yang
tinggal pada bulan Februari hampir habis.
14. Pencadang laporan kewangan diterima : Encik Mohammad Isa bin Yahya
Penyokong laporan kewangan diterima: Puan Hasnah binti Che Ali
V.

USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40


15. YDP mencadangkan agar program wakil waris berucap di perhimpunan pagi hari
Ahad diadakan sebulan sekali. Cadangan beliau mendapat sokongan sebulat suara
dari para hadirin.
16. Encik Rosli bin Mat Hanafiah mencadangakan agar diadakan tuisyen PIBG kepada
pelajar-pelajar yang lemah dalam beberapamatapelajaran kritikal seperti Fizik,
Kimia dan Biologi bagi pelajar tingkatan empat,lima dan enam. Tuisyen ini akan
dijalankan oleh guru SMK baling sendiri atau guru luar yang berpotensi untuk
meningkatankan pencapaian pelajar. Tuisyen ini dibiayai oleh pelajar yang terlibat
dan bagi guru yang terlibat beliau mencadakgkan agar guru diberi sedikit elaun
untuk pengangkutan guru. Encik Basri bin Bakar meyokong usul ini.
17. Encik Rosli bin Ibrahim mencadangkan agar yuran PIBG ditingkatkan daripada
RM60.00 kepada RM80.00. Rasional peningkatan ini dibuat adalah wang PIBg
banyak digunakan untuk menjalankan aktiviti motivasi menyebabkan pada akhir
tahu baki derma PIBG yang tinggal hanyalah sedikit jumlahnya.
Menurut beliau daripada Rm80.00 tersebut, RM30 akan diberikan kepada badan
kebajikan untuk membayar petugas keselamatan trafik dari aspek insuran dan
memberi saguhati manakal RM50.00 digunakan untuk menjalankanpelbagai
aktiviti sekolah. Usul ini mendapat sokongan sebulat suara dari para hadirin.

VI.

UCAPAN PENANGGUHAN
18. YDP PIBG baru bagi sesi 2014 memperkenalkan diri beliau dan menyatakan
bahawa beliau gembira dapat berkhidmat sebagai YDP PIBG SMK Baling pada
2014. Beliau melihat Tuan Pengetua SMK Baling turut mempunyai prinsip sama
iaitu mementingkan pengurusan masa menyebabkan beliau merasa tertarik dan
berminat untuk memegang jawatan ini dan meneruskan visi dan misi sekolah iaitu
untuk menjadikan SMKB sekolah gemilang.
19. Mesyuarat ditangguhkan pada 5.17 pm

You might also like